Tahun 2004 selepas aku menamatkan pengajian uni, aku dapat tawaran kerja sebagai Management Trainee di Senai Airport. Semasa hari lapor diri, aku berkenalan dengan 3 orang fresh grad - seorang gadis Melayu dan seorang gadis Cina. Mereka berdua ialah graduan MMU. Oh ya, dan seorang jejaka graduan dari universiti di Amerika. Bermula dari hari lapor diri tu, kiteorang terus jadi geng rapat. Masing-masing ada karakter berbeza - Fazrul seorang yang cool (lelaki mestilah cool kan?), Aini seorang yang kelakar dan selalu menceriakan suasana, Jen seorang minah kalut dan aku pulak kuat membebel (terserlah sifat mak-mak dari dulu lagi hehe).
Dalam 24 jam sehari, rasanya 18 jam tu kiteorang habiskan masa bersama-sama. Habis waktu kerja, kiteorang akan lepak di kedai makan bersama-sama. Lunch hour pun makan sama-sama, hujung minggu tengok movie dan main bowling sama-sama... Oleh sebab terlalu banyak menghabiskan masa bersama, sudahnya 2 orang member aku tu (Aini dan Fazrul) pun berjodoh dengan each other. Yang kelakarnya tu, aku dengan Jen tak perasan pun dieorang tengah bercinta, pandai betul dieorang menyorok keluar dating berdua belakang kiteorang 😆. Sekarang dah ada 2 orang anak dan menetap di UK.
Awal-awal penulisan blog ni, aku banyak bercerita tentang kiteorang berempat yang aku gelarkan The Fab 4. Bila ada geng rapat kat ofis, kerja stress pun jadi tak stress betul tak? Apa yang buatkan kiteorang serasi ialah bila bab kerja, kiteorang serius dan selalu berkongsi idea. Pernah satu masa ni kiteorang dapat assignment mengejut untuk present dekat Ketua Pengarah Johor Tourism Centre (JOTIC) esok paginya. Nak tak nak terpaksa stay back kat ofis sampai 4 pagi nak siapkan presentation pack.
Sejak kiteorang bawak haluan masing-masing (Aini dan Fazrul ke UK, Jen dan aku pun tukar kerja dan pindah ke KL) hubungan kiteorang kekal rapat dan terus berhubung melalui email dan Whatsapp. Tahap maintain kamceng tu sampai pregnant anak sulung pun sama-sama! 😂
Anak sulung kiteorang beza bulan je - anak Jen lahir Ogos 2010, Khayla lahir Disember 2010 dan anak Aini lahir Januari 2011 |
Masa pandemik kiteorang buat video call minum petang sama-sama! |
Baru-baru ni Aini balik ke Malaysia. Kesempatan ni kiteorang ambik peluang berjumpa di Restoran Pelita Jalan Ampang. Bila bertentang mata, rasa macam baru semalam kiteorang berpisah. Masih boleh rancak bersembang macam hari-hari lepak sama-sama. Masih boleh ketawa mengilai-ngilai macam dulu! 😂 2 jam tu rasa macam 2 minit je, masing-masing rasa tak puas bersembang.
Masih kamceng macam 19 tahun dulu |
Mula-mula tu Fazrul segan nak join sekali di Pelita (dari dulu dia paling pendiam antara kiteorang tapi bila ajak ke mana-mana dia sporting je jadi driver kiteorang hehe). Tapi rezeki aku dan Jen akhirnya dapat jumpa jugak Fazrul sebab Aini terlupa bawak buah tangan yang dia beli kat UK untuk aku dan Jen jadi dia ajak kiteorang singgah ke hotel. End up dapat jugak ambik gambar reunion Fab4 19 tahun kemudian!
Fab 4 - 19 tahun kemudian |
Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan kawan-kawan yang baik di tempat kerja dan sampai sekarang masih lagi rapat macam dulu. Sekarang, keluarga kiteorang pun berkawan rapat. Suami Jen la yang rekemenkan Suami Terchenta di tempat dia bekerja sekarang ni 😊.
Dari emak sampai la ke anak-anak berkawan 🤭 |
Semoga persahabatan kami kekal sampai bila-bila. 💕