Sebelum aku berhenti kerja 2 tahun lepas, satu benda yang aku miss ialah having a support system yang sama macam dekat tempat kerja dulu. Bila dah berbelas-belas tahun bekerja, aku dah terbiasa dengan support system kawan-kawan di ofis. Maksudnya, bila ada masalah pasal kerja, support system ni la yang jadi tempat rujukan untuk dapatkan pendapat, share experience setelkan masalah kerja dan tempat curhat bila kena marah boss 🤣.
Sekarang dah takde la hadap part kena marah boss tu, tapi still aku rasa perlu ada support system untuk bertukar pendapat dan rujukan idea macamana nak handle anak-anak, kewangan dan kehidupan seharian.
Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan full-time home managers yang semuanya satu masa dulu ialah dari golongan profesional. Ada yang dari latar belakang HR, Finance dan Media. Semalam kiteorang keluar brunch sama-sama. During our brunch session, kiteorang berbincang tentang macamana nak handle anak-anak dari pembacaan buku-buku psikologi dan kelas parenting yang pernah attend sebelum ni, idea-idea aktiviti dengan anak-anak dan keluarga, what to expect moving forward dari kehidupan berkerjaya kepada kehidupan sebagai full-time mom dan pengurus rumahtangga.
Full-time moms support system |
Masing-masing pernah bekerja dalam bidang dan industri yang berbeza, dan masing-masing ada pengalaman unik yang dikongsikan masa kiteorang berjumpa semalam. Ada yang share macamana dia dan suaminya bangkit dari kejatuhan ekonomi bila dua-dua hilang kerja serentak. Ada yang berkongsi pengalaman burnt out dengan rutin kerja dan akhirnya pilih untuk sambung belajar di luar negara dengan suami. Aku pulak berkongsi tentang apa yang aku rasa dan lalui dalam 2 tahun sejak berhenti kerja dan kenapa penting ada matlamat dan sasaran peribadi untuk gantikan matlamat dan KPI di tempat kerja dulu.
Dari perkongsian kiteorang ni, we all agreed yang ini ialah masa dalam hidup ni untuk kiteorang fokus pada apa yang kiteorang nak instead of apa yang orang lain nak. Sebabnya masa bekerja dulu, kiteorang kena fokus kepada apa yang company / boss nak sampai takde masa nak fikirkan tentang diri-sendiri dan keluarga.
Aku rasa seronok bila berjumpa group ni sebab walaupun aku selalu lepak dengan kawan-kawan di ofis lama tapi kadang-kadang nak bercerita masalah menguruskan rumahtangga ni, aku rasa tak sampai hati pulak sebab dieorang pun ada masalah anak-anak sendiri selain dari masalah di ofis. Lagi satu, bila jumpa je dieorang akan bercerita masalah kerja dan hujung-hujung tu akan cakap, 'Best la kau, dah tak payah hadap masalah ni lagi.' OK la memang la best tapi kehidupan sebagai full-time home manager pun bukannya selalu indah-indah belaka. So bila ada group support full-time home managers, aku rasa lebih selesa untuk bercerita tentang liku-liku tu hehe.