Kuala Lumpur: Selepas 36 tahun beroperasi, cawangan pertama Habib yang dibuka di pusat beli-belah Semua House, di sini, pada 1986, menutup tirai bilik pameran itu bermula 30 September ini.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, bilik pameran Habib di pusat beli-belah itu mempunyai seribu satu cerita perjalanan Habib dalam perniagaan barangan kemas sehingga melakarkan kejayaan dan dikenali hari ini.
"Selepas ini kami akan beroperasi di cawangan Habib di Jalan Bunus (Jalan Palestin) yang terletak hanya satu kilometer dari Semua House.
"Kami akan membina bangunan sendiri di sana dan ia akan bermula sebelum akhir tahun ini dan dijangka akan dibuka sepenuhnya menjelang dua tahun akan datang," katanya.
Kunjungi Habib Semua House sehingga 30 September 2022 sempena Jualan Penutupan Semua House dan miliki koleksi emas, berlian dan batu permata dengan tawaran potongan harga yang hebat sehingga 70 peratus dan dari RM15 hingga RM30 segram untuk barang kemas 916 serta 999.
Baca artikel penuh di Harian Metro
Nota kaki:
Alamak, sedihnya... ni la tempat kami pergi beli cincin tunang dan cincin kahwin 15 tahun dulu. Masih aku ingat Suami Terchenta dan aku singgah di Habib Jewel Semua House ni lepas balik dari kerja. Mula-mula beli cincin tunang, cincin belah rotan lebih kurang macam ni la design nya:
Harganya dalam lingkungan RM400, tapi disebabkan aku langkah bendul menurut adat kiteorang Suami Terchenta kena belikan sepasang cincin - sebentuk cincin untuk bakal tunang dan sebentuk cincin lagi untuk kakak bakal tunang sebagai 'pampasan' mendahului kakak yang belum berkahwin 😅. Nasib baik ada seorang je kakak kalau ada 3-4 orang kat atas aku, masak la Suami Terchenta nak beli 3-4 bentuk cincin.
Itulah kenangan kami di Habib Semua House. Bagi aku Habib ni boleh dipercayai untuk membeli barang kemas emas yang tulen. Aku belum lagi berani nak beli emas online sebab dah dengar macam-macam cerita emas tiruan, emas sadur dan sebagainya. Buat bakal-bakal pengantin yang tengah mencari cincin kahwin, boleh la ambik kesempatan sebelum akhir bulan ni berkunjung ke Jualan Penutupan Semua House. Esok je lagi tau, so jangan tunggu lama-lama.