Dah habis bulan Syawal tapi baru nak up cerita buat makan-makan raya di rumah kiteorang pada 26 Syawal / awal bulan tempoh hari. OK la kan, janji tak terlajak sampai Raya Haji hehe.

Semua hidangan kiteorang masak sendiri, jadi kalau tak sedap mintak maaf banyak-banyak kat para tetamu ye. Rasa kekok sikit buat open house sebab dah lama tak buat sejak PKP. Cuma kek lapis je la tak buat sendiri, yang tu aku beli dari mak isteri sepupu di Kuching.


laksa Sarawak lemang rendang kelupis
Antara juadah yang dihidang masa makan-makan Raya

Selain dari rakan-rakan blogger yang tinggal berdekatan dengan rumah kiteorang, ada jugak kawan-kawan lain dan kawan-kawan baik Khayla. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi hadir pada hari tu. Lain kali jangan serik datang ke rumah kami kalau terima jemputan lagi ye. Anyway, semoga ada rezeki lagi tahun depan dapat buat makan-makan raya lagi.


Bersama parents dari sekolah Khadeeja - kenal rapat sebab sama-sama jadi part-time cikgu memasak tahun lepas

Dengan ex-colleague dan BFF aku, Jen.

Dengan BFF Khayla

Dengan kakak dan adik aku

Dengan kawan-kawan blogger dan Geng Kamie

Dengan kawan-kawan blogger lagi. Muka Puan Hazel je tak tunjuk untuk menghargai privacy

Nota kaki: Terima kasih Kak Retna, Mama Zharfan, Puan Hazel, Kak Nohas, Shai dan Kak Siti kerana sudi hadir memenuhi jemputan. Terima kasih jugak Kak Siti bawak trifle dan jugak Kak Nohas bawak coklat Beryl's sebagai buah tangan ♥️

28 comments:

  1. alhamdulillah...semoga murah rezeki untuk buat makan2 lagi...

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. Meriah jugak walau masak sendiri je. Itulah bila Carneyz dah buka silat di dapur, tak payah dah ambil khidmat Katering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg besoknya terus ting-tong tu SK hihi...

      Delete
  3. tq tau sbb sudi jemput i dtg beraya :) mknn semua sedappp esp laksa sarawak tu!!!

    ReplyDelete
  4. meriahnya menu2
    seronok kan dpt jemput kwn2, dtg beraya
    thn ni kesuntukan masa sgt bila sabtu ahad byk jemputan org ke oh, kenduri kawen, tak pun terima kdtgan sedaramara yg jauh2 dtg beraya. waklau hati teringin jga nk buat oh he hee lamaa sejak pkp ni
    insyaallah tunggu thn dpn pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham... tu yg jem jalan raya setiap kali weekend bulan lepas. Ramai org buat open house dan kenduri di mana2..

      Delete
  5. Alhamdulilah...tetamu membawa rezeki tu. Meriah lauk2 yang Carneyz sediakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... kongsi rezeki dgn tetamu 😊 semoga ada rezeki buat lagi tahun depan.

      Delete
  6. Wah!! Meriah.. Ada rakan-rakan blogger juga.. Berukhwah bukan setakat di alam maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu jemput kawan2 blogger yg duduk dekat2 rumah. Kot2 ada rezeki lagi boleh jemput yg duduk jauh jugak 😊

      Delete
  7. Terima kasih daun keladi. Lain kali jemput lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, ada rezeki kita buat lagi 😊

      Delete
  8. Tqsm for having us 🌹
    Memang semua sedap², sampai bertambah² anak² makan 🀭
    Mudah-mudahan bertambah luas rezeki sis dan sihat² selalu hendaknya 🀲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis πŸ₯° Ameen YRA 🀲🏻

      Delete
  9. Alhamdulillah seronok kan...dari dunia maya ke alam realiti...insyaallah murah rezeki SA pun nak buat makan2 nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tengok makanan yg SA masak semua nampak sedap. Untung la siapa yg dapat jemputan tu 🀭

      Delete
  10. meriah dpt masak sendiri menu makan2 raya....kwn2 blogger pn ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, seronok tapi nervous jugak masak2 utk tetamu makan. Nervous takut tak sedap hihi

      Delete
  11. ohhh ada jemputan open house ke...tak perasan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampu jemput mana yg duduk dekat2 rumah kiteorg je Ammi. Insha Allah ada rezeki lebih tahun depan boleh jemput yg lain2 jugak 😊

      Delete
  12. alhamdulillah ramai yg hadir...
    tu diaaa banyakkkkk menunyaaaa confirm yg dtg tu, blk umah kekenyanganπŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki buat open house lagi sudi2 la datang anies 😁

      Delete
  13. Meriah hidangannya. Seronok dapat kumpul amai-ramai dengan rakan blogger. Moga ukhuwah berpanjangan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .