• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Monday, December 18, 2023

KLAF 2023

Semalam pagi-pagi lagi kiteorang menghantar Khadeeja ke Pusat Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di Bangsar sebab Khadeeja terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan 'Joy of Creating and Building'.


KLAF 2023
Bangunan PAM yang memaparkan konsep lestari / low-energy consumption

KLAF 2023
Maklumat pertandingan

Sebanyak 9 buah sekolah telah layak ke peringkat akhir bagi kategori sekolah rendah tahun ni, termasuklah sekolah Khadeeja. Bulan lepas, Khadeeja dan kawan-kawannya kena siapkan projek merekabentuk bangunan yang berkonsepkan kelestarian (sustainability) dan kena present depan wakil PAM. Minggu ni tiba-tiba cikgu Khadeeja mesej bagitau kumpulan dieorang terpilih dan dieorang kena present sekali lagi depan juri pertandingan pulak. Memang tak sempat la nak rehearse speech, hentam saja la labu...

Alhamdulillah, dieorang dapat present dengan baik pagi tu kata cikgu. Ada sekolah yang siap mintak nak present sekali lagi agaknya kali pertama tu dieorang gugup dan tak berapa bersedia jadi tu yang mintak peluang kedua. Tapi juri kata tak adil la buat sekolah lain.


KLAF 2023
Kiri & tengah: bangunan yang direkabentuk oleh Khadeeja dan kawan-kawan; Kanan (atas dan bawah): Antara kreativiti yang ditonjolkan oleh kategori sekolah rendah menggunakan bahan-bahan terpakai

Sementara tunggu pemarkahan dari juri, dieorang join jugak mini-contest iaitu pertandingan merekabentuk jambatan. Kalau tak silap, hasil dinilai dari segi kestabilan jambatan, nilai estetik dan penggunaan bahan yang disediakan.


KLAF 2023
Khadeeja dan kawan-kawan sibuk merekabentuk jambatan

KLAF 2023
Antara hasil kerja peserta kumpulan

Alhamdulillah, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul tempat ketiga bagi pertandingan merekabentuk bangunan! Kalau tengok sekolah lain, bukan main ramai pelajar dalam satu kumpulan tapi kumpulan Khadeeja ada 3 orang je. Jadi memang bangga la sebab walaupun hantar 3 orang wakil tapi masih tetap dapat tempat 3 teratas 😊.


KLAF 2023
Tempat ketiga rekabentuk bangunan lestari kategori sekolah rendah

Khadeeja dengan 'piala' yang dimenangi

Seterusnya untuk pertandingan rekabentuk jambatan yang disiapkan dalam tempoh satu jam, Khadeeja dan kawan-kawan berjaya merangkul naib johan! Alhamdulillah, satu kemenangan yang tak terduga sebab bila tengok design jambatan dieorang sempoi je (tapi kukuh dan praktikal) 😄.


Naib johan pertandingan merekabentuk jambatan

As parents, kiteorang tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian anak-anak sebab ni kali pertama dieorang join pertandingan rekabentuk senibina ni, dengan takde basic design nya hihi. Tapi dieorang berjaya buatkan juri kagum dengan susun atur bangunan dan bangunan dieorang ni multi-purpose selain menekankan konsep lestari (dengan penggunaan kincir angin, panel solar dan rain catchment dalam merekabentuk bangunan). Cuma mungkin sebab dari segi praktikal tu yang lemah sikit sebab tu tak berjaya dapat tempat pertama atau kedua 🤭 .

Apapun tahniah buat anak-anak semua, terutama Khadeeja yang tak habis jetlagged lagi dah kena present rekabentuk bangunan hihi. 

Tahniah anak-anak KLC!
Read more »
on Monday, December 18, 2023 18
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 15, 2023

15.12.2023 | Ulangtahun Perkahwinan & Hari Lahir Anak-anak

Blue Mosque, Istanbul
Kenangan di Blue Mosque, Istanbul

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Hari ni genap 17 tahun usia perkahwinan aku dan Suami Terchenta 💕.  Tahun ni sambutan cukup bermakna bila Suami Terchenta belanja percutian keluarga ke Istanbul, Turkiye dan selit sekali trip ke UK menziarahi sahabat baik aku di sana. Syukur kepada Allah sebab menunaikan impian aku ke 2 buah negara di Eropah ni 😊. Maaf belum sempat nak sort out gambar-gambar percutian sebab tu belum upload lagi cerita jalan-jalan di sana. Nanti penat dah hilang dan rumah pun dah tak macam tongkang pecah, Insha Allah ceritanya akan menyusul hihi.

Hari ni jugak anak-anak menyambut hari lahir ke 13 dan 11 tahun. Bila aku tanya tahun ni nak hadiah apa? Dua-dua jawab - we want peace and freedom for Palestine! 🥹 Lepas tu si adik menambah, 'Oh, nak celebrate birthday kat sekolah jugak 🤭'. Adik ni masih kebudak-budakan tapi si kakak dah matang. Cepatnya awak membesar, kakak! Walaupun agak mustahil untuk mommy dan Bapak bagi hadiah yang korang mintak (kecuali beli kek birthday untuk hantar ke sekolah adik), tapi kami tetap tak putus asa mendoakan keadilan untuk rakyat Palestin di dunia ni. Sepanjang bermusafir, aku ambik kesempatan untuk mendoakan Palestin sebab salah satu doa mustajab ialah doa seorang musafir 🤲🏻. Insha Allah, takde yang mustahil untuk Allah. So your wish will come true!

Mohon doa rakan-rakan blogger semua untuk kebahagiaan yang berpanjangan buat keluarga kecil kami, dan semoga rakyat Palestin beroleh kebebasan dari kekejaman yang dihadapi mereka, Ameen Ya Rabbal Alameen! 🤲🏻

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-17 kepada Suami Terchenta dan selamat hari lahir buat anak-anak!

Read more »
on Friday, December 15, 2023 42
Share this!
Tags
Celebrations, Family
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 01, 2023

Kenangan Kad Kahwin

Bulan ni Insha Allah kiteorang sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-17. Rasa macam lama bebenor kiteorang ni kahwin rupa-rupanya bila congak balik baru 17 tahun 😂. Bila kenangkan balik, time-time macam ni 17 tahun lepas aku tengah sibuk agihkan kad kahwin dengan kawan-kawan. Terus teringat pulak pengalaman buat kad kahwin sendiri sebab takde bajet nak tempah hehe.

Masa tu nak tempah kad kahwin bukan murah dan kena tempah ikut MOQ (minimum order quantity). Banyak tempat yang kiteorang survey masa tu letak kuantiti minimum 250 keping. Bayangkan harga paling murah RM2.50 x 250 = RM625 🤑. Tu harga 17 tahun yang lepas la. 

Aku pun baru 2 tahun bekerja, faham-faham je la duit simpanan tak banyak mana. Simpanan yang  kiteorang buat tiap-tiap bulan cuma untuk bayar deposit rumah sewa dan beli barang keperluan rumah lepas kahwin. Belanja majlis perkahwinan kiteorang Encik Tunang (Suami Terchenta) yang usahakan buat freelance projek sistem perisian untuk company kecik. Jadi bajet majlis kahwin memang sangat-sangat terhad. 

Tapi kebetulan masa tu aku bekerja bahagian Corporate Comm lepas tu kerja pulak dengan CEO yang semua benda kena jimat buat in-house. Sampaikan aku kena belajar sendiri guna Adobe Photoshop dan jadi graphic designer terjun dalam company 😆.Menggunakan skill yang tak seberapa tu, aku decide untuk design kad kahwin sendiri. 

Lepas tu, Suami Terchenta print atas kertas metallic yang lawa guna printer sendiri. Hujung minggu pulak kiteorang lepak kat mana-mana bawak gunting, sampul surat dan alatulis. Seorang menggunting kad kahwin (buat saiz separuh kertas A4 sebab nak jimat) dan seorang lagi tulis alamat masukkan dalam sampul surat. Nak jimat punya pasal kan. Anggaran kos kad kahwin kiteorang ialah RM50 semuanya. Berbaloi usaha  kiteorang DIY kad kahwin sendiri ahaks!

Lepas majlis kahwin, kiteorang terus lupa pasal kad kahwin tu. Ingatkan semua kad yang kiteorang agihkan tu dah selamat dalam tong sampah. Tapi tak sangka rupa-rupanya kawan baik aku masih simpan kad kiteorang ni sampai sekarang!

Baru-baru ni dia mengemas stor dan terjumpa balik kad kahwin DIY kiteorang ni. Siap ambik gambar kad hantar kat aku nak tunjuk kad tu dalam keadaan elok lagi haha! 


wedding invite DIY
Kad kahwin DIY kami
 

Korang masih simpan lagi ke kad jemputan kahwin korang? Apa pengalaman manis korang tentang kad kahwin sendiri? Cuba kongsi kat komen.

Read more »
on Friday, December 01, 2023 24
Share this!
Tags
Journal, Marriage
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, November 29, 2023

Perjalanan KL ke Istanbul (Bahagian 1)

Alhamdulillah, semalam kiteorang selamat sampai ke Istanbul, Turkiye. Dah lama tak jalan-jalan ke luar negara, agak kekok rasanya merancang trip kali ni. Syukur ada sahabat blogger, Nohas menjadi tempat rujukan. Terima kasih Nohas sudi menjawab soalan kita 🤭 .


Istanbul, kami datang!

Buat pertama kali dalam seumur hidup kiteorang naik Etihad Airways. Masa booking tiket hari tu, harga tiket agak murah pergi-balik KL-Istanbul dalam RM2900+ seorang. Kena transit dekat Abu Dhabi, jadi Insha Allah balik nanti nak try kalau boleh keluar jalan-jalan tengok bandar Abu Dhabi sebab transit 12 jam.

Dari rumah, kiteorang decide ke KLIA menaiki MRT sampai ke Putrajaya Sentral dan ambik pulak KLIA transit. Harga tiket beli dari apps KLIA Ekspress ialah RM24.60 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Jimat banyak kalau compare ambik Grab dari rumah. 


Dari stesen MRT bergerak ke stesen transit KLIA

Sampai di KLIA, terus pergi ke kaunter J untuk drop luggage. Even beg sandang pun dapat tag jugak. Lepas check-in luggage, kiteorang pergi ke balai berlepas antarabangsa untuk pemeriksaan passport. Tengok barisan passport asing, fuhhh…. Panjang bebenor! Nasib baik passport Malaysia guna Autogate jadi tak perlu nak beratur langsung. Smooth je perjalanan.

Dari terminal utama, kena ambik bas perantara ke terminal antarabangsa. Tak dapat merasa naik tren sebab masih lagi diselenggara.


Laluan ke bas perantara

Naik bas perantara ke terminal antarabangsa

Kedatangan pelancong disambut dengan tarian budaya di terminal antarabangsa. Kita yang bukan pelancong ni pun tumpang tengok hehe

Flight kiteorang berlepas dari gate C5. Sebelum ke gate, kiteorang singgah dulu solat jamak di surau di tingkat atas, tak jauh dari Hard Rock Cafe KLIA. Dah selesai solat barulah lega sikit tak rasa terkejar-kejar.

Akhirnya jam 6 petang, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Yeay, boarding! Syukur Alhamdulillah, masa online check-in bukak hari tu, aku terus check-in jadi semua kiteorang dapat tempat duduk sebaris. Khayla je kena duduk seberang dekat baris tengah, tapi masih lagi sebaris dengan kiteorang. Flight hari tu memang penuh sampai ke belakang. 


Pemandangan masa boarding

Alhamdulillah seat sangat selesa dan banyak ruang kaki, walaupun kaki Suami Terchenta panjang tapi masih lagi ada ruang kat depan. Nanti ada masa aku sambung review pengalaman naik flight Etihad Airways KL-Abu Dhabi ye.


Read more »
on Wednesday, November 29, 2023 22
Share this!
Tags
International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, November 24, 2023

Jamuan Makan-Makan Tema Baby Shower

Minggu lepas aku dengan seorang lagi kawan (Jaja) berpakat nak buat makan-makan sebelum kawan kiteorang Yana melahirkan anak ke-4 tak lama lagi. Lagipun masa tu Insha Allah aku tak berada di KL jadi tak dapat nak melawat Yana dan baby nya. Yana pun bakal dalam pantang confirm la kena pantang makanan jugak hihi. Jadi baik la buat makan-makan sebelum baby dia keluar.

Kiteorang pilih tema baby shower sebagai tema makan-makan ni. Masing-masing bawak makanan - aku bawak sandwich, Jaja bawak tauhu Anora dan Yana pulak bawak gyoza (dumpling Jepun). Siap ada kek comel untuk budak-budak. 


Jamuan Baby Shower
Hiasan simple je untuk jamuan kiteorang
 
Jamuan Baby Shower
Bersama kawan yang diraikan


Jamuan Baby Shower
Anak-anak kiteorang

Alhamdulillah, makanan yang kiteorang tempah semua sedap dan laku habis. Budak-budak paling suka kek chocolate moist tu sebab memang lembap sangat keknya. Aku makan sikit je sebab agak manis bagi aku.


Jamuan Baby Shower
Yana posing dengan kek tema pink (kek tempah dari Cake Rush)

Jamuan Baby Shower
Sandwich aku tempah dari IG: @rotitozkitchen, tauhu Anora dan gyoza (sejenis dumpling Jepun)

Sekali-sekala berkumpul makan-makan seronok jugak. Anak-anak pun suka sampai taknak balik hehe. Dah habis makan-makan, tak banyak baki makanan yang kena bawak balik, alhamdulillah. Takut jugak kalau berlaku pembaziran. Tapi semuanya licin. Sengaja kiteorang tak tempah banyak sangat makanan sebab tau perut masing-masing tak besar mana pun 😜.

Mohon sama-sama kita doakan agar kelahiran anak ke-4 kawan aku ni dipermudahkan dan selamat semuanya, Ameen YRA 🤲🏻. 

Read more »
on Friday, November 24, 2023 45
Share this!
Tags
Celebrations, Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, November 22, 2023

Wordy Wednesday - Surat Terbuka untuk Khadeeja Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

love letter to daughter

Hari Kanak-Kanak Sedunia telah diiktirafkan pada 20 November setiap tahun. Tahun ni, tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan ialah "Hak Kami, Masa Depan Kami".

Hari ni, sekolah Khadeeja buat Hari Kanak-kanak Sedunia dan solidariti bersama kanak-kanak P*lest*n. Salah satu acara yang pihak sekolah mintak ibu bapa buat ialah menulis sepucuk surat kepada anak masing-masing untuk menyampaikan mesej tentang kasih sayang dan harapan.

Ni la surat yang aku karangkan bagi pihak keluarga kami untuk anakanda tercinta, Khadeeja. Surat ni akan dibaca oleh Khadeeja di sekolah di depan kawan-kawan dan pelajar lain pun akan bacakan surat dari ibubapa masing-masing.

Sebenarnya dari anak-anak masih baby aku suka menulis surat untuk dieorang setiap bulan supaya aku tak lupa perkembangan dieorang sewaktu membesar. Aku berhenti tulis surat untuk dieorang bila dah start PJJ sebab dah takde masa menulis bila kena jadi single working mom. 

Kalau nak baca surat-surat yang aku tulis untuk anak-anak, boleh pergi dekat tab di atas bawah Personal Story > Letters to My Children. Ada tak mak-mak macam aku ni yang tulis surat untuk anak-anak jugak? Korang tulis dekat blog atau helaian kertas? Boleh kongsi di komen 😊.

Read more »
on Wednesday, November 22, 2023 15
Share this!
Tags
Celebrations, Family, Letters to My Children
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, November 21, 2023

Kiera dan Louis Tengah Bermalas-malasan

Salam Selasa semua,

Hari-hari bangun tidur mengharapkan ada perkembangan positif di bumi Anbiya tapi mungkin Allah belum lagi mengizinkannya. Selagi belum ada sinar kejayaan untuk genjatan senjata kekal dan kebebasan untuk rakyat di sana, selagi tu la kita kena terus berdoa dan berharap rahmat Allah buat mereka. Allah tidak membebankan mereka lebih dari apa yang mereka mampu, jadi bayangkanlah betapa kuatnya iman mereka menghadapi ujian dari Allah ni kan? Semoga tak lama lagi ada berita gembira dari Allah untuk kita semua terutama untuk rakyat di sana.

Kalau dah terlalu stress tengok video-video anak-anak kecil dibun*h tanpa belas kasihan oleh rejim z!onis, selalunya depa berdua ni la aku cari untuk release stress. Tengok la ni, hari-hari kerja dieorang makan, main, tidur. Repeat hari-hari pun tak bosan haha. Port lepak pulak, kadang-kadang atas kerusi meja makan, kadang-kadang depan pintu, kadang-kadang bawah meja. Ikut suka dieorang.

 

pet cats
Lepak atas kerusi meja makan


Kiera tu makin hari dah makin montel macam abang dia. Tapi dia masih tak suka dipegang. Tengok boleh, belai boleh, jangan dukung dan riba je. Mesti menggeletis nak lari. Bak kata Suami Terchenta, macam ulat 😂. Louis macam biasa, control cool je. Sekarang tengah fasa pantang nampak pintu rumah terbuka, mulalah nak dia berlari keluar nak tengok dunia kat luar. Tapi kalau jerit 'wet food!' laju je dia berlari masuk balik sebab aktiviti favourite dia masih lagi makan! 😅 Macam tu la peel kucing-kucing di rumah ni yang menghiburkan.

Read more »
on Tuesday, November 21, 2023 18
Share this!
Tags
Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, November 20, 2023

Jalan-jalan ke Pasar Seni

Dah lama tak jalan-jalan ke Pasar Seni, kali terakhir tak silap masa awal-awal kelonggaran pergerakan awam, time tu masih kena scan MySejahtera dan pakai pelitup muka nak masuk ke tempat ni.

Jom tengok apa yang dah berubah kat Pasar Seni sejak kali terakhir aku datang ke sini.


Central Market
Pasar Seni

Kali ni Pasar Seni ada ramai pengunjung dari pelancong asing luar Malaysia. Masa kiteorang masuk tu, ada sekumpulan pelancong ni tengah dengar penerangan dari tour guide. Tarikan kat Pasar Seni ni ialah barang-barang cenderahati tempatan sebab tu la ramai pelancong suka datang ke sini. Dari kraftangan etnik sampai la kraftangan kertas, semuanya ada kat sini. Anak-anak suka la sebab banyak cenderahati dan kraftangan yang comel-comel kat sini, rambang mata dieorang berdua dibuatnya.


Central Market
Antara kedai cenderahati yang menjadi tumpuan

Central Market
Atas: Cantik kan tiffin tu? Bawah: Patung arnab yang comel


Selain dari kedai cenderamata dan kraftangan, sekarang ni dah ada kiosk-kiosk yang menjual makanan tempatan macam ikan patin tempoyak dan macam-macam lagi. Terlupa pulak nak ambik gambar sebab bila jalan-jalan lagi, aku ternampak ada something yang baru dekat sini - Pasar Besar.


Central Market
Pasar Besar berkonsepkan pasaraya

Dalam Pasar Besar ni banyak produk tempatan dan mostly produk makanan dijual kat sini. Kalau korang nak cari coklat untuk gantikan coklat Cadbury yang tengah diboikot tu, boleh la pergi sini cari coklat buatan Malaysia. Ada coklat premium macam coklat dari Sabah ni dan coklat biasa macam Berry's jugak.


Central Market
Gula nipah dan coklat premium

Central Market
Muruku, kerepek, teh, kopi dan macam-macam lagi la ada kat sini


Kalau ikutkan, banyak lagi tempat dalam Pasar Seni tapi bila tengok Suami Terchenta dah mula urut-urut belakang tu faham ler dia dah bagi signal sakit belakang tu. Insha Allah ada rezeki aku nak jalan-jalan kat tempat ni lagi.


Central Market
Seni mural yang cantik

Read more »
on Monday, November 20, 2023 11
Share this!
Tags
Malaysia, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • Hari hari yang ku lalui...
    7 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    8 hours ago
  • KasihkuAmani
    9 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    11 hours ago
  • SURIA AMANDA
    11 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    12 hours ago
  • Aku Sis Lin
    13 hours ago
  • a m m i
    13 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    13 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    14 hours ago
  • Afzan Sidi
    14 hours ago
  • KakmimDotCom
    14 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    15 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    16 hours ago
  • Travel My Way
    16 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    16 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    16 hours ago
  • My Small World
    17 hours ago
  • Anies♥You
    17 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    18 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    18 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    20 hours ago
  • mrhanafi.com
    20 hours ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    21 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    21 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    21 hours ago
  • Blog Anamizu™
    22 hours ago
  • Miles of smiles
    22 hours ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 days ago
  • Mreneyoo
    3 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    3 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • Asa Blog
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.