Korang dah tengok ke cerita Mechamato ni? Asalnya tak plan pun nak tengok sebab dah set nak pergi menonton Puss In Boots: The Last Wish. Tapi masa staycation minggu lepas, Khadeeja ajak tengok wayang dan request nak tengok Mechamato Movie. Macam biasa, bapak dia tunaikan je permintaan si anak 😅.
Macam biasa posing dulu sebelum tayangan bermula... |
Kakak Khayla pulak tunjuk muka bosan bila diajak ke wayang, katanya tak minat pun kartun Boboiboi dan Mechamato ni. Tapiiiii bila movie start je, dialah antara yang kuat mengekek dengan lawak-lawak dan aksi-aksi lucu dalam movie ni 😁
Kalau korang peminat Boboiboi, cerita ni berbaloi untuk ditonton sebab memang tak kering gusi dengan lawak-lawak kartun dalam cerita ni. Aku suka part Amato menekan butang kejujuran di remote control Mechabot sebab Mechabot automatik akan bertukar watak dari kasar dan biadap kepada jujur dan sopan-santun. Mechabot tu nampak je kasar sebenarnya dalam hati ada taman. Kehilangan tuan lama akibat ditewaskan oleh Grakakus meninggalkan trauma kepada Mechabot sebab tu dia selalu kasar dengan Amato kerana tak sanggup kehilangan tuan baru pula.
Aku bagi dua 👍👍 sebab jalan ceritanya yang sempoi tapi penuh aksi dan lawak yang bersahaja sepanjang cerita ni. Sesuai ditonton seisi keluarga. Bagusnya ada juga watak orang kurang upaya iaitu kawan Amato bernama Mara. Khayla dan Khadeeja berteka-teki adakah Mara ni ialah ibu kepada Boboiboi memandangkan Amato ialah ayah kepada Boboiboi.
Apapun tahniah kepada pengarah dan penerbit Mechamato Movie sebab berjaya menghasilkan drama animasi yang setanding dengan kartun animasi antarabangsa.