Ni semua gara-gara iklan IG yang lalu-lalang sampai kami terjebak di malam minggu ke sini semata-mata untuk secebis pengalaman.
Welcome to...
... food court kayangan.
Sekali imbas, tak ubah macam food court di IKEA, cuma di sini makanannya level restoran di hotel-hotel 5 bintang. Well, harganya la.
Suasana di Artisan's Playground
Sambil makan dihiburkan dengan persembahan nyanyian live
Ramai pengunjung ambik kesempatan bergambar di sini
Ruang event
Ruang makan private untuk acara lebih ekslusif
Konsepnya kat sini ada 15 restoran mikro dengan chef tempatan dan luar negara masing-masing menawarkan menu yang berlainan.
Chef Itali sedang menguli doh pizza sebelum dimasak dalam ketuhar kayu kat belakang tu
Kiosk menjual aiskrim gelato
Sepatutnya kena buat reservation online, tapi kami main datang terjah je hehe. Mujur tempat tu tak penuh.
Order makanan online, buat pembayaran dan tunggu robot pelayan hantar makanan
Makanan dah sampai...
Anak-anak teruja dilayan oleh robot
Antara makanan yang kami pesan malam tu:
Croissant kesukaan Khayla - RM10
Quattro Formaggio Pizza (4 cheese pizza) - RM55
Salmon Teriyaki Don - RM38
Lobster bisque - RM28
Roasted Chicken - RM30+
Salad - harga tak ingat
Strawberry gelato - harga tak ingat
Total makan malam kami kalau tak silap dalam RM250. Bagi aku, cukuplah sekali je kami ke sini sebab makanan di sini kurang menepati selera kami. Cuma Khayla je beriya-iya makan croissant sebab katanya croissant situ yang paling sedap dia pernah makan (ni sebelum dia cuba croissant dari kafe Bray 😜 )
Selfie dulu sebelum makan
Tempat ni menarik kalau nak lepak-lepak dengan kawan-kawan dan keluarga sebab suasana yang santai. Kalau pergi laman web tempat ni sebenarnya menawarkan pelbagai aktiviti berkisar food experience contohnya 8-Course Spanish Tapas Experience by Chef Gabriel untuk peminat atau yang nak mencuba makanan Sepanyol buat pertama kali. Tapi harga kayangan la. Huhu.
Artisan's Playground by COOKHOUSE Alamat: 1, Jalan Selvadurai 1st Floor, Block H, Plaza Riverwalk, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Masa aku awal-awal pregnant, aku mula sensitif dengan bau-bauan terutama bau bawang tumis. Adoi, memang tak boleh terima! Jiran sebelah menumis bawang pun dah buat kepala aku berdenyut-denyut. Bila tengok keadaan aku, Suami Terchenta decided untuk bawak makan di luar je. Lagipun katanya taknak beli barang basah sebab nak kosongkan peti sejuk memandangkan peti sejuk baru belum dibeli masa tu.
Apa lagi, gunakanlah kesempatan ni ajak Suami Terchenta makan di tempat-tempat yang teringin nak pergi hihi... 😝
1. YaHala Express Taman Melati
OK, sebenarnya aku nak pergi ke Restoran YaHala kat Ampang sebab bangunannya nampak cantik:
Pinjam gambar Google (Photo credit: atap.co)
Bahagian dalam (Photo credit: atap.co)
Tapi berlaku sedikit kekeliruan so end up kami pergi ke YaHala Express Taman Melati. Tujuan ke sini semestinya nak menikmati nasi mandy kambing.
Cantik juga tempatnya
Nasi mandy kambing
Bagi aku, nasi mandy di sini kurang menepati citarasa aku, mungkin sebab rempahnya yang terlalu kuat. Tapi berbaloi jugak datang sebab teh Arab kat sini sedap.
2. K Fry Urban KL East Mall
Tujuan utama datang ke sini sebab anak-anak nak makan ayam bersalut keju mozzarella yang selalu dieorang tengok kat iklan IG.
Tak silap yang ni original cheesy fried chicken bumbuk (RM68+)
Lupa pulak ambik gambar masa staff K Fry ni tengah tarik keju mozzarella yang dah cair tu sebelum balut ayam goreng tu dengan keju yang masih panas-panas.
Kami jugak order bingsoo iaitu pemanis mulut dibuat dari parutan halus ais sebab ni memang dessert kegemaran sekeluarga.
Choco Brownie Bingsoo (RM26.56)
Mango Bingsoo Mini (RM28.88)
Pada pendapat aku, ayamnya masin (tapi entahlah, bila aku makan makanan Korea baik di Malaysia atau di Seoul dulu, memang aku rasa makanan Korea masin sikit di lidah aku) lepas tu dibalut pulak dengan keju mozzarella yang sedia masin. Tak berapa sesuai untuk orang yang ada darah tinggi macam aku.
Tapi bingsoo K Fry ni aku bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 baik dari segi persembahan dan juga rasa.
3. Dolly Dim Sum
Satu minggu jalan-jalan di Sunway Putra Mall, boleh pulak tersinggah makan di Dolly Dim Sum.
Cantik dan ceria restoran Dolly Dim Sum di Sunway Putra
Seperti biasa aku dan Suami Terchenta berkongsi hidangan Szechuan Dumpling. Terasa nikmat dapat hirup kuah dumpling ni.
Szechuan Dumpling (RM12.80)
Khayla pulak pesan custard bun dengan inti kastad cair di dalam. Memang favourite dia tu.
Signature Egg Custard Bun (RM9.50)
Khadeeja pilih har gao dumpling sebab dia memang seorang hantu udang.
Har Gao Dumpling (RM11.50)
Nasi goreng Cina ni kami berempat kongsi. Rasanya mewah dengan udang dan telur. Mesti Uncle Roger approved.
Royal Golden Fried Rice (RM24.90)
Cukuplah tiga tempat ni je masuk dalam review hari ni. Hari-hari lain pulak biasalah order je nasi bungkus di Grabfood atau makan di gerai dan restoran mamak berdekatan. Tapiiiiii bila dapur dah siap leganya boleh masak sendiri. Yalah, hari-hari makan di luar jemu jugak dan tak baik untuk kesihatan poket! 😜
Ni kisah minggu lepas masa BFF aku datang ke KL dengan family. Asben BFF aku ajak kiteorang makan patin tempoyak di House of Patin Lipis @ KL. Walaupun menetap di KL kiteorang pun tak pernah tau kewujudan tempat ni haha. Sampai Waze pun sesat nak sampai ke sini.
Rupa-rupanya tengah-tengah KL ada restoran patin tempoyak yang boleh tahan sedapnya. Restoran ni terletak di Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng. Ha, memang tengah bandar betul. Cuma lokasi restoran ni agak terpencil. Tak tau camane asben BFF aku boleh jumpa restoran ni.
Gulai patin tempoyak ni memang favourite aku dari dulu. Tapi aku tak pernah pulak try pais patin tempoyak. BFF aku la yang beriya-iya order kan.
Pais patin tempoyak
BFF aku dan asben dia memang teruja sangat order ikan patin sebab kat Sarawak ikan ni tak berapa popular. Bila dah di KL dieorang ambik kesempatan la makan ikan patin puas-puas hehe.
Patin goreng
Ayam goreng untuk anak-anak
Gulai tempoyak patin, sambal petai tempoyak, kailan ikan masin, daging salai lemak cili api dan ulam-ulaman
Mintak maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab maklumlah masing-masing dah kelaparan!
Bagi aku makanan kat situ semuanya sedap dan kena dengan tekak aku. Daging salai lemak cili api tu pedasnya sedang-sedang je, sesuai dengan lidah Sarawak aku yang tak tahan makanan pedas menyengat. Dan aku sangat suka dengan pais patin tempoyak sebab rasa tempoyaknya menyerlah.
Sebelum balik haruslah ambik gambar kenang-kenangan dengan BFF:
Terima kasih kepada asben BFF yang belanja kiteorang makan malam tu. Semoga murah rezeki BFF sekeluarga 💖
Penggemar ikan patin di KL boleh la mencuba restoran ni sebab lokasinya yang betul-betul di tengah KL (boleh nampak KLCC ye).
House of Patin Lipis @ KL
Alamat: No 5 , Jalan Liew Weng Chee, Off, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
Sebenarnya dah lama aku usha nak cuba restoran baru di Sunway Putra ni. Restoran Bananabro ni berkonsepkan makanan South Indian yang dihidang atas daun pisang dengan pelbagai lauk dan beberapa jenis kuah kari. Lebih kurang macam nasi kandar jugak cuma nasi kandar lauknya berbeza sikit.
Minggu lepas baru kami berkesempatan singgah makan di sini.
Restoran Bananabro ni terletak di tingkat 3 Sunway Putra
Anak-anak tak berminat mencuba makanan baru sebab takut pedas. Dieorang ni memang cerewet bab makan, selalunya kami kena mengalah dan pergi ke tempat yang dieorang boleh terima contohnya Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Sushi King etc. Tapi kali ni kami kata kena ikut selera kami pulak, lepas ni boleh la tapau makanan di kedai kesukaan masing-masing (tapi akhirnya dieorang tumpang makan nasi putih dengan papadom jugak, cuma lauk dieorang tak sentuh).
Jadi Suami Terchenta suruh ambik Family Combo untuk 2 orang supaya tak membazir.
Macam ni la cara-cara nak memesan makanan di sini. Mula-mula pilih Craving Set (sama ada nasi putih atau nasi perang), kemudian pilih lauk tambahan dan minuman kalau nak. Yang bagusnya, kita boleh mintak tambah nasi atau sayur, kuah kari, rasam dan yogurt, percuma tanpa bayaran tambahan.
Macam ni la rupa set craving tu. Pekerja restoran tanya aku nak kuah apa, jadi aku suruh je dia letak semua. Sayur pulak ada sayur kobis, timun goreng dan acar timun. Walaupun nampak ringkas, aku jatuh cinta dengan kuah karinya terutama kuah kari ikan 💋
Papadom takde dalam gambar sebab anak-anak dah ambik dulu
Ni pulak lauk tambahan dalam Family Combo tu - sotong dengan ayam goreng. Sayangnya ada sedikit kekeliruan di pihak pekerja restoran dan lauk kami sampai lambat. Kami pun dah bertambah nasi dua kali (serius sedap!) jadi bila lauk sampai akhirnya tak dapat habiskan sebab kekenyangan. Sayangnya.
Bagi aku puas hati jugak la datang ke sini sebab karinya sedap dan boleh tambah percuma. Aku ni pulak peminat nasi kandar dan yang sewaktu dengannya, jadi bagi aku memang kena dengan anak tekak.
Bananabro ni ada banyak cawangan lain, boleh layari laman web dieorang untuk tengok cawangan-cawangan lain >> bananabro.com.my. Yang menariknya, Bananabro ni ada jugak cawangan di Australia. Hebat kan? Aku dah check, restoran ni ada sijil Halal JAKIM, jadi jangan ragu-ragu makan di sini.
Nota kaki:
Fakta menarik, mengikut adat resam masyarakat India, selepas makan digalakkan melipat daun pisang ke dalam / bawah (ke arah kita) sebagai tanda menghargai makanan yang dihidangkan, kecuali sewaktu majlis kematian di mana daun pisang dilipat ke atas / luar sebagai tanda simpati kepada keluarga si mati.
Tengah clear kan gambar-gambar dalam phone, baru perasan aku belum post lagi pasal makan-makan di Tok Wan's Grill ni.
Sebelum mak pulang, mak ajak kami jalan-jalan di Taman Saujana Hijau Putrajaya. Balik dari berjalan-jalan di taman, kami singgah makan malam di Tok Wan's Grill Putrajaya yang terletak di Presint 11. Restoran ni terletak di deret bangunan kedai jadi tak susah nak cari parking.
Bahagian dalam kedai
Kami melangkah masuk ke dalam dan terus dapat tempat duduk. Pekerja restoran lap meja sejurus lepas kami duduk. Serta-merta hidung kami diasak dengan bau yang kurang menyenangkan dari kain lap yang entah berapa lama tak bercuci huhu...
Tapi dah alang-alang duduk, kami teruskan jugak pesan makanan. Nak order kena imbas kod QR dan lepas tu akan keluar la menu dan seterusnya kaedah pembayaran. Semuanya agak efisyen.
OK lah, jom tengok apa yang kami makan malam tu:
Mak order fish & chips. Rasanya sedap dan standard macam kat Manhattan Fish Market
Adik order lamb chop rasanya. Tak pasti la sedap ke tak
Aku order aglio olio. Boleh tahan jugak rasanya.
Anak-anak kongsi mushroom steak, rasanya ok je.
Keseluruhannya makanan kat sini memenuhi citarasa kiteorang. Harga pun agak berpatutan. Dari segi servis, masa menunggu tu boleh kira agak cepat jugak. Cuma itulah, bila kau makan atas meja berbau tu terbantut sikit selera.