Semalam di SOGO KL, aku dengan anak-anak singgah makan tengahari di foodcourt. Foodcourt SOGO KL sesak dengan orang ramai memandangkan sekarang cuti sekolah. Mujur kiteorang dapat meja kosong dekat dengan air terjun tak payah tawaf 2-3 kali. Selepas makan, kiteorang kemas meja dan gerak ke tingkat atas.
Apa yang menarik perhatian aku ialah bila lalu sebelah beberapa meja yang ditinggalkan selepas makan dalam keadaan begini:
Dan begini:
Apa kata ubah tabiat tinggalkan meja dalam keadaan kotor / bersepah dan biasakan diri mengemas meja selepas makan? Sebenarnya ini sifat orang yang kemas meja selepas makan:
- Mempunyai peribadi yang sukakan kekemasan (tidiness). Biasanya orang yang kemas ni dia terbawa-bawa tabiat yang kemas dari rumah. Nak tau orang tu jenis macamana kat rumah, tengok apa dia buat selepas makan. Kalau sejenis yang tinggal je macam tu, besar kemungkinan di rumah pun lepas makan sama ada dia tinggal je meja makan bersepah atau longgok je pinggan kotor dalam sinki. Selalu tak dengar kisah horror rumah sewa? Keluar rumah bukan main lawa, makeup tebal dan wangi menusuk hidung tapi sebenarnya pengotor? Nak ke dicop orang yang macam ni bila tinggalkan meja makan dalam keadaan bersepah?
- Melambangkan didikan ibubapa yang baik dan berdisiplin. Pernah sekali aku terpandang sekumpulan remaja lelaki selepas makan dieorang bangun dan kemas meja sendiri. Aku rasa kagum sebab nampak kan didikan mak ayah dieorang macamana di rumah?
- Hatinya baik. Walaupun dia tau akan ada pekerja yang akan datang kemas meja, tapi dia masih nak tolong kemaskan jugak. Dia jugak nak pastikan meja yang ditinggalkan bersih untuk keselesaan orang selepas dia. Kan kebersihan ni sebahagian dari iman?
Di sesetengah tempat contohnya di IKEA, ramai yang dah mula kemas meja selepas makan. IKEA tampal notis besar-besar dalam restoran mohon kerjasama supaya kemas meja sendiri dan sambil makan pun pengunjung akan dengar pengumuman yang sama. Lama-lama kita nampak orang mula ikut dan kemas meja sendiri subconsciously. Pandai kan IKEA psycho pelanggan?
Sebenarnya mengemas meja selepas makan ni tak susah mana pun. Memandangkan sekarang dah masuk tahun 2023, apa kata kita ubah mentaliti dan tabiat kita bila makan di tempat awam? Barulah terserlah imej rakyat Malaysia as first world citizen. Setuju tak?