Pernah tak dengar term PCOS ni?
PCOS ni singkatan untuk 'Polycystic ovary syndrome'. Ia merupakan sejenis gangguan hormon wanita yang menyebabkan seseorang tu sukar hamil dan sukar menurunkan berat badan.
Aku dah lama menghidap PCOS ni, simptom yang paling berat sekali ialah kesukaran untuk hamil. 4 tahun berkahwin tiada zuriat, telinga dah panas je bila orang sekeliling tanya bila nak ada anak.
Pernah jugak menjalani rawatan kesuburan di Hospital Pusrawi sampai pregnant tapi di usia kandungan hampir cecah 3 bulan, dapat tau janin dah takde heartbeat. Masa tu down jugak, paling tak tahan bila bidan kampung yang mengurut masa pantang tu boleh pulak tuduh aku & Suami Terchenta buat keputusan terburu-buru buat D&C (proses cuci rahim). Apapun, syukur Alhamdulillah kami dikurniakan jugak sepasang zuriat perempuan selepas 4 tahun.
Sebenarnya entri ni aku nak cerita pasal simptom PCOS yang kedua iaiatu sukar menurunkan berat badan.
Disebabkan hormon yang tak stabil, jadi badan tak boleh nak bakar lemak dengan efisyen. Hasilnya, berat makin bertambah walaupun makan macam orang lain yang normal. Lepas tu bila bersenam pulak, berat turun tapi sikit je.
Yang paling membimbangkan aku ialah PCOS ni punca aku menghidap sindrom metabolik - tekanan darah tinggi, paras gula dalam darah tinggi (tapi terkawal buat masa ni) dan kolesterol pun tinggi. Sejak bulan September tahun lepas, aku dah start kena makan ubat darah tinggi. Baru-baru ni pulak, aku perasan yang aku rasa haus di tengah-tengah malam, kerap buang air kecil dan mata rasa kering yang teramat. Aku syak paras gula dalam darah pun dah semakin naik ni. Ni la akibatnya melantak tak hengat dunia bila balik kampung, Carneyz... << membebel dengan diri-sendiri.
That's why sempena bulan Ramadhan ni aku nak cuba untuk kurangkan makan, elakkan makanan berkanji (untuk turunkan paras gula) dan walaupun berpuasa aku cuba bersenam (berjalan kaki 30 minit). Bagi aku agak mencabar sebab aku kena prepare lauk berasingan untuk keluarga dan diri-sendiri. Contoh menu keluarga dan menu aku bulan puasa ni:
1 Ramadhan:
Lauk keluarga - daging masak kicap, sayur tumis, ayam goreng, kuih-muih, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Herbalife, buah-buahan (berbuka). Telur dadar, tomato dan avokado (sahur).2 Ramadhan:
Lauk keluarga - Ikan goreng, sayur tumis, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Herbalife, buah-buahan (berbuka). Dada ayam panggang, avokado, sayur (sahur).3 Ramadhan:Lauk keluarga - tomyam ayam campur sayur (lobak, tomato, cauliflower, etc.), telur dadar, kuih-muih, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Shaklee (saja nak try & Herbalife dah habis), buah-buahan (berbuka). Tomyam ayam sahaja (sahur).
Selama seminggu ni tu la menu dan rutin harian aku. Alhamdulillah, aku mula perasan takde lagi terbangun tengah-tengah malam nak minum air, kekerapan ke toilet pun dah kurang malam-malam dan mata dah tak pedih. Jari pun dah tak rasa kebas.
Aku bersyukur lemak badan pun dah menunjukkan penurunan walaupun tak banyak tapi lebih baik dari sebelum puasa. Berat pun ada susut sikit, tak banyak 2kg je. Itulah cabaran dengan PCOS, nak kurus dan sihat memang payah sikit berbanding orang yang takde masalah hormon. Pendapat aku, orang yang normal mungkin boleh hilang sampai 3-4kg seminggu kalau kawal makan dan bersenam tiap-tiap hari tapi sesetengah penghidap PCOS dikira beruntung kalau dapat kurangkan berat badan. Bagi aku, aku fokus untuk sihat je, turun berat badan tu dah dianggap bonus!
Aku teringin nak buat aktiviti lasak macam panjat gunung atau hiking, tapi sekarang ni pergi jogging dengan muatan lebih ni pun boleh end up sakit lutut, sakit tumit (plantar fasciitis) dan sakit pinggang. Sebab tu buat je yang termampu dulu i.e. berjalan kaki asalkan ada pergerakan yang merangsang pembakaran lemak.
Nanti aku share pulak devices yang aku rasakan penting dalam misi sihat ni.