Amalan Tempatan Vs Amalan Dianjurkan Dalam Islam Berkaitan Kubur dan Kematian

Amalan tempatan yang bercanggah dengan amalan dianjurkan dalam Islam

1. Mendengar berita kematian

  • Adat Tempatan : Mengucapkan 'Al-Fatihah' bila dengar berita kematian
  • Islam : Mengucapkan 'Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun'

2. Usung jenazah

  • Adat Tempatan :
Baca Al-Fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di Selangor, maka jenazah akan dibawa pulang ke Selangor untuk dikebumikan.
  • Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kubur bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan tempat jenazah meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

  • Adat Tempatan :
    • Jirus air dengan jug yang diikat kain putih / jirus air mawar
    • Tabur bunga
    • Tabur batu
  • Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

  • Adat Tempatan :
    • Kubur ditinggikan dengan binaan kepok
    • Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
    • Batu nisan 2
    • Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta (Nota: yang ni setau aku takde dalam adat Melayu tapi diamalkan di negara dan mazhab lain contohnya di India terutamanya kubur para wali dan alim ulama)
    • Perlu beri wang kepada orang solat jenazah (?)
    • Ada pakej upah baca Al Quran malah ada tempat yang mengenakan upah bacaan talkin
    • Perlu beri wang kepada penggali kubur 
    • Perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM1000… MasyaAllah
  • Islam :
    • Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
    • Kubur tiada sebarang kepok, nama, tarikh hidup dan mati
    • Batu nisan 1
    • Tempat beribadah di masjid bukan di kubur
    • Tiada upah bacaan Al Quran / bacaan talkin di kubur
    • Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat Islam.

5. Kenduri arwah

  • Adat Tempatan :
    • Keluarga si mati buat kenduri tahlil untuk arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
    • Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
    • Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
  • Islam :
    • Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
    • Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu (jenazah lelaki) / Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha (Jenazah wanita)
    • Jiran terdekat / dalam kariah memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

  • Adat Tempatan : Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
  • Islam : Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kubur itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

 (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Sumber : Kalam Sunnah

Nota kaki: Kadang-kadang susah kita nak menolak amalan tempatan sebab dah jadi benda yang orang sekeliling anggap normal, contohnya buat kenduri tahlil arwah atau bagi upah kepada surau dan penggali kubur bila keluarga mintak tolong untuk uruskan jenazah. Jadi sebaik-baiknya kita sendiri belajar uruskan jenazah dari proses mandikan jenazah, kafankan sampailah mengerjakan solat jenazah, lagi-lagi untuk mak ayah kita. Yang lain-lain tu, kita luruskan niat contohnya bila buat kenduri tahlil untuk bersedekah dan kalau kurang berkemampuan, tak perlu bebankan diri-sendiri untuk buat sebab takde dalam amalan Islam. Macam tu jugak bila kita bagi sagu hati kepada penggali kubur, niatkan untuk berterima kasih atas masa dan tenaga yang diluangkan beliau untuk menggali kubur. Sebab walaupun fardhu kifayah, tak semua orang sanggup buat maka tak salah kita berbuat ihsan kepada orang yang dah tolong kita. Wallahu'alam.

Self-Reward - Aromatherapy Massage di Ayu Borneo Family Wellness Center

Self-reward konon... hehe. Yalah, kita pengurus rumahtangga (baca: surirumah) pun nak juga sekali-sekala self-reward manjakan diri-sendiri kan. Lama dah teringin nak try Ayu Borneo sebab seberang Hospital KPJ Ampang Puteri je. Setiap kali pergi hospital, mesti nampak bangunan ni. So balik dari appointment dengan Dr. Sakinah 2 minggu lepas aku pun ambik kesempatan singgah di sini.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Kalau lalu depan hospital KPJ Ampang Puteri memang takkan miss sebab signage sebesar-besar alam

Ayu Borneo Family Wellness Center
Combined package ni nampak menarik jadi aku pun pilih Aromatherapy Treatment + Foot Reflexology

Masuk-masuk je terus jumpa kaunter. Bagitau pakej apa yang nak ambik, terus buat bayaran. Lepas tu duduk dekat ruang menunggu sementara tunggu therapist sampai.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Ruang menunggu. Lepas therapist sampai, dia bawak pergi ke belakang tu untuk cuci dan lap kaki sebelum dia bagi selipar

Mula-mula sekali, therapist bawak ke bilik ala-ala dalam panggung wayang untuk buat foot reflexology di tingkat atas (2nd floor). Tempatnya selesa dengan kerusi boleh recline dan sambil therapist urut kaki, boleh layan movie jugak. Cuma satu je yang agak tak selesa kat sini - bilik ni campur lelaki dengan perempuan. Walaupun masa tengah urut tu therapist tutup kaki dengan tuala supaya tak terdedah tapi masih lagi kadang-kadang tu terselak. 


Ayu Borneo Family Wellness Center
Dekor dalam ni ala-ala dekat Bali

Lepas selesai sesi foot reflexology, aku dibawa ke tingkat 3 pulak untuk aromatherapy massage. Yang ni kita boleh pilih minyak aromaterapi yang kita nak - aku pilih minyak pati lavender untuk bagi lebih relaks masa urut badan.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Toilet bersih, luas dan siap ada tempat ambik wuduk

Sayangnya aku rasa urutan therapist ni tak kena pulak dengan tempat yang lenguh dekat badan aku. Urutan dia pun agak kuat, aku pulak prefer urutan lembut je. Beza betul dengan masa dia buat urutan kaki sebelum tu. So agak-agak nak repeat ke? Hmm... Entah la.


Ayu Borneo Family Wellness Center
Lupa ambik gambar ruang massage sebelum mula sesi urutan

Ayu Borneo Family Wellness Center
Lepas selesai massage, boleh menikmati hidangan kek dengan minuman panas percuma. Teh halia ni memang dia akan hidangkan dekat setiap pelanggan yang dah habis sesi urut 

Dari segi kemudahan, tempat ni memang selesa, luas dan paling bagus ada ruang solat yang cantik. Aku suka urutan kaki refleksologi sebab sedap sangat sampai tertidur dibuatnya hehe. Tapi aromatherapy massage tu aku rasa macam so-so je. Tapi tu la, ni pendapat aku, orang lain mungkin suka. Kalau tengok kat Google review banyak je orang bagi rating 5 bintang. Korang kena cuba sendiri untuk tau best ke tak dengan badan korang.

Singgah di Kafe Folk Kofii

Minggu lepas kawan aku bagitau yang dia makan lontong Paktam Laksa tapi bukan di kedai Paktam Laksa. Rupa-rupanya menu di kedai Paktam Laksa tu ada dijual di kafe berhampiran iaitu kafe Folk Kofii. Eh, bagus la idea dieorang ni buat partnership macam ni. Kalau kedai Paktam Laksa penuh, boleh singgah di Folk Kofii untuk pesan laksa Johor, lontong atau soto di sini. 

Memandangkan hari Jumaat masa lebih panjang sebelum hantar Khayla ke sekolah, jadi kiteorang pun decide nak sarapan pagi di sini.


Kafe ni terletak di bangunan belakang 7E, agak tersorok sikit. Aku pusing 2x baru nampak signboard kafe yang cinonet ni

Folk Kofii
Macam biasa, kafe ni berkonsepkan hipster dan estetik. Sambil tunggu pesanan sampai, boleh baca bahan-bahan bacaan yang disediakan.

Selain dari menu dari kedai Paktam Laksa, kafe ni ada jual kek, kuih-muih, tart dan menu sarapan terdiri dari hidangan Western macam pancakes dan waffles yang Khayla pesan ni dan jugak menu lokal macam nasi lemak bungkus dan lempeng. Specialty dekat sini ialah pelbagai jenis minuman kopi. So penggemar kopi boleh la singgah mencuba kopi dekat sini.


Pancake
Pancake

Waffle
Waffle dengan inti coklat dan peanut butter

Aku pulak pesan lontong dari kedai Paktam Laksa. Kalau nak bagi rating, aku bagi 10/10. Sedap sangat! Kuahnya cukup pekat, bahan-bahan semua lengkap, sambal dan kuah kacang memang padu. Bertambah satu lagi menu yang aku suka di kedai Paktam Laksa ni 😋.


lontong Johor
Lontong Paktam Laksa

Dari segi makanan aku rasa semuanya sedap dan menarik. Cuma slack dekat sini ialah servis agak slow. Agak lama jugak kena tunggu pesanan sampai, tapi lontong Paktam Laksa ni laju je sampai walaupun dari kedai lain hehe. Kawan aku pun komen benda yang sama - siap cakap rasa macam nak tolong bancuh kopi kat dapur, sebab lama sangat tunggu 🤣. Lepas tu aku order cold chocolate milk, adik tu boleh pulak salah dengar oat chocolate milk. Minuman Khayla pulak dia tak masukkan dalam order, bila aku check takde, rupa-rupanya dia tak dengar masa Khayla buat pesanan. Patut la tak sampai-sampai.

So kalau tengah lapar nauzubillah sampai nak makan orang, baik singgah makan dekat kedai lain je. Setakat lapar biasa-biasa dan masih sanggup tunggu, boleh la try kafe ni.

Sarapan di Rumah Kuning

Semalam Suami Terchenta ambik cuti ganti sebab weekend lepas dia kena standby dekat ofis. So semalam boleh la kiteorang keluar berjimba hehe.

Destinasi pertama yang dituju ialah kedai legend Rumah Kuning di Kampung Baru. Kedai ni betul-betul dekat simpang nak masuk lebuhraya AKLEH dekat Jalan Raja Abdullah menghala ke Dang Wangi. Kedai ni takde tempat parking khas, jadi kiteorang decide naik motor je ke sini sebab senang nak parking tepi jalan.

Rumah Kuning Kampung Baru
Rumah Kuning kedai legend di Kampung Baru

Menu yang ramai orang order ialah roti sarang burung. Kalau kat tempat lain, roti sarang burung letak daging cincang, tapi kat sini letak sardin.


Rumah Kuning Kampung Baru
Roti sarang burung dihidangkan dengan kuah kari yang pekat

Bagi aku, ok la sedap la jugak. Cuma jenuh aku nak asingkan cili padi potong dengan bawang cincang sebab aku tak makan pedas dan tak suka bawang. Kalau datang sini lagi, kena bagitau siap-siap tak nak cili potong dengan bawang. Vibe kat tempat ni macam kat kedai makan di kampung tapi lokasi kat tengah bandar. Owner kedai ni friendly dan servis pun cepat. 

Aku baca review kedai ni dekat je dengan stesen LRT Dang Wangi. Lain kali boleh cuba datang sini naik LRT pulak.


Rumah Kuning
Alamat: 17, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 6 pagi - 3 petang (Sabtu & Ahad 6 pagi - 12 tengahari)

Bawak anak-anak merempit cari sarapan pagi

Lepas sarapan, ke manakah destinasi seterusnya? 

Kemalasan Melanda...

Hari ni kemalasan melanda...


Rasa nak join anak2 bulus terbongkang depan TV

Sepatutnya minggu ni plan nak declutter dan cuci peti sejuk. Lepas tu nak pergi ke Celcom. Kita tengok la jadi ke tak hihi.

Oh ya, Suami Terchenta belikan benda baru untuk anak-anak bulus minggu lepas. Kemain lagi dieorang suka. 

Abaikan cermin kaca yang comot tu, macam yang aku cakap tadi, sekarang tengah mood M-A-L-A-S 🥱.


Sepetang di Kaffe 16 @ Chinatown, KL

Ni throwback kiteorang keluar makan sebelum bulan puasa. Kaffe 16 ni ialah kafe yang dimiliki oleh Beryl's Chocolate, jenama coklat tempatan. Lokasinya tak jauh dari stesen MRT Pasar Seni, bersebelahan dengan kedai butik coklat Beryl's. 


Beryl's Chocolate
Kaffe 16 milik jenama coklat Malaysia, Beryl's Chocolate


Kaffe 16, Chinatown KL
Suka tengok pintu masuk ke kafe ni sebab design pintu kayunya yang klasik

Dalam kafe ni cantik dan banyak sudut yang Instagrammable.


Kaffe 16, Chinatown KL
Pintu masuk dari butik coklat Beryl's di sebelah dan menuju ke bahagian courtyard, sesuai untuk ber OOTD

Instagrammable cafe
Tangga pusing ni pun nampak klasik dan Instagrammable


Makanan kat sini standard harga kafe hipster. Alhamdulillah, semua sedap dan menepati citarasa kiteorang. Paling recommended dekat sini ialah steak on mash (RM37), daging lembut sumpah sedap sampai sekarang teringat-ingat... Kiteorang order makanan tapi kongsi makan satu family dan steak ni yang paling kiteorang berebut nak makan 😅:


Kaffe 16, Chinatown KL
Steak on mash (RM37) - tak menyesal order walaupun mahal
 

Next, nak rasa daging itik panggang pulak. OK jugak, cuma bagi aku agak masin. Still sedap cuma masin je la.


Kaffe 16, Chinatown KL
3 sauces duck (RM24)

Menu seterusnya ialah nasi orang Itali pulak, cream seafood risotto (RM34). Udang yang dieorang guna besar dan segar. Rasanya lemak berkrim dan kalau mat salleh buat review dia akan guna perkataan 'savoury' dan 'umami' untuk describe risotto ni, sis dengan Khadeeja approved 👍🏻


Kaffe 16, Chinatown KL
Cream seafood risotto (RM34) - harga sama keras dengan steak on mash

Menu fish and chips (RM35) ni pulak kegemaran Khayla. Dia ni sejak makan fish and chips dekat UK memang ketagih betul dengan hidangan asal dari UK ni.


Kaffe 16, Chinatown KL
Fish and chips (RM35) dengan homemade lemon aioli sauce

Untuk dessert pulak, kiteorang pilih single origin chocolate shots - bila sampai kat meja... eh eh, ada coklat asal dari Bintulu ke? Apasal aku tak pernah tau ye hihi... Ke coklat ni dibuat dari biji koko yang ditanam di Bintulu? Atau saja-saja letak nama Bintulu untuk chocolate shot ni? Lupa pulak nak tanya.


Kaffe 16, Chinatown KL
Single origin chocolate (RM24), siap ada panduan 'Flavor Wheel' yang kiteorang tak faham pun hihi. Coklat dalam setiap gelas ni berbeza dari segi rasa masam (acidity), pahit (bitterness) dan lemak (creaminess). Dari segi manis, hmm... tak boleh dibezakan.


Kaffe 16, Chinatown KL
Pancakes (RM24) yang di request oleh Khadeeja sebab katanya dah lama tak makan pancakes

Last but not least, anak-anak order minuman House of Chocolate ni sebab ada macaron dan chocolate shavings. Manis leting minuman ni. Nasib baik air suam percuma disediakan untuk hilangkan rasa manis tu. Peminat coklat confirm suka la minuman ni sebab kaya dengan rasa coklat. Oh ya, semua menu yang ada coklat ni menggunakan coklat dari Beryl's Chocolate. Tak sangka jenama coklat Malaysia pun ada menjual coklat premium.


Kaffe 16, Chinatown KL
House of chocolate (RM26)

Suami Terchenta kata makanan sedap-sedap tapi tak boleh bawak selalu hangus poket dibuatnya 😂. Apapun terima kasih buat Suami Terchenta sebab bila bab bawak family keluar makan, dia selalu tak kedekut dan berkira. Semoga murah rezeki encik suami 😘... 

Makan-Makan Raya di Rumah

Dah habis bulan Syawal tapi baru nak up cerita buat makan-makan raya di rumah kiteorang pada 26 Syawal / awal bulan tempoh hari. OK la kan, janji tak terlajak sampai Raya Haji hehe.

Semua hidangan kiteorang masak sendiri, jadi kalau tak sedap mintak maaf banyak-banyak kat para tetamu ye. Rasa kekok sikit buat open house sebab dah lama tak buat sejak PKP. Cuma kek lapis je la tak buat sendiri, yang tu aku beli dari mak isteri sepupu di Kuching.


laksa Sarawak lemang rendang kelupis
Antara juadah yang dihidang masa makan-makan Raya

Selain dari rakan-rakan blogger yang tinggal berdekatan dengan rumah kiteorang, ada jugak kawan-kawan lain dan kawan-kawan baik Khayla. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi hadir pada hari tu. Lain kali jangan serik datang ke rumah kami kalau terima jemputan lagi ye. Anyway, semoga ada rezeki lagi tahun depan dapat buat makan-makan raya lagi.


Bersama parents dari sekolah Khadeeja - kenal rapat sebab sama-sama jadi part-time cikgu memasak tahun lepas

Dengan ex-colleague dan BFF aku, Jen.

Dengan BFF Khayla

Dengan kakak dan adik aku

Dengan kawan-kawan blogger dan Geng Kamie

Dengan kawan-kawan blogger lagi. Muka Puan Hazel je tak tunjuk untuk menghargai privacy

Nota kaki: Terima kasih Kak Retna, Mama Zharfan, Puan Hazel, Kak Nohas, Shai dan Kak Siti kerana sudi hadir memenuhi jemputan. Terima kasih jugak Kak Siti bawak trifle dan jugak Kak Nohas bawak coklat Beryl's sebagai buah tangan ♥️

Shapewear Options : The Key to Dressing for Success!

Like everyone, we want to look and feel our best. Confidence is key, and what better way to boost your confidence? The brand strives to shape the body and give you the perfect look. Meanwhile, you can create a whole new wardrobe with the collection of some of the best shapewear.


Enhanced Figure

This shapewear brand works so well in smoothing out the curves. It also provides you with the best support where you need it most. So, no matter what you wear, a body-fitted dress or a tailored suit with your favourite jeans. You can get the required support to achieve a polished look. It's time to say goodbye to visible panty lines. Are you ready to say hello to a smoother figure with Shapellx?


Versatility in Collection

The most fascinating thing about Shapellx is the versatility of options. You can get a wide range of styles to choose from. So, it won't be a challenge to find the perfect fit to complement any outfit in your wardrobe. No matter which body type you are and which area you want to target, there is always an option. From full-body shapers to the shapewear dress, which entertains you with all options. You can dress up for a special occasion or keep it casual for a day out.


Shapellx

Shapewear for Enhanced Confidence

If you're looking for some options for your wardrobe, you may want to try out something different. There are some shapewear that can help you feel confident and look your best. So, why not add them to your wardrobe? With the right piece, you can get support and shape where you need it most.

From giving a presentation at work to meeting friends for lunch, you will be confident. In fact, you can attend a social event while boosting confidence from the inside out.


Shapellx


Comfortable Fit

You should always go for comfortable choices when it comes to shapewear. Shapellx has prepared shapewear with high-quality and breathable materials. So you will feel your body move without feeling uncomfortable with the shapewear. At Shapellx, the shaping swimsuit is an option that comes with seamless designs. You can look the best under clothing.

 

Long-Term Benefits

Never settle for temporary results. As a person, you should be considerate and serious about your choices of shapewear. Instant results may give you the best look, but only for a few hours. You can improve posture and circulation while giving your body the required support. Also, you should wear them consistently and enjoy the confidence-boosting benefits.

 

Make Your Wardrobe Worth Looking At

The brand that can help you with boosting your confidence is Shapellx. You can make your wardrobe collection worth looking at with the right one.

Sarapan di PakTam Laksa Johor

Ni kisah weekend lepas, pagi tu lepas Subuh aku terus keluar ambik Suami Terchenta di ofis sebab malam sebelumnya dia kena masuk bekerja. Macam tu la nasib pekerja bidang IT, bekerja tak kira siang, malam atau hujung minggu huhu... Eh, terbebel pulak di sini.

Anyway, sebelum balik ke rumah kiteorang decide nak jalan-jalan cari makan dulu. Dah lama tak nge-date bersama. Memandangkan aku mencari laksa Johor sejak pekena laksa Johor yang sedap di rumah Kak Retna, jadi kiteorang pun singgah di PakTam Laksa Johor di Taman Melawati. 

Kedainya kecik je dan terletak di belakang Melawati Mall. Rasanya sebelum ni aku pernah terbaca pasal kedai ni dekat blog Kak Fzy (Krabat Kramat). Tu yang teringat bila mencari laksa Johor.


PakTam Laksa Johor
Kiteorang sampai awal, kedai minuman kat sebelah pun belum bukak lagi
 
Melawati
Ada tempat letak kereta disediakan untuk pelanggan, tapi kiteorang berdua naik motor so parking je merata-rata

Selain dari laksa Johor, ada jugak lontong dan soto. Tapi pagi tu kiteorang sama-sama nak makan laksa Johor. Lontong tu pun nampak sedap, lain kali singgah sini lagi boleh la cuba.


Laksa Johor dengan portion yang sangat banyak

Tu diaaa.... semangkuk besar tu penuh dengan kuah laksa. Bawang hiris memang tak kedekut langsung, sayangnya aku tak makan bawang jadi aku tolak ke tepi. Kuahnya pekat dan packed with flavours, sedap! Sambal belacan tu nampak je macam pedas tapi tak ye. Alhamdulillah, puas hati dapat makan laksa Johor yang memenuhi citarasa aku. Portion laksa pun tak kedekut, rasa sayang pulak dengan kuah laksa sebab tak boleh habiskan. Bagi aku, tempat ni boleh repeat kalau teringin nak makan laksa Johor.

Kalau nak try boleh datang ke sini:


PakTam Laksa Johor
Alamat: No 56 Jalan Negara, 2, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 KL.
Waktu operasi: 8 pagi - 11.30 malam (setiap hari)
IG: @paktamlaksa

Salam Jumaat - Solat Sebelum Kamu Disolatkan

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. 

Perkara pertama yang dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Solat itu tiang agama, dan janganlah kamu meninggalkannya.


Salam Jumaat semua,

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang mendirikan dan menjaga solat. 

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻


Tapi Kiera, bukan tu arah kiblat kita 😅...

Jawapan Kepada Teka-Teki Matematik Semalam...

Masih ingat tak teka-teki matematik semalam? Soalan macam ni sebenarnya tahap sekolah rendah zaman sekarang. Agaknya ini yang dikatakan soalan KBAT. Dalam flight aku pun dok ralit mengira dan mencongak jawapan. Selepas disemak dengan jawapan yang memang sedia ditampal dekat belakang meja tu jugak, ternyata kemahiran matematik aku masih lagi tersimpan rapi dalam otak 😜. Hehe. Tapi zaman sekolah dulu, Matematik dan Prinsip Akaun antara subjek kegemaran aku berbanding subjek menghafal macam Sejarah atau subjek sains (serius, aku memang blur je bila masuk kelas Fizik, Biologi dengan Kimia sepatah apa pun aku tak faham tapi mujur tak fail masa SPM). Tapi Add Maths aku benci pulak hahaha!

OK, tanpa membuang masa meh aku kongsikan jawapannya:

Untuk dapatkan nilai ⛑️:

  1. ⛑️ + ⛑️ + ⛑️ = 12 (yang ni senang je, 12 bahagi 3) = 4

Untuk dapatkan nilai 🔑:

  1. 🔑 + 🔑 x ⛑️ = 50 👉🏻 untuk yang ni kita kena gunakan ilmu algebra sikit. Tukarkan ⛑️ = 4;
  2. 🔑 + 🔑 x 4 = 50
  3. 🔑 + 4🔑  = 50
  4. 5🔑  = 50
  5. 🔑  = 50 / 5 = 10

Untuk dapatkan nilai 🛞:

  1. 🛞 x 🛞 + 🔑 = 35
  2. 🛞² = 35 - 10  (tukarkan kepada nilai 🔑 =10) 
  3. 🛞² = 25
  4. 🛞 = √25 (punca kuasa dua) = 5

Jadi, ⛑️ = 4, 🔑 = 10, 🛞 = 5:

10 + 2(5) x 2(4) (ramai tak perasan yang ⛑️ dan 🛞 tu ada 2, jadi mungkin berlaku kesilapan di situ)
= 10 + [10 x 8] (ikut tatatertib matematik, kena selesaikan darab dulu baru tambah)
= 10 + 80
= 90
✌🏻

Bila minat subjek Matematik, sekali-sekala jawab trivia matematik ni seronok jugak. Korang pulak masa zaman sekolah dulu suka subjek apa? Cer komen sikit.



Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik

Teacher's Day


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik tak kira guru taska, guru sekolah maupun para pensyarah! Tak terbalas jasa guru-guru yang mendidik kita dengan ilmu dunia dan akhirat hingga kita berjaya hari ni. Semoga ilmu yang dicurahkan dengan penuh ikhlas dan sabar menjadi asbab guru-guru kita masuk ke syurga. Ameen YRA! 🤲🏻 

Nota kaki:

Selamat Hari Guru buat rakan-rakan blogger yang memilih kerjaya sebagai pendidik antaranya Kak Amie, Abam Kie, Kakmim, Mama Zharfan dan jugak Mama Sara Nur / Cik Nor 🌸

Teka-teki Matematik

brain teaser
Soalan trivia dalam penerbangan AirAsia KCH-BTU baru-baru ni

Masa dalam flight dari Kuching ke Bintulu, ternampak teki-teki matematik ni di belakang tempat duduk penumpang depan. Bagus jugak idea ni, bagi kita sibuk berfikir jawapan kepada teka-teki ni.

Siapa yang dapat jawapannya? Letak dekat komen ye.

Buat Cheesy Sausage Roll Untuk Breakfast Anak-anak

Pagi tadi tengok roti ada sikit je lagi. Kalau beli baru takut yang lama ni anak-anak tak pandang pulak. Selalunya macam tu la, lepas tu kena simpan roti yg lama dalam peti sejuk sementara tunggu ada mood nak fikir apa nak buat dengan roti lama tu.

Jadi aku pun buat cheesy sausage rolls untuk anak-anak sarapan pagi ni. 


Cheesy sausage roll
Cheesy sausage roll in the making

Tak ambik masa yang lama pun nak buat. Aku tumpang makan seketul-dua sebab cheese yang meleleh tu nampak sedap pulak! Lepas tu makan sebiji epal. Selebihnya anak-anak dan Suami Terchenta yang habiskan.


Cheesy sausage roll
Dah siap... makan cicah dengan sos. Tengok la meleleh-leleh cheese dia!


Resipi Cheesy Sausage Roll / Sosej Gulung Berkeju

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 5 keping keju
  • 5 batang sosej (direbus)
  • Sebiji telur (dipukul dan campur dengan mixed herbs kalau nak lagi sedap)
  • Serbuk roti / cornflakes hancur (kalau ada)
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

  1. Penyekkan roti menjadi nipis menggunakan rolling pin.
  2. Letakkan sekeping keju atas roti.
  3. Letakkan sosej di hujung roti. Pada hujung satu lagi, sapukan sedikit telur yang dah dipukul tadi.
  4. Gulung kemas sosej dalam roti.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Salutkan roti yang dah digulung dalam telur, lepas tu salut dalam serbuk roti / cornflakes.
  7. Goreng dalam kuali bila minyak dah panas. Balik-balikkan bila dah nampak kekuning-kuningan.
  8. Bila keju dah meleleh, angkat dari kuali. Sedia untuk dihidang dengan sos pilihan.


Yang ni pun roll jugak, cuma yang ni kucing yang bergulung dan tergolek pagi-pagi acah-acah terpaling penat

Celebrate Hari Ibu

mother's day
Digital artwork oleh Khayla


Hari Ahad lepas kiteorang keluar ke Sunway Putra untuk makan-makan sempena Hari Ibu. Walaupun Hari Ibu untuk menghargai seorang ibu, tapi anak-anak aku yang pilih tempat makan🤭. OK la tu, kalau ikutkan nafsu mentekedarah emak dieorang ni, takut mintak nak ke Me'nate pulak haha! Nasib baik tengah pantang tak makan daging sampai bulan depan jadi kita lupakan je la nafsu tu!


Menu pilihan kiteorang di Dolly Dim Sum

Anak-anak tanya aku nak hadiah apa untuk Hari Ibu. Aku pun jawab - Mommy nak korang belajar berdikari, tu je. Setengah jam lepas tu dieorang bersiap pakai tudung. Nak ke mana? Aku tanya. Mommy kata nak kiteorang berdikari, jadi kiteorang berdikari pergi ke Sunway Putra sendiri tanpa Mommy atau Bapak temankan. Wowww! 👏🏻 👏🏻 Bangga pulak aku dengar jawapan dieorang sebab selama ni bila dieorang nak kemana-mana mintak kiteorang temankan. Jadi Suami Terchenta dan aku pun biar dieorang naik LRT sendiri pergi ke Sunway Putra.

Tapi tak lama lepas tu Suami Terchenta ajak ke Sunway Putra. Rasanya Bapak dieorang masih tak percaya dieorang boleh berdikari, biasalah bapak kan protective sikit bila melibatkan anak-anak perempuan. Itulah ceritanya sambutan Hari Ibu yang tak dirancang. Takpelah janji fefeeling disambut! 🤣

Terima kasih Khayla dan Khadeeja, menceriakan hari mak korang ni. Terima kasih jugak atas pemberian hadiah Hari Ibu dekat Mommy. Dua-dua Mommy suka ♥️.


Mother's Day gift
Hadiah Hari Ibu dari anak-anak tersayang