Salam Maal Hijrah 1444H,
Marilah kita sama-sama mendalami sejarah penghijrahan Rasulullah SAW & sahabat-sahabat di sini.
Salam Maal Hijrah 1444H,
Marilah kita sama-sama mendalami sejarah penghijrahan Rasulullah SAW & sahabat-sahabat di sini.
Aku dan bapak tak rapat. Kali terakhir aku ingat bermain dan bergurau dengan bapak ialah waktu aku seusia Khadeeja. Bila meningkat remaja dan dewasa, hubungan kami jadi janggal.
Bapak aku jenis pendiam dengan anak-anak (tapi dengan kawan-kawan dia jauh berbeza), aku pulak jenis introvert (ye, ada juga HR introvert). Bila duduk bersama, takde idea nak dibualkan last-last masing-masing diam tengok TV. Entahlah, mungkin sebab personaliti kami tak 'klik'.
Tahap kejanggalan ni memang aku akui kami jarang bertelefon dan bertanya khabar. Sedangkan duduk bertentang mata pun jarang bercakap, apa lagi nak bercakap di telefon. Kalau contact pun, untuk hal-hal penting je.
Tapi dengan cucu-cucu (anak-anak aku), dia mesra dan rajin melayan bawak jalan-jalan. Hahaha, mungkin dia sejenis bapak yang tak pandai melayan anak-anak yang dah remaja dan dewasa.
Walaupun kami tak rapat, aku sayang bapak aku. Setiap kali selepas solat, aku doakan mak dan bapak sebagai tanda kasih sayang aku.
Hari ni ulangtahun ke-65 bapak. Selamat Hari Lahir bapak! Semoga bapak sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia selalu.
![]() |
Sumber: https://ismaweb.net/ |
Kalaulah kebanyakan orang yang diberi peluang menjadi pemimpin memandang pada tanggungjawab bukan pada pangkat, mesti tak ramai yang sanggup pikul jawatan pemimpin kan? Pemimpin ni sangat berat hisabnya di akhirat.
Masa aku jadi HR dulu selalu berdepan dengan orang-orang yang mengejar kenaikan pangkat sebab berkaitan dengan kenaikan gaji. Hari-hari kejar HR tanya bila boleh dapat promotion? Tapi bila dah naik pangkat, banyak masalah yang timbul sebab hakikatnya belum cukup matang dan bijak memimpin jabatan atau jadi penyelia sampai timbul rasa tak puas hati di kalangan orang bawahan. Itulah hakikat dunia, yang tak layak sibuk menjadi pemimpin tapi yang layak kalau boleh tak nak pegang jawatan sebab tak sanggup pikul dan jawab di akhirat kelak.
Tengahari semalam aku bawak Khayla pergi Jabatan Imigresen di tingkat 1, UTC Sentul. Sebelum pergi tu, aku call dulu sebab tak pasti sama ada masih perlu buat temujanji dulu atau tak.
Rupa-rupanya dah tak perlu temujanji, cuma petang biasanya ramai orang kata pegawai tu.
Ok, marilah aku cerita serba-sedikit pengalaman 3 jam berada di Jabatan Imigresen semalam. Lain kali aku kena renew passport Khadeeja pulak, boleh la rujuk proses kat sini.
Sebelum datang ke Jabatan Imigresen, pastikan dokumen cukup dan bawak juga salinan dokumen asal sekeping ya.
Jangan jadi macam aku, dah beratur panjang, sampai giliran kami rupa-rupanya tak cukup dokumen (aku ingatkan cuma perlu bawak passport lama dan Mykid je). Nasib baik pegawai tu bagi jugak nombor giliran tapi kena patah balik rumah ambik dokumen dulu (boleh la buat macam ni kalau rumah dekat).
Untuk kanak-kanak, dokumen yang perlu disediakan ialah:
WAJIB bawak surat beranak dan sijil kahwin original, salinan fotostat je tak diterima.
Perkara yang kena ingat jugak ialah pakaian anak. Kalau anak pakai hijab, pastikan hijab berwarna gelap (seelok-eloknya hitam) dan bukan bercorak. Kalau anak yang tak berhijab pulak pakaikan baju menutup dada (juga berwarna gelap).
Anak berumur 4 tahun ke bawah digalakkan bawak gambar berukuran passport mengikut spesifikasi Jabatan Imigresen.
Bila sampai di pejabat imigresen, perkara pertama korang akan nampak ialah barisan panjang beratur di kaunter nombor giliran / pertanyaan, tak kira la walk in atau permohonan atas talian. Terus la beratur kat situ ye.
Sampai je depan kaunter, serahkan dokumen untuk disemak oleh pegawai di kaunter. Kalau dokumen lengkap, pegawai akan serahkan nombor giliran.
Seelok-eloknya sementara menunggu giliran, ukur ketinggian anak di sudut mengambil ukuran ketinggian. Boleh jugak ukur siap-siap di rumah.
Terus-terang aku katakan, masa menunggu memang lamaa.... Khayla siap tertido-tido di kerusi, kesian dia. Tak perlu la sekejap-sekejap pergi depan kaunter tanya, 'Lama lagi ke?' sebab pegawai dah cakap masa ambik nombor giliran memang kena tunggu lama. Melainkan datang awal-awal pagi dan jadi orang pertama dapat nombor giliran.
Kesian jugak tengok pegawai letih melayan soalan terutama dari pakcik2 dan makcik2 sekejap-sekejap berdiri tepi kaunter tanya bila nombor dieorang akan dipanggil. Tapi dah namanya kaunter pertanyaan, terpaksa la hadap kan. Bagusnya pegawai tetap berhemah berurusan dengan pakcik2 dan makcik2 ni.
Bila nombor dipanggil, serahkan dokumen-dokumen asal dan salinan kepada pegawai. Pegawai akan mintak sahkan alamat dalam sistem ialah alamat terkini. Lepas tu anak akan diminta imbas cap jari kiri dan kanan dan menurunkan cop jari di atas borang. Ibu/bapa pun kena cop jari dan tandatangan borang ye.
Lepas tu barulah pegawai ambik gambar menggunakan biometric facial recognition camera.
Selesai ambik gambar, pegawai akan mintak slip nombor giliran untuk dikepilkan dengan borang dan dokumen permohonan. Tunggu nombor giliran dipanggil untuk ke kaunter bayaran.
Untuk passport kanak-kanak, bayaran yang dikenakan ialah RM100 manakala untuk dewasa ialah RM200. Warga emas, golongan OKU, pelajar overseas dan jemaah haji pun cuma dikenakan RM100.
Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit/debit atau wang pos/bank draf berpalang. Selesai buat pembayaran, pegawai akan beri borang menyatakan bayaran penuh telah dibuat.
Lepas tu kena tunggu passport dicetak, lebih kurang dalam tempoh sejam. Masa ni boleh la pergi makan dulu ke, atau kalau rumah dekat nak balik pun boleh.
Since Khayla kata dia lapar, kiteorang keluar carik tempat makan di UTC tu. Last-last jumpa gerai nasi ayam Kak Na. Nasib la pergi Jabatan Imigresen di UTC, ada la jugak tempat makan sementara menunggu tu.
Balik semula ke pejabat imigresen, dan tunggu nombor giliran. Bila nombor dipanggil, pegawai akan mintak imbas semula cap jari anak dan cop jari sekali lagi. Ibu / bapa pun sama kena cop jari dan tandatangan borang. Passport lama yang dah dipotong akan diserahkan semula. Sebelum meninggalkan kaunter, pegawai akan mintak ibu / bapa semak maklumat dicetak atas passport baru betul dan takde kesilapan. PENTING SEMAK EJAAN NAMA, NOMBOR MYKID DAN TARIKH LAHIR ADALAH BETUL.
Kalau confirm betul, tahniah! Anak dah dapat passport baru!
Khayla dan passport barunya |
Aku memang peminat kopi. Sebab tu blog ni diberi nama 'Coffee Break with Me'.
Dari zaman belajar sampai la ke zaman bekerja memang kopi la peneman setia.
My coffee fix in the morning is normally of moderate strength, sweet and with milk. Orang putih panggil café au lait, orang kita gelar kopi susu.
Lepas tu bila aku dah kenal kopi Starbucks, memang 2 jenis minuman ni je aku akan pesan - macchiato panas dan Java Chip Frappuccino.
Tapi aku tak gemar kopi yang pahit macam espresso. Pernah order sekali, nak termuntah dibuatnya.
Masa PKP, viral minuman dalgona coffee. Aku pun antara yang terikut-ikut gigih cuba resipi dalgona. Hampir tiap-tiap hari aku buat dalgona sebab aku rindu kopi Starbucks!
Tak sangka, tahun lepas aku mula menghidap GERD (Gastroesophageal reflux disease).
Bila minum kopi je, aku mula develop anxiety symptoms, dada berdebar-debar sampai ke telinga kuatnya. Malam tak boleh tidur. Tengah-tengah malam terjaga dengan nafas kencang.
Mati-mati aku ingat aku kena anxiety.
![]() |
Sumber: Verywell / Michela Buttignol |
Berbulan-bulan aku hidup dengan keresahan. Sampai la satu hari aku mula experience acid reflux. Kadang-kadang tengah tidur pun rasa nak termuntah, tekak rasa masam je.
Lepas tu barulah aku berjumpa doktor dan mengadu masalah acid reflux. Pada masa yang sama, doktor bertanya kalau aku ada simptom-simptom lain.
'Saya rasa puan ni menghidap GERD.' kata doktor. Lepas tu dia terangkan apa itu GERD.
Barulah aku tau kopi yang aku gemari punca kepada masalah anxiety ni.
Dari situ aku terus stop ambil kopi. Kalau ke Starbucks pun akan order Green Tea Frappuccino. (Ada lagi beberapa perkara yang aku stop sesuai dengan saranan doktor).
Sejak tu, aku dah boleh tidur malam, tak lagi berdebar-debar dan masalah acid reflux pun berkurangan (kena ambik antacid sebelum tidur).
Kesimpulannya, ambil la kopi berpada-pada dan jika mula terasa tak sedap badan dan emosi, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.