Ni la akibatnya bila jarang-jarang berjumpa, bila berjumpa je kena la ambik gambar untuk kenang-kenangan. Ye la, tak tau bila dapat berjumpa lagi lepas majlis ni.
Dari kiri: Amat (anak Sislin), Shai, Che Mat, Kak Siti, Kak Ret, aku dan Suami Terchenta
Amat anak bongsu Sislin ni dah dekat sama tinggi dengan Suami Terchenta. Lepas ni kita tunggu jemputan majlis Amat pulak baru kumpul ramai-ramai lagi agaknya. Sebenarnya geng kiteorang ni tak cukup korum sebab Sodep tak dapat datang pulak. Kalau tak lagi havoc.
Ni sorang lagi geng lama dari zaman Msjbox dulu, Kak Diella (Bondarock) dengan suami dan anaknya Iman
Hubungan kiteorang rapat dari dulu lagi. Dari zaman bujang sampai dah berkahwin dan beranak cucu. Haa, nampak tak lamanya persahabatan kiteorang. Banyak kenangan manis dengan Geng KAMIE - dari kejadian khemah bocor kena ribut, jalan-jalan di KL, Melaka dan Pulau Pinang, buat event berbuka puasa sama-sama dan berkaraoke sampai tengah malam!
Dengan Sislin sebelum mak pengantin sibuk melayan tetamu yang lain 🤭
Ni pulak lepas habis melantak
Mula-mula tak ingat siapa dia ni, tapi Kak Ret bagitau ni la Kandryx yang rajin join event buka puasa dulu-dulu. Sorry Kandryx, maklumlah dah tua makin hilang ingatan 😂
Bergambar dalam dewan pulak, kali ni without the men
Selain berjumpa blogger-blogger lama, aku berpeluang berjumpa dengan Sunah Sakura, Nona dan JDT Bloggers yang lain (maaf sebab tak kenal yang lain-lain). Selalu BW tinggalkan komen kat blog dieorang, kali ni baru dapat berjumpa depan-depan.
Dengan Nona dan Sunah
Alamak, yang tengah-tengah Sunah dan Nona tu tak cam pulak siapa tapi muka familiar...
Sambung sesi mengopi (dan mengeteh) lepas habis majlis. Banyak gosip nak kena catch up ni 😂 (takdelah, sekadar berborak kosong je sambil konon-konon buat plan aktiviti seterusnya)
Kita tunggu giliran Amat pulak naik pelamin baru dapat berkumpul ramai-ramai macam ni kan!
Setel cerita pasal berjumpa bloggers yang baru kenal dan bloggers yang dah lama kenal, next entry baru cerita pasal majlis kahwin Nas anak Sislin yang gilang-gemilang! Everything was perfect dari mula sampai akhir. Tahniah buat Sislin dan Abang Sabar sekeluarga sebab majlis tu takde cacat-cela (ala setakat sikit-sikit tu biasalah), tapi bagi aku majlis tu wow sangat, lain dari majlis kahwin Melayu yang aku pernah aku hadiri. Nantikan ceritanya ya!
Kalau dulu geng kiteorang buat kecoh di majlis perkahwinan anak keduaSislin, kali ni kiteorang nak terjah pulak majlis perkahwinan anak sulungnya si Nas. Haa... Mula-mula kenal si Nas ni masih belajar di sekolah rendah, sekarang dah jadi isteri orang. Tahniah kakak!
Sebelum bertolak, macam-macam drama pulak berlaku. Mula-mula Suami Terchenta tiba-tiba bagitau bos suruh masuk kerja weekend tu. Kak Retna pulak kereta tiba-tiba rosak, siap dah bagitau Sislin kata tak dapat datang. Sudahnya aku ajak Kak Ret teman aku drive ke JB share bilik hotel sekali sebab dah bayar penuh, rugi pulak kalau tak datang.
Tup-tup pagi Sabtu Suami Terchenta kata nak ikut pulak (anak-anak bermalam di rumah kakak aku sebab mak aku baru sampai di KL). Besar kecik besar kecik je aku tengok Suami Terchenta! Tapi dia kata tak pe la dah janji dengan Kak Ret duduk bilik hotel sama-sama, so Suami Terchenta kata dia cari hotel lain je. Aku suruh dia tanya Shai (ex-blogger dan geng kiteorang jugak) kot-kot boleh tumpang bilik hotel Shai je, tapi dia taknak pulak. Takut tiba-tiba tengah malam dapat work call tak lah mengganggu orang lain tidur.
Rombongan dari Sentul bertolak ke JB!
Che Mat dan Kak Siti Delima pulak dah bertolak pagi-pagi lagi, jadi kiteorang la yang bertolak lambat sikit. Mula-mula Kak Ret request berhenti kat Starbucks Seri Kembangan. Alang-alang kiteorang pun nak kena isi minyak jugak, jadi singgah la kat sini. Kak Ret siap belanja air Green Tea Frappuccino (untuk aku) dan Java Chips Frappuccino (Suami Terchenta), terima kasih tau!
Selfie dulu sementara tunggu pesanan kiteorang siap
Perjalanan ke JB kali ni ambik masa 5 jam sebab jem di Seremban dan Melaka, lepas tu banyak pulak kereta dan lori yang menghala ke Johor. By the time singgah makan tengahari di RnR Pagoh, jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Nasib baik badan tak menggigil kelaparan, dah la lupa beli kudap-kudap masa isi minyak tadi huhu...
Pukul 3 petang pun masih ramai yang macam kiteorang ni baru nak cari makanan tengahari
Aku pilih nasi ambeng
Suami Terchenta ambik nasi beriyani ayam
Kak Ret pilih bihun sup kalau tak silap
Lepas makan, kiteorang meneruskan perjalanan sampai ke JB.
Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Hotel Thistle JB pukul 5 petang
Since hotel booking atas nama Suami Terchenta, terpaksa mintak tolong dia check in kan bagi pihak. Panjang bebenor barisan check-in, kita ni dah la letih nak cepat-cepat masuk bilik, mandi, solat jamak dan berehat sekejap sebelum pergi ke majlisnya sebelah malam.
Sebab kenapa kiteorang pilih menginap di hotel ni
Lepas check-in dan dapat kunci bilik, terserempak pulak dengan Che Mat dan Kak Siti baru balik dari berjalan-jalan kat kawasan kolam renang hotel. Laa... rupa-rupanya dieorang pun duduk Hotel Thistle malam tu. Beria-ria kata tidur kat Hotel New York. Kak Siti kata kena prank suami sendiri 😂 Sabar je la ye...
Seronoknya, lama tak berkumpul ramai-ramai macam ni.
OK la berhenti kejap sebab nak ambik Khadeeja balik sekolah. Nanti sambung cerita pasal event malam tu. Sislin dah macam retis je aku tengok! Excited sangat, bukan setakat jumpa kawan-kawan lama, tapi dapat bertentang mata dengan blogger-blogger yang tak pernah bersemuka sebelum ni. Nantikan sambungannya!
Salam Isnin semua! Macamana weekend korang semua? Weekend aku best sebab dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama di JB tapi mak aii, penatnyaaa lepas sampai rumah! Respek dengan Kak Ujie boleh tahan travelling lama-lama, aku ni pulak baru KL-JB-KL dah pengsan bila sampai rumah, padahal bukan aku yang drive pun! Faktor penuaan agaknya ye huhu...
Anyway, banyak benda yang aku nak ceritakan tentang aktiviti weekend ni tapi sebab badan masih penat jadi otak pun jammed nak menulis. Bila otak jammed, aku perlukan sesuatu untuk mengalih perhatian dan minda aku. Jadi bila aku jumpa permainan-permainan menarik di laman web Money Games, apa lagi aku pun terus explore dan terus tersangkut bermain permainan kesukaan sampai terus terlupa nak menulis blog! 😂 Lagi-lagi permainan kat sini bebas dari iklan yang mengganggu masa kita tengah bermain, memang syok la main sampai puas hati hihi...
Yang menariknya permainan-permainan online di Money Games ni mengasah minda kita untuk berfikir strategi, kemahiran mencongak (mengira dalam otak) dan ada jugak permainan yang memberi info yang mungkin kita tak tau sebelum ni. Permainan-permainan ni bukan setakat sesuai untuk anak-anak kita mengasah minda (terutama permainan berasaskan kemahiran matematik), malah untuk orang dewasa macam aku ni pun agak mencabar jugak!
Senarai 5 permainan-permainan onlineMoney Games yang menarik minat aku (dari tempat ke-bawah) ialah:
5. Wind and Solar
Wind and Solar
Sasaran permainan Wind and Solar ni ialah menjana sebanyak mungkin tenaga elektrik dari sumber angin dan cahaya matahari (solar). Sambil-sambil tu kena elak dari awan mendung sebab nanti tak dapat tangkap cahaya matahari. Bila angin bertukar aras dari atas ke bawah, jenuh la nak tinggikan / rendahkan kincir angin tu sebab nak pastikan kincir tu sentiasa berputar dan menghasilkan tenaga elektrik. Permainan ni sebenarnya tak memerlukan banyak sangat berfikir, jadi sesuai la untuk merehatkan minda (mind break) sambil-sambil berfikir tentang entry blog apa lagi yang nak ditulis 🤣.
4. Twin the Bin
Twin the Bin - kena asing dan sisihkan bahan kitar semula ikut kategori
Satu lagi permainan yang tak memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi ialah Twin the Bin, cuma kena fikir cara mengasingkan sampah ikut kategori. Kena pantas sambut sampah-sampah yang jatuh dari conveyer belt kat atas tu, tapi kena pastikan kutip sampah ikut kategori yang disuruh je. Contohnya arahan kena kutip bahan kitar semula dari kategori kaca, jadi kena elakkan dari kutip bahan-bahan selain kaca contohnya plastik, surat khabar atau sisa makanan.
3. Sort the Trash
Setiap kali tersilap masukkan kategori sampah berbeza, akan keluar tips kitar semula yang berguna untuk pengetahuan am kita
Permainan ni lebih kurang sama dengan Twin the Bin, cuma yang best nya kita boleh belajar tips-tips kitar semula yang mungkin kita tak pernah terfikir sebelum ni. Jadi secara tak langsung, kita boleh improve cara-cara mengasingkan sampah untuk dikitar semula. Memang mesra alam betul permainan Sort the Trash ni!
2. Supermarket Numbers
Permainan yang mengasah kemahiran mencongak dan kemahiran mengira (tambah, tolak, darab dan bahagi)
Kalau korang suka nombor, permainan Supermarket Numbers ni sangat menarik dan boleh mengasah kemahiran asas matematik korang. Permainan ni ala-ala Tetris tapi instead of susun blok untuk isi ruang kosong, korang kena pilih blok yang bila ditambah/ditolak/didarab/dibahagikan, hasilnya akan sama dengan nombor sasaran. Yang bikin lebih mencabar ialah korang kena complete setiap level dalam masa yang ditetapkan jadi kena pantas berfikir dan mengira! Kadang-kadang stress sikit main permainan ni bila nombor yang jatuh tu terlampau besar / kecik / tak sesuai untuk dapatkan nombor sasaran tapi masa tinggal beberapa saat je lagi hehe.
1. BBQ Roast
BBQ Roast ni nampak je senang tapi mencabar jugak!
Permainan paling aku suka dan boleh menyebabkan aku leka berjam-jam pada waktu lapang ialah BBQ Roast. Sasaran permainan ni ialah kena susun setiap jenis sayur / protein ni jadi set of 3 items. Contohnya, kena susun 3 ketul cendawan berturut-turut. Bila berjaya susun set, benda ni akan berubah bentuk jadi jenis yang lain. Ultimately, sayur / protein ni akan berubah jadi meatball. Permainan ni akan tamat bila berjaya menukarkan set sayur / protein menjadi meatball. Nampak senang tapiiiiii bila percayalah, banyak kali aku kena repeat level sebab dah sampai ke hujung lidi tu tapi tak dapat jugak nak susun jadi satu set yang aku nak. Dah la aku ni ada satu pe'el yang orang Sarawak gelar 'itok' (selagi tak dapat apa yang dikehendaki, selagi tu tak boleh move on 😂). Jadi aku end up repeat permainan berulang-ulang kali sampai aku berjaya dapat meatball.
Sebenarnya ada banyaaaakkkk lagi permainan menarik di laman web Money Games ni sampai aku tak ter explore. Sesambil korang bosan / ketandusan idea nak menulis blog, apa kata korang explore permainan-permainan online di Money Games ni. Jangan 'tersangkut' sampai lupa nak update blog sudah!
Dah lama tak singgah makan di Old Town White Coffee. Semalam lepas teman adik sign SPA di pejabat lawyer sebelah SOGO, dia ajak makan di Old Town kat bawah pejabat lawyer ni. Katanya teringin nak makan mi kari.
First time pergi outlet Old Town kat sebelah SOGO ni
Masa kiteorang pergi ni dah pukul 1 lebih, mungkin crowd kurang sebab orang tak balik dari solat jumaat lagi
Kat sini order kena scan kod QR. Lepas pilih makanan yang kita nak, boleh terus buat online payment atau pilih bayar di kaunter.
Aku pilih kari ayam (RM8.80) dan nasi (RM2.50). Adik pulak pilih mi kari (RM17+). Lupa pulak mak pilih apa sebab time ni aku dah lapar giler haha. Sementara tunggu kari ayam sampai, aku pesan roti bakar. Betul la orang cakap roti bakar kat sini dah kureng tak macam dulu. Minuman pulak aku dan adik pilih air soya sejuk (RM7) dan mak pilih kopi latte. Mahal betul harga air soya kat sini.
Nipis je roti bakar sekarang, mentega kat dalam tu pun dah tak setebal macam dulu
Nasi dan kari ayam
Mi kari
Bagi aku not bad la makanan kat sini. Cuma kari tu aku rasa macam kurang santan. Ke kari kapitan memang takde santan? Entah la. Baru tau Old Town ada jual jugak pes masakan sendiri kot-kot teringin nak buat sendiri mi kari kat rumah.
Maksudnya: Bertasbih itu untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita [Sahih al-Bukhari (1203), Sunan Abi Daud (939) dan Sunan al-Nasa’ie (1210)].
Para ulama juga bersepakat bahawa ma’mum perlu menegur dan membetulkan imam jika dia tersalah atau terlupa pada bacaan al-Qur’an atau pada perbuatan-perbuatan solat yang lain. (Rujuk Al-Taj wa al-Iklil 2/27, Mathalib Uli al-Nuha 1/485 dan Nail al-Authar 2/373)
Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan tegahan tasbih (menyebut Subhanallah secara kuat) oleh wanita adalah kerana mereka disuruh untuk merendahkan suara dalam solat untuk mengelakkan fitnah, manakala lelaki ditegah daripada menepuk kerana ia lebih sinonim dengan wanita. (Rujuk Fath al-Bari 3/77)
Menurut Ibn Abd al-Barr pula, beliau menukilkan pandangan sebahagian ahli ilmu yang menyatakan bahawa sebab makruhnya tasbih oleh wanita, dan keharusan menepuk untuk menegur imam adalah kerana kelembutan suara kebanyakan wanita dan mungkin ia akan mengganggu konsentrasi jemaah lelaki. (Rujuk Al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ min al-Ma’ani wa al-Asanid 21/108)
Menurut Imam al-Zarkasyi pula, menepuk untuk menegur imam adalah dalam keadaan wujudnya lelaki-lelaki ajnabi; adapun jika jemaah solat dan imam terdiri daripada wanita atau lelaki-lelaki mahram, maka hendaklah mereka bertasbih secara jahar (kuat dan terang). (Rujuk Mughni al-Muhtaj 1/418)
Inilah juga fatwa yang dikemukakan oleh Syeikh Nuh ‘Ali Salman dan Syeikh Abdullah bin Baz, dimana harus bagi wanita menegur imam juga yang hadir hanyalah suami, wanita atau lelaki-lelaki mahram. Bahkan Syeikh Ibn Baz mengharuskan wanita menegur imam dalam solat jemaah jika sekiranya tiada lelaki yang berbuat demikian. Suara wanita bukanlah aurat, dan aurat hanyalah jika melembut-lembutkan dan melayukan suara, dan inilah yang dilarang.
Kesimpulannya, kami memilih pandangan yang mengharuskan wanita menegur imam secara bertasbih jika imam tersalah atau membetulkan bacaan imam jika terlupa, dengan syarat jika dia solat bersama suami, lelaki mahram atau sesama wanita. Namun yang lebih afdhal ialah menegur dengan cara menepuk.
Adapun jika solat jemaah bersama lelaki ajnabi, maka dia dilarang menegur secara tasbih, dan hendaklah dia menegur secara menepuk sahaja.
Untuk penerangan yang lebih ringkas dan jelas, boleh rujuk ceramah UAI kat sini:
Nota kaki: Kalau suami tak perasan jugak lepas ditegur dan teruskan solat contohnya dia pergi buat rakaan ke-5 masa solat Isya', kita kena niat mufaraqah (berpisah dari imam ketika solat berjemaah) dan terus duduk tahiyat akhir sebab kita dilarang mengubah rukun solat dalam keadaan sedar. Selepas solat, kita kena terus ingatkan imam untuk sujud sahwi (Sahih Al-Bukhari (404)).
Tengahari tadi lepas hantar Khayla ke sekolah, tiba-tiba terasa bosan pulak duduk di rumah jadi aku keluar jalan-jalan cari makan di Sogo. Park motor di stesen LRT Sentul dan naik LRT ke stesen Bandaraya. Nasib baik ada bawak pelitup muka sekali, sebab sekarang ni naik pengangkutan awam masih lagi kena pakai pelitup muka.
Sampai di SOGO, aku naik ke tingkat 7 sebab aku dah aim nak makan nasi ayam penyet. Dah lama rasanya tak makan nasi ayam penyet. Since aku tak pernah makan kat sini, so jom kita cuba menu ayam penyet kat sini.
Dah naik escalator ke tingkat 7, jalan lurus je akan nampak Waroeng Penyet ni
Katanya branch ni asal dari Indonesia
Eh, eh. Nasi ayam penyet sekarang dah naik hargalah. Last sekali aku beli nasi ayam penyet, harga dalam sekitar 8 - RM12. Ni aku ambik set lunch dengan air teh o ais semuanya RM17.50. Punya lama tak makan nasi ayam penyet sampai tak perasan dah naik harga ye. Isk, isk. Sekali lagi sisturr speechless.
Lepas bayar, aku pilih meja sementara menunggu makanan dihantar. Dalam 10 minit macam tu, makanan pun sampai.
OK nasi ayam penyet dah sampai!
Nasi ayam penyet bahagian peha + teh o ais = RM17.50
Lupa pulak nak bagitau, kat sini sambal self-service ye. Boleh pergi ambik di stesen sambal dan pilih sama ada nak sambal pedas atau kurang pedas. Satu lagi aku lupa pulak. Kalau habis boleh refill sambal percuma.
Close up gambar ayam
Verdict - ok la. Sambalnya tu boleh layan la di tekak aku. Siap 2x aku tambah ye. Sebuk tu rasa macam tak cukup pulak. Tapi kalau compare nasi ayam penyet kat sini dengan yang Nasi Ayam Penyet Best di Sunway Putra, aku rasa aku prefer Nasi Ayam Penyet Best kot.
Sambil makan, aku layan view air terjun dalam mall ni
Lepas makan, aku jalan-jalan sekejap dan terus balik. Risau pulak terbelanja benda-benda tak sepatutnya kalau lama-lama dalam Sogo ni! 😂
Beberapa minggu lepas ternampak kiosk baru di Sunway Putra - Perfect Ice. Nampak tulisan kat belakang tu dalam bahasa Korea, aku teka ni mesti satu lagi cawangan dari Korea.
Kiosk Perfect Ice terletak di level LG Sunway Putra Mall
Betul tekaan aku, sebab bila aku pergi laman web dieorang, ni yang aku baca tentang Perfect Ice:
"Perfect Ice is a brand that is dedicated to providing its customers with the most authentic and delicious milkshakes and ice cream. Established in 2015 at Bamdokkarbi Night Market in South Korea, the brand has expanded to 100 outlets across the country and has now ventured into Malaysia. At Perfect Ice, our mission is simple yet essential: to offer our customers an unforgettable and enjoyable experience through our carefully crafted milkshakes and ice cream.
We take pride in using innovative technology to frost premium ingredients without adding water or ice, resulting in a smooth and thick texture that allows you to taste the real flavors of our products. Our commitment to using only high-quality ingredients and maintaining the highest standards of hygiene and food safety has earned us a loyal following among our customers.
At Perfect Ice, we believe that everyone deserves a delicious treat. Whether you are a milkshake enthusiast or an ice cream lover, our wide range of flavors and toppings are sure to satisfy your cravings. Visit us at any of our outlets to experience the Perfect Ice difference today!"
Hebat ya, dari pasar malam di Korea boleh expand sampai ke Malaysia. 👏🏻👏🏻 Orang Malaysia kan peminat tegar K-drama dan suka mencuba makanan Korea, jadi dekat situ dieorang ambik peluang masuk ke Malaysia. Kalau korang perasan banyak drama Korea sekarang ni kadang-kadang ada selit negara Malaysia dalam scene dieorang:
Babak dalam K-drama Dr Cha (kredit: Youtube)
Berbalik kepada kiosk Perfect Ice, jom tengok apa yang ada kat sini:
Menu tarikan di Perfect Ice
Macam-macam perisa milkshake tapi masa kiteorang pergi, botol milkshake dah habis...
Lepas belek-belek menu yang ada, Khadeeja akhirnya pilih aiskrim vanilla, Khayla ambik chocolate milkshake dan aku dan Suami Terchenta pesan mango bingsu.
Konsep kat sini lebih kurang macam kat llaollao - boleh pilih topping yang kita nak untuk aiskrim (ada bermacam-macam jenis topping, boleh rujuk laman web Perfect Ice)
Sepatutnya milkshake ni dijual dalam botol tapi sebab botol habis dieorang jual dalam cup
Mango bingsu
Bagi aku semuanya OK. Milkshake tu agak pekat, minum milkshake je pun dah kenyang. Aku lebih suka mango bingsu di emart24 sebab ada topping ketulan buah mangga tapi bingsu di Perfect Ice ni dieorang letak whipped cream.
Beza zaman kita dengan zaman anak-anak sekarang. Kita dulu nak tak nak kena hafal sifir tengok belakang buku latihan sekolah. Anak aku ni pulak sejenis yang susah nak menghafal, tapi daya imaginasinya tinggi dan akan cepat tangkap bila dalam suasana pembelajaran yang menghiburkan. Bila aku suruh dia hafal sifir, dia lukis komik dengan jalan cerita tentang cabaran menghafal sifir. Dalam 10 minit je dia dah hafal sifir 6! Tapi jenuh la dia nak kena lukis komik untuk setiap sifir hahaha!