Showing posts with label Journal. Show all posts
Showing posts with label Journal. Show all posts

Update Tahap Kesihatan Selepas 2 Bulan

Semalam hampir seharian aku ada temujanji hospital, dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Last aku jumpa doktor ialah pada bulan Jun lepas, jadi nak tengok la hasilnya ada improvement ke tak.


KPJ Ampang Puteri
Setiap kali ke sini mesti berdebar-debar sebab ada je berita kurang enak setiap kali dapat result lab

Mula-mula sampai aku kena pergi ke makmal untuk ambik sampel darah dan air kencing. Lepas tu kena tunggu result lab keluar baru boleh jumpa doktor pakar diabetologist.


Jumpa Pakar Diabetologist / Endocrinologist

Diringkaskan hasil ujian darah dan urine:

  • Bacaan gula dalam darah stabil (HbA1c) dan pada tahap pre-diabetes 
  • Bacaan tekanan darah normal (alhamdulillah) 
  • Fungsi buah pinggang improve (dari tahap 3 ke 2) tapi tak banyak (eGFR dari 57% ke 62%). 
  • Bacaan kolesterol naik! (apakah?? Padahal aku dah kurangkan makan daging merah!)

Doktor pun tak boleh nak fikirkan punca fungsi buah pinggang aku ni merosot dengan mendadak sebab masa awal-awal aku ke sini tahun lepas, bacaan buah pinggang aku ialah 86% (masa ni memang dah merosot sebab buah pinggang normal sepatutnya bacaannya above 90%. Tapi dalam masa 5 bulan je, turun dengan drastik ke 57%. Dia confuse sebab ubat-ubatan yang dia bagi tu katanya 'supposed to protect your kidneys and heart'. Akhirnya dia suruh aku minum lagi banyak air (4L pulak kali ni ๐Ÿคจ) dan 2 bulan lagi kena scan buah pinggang pulak. 

Doktor pakar takde pilihan kecuali prescribe ubat kolesterol sebab dah cuba kawal tanpa ubat tapi tak berjaya huhu ๐Ÿ˜–. Selain dari tu, aku request untuk dirujuk ke pakar pemakanan (dietitian) supaya aku boleh tau apa makanan yang perlu aku elakkan dan perlu aku ambik untuk improve tahap kolesterol. 


Jumpa Pakar Pemakanan (Dietitian)

Pukul 4 petang, aku jumpa dengan pakar pemakanan pulak. Mula-mula sekali dia catat apa rutin pemakanan aku seharian (makan apa, pukul berapa, portion banyak mana). Lepas tu dia pun explain untuk tingkatkan fungsi buah pinggang aku, aku kena improve tahap kolesterol dan turunkan bacaan gula. Sebab dua-dua ni berkait rapat dengan fungsi buah pinggang.

Overall, dietitian rasa pola pemakanan harian aku dah OK (kecuali part cheat days bila kawan-kawan ajak keluar makan atau bila keluar makan dengan family, yang tu dia kata cuba cari menu sihat contohnya salad ke. Tak boleh bayangkan orang lain makan sedap-sedap aku pulak boleh makan salad je ๐Ÿ˜…). Dia cuma nasihatkan tabiat aku minum Vico satu sachet sehari kena kurangkan lagi kepada 1 sachet sebulan. Sarapan oat dan chia seed tu kalau boleh jangan letak brown sugar tapi letak la buah kurma kalau nak manis sikit atau campur susu rendah lemak. 

Antara tips-tips dari dietitian yang aku sempat catat tadi:

  1. Cholesterol is not only from eating red meat, seafood or oily food! Minum minuman dan makan makanan manis macam pastries dan air bergas, ice blended coffee etc. pun boleh naikkan kolesterol! (new knowledge for me)
  2. Pilih cara masakan rebus, stim, bakar atau panggang. Nak masak masakan bergulai boleh tapi jangan ambik kuah bila makan. 
  3. Banyakkan sayur-sayuran dalam diet sebab serat sangat membantu turunkan kolesterol jahat.
  4. Amalkan diet suku-suku-separuh (DSS). Jangan ambik lebih dari 3 portion karbohidrat setiap kali makan atau 3 sudu rata senduk nasi setiap kali makan atau segenggam penumbuk tangan sendiri.
  5. Waktu tengahari ambil protein (ayam/daging/ikan/dll.) sebesar tapak tangan tapi sebelah malam pulak kurangkan kepada separuh tapak tangan.
  6. Buang kepala udang sebelum memasak sebab kepala udang banyak kolesterol, walaupun dalam masakan rebus.
  7. Gantikan Vico dengan susu rendah lemak dan tabur sedikit serbuk koko untuk rasa coklat.
  8. Pilih yogurt perisa asli atau Greek yogurt perisa asli
  9. Cheat days (biasanya hujung minggu aku cheat days sebab keluar makan dengan family) akan menyusahkan penurunan berat badan. So selagi belum nampak perubahan berat badan, no cheat days!
  10. Fokus pada senaman kardio dulu sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Maksudnya dalam sehari, aku kena buat senaman kardio selama 30 minit (brisk walk, zumba, jogging, senamrobik dan seangkatan dengannya). Senaman kardio ni rupa-rupanya bagus untuk menaikkan bacaan HDL (kolesterol baik). Aku baru tau... Bila dah nampak penurunan berat badan, baru tambah senaman lain macam strength training.

Harap-harap tips ni pun membantu mana-mana kawan-kawan lain yang tengah berusaha menurunkan tahap kolesterol dan turunkan berat badan. Semoga aku berjaya follow tips-tips dietitian ni. Doakan aku ye kawan-kawan... ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Pemandangan Bandaraya KL Dari Udara

Bila naik flight, aku suka duduk di tepi tingkap pesawat sebab boleh tengok pemandangan di luar. Gambar pemandangan ni aku ambik masa flight dari KL ke Kota Bharu. Siapa yang bekerja di KL, boleh nampak ke bangunan pejabat korang? 

Kat atas kanan tu area rumah kiteorang tapi bangunan rumah tak nampak sebab masa lalu situ pesawat buat lencongan pulak hehe. Terus terlepas nak ambik gambar bangunan rumah dari udara. Cuma nampak rumah kakak aku je.


Nampak bangunan tempat kerja lama hihi...

Lepas sebulan pantang daging, tukar ubat diabetes dan ambil supplement...

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sekarang bacaan gula dalam darah dan tekanan darah aku pada tahap yang memuaskan.


blood sugar monitor
Dah lama tak dapat result gula dalam darah macam ni pagi-pagi. Selalunya dalam 6+mmol/L ke atas.

Benda yang paling aku susah nak percaya bila tekanan darah aku bukan setakat menurun, tapi jugak konsisten pada tahap optimum (bawah 120/90). Ubat darah tinggi yang aku ambik masih lagi sama tapi sekarang ni bacaan dah berbeza. 

Aku catatkan di sini untuk future references, apa yang aku buat differently dalam masa sebulan ni yang kemungkinan besar jadi asbab-asbab bacaan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah aku bertambah baik sekarang:


1. Pantang makan daging

Yang ni Dr Sakinah yang suruh buat sebab risau tengok buah pinggang aku merosot. Aku diarahkan untuk elak makan daging merah, kurangkan daging putih dan gantikan dengan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan (tempe, tauhu, tofu, kekacang dsb.). Daging merah sememangnya kurang elok untuk orang yang ada diabetes dan tekanan darah tinggi sebab pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi ni ada masalah metabolisme dan kandungan lemak tepu dan kolesterol boleh mengurangkan tahap sensitiviti insulin dalam badan. Lepas 2 minggu aku pantang makan daging, aku mula perasan tekanan darah aku makin lama makin elok. Sekarang ni average bp aku dalam 114/76.


2. Tukar ubat diabetes baru (metformin vs jardiance/empagliflozin)

Kalau sebelum ni aku ambik metformin, tapi since Dr Sakinah risau efek metformin dekat buah pinggang aku, so dia tukarkan aku ke Jardiance. Selepas beberapa minggu ambik Jardiance, rasanya ubat baru ni lebih serasi dengan badan aku dari metformin. Selain dari tu, Jardiance bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan buah pinggang rosak. Bulan depan kena buat lab test lagi, harap-harap ada perubahan positif dekat bacaan eGFR buah pinggang aku.


3. Ambil supplement kesihatan

Memandangkan aku ada sindrom PCOS, aku banyak baca tentang kebaikan pengambilan supplement Inositol untuk menangani simptom-simptom PCOS antaranya membantu mengurangkan insulin resistance which is typical for diabetic and PCOS.

Satu lagi supplement yang aku ambik ialah Alpha Lipoic Acid (ALA) untuk healthy glucose metabolism (menukarkan gula dalam darah kepada tenaga). ALA ni sebenarnya ada dalam makanan jugak, mostly daging merah, tapi since aku kena pantang daging merah jadi kena la ambik supplement ALA. 


LAC
Aku amalkan supplement LAC ni sejak sebulan lepas

Main takeaway aku dari perkongsian ni masih lagi sama since my last sharing pasal kesihatan aku - kepada rakan-rakan blogger yang masih sihat dan bebas dari penyakit tiga serangkai, berpada-pada dalam pengambilan makanan, kawal tahap stress dan amalkan gaya hidup sihat. Sebab to be honest, getting sick is expensive. Ubat-ubatan aku bulan-bulan je cecah hampir RM250, tak termasuk lagi dengan supplement-supplement ni semua. Itu belum lagi kena jumpa doktor secara berkala nak pantau tahap gula, tekanan darah dan buah pinggang (sebab bila ambik banyak ubat, buah pinggang la yang paling terkesan), itu pun cecah ribu-raban jugak setahun. Jadi lebih baik mencegah dari merawat (pesanan dari aku dan KKM hihi). Oh ya, jangan lupa ambik insurans perubatan yang cover penyakit-penyakit kronik dan kritikal. Jangan harapkan insurans dari company kita bekerja semata-mata. Aku doakan rakan-rakan semua sihat-walafiat selalu dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya, Ameen YRA! ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Buah Cempedak di Luar Pagar...

jackfruit
Cempedak buah kayangan sekarang ni...

 

Siapa peminat buah cempedak? Angkat tangan! ๐Ÿ™‹๐Ÿป‍♀️

Buah cempedak ni Suami Terchenta beli di AEON minggu lepas. Wangi semerbak baunya, dah boleh lawan dengan bau durian. Bila dibelah, banyak ulasnya dan juicy pulak tu. Alhamdulillah, dapat buah yang elok memang seronok la. Kat rumah ni Khayla seorang je tak reti makan cempedak, so yang membedal buah cempedak ni ialah aku, Suami Terchenta dan Khadeeja.

Harga sebijik buah cempedak ni ialah RM40. Mahal kan, dah level harga durian. Masa aku kecik dulu, harga sebijik buah cempedak takde la kaw-kaw macam zaman sekarang. Kalau tak silap RM5 je untuk sebiji cempedak kat kampung aku. 

Bila makan cempedak mesti aku teringat legenda Dang Anum. Gara-gara mengandung dan mengidam seulas cempedak (ke nangka?) di kebun Sultan Melaka, Sultan Mahmud, perutnya dibelah oleh sultan yang tak percaya bayi dalam perut Dang Anum yang nakkan cempedak tu. Akibatnya, suami Dang Anum, Laksamana Megat Seri Rama ni pun balas dendam dan bunuh Sultan Mahmud sampai terkenal la baginda sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Dari situlah tercetusnya ayat-ayat keramat - 'Raja adil, raja disembah - raja zalim, raja disanggah'. Demi seulas buah cempedak/nangka, berlaku tragedi berdarah ye.

Malangnya cempedak antara buah yang aku kena makan berpada-pada sebab kandungan gulanya yang tinggi jugak. Sama macam durian, pisang, mangga, nangka dan buah-buahan yang manis-manis. Buah-buahan yang tak berapa manis macam jambu, blueberry, epal hijau - yang tu nak bedal banyak mana pun tak kisah. Tapi aku suka buah-buahan yang manis je, acane ni huhu...

I Is Tua But Bahagia!

Hari ni masuk usia ke-42 tahun di dunia ni. Syukur atas semua yang Allah hantarkan dalam hidup aku - yang manis, pahit, masam, kelat - semuanya untuk mendidik, membentuk dan mendewasakan seorang insan bernama CARNEYZ.


Aku di usia 42 tahun - mata dah ada 'handbag', dahi dah berkedut tapi yang penting masih boleh senyum dengan gigi sendiri ๐Ÿคญ

Di usia 42 tahun, aku rasa aku dah mula masuk fasa tenang. Dah kurang rasa nak marah-marah. Angin kus-kus tu masih lagi ada sekali-sekala tapi dah tak sekerap dulu ๐Ÿ˜œ.


Me @ 6 months old. Dari dulu lagi suka berkerut dahi

Di usia 42 tahun, aku rasa bahagia dengan kehidupan yang aku lalui. Kami berdua bermula dari bawah - Suami Terchenta pernah bekerja sebagai pemandu dan aku bermula sebagai trainee. Masa bujang dulu pernah menyewa di rumah setinggan. Lepas kahwin, rezeki bertambah baik dari menyewa di rumah setinggan dapat menyewa di pangsapuri. Dari naik motor, upgrade pulak ke kereta Kancil dan akhirnya upgrade ke kereta Exora. Dari jawatan trainee berakhir dengan jawatan pengurus di syarikat sebelum aku berhenti kerja dan alhamdulillah sekarang menjadi suri rumah atau kawan-kawan aku gelar, tai-tai ๐Ÿ˜….


Bahagia dengan jodoh sejak 18 tahun yang lalu

Bahagia bertemu kawan-kawan yang baik di mana-mana aku bekerja. Ni BFF aku yang aku pergi rumah dia di UK tempoh hari

Bahagia sebab pernah berpeluang berbakti dengan negeri kelahiran sendiri selama 6 tahun, sebagai penghargaan sebab menanggung yuran pengajian di universiti masa peringkat ijazah sarjana muda. Terima kasih kerajaan Sarawak!

Bahagia dengan anugerah 2 orang cahaya mata dari Allah. 

Bahagia masih boleh menumpang kasih dengan mak, bapak, mak mertua dan bapak mertua

Semoga kebahagiaan yang Allah pinjamkan ni berkekalan hingga ke akhir hayatku ๐Ÿคฒ๐Ÿป. Alhamdulillah ala kulli hal, Alhamdulillah atas usia yang bertambah. Terima kasih atas segalanya, ya Allah ๐Ÿฅฐ.


Bahagia bila Suami Terchenta belanja staycation sempena birthday

Nota kaki: Yang pahit, kelat dan masam tu biar simpan dalam kenangan je. 

Celebrate Hari Ibu

mother's day
Digital artwork oleh Khayla


Hari Ahad lepas kiteorang keluar ke Sunway Putra untuk makan-makan sempena Hari Ibu. Walaupun Hari Ibu untuk menghargai seorang ibu, tapi anak-anak aku yang pilih tempat makan๐Ÿคญ. OK la tu, kalau ikutkan nafsu mentekedarah emak dieorang ni, takut mintak nak ke Me'nate pulak haha! Nasib baik tengah pantang tak makan daging sampai bulan depan jadi kita lupakan je la nafsu tu!


Menu pilihan kiteorang di Dolly Dim Sum

Anak-anak tanya aku nak hadiah apa untuk Hari Ibu. Aku pun jawab - Mommy nak korang belajar berdikari, tu je. Setengah jam lepas tu dieorang bersiap pakai tudung. Nak ke mana? Aku tanya. Mommy kata nak kiteorang berdikari, jadi kiteorang berdikari pergi ke Sunway Putra sendiri tanpa Mommy atau Bapak temankan. Wowww! ๐Ÿ‘๐Ÿป ๐Ÿ‘๐Ÿป Bangga pulak aku dengar jawapan dieorang sebab selama ni bila dieorang nak kemana-mana mintak kiteorang temankan. Jadi Suami Terchenta dan aku pun biar dieorang naik LRT sendiri pergi ke Sunway Putra.

Tapi tak lama lepas tu Suami Terchenta ajak ke Sunway Putra. Rasanya Bapak dieorang masih tak percaya dieorang boleh berdikari, biasalah bapak kan protective sikit bila melibatkan anak-anak perempuan. Itulah ceritanya sambutan Hari Ibu yang tak dirancang. Takpelah janji fefeeling disambut! ๐Ÿคฃ

Terima kasih Khayla dan Khadeeja, menceriakan hari mak korang ni. Terima kasih jugak atas pemberian hadiah Hari Ibu dekat Mommy. Dua-dua Mommy suka ♥️.


Mother's Day gift
Hadiah Hari Ibu dari anak-anak tersayang

Jumpa Doktor Lagi

Tunggu giliran untuk ambik darah

 

Minggu lepas appointment dengan gynae, minggu ni pulak appointment dengan endocrinologist / diabetologist. Nervous masa bagi darah dengan sampel urine, maklumlah lepas bulan puasa dan beraya kan dah makan macam-macam... Takut result tak cantik sampai kena tambah ubat lagi, tak pun doktor suruh admit dekat wad. Macam-macam la yang difikirkan bila dah seriau kan.

2 jam kemudian, keputusan ujian makmal menunjukkan perubahan positif dan negatif at the same time:

Positif - bacaan HbA1c menurun dari 6.3% ke 6.1%, walaupun banyak makan kuih raya. Mungkin sebab rajin turun ke gym dan brisk walking atas treadmill. Tekanan darah pun improve jugak. Alhamdulillah.

Negatif - buah pinggang tak berapa cantik, bacaan eGFR merosot dari Stage 2 ke Stage 3 dan tahap creatinine melebihi range sepatutnya. Ada 3 kemungkinan, terlampau kurang minum air (doktor sarankan minum 3L sehari, tapi aku kadang-kadang minum tak sampai 1L sehari huhu), efek dari dos ubat diabetes atau terlampau banyak makan daging. 

Disebabkan bacaan eGFR ni merosot mendadak dari 5 bulan lepas, doktor terus tukarkan ubat diabetes dan suruh aku minum 3L air sehari. You kena jaga buah pinggang sebab kidney damage can take place very fast! Terus insaf aku dibuatnya.

Aku ni bab makan ubat memang disiplin, tapi bab minum air culas. Padahal bila makan ubat diabetes dan darah tinggi, WAJIB minum banyak air kosong.

Balik dari hospital, terus aku print action plan dan tampal di pintu peti sejuk supaya tak lupa. Bulan depan aku nak pastikan bacaan eGFR ni ada improvement sebab tak sanggup kalau kena buat dialisis padahal umur masih muda (muda la sangat kan).


Lekat di peti sejuk supaya tak lupa terutama bila nak beli barang-barang basah

Doakan kesihatan aku makin bertambah baik ye, kawan-kawan ๐Ÿคฒ๐Ÿป.

Hari Raya Ke-Empat - Beraya di Mukah

Hari raya keempat, kiteorang bertolak ke Mukah untuk beraya di rumah makcik aku yang kiteorang panggil Ngah Yah. Perjalanan dari Bintulu ke Mukah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sebenarnya kalau jalan elok tak berombak rindu, aku rasa tak sampai 3 jam pun dah boleh sampai. Tapi kiteorang orang Sarawak dah lali dengan keadaan jalan raya di sini. 


Jambatan Mukah
Bila nampak jambatan kuning ni, maknanya dah sampai Mukah

Bila sampai di rumah Ngah Yah, takde orang pun kat rumah. Rupa-rupanya semua berkumpul di lapangan terbang Mukah menghantar adik sepupu aku pulang ke Kuching. Alhamdulillah, sempat la kiteorang jumpa sekejap dengan anak saudara terbaru ni, Baby A. Geram sungguh dengan kemontelan dan pipinya yang gebu tu. Lain kali jumpa lagi tahun depan la most likely, mesti dah pandai berjalan.


Baby A dengan neneknya, Ngah Yah

Lepas adik sepupu aku dah masuk ke balai pelepasan, barulah semua gerak ke rumah Ngah Yah semula. Di rumah Ngah Yah, bermacam-macam hidangan dah tersedia di atas meja. Alhamdulillah, kenyang kiteorang dijamu oleh makcik aku yang suka memasak.

Agak lama kiteorang lepak di rumah Ngah Yah. Lepas jamak solat Maghrib dan Isyak, barulah kiteorang gerak balik ke Bintulu semula. Tapi sebelum balik, wajib ambik gambar dengan keluarga Ngah Yah dan sepupu aku yang paling rapat, Intan.


Bergambar dengan keluarga di Mukah

Driving waktu malam melalui jalan kampung kena berhati-hati sebab kebanyakan tempat takde tiang lampu di tepi jalan. Sepanjang perjalanan, 2 kali melalui 2 buah kenderaan yang terpaksa menukar tayar di tepi jalan sebab langgar lubang besar di jalan raya yang rosak. Ada sekali ternampak ular besar melingkar di tengah jalan. Untuk keselamatan, kiteorang tak berhenti dan meneruskan perjalanan sebab banyak kes pemandu kena samun oleh perompak yang konon-kononnya kereta rosak di tengah jalan. Alhamdulillah, pukul 10 malam kiteorang selamat sampai ke hotel di Bintulu. Masing-masing keletihan, lepas mandi terus tidur.

BP oh BP...

Semalam ada appointment dengan gynae aku yang garang tegas tu hihi. Punyalah takut kena marah sebab berat badan tak turun-turun... Adoii. Lepas turun 4 kilo hari tu terus tak bergerak-gerak dah penimbang tu.

Sebab takut punya pasal agaknya masa ambik bacaan tekanan darah, BP aku agak tinggi dalam 162/100. Dua kali ambik, dua-dua bacaan sama. Dr Marlik tanya, you dah makan ubat ke? Dah, laju je aku jawab. Makan masa sahur, doc. Dr Sakinah bagi aku 2 jenis ubat untuk BP, satu makan waktu pagi dan satu lagi makan sebelah malam.

Hmm... last-last dia suruh ambik bacaan BP sebelum tidur. Dia kata ramai orang kena serangan strok / serangan jantung masa tengah tidur bila BP tinggi sangat sampai pembuluh darah pecah. Sebab tu dia nak tengok BP aku sebelum tidur tinggi ke tak.

Alhamdulillah malam OK sikit BP compare dengan waktu siang. Mungkin siang sibuk buat kerja rumah,  jadi tekanan darah tinggi sikit. Malam dah mod nak berehat, lagipun lepas Isyak selalunya aku turun ke gym berjalan atas treadmill dalam setengah jam dan lepas pergi gym aku akan mandi air panas. Ni salah satu tips yang aku dapat kat Internet macamana nak turunkan tekanan darah tinggi (berjalan dan mandi air panas).


Withings BP monitor
BP monitor jenama Withings yang aku beli di Shopee ni bagus sebab boleh rekod bacaan BP dekat apps, senang tunjuk dekat doktor masa appointment

 Tips yang aku amalkan untuk kawal tekanan darah tinggi:

  1. Kawal stress / emosi marah!
  2. Minum air secukupnya
  3. Tidur secukupnya
  4. Banyakkan berjalan / naik turun tangga
  5. Mandi air panas sebelum tidur
  6. Jaga paras gula dalam darah
  7. Jaga paras kolesterol jahat (ada kaitan dengan tekanan darah)
Ada satu lagi sebenarnya, yang ni Dr Marlik selalu tekankan dengan aku tapi tu la, belum berjaya lagi. Kurangkan berat badan (untuk orang obese macam aku la). Bila berat badan turun, secara automatik semua penyakit (darah tinggi / diabetes / kolesterol) akan hilang, katanya. Part ni kena jaga pemakanan, something yang aku masih lagi struggle nak buat (cut sugar, cut simple carb, etc.). Semoga ada kekuatan untuk amalkan pemakanan yang sihat ๐Ÿคฒ๐Ÿป.

Ambil Angin Pagi di Pantai Tanjung Batu, Bintulu Sarawak

Awal pagi selepas Subuh kiteorang dah keluar untuk bersiar-siar di pantai Tanjung Batu. Tempat ni menggamit nostalgia sebab dari kecik lagi aku bermain di tepi pantai ni, lepas tu bila dah ada anak, pun bawak dieorang mandi-manda di sini.


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Dari jauh kelihatan ada arca baru di pantai Tanjung Batu


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Khadeeja buat lawak - Mommy, mungkin dung bettle dah penat sebab tu dia tinggalkan je dung tu dekat situ! ๐Ÿ˜‚ << penangan tengok kartun Larva!

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Penerangan tentang arca baru ni - dibuat dari besi dan kayu hanyut, benda bulat tu mewakili kepala anak Bintulu sebagai simbol pembangunan intelek dan burung bangau mewakili identiti Bintulu yang menjadi salah satu destinasi pilihan burung bangau semasa migrasi dan juga pembangunan yang pesat di Bintulu.

Macam biasa, wajib bergambar depan arca baru yang menjadi simbol baru di Pantai Tanjung Batu ni.


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Khayla posing di depan arca

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Bila isteri ambik gambar suami (terang nampak muka)

Pantai Tanjung Batu Bintulu
Bila suami ambik gambar isteri pulak (ni aku dah edit kasi paling clear kalau tak memang tak nampak apa! ๐Ÿคญ)


Pantai Tanjung Batu Bintulu
Pokok cemara yang tumbuh membesar di pulau batu. Kalau tengok dalam video kat bawah ni, nampak pokok ni masih kecik dan tak serendang sekarang



Pantai Tanjung Batu
Sebelum balik ke KL, singgah lagi di Pantai Tanjung Batu menikmati angin petang pulak sambil duduk di bawah pokok kelapa. Nanti Suami Terchenta dah retire, berangan-angan nak lepak di Tanjung Batu setiap petang macam ni

Selamat Ulangtahun Buat Suami Terchenta (12 April 2024)

Carneyz & Junaidix
Selamat ulangtahun kelahiran ke-45, Suami Terchenta!


12 April lepas, Suami Terchenta menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-45. Setiap tahun sebenarnya kiteorang tak pernah miss menyambut ulangtahun kelahiran Suami Terchenta tapi tahun ni disebabkan birthday dia jatuh pada hari raya ke-3 dan kiteorang pulak travel ke Bintulu masa tu, jadi belum buat sambutan lagi tahun ni.

Tapi sebelum balik beraya hari tu, aku sempat belikan hadiah untuk Suami Terchenta. Dia ni tak pernah mintak hadiah mahal-mahal dari isteri terchentanya ni, asyik isteri je yang mintak hadiah mahal ๐Ÿ˜œ. Kebetulan sebelum ni dia mengadu lanyard dia putus, jadi aku pun belikan hadiah lanyard.

Braun Buffel
Kemain seronok dia balik kerja tengok ada hadiah atas meja.

Buat Suami Terchenta, selamat hari lahir abang! 
Semoga Allah memberkati usiamu, 
mengurniakan nikmat kesihatan dan umur yang panjang, 
kebahagiaan yang berkekalan dan 
melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atasmu dan kita sekeluarga. 
Semoga Allah menjadikanmu sebagai imam rumahtangga 
yang penuh tanggungjawab dan ketaqwaan, 
serta selalu patuh pada ajaran Allah. 
Ameen YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป
Barakallah fii umrik, ya zawji.

Pantai Tanjung Batu
Semoga impian kita nak bersara di Bintulu, Sarawak 10 tahun lagi tercapai... Best nya hari-hari dapat duduk bawah pokok kelapa menikmati bayu laut sambil dengar deruan ombak ๐Ÿคญ

Kisah Perjalanan Balik Ke Kampung Menaiki Syarikat Penerbangan Scoot

KLIA2
Pertama kali balik kampung kena bawak passport antarabangsa

Tahun ni kiteorang mencipta pengalaman baru menaiki penerbangan antarabangsa nak balik ke kampung. Scoot ni ialah anak syarikat Singapore Airlines yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Kaunter Scoot ni terletak di KLIA2, jadi kiteorang bertolak awal dari rumah menaiki LRT dan MRT sebelum tukar ke KLIA transit sebab ikutkan pengalaman tahun-tahun sebelum ni, KLIA2 lebih sesak dari KLIA jadi taknak la takut terlepas nak daftar masuk bagasi kiteorang.

Turned out, sebenarnya tak perlu risau pun sebab kaunter yang sesak dan beratur panjang tu ialah kaunter AirAsia sementara kaunter Scoot pulak lebih pendek dan cepat beratur. Dalam 10 minit je dah selesai daftar masuk bagasi. Suami Terchenta terus ajak masuk ke balai berlepas sebab takut barisan panjang sangat dekat pemeriksaan imigresen dan keselamatan.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab balai perlepasan antarabangsa tak seramai di balai perlepasan domestik. Boleh dikatakan sangat lancar walaupun airport security cuma bukak 2 lorong je untuk scan hand luggage. Harap-harap tahun depan tiket Scoot ni masih lagi murah sebab rasa lebih seronok pulak tak payah beratur panjang-panjang di kaunter daftar masuk bagasi dan security screening! ๐Ÿ˜‚

Oleh sebab ada banyak gambar, jadi aku ulas dekat gambar je la ye.


KLIA2
Macam ni la rupa dalam flight Scoot ni, lebih kurang macam dalam kabin AirAsia

Singapore Airlines
Comel je karikatur pramugari Scoot dekat sayap kapal terbang ni

Cloud
Cantik berkepul-kepul je awan senja

Changi Airport
Di Changi, kiteorang sampai di Terminal 1. Terus cari tempat untuk berbuka puasa

Changi Airport
Food court terletak di tengah-tengah terminal, nasib baik dekat dengan prayer room. Lepas bukak puasa terus pergi solat.

Changi Airport
Ada macam-macam stall makanan dekat sini, tapi kena Google tengok mana yang halal sebab takde tampal tanda halal

Changi Airport
Kiteorang curious bila tengok gerai ni siap tersenarai dalam Michelin rated. Jadi aku dan Suami Terchenta pilih untuk menikmati nasi lemak Michelin rated ni di Nasi Lemak Ayam Taliwang

Michelin rated
Macam ni la rupanya nasi lemak Michelin rated tu... Kalau ikutkan tekak aku, aku lebih suka nasi lemak Saleha hihi

Changi Airport
One thing aku suka pasal Changi Airport ialah lantainya fully carpet. Sebabnya malam tu kiteorang kena tidur atas lantai airport sebab kerusi tidur (snooze chair) dah penuh. Part ni aku puji airport di Abu Dhabi sebab sediakan lebih banyak kerusi tidur untuk keselesaan penumpang yang kena bermalam di airport

Changi Airport
Lepas solat jamak dan solat terawih, kiteorang mencari HSBC Rain Vortex yang terletak di Jewel, which is salah satu tarikan di Changi Airport ni. Rupa-rupanya kena keluar lalu imigresen Singapura kalau nak ke sana. Yang best nya passport Malaysia boleh scan je dekat mesin pengimbas dan tak perlu lalu kaunter imigresen. Sebelum tu kena isi white card online walaupun nak keluar sekejap je tengok air terjun dalam airport. Kalau scan passport masa isi white card, pastikan maklumat yang diimbas tu betul, jangan jadi macam Suami Terchenta tak check terus submit, rupa-rupanya phone dia scan nombor '8' jadi huruf 'B'. Terus tak lepas dekat mesin pengimbas passport, kena beratur di kaunter imigresen.

Changi Airport
Air terjun tu terletak di Terminal 1 jugak, ikut je signage JEWEL ni

Changi Airport
Sayangnya kiteorang terlambat! ๐Ÿ˜” Rupa-rupanya air terjun ni sampai pukul 10 malam je. Takde rezeki nak ambik gambar berlatarbelakangkan air terjun ni.

Singapore
Lain kali kalau ada rezeki ke sini lagi, kena terus keluar imigresen Singapura sebab kat luar ni pun banyak tempat makan rupa-rupanya. Cuma ambik gambar ni je sebagai bukti dah sampai ke Changi Airport ๐Ÿ˜‚

Changi Airport
Esok paginya bangun sahur pukul 4 pagi dan lepas makan terus ke tandas ambik wuduk dan tunggu masuk waktu solat Subuh. Lepas Subuh je, terus beratur di balai berlepas sebab flight pukul 6.40 pagi

Singapore Airlines
Muka masing-masing kepenatan sebab tak cukup tidur since kena tidur atas lantai airport!

Hmm... yang tak syoknya bila kiteorang sampai di Kuching, ada 2 biji bagasi kiteorang yang tak muncul-muncul. Terpaksa buat laporan beg hilang dan pihak Scoot berjanji untuk cari beg yang hilang tu. Masalahnya dalam beg-beg tu ada baju raya aku dan Khadeeja. Walaupun tahun ni recycle baju raya lama, tapi still rasa terjejas mood beraya sebab esoknya dah nak raya tapi baju raya nan hado... Paling awal pun dieorang boleh terbangkan beg kiteorang (kalau jumpa) ialah hari raya kedua. Terus rasa nak kensel raya gara-gara beg kiteorang hilang oleh Scoot! ๐Ÿ˜…

16 April - Tarikh Bertunang

 Baru perasan hari ni 16 April. Terus teringat eh, ni tarikh bertunang dulu!


Gambar lepas kahwin, sebelum ada anak

Gambar bertunang takde. Sebab kami bertunang ala koboi je hehe. Majlis pun takde, family dia datang bertandang untuk serahkan cincin tunang dan bincang pasal majlis nikah. Mak mertua tak ikut pun, so mak aku la yang sarungkan cincin.

Masa tu umur aku 24 tahun. Masih keliru. Betul ke aku dah sedia nak kahwin dengan Suami Terchenta ni?

Sebab kiteorang bercinta jarak jauh (dia di KL, aku di JB). Tambah lagi dia cepat cemburu masa tu. Banyak kali jugak bergaduh. Gaduh je putus. Pastu sambung balik. Ulang 100x. Haha!

Last-last dia senyap-senyap contact bapak aku bagitau hasrat nak masuk meminang. Lepas dah bincang dengan bapak aku, baru dia bagitau aku. Terkejut beruk aku masa tu. Speechless. Rasa nak mengamuk pun ye jugak kihkih.

Iye, takdenya dia nak melamar ala-ala romantik. Melutut bagi bunga tu bukanlah Suami Terchenta. Sampai ke hari ni kalau dia nampak orang jual bunga Hari Valentine's, dia akan tanya 'ada konvo ke hari ni?' Nak surprise, nak sweet? Sweet kan diri-sendiri je lah ๐Ÿ˜‚

So hari bertunang tu akulah yang turun ke dapur masak untuk family dia. Dah habis masak dengan berpeluh-peluh lagi, mak aku dah panggil suruh tukar baju. Aku pakai baju kurung biasa je, baju raya 2-3 tahun lepas hihi. Protes la konon, sebab kena paksa bertunang masa tu! ๐Ÿคช

Masa mak aku sarung cincin tu, aku pandang je cincin tu. Ni ke cincin yang akan mengikat kami sepanjang hayat? Sungguh takde perasaan masa tu kecuali perasaan cuak sebab tak ready nak kahwin haha.

Kiteorang bertunang 8 bulan je, sebab Suami Terchenta nak menyabar-nyabar nak kahwin bapak aku kata tak elok lama-lama, lagi-lagi darah manis banyak godaan. Jadi semua sepakat buat majlis nikah hujung tahun.

Alhamdulillah, dah 17 tahun berlalu. Kenangan pasrah kena bertunang!