Rasanya belum terlambat utk wish kawan2 semua 'Selamat Hari Raya Aidilfitri', kalau ada salah & silap harap dimaafkan la ye :)
Kali ni aku tetiba teringin nak blogging dalam Bahasa Melayu. Barulah ada feel nak story-mory pasal raya. Hehehe.
Tahun ni first time aku berpeluang balik kampung awal sejak aku kawen lebih 6 tahun lepas. Sempat lagi buka puasa & terawih kat masjid dengan mak & adik-beradik aku. Seronok betul. Mak aku orang yang paling gembira sebab akhirnya semua adik-beradik aku balik beraya serentak tahun ni - sebelum ni kalau bukan aku yang takde sebab giliran raya kat kampung Suami Terchenta, adik aku yang takde sebab beraya di Jepun. Tahun ni je kami semua dapat berkumpul.
Anyway, tahun-tahun sebelum ni tak berkesempatan bukak puasa & berterawih sesama sebab kami husband & wife masing-masing bekerja, so tak boleh spend time lama-lama sebab ada dua kampung yang kena lawat - belah aku dan belah Suami Terchenta. Kiteorg dah la duduk jauh di perantauan (ececey, macam la dok overseas!), raya je the only time kiteorg boleh balik kampung. Maka balik kampung cun-cun esok nak raya baru balik supaya dapat spend cuti kat dua-dua belah family.
Balik ke tahun ni. Memandangkan Suami Terchenta masih ada kelas & cuti pun tak banyak, maka terpaksalah aku seorang je fly dengan dua orang budak kecik ni. Lagi pun masa tu tiket still murah (3 orang = RM250 total), so beli je lah.
Tahun ni jugak kami bersemangat hantar kad raya kat sanak-saudara & kawan2, sesambil buat aktiviti menarik utk anak2 i.e. buat cap tangan & kaki dieorg utk kenang2an! |
Ni kira first time aku fly sorang-sorang bawak dua-dua budak kecik ni, maka haruslah aku pasang strategi supaya tak huru-hara sepanjang flight 2 jam tu. Pertama, luggage memang kena check in, so bawak beg diaper dgn beg tangan je. Kedua, stroller pun kena bawak sampai ke tangga nak naik kapal terbang AA, sebab si Khayla ni dah terbiasa duduk dalam stroller je. Mau aku kena dukung dua beradik tu kalau takde stroller...
Ketiga, kena ada baby sling untuk dukung adik. Keempat, sediakan susu siap-siap dalam botol susu untuk dua beradik ni sebab memang la tak akan ada masa nak bancuh kemudian (dan tak selesa nak bagi susu direct kat adik dalam flight in case ada penumpang lain duduk sebelah). Snek (biskut baby dan kismis kegemaran kakak) pun tak boleh lupa. Segala bendalah mak nenek macam lampin, nursing cover, wet tissue, etc pun siap-siap simpan dalam diaper bag.
Kelima, entertainment utk dua beradik ni (pacifier, iPad utk kakak) pun wajib ada supaya dieorang tak bosan dalam flight. Keenam, aku sengaja book seat kat belakang supaya dekat ngan toilet in case kena tukar lampin / Khayla nak 'shee-shee'. Lagipun biasanya tak de penumpang lain kat seat belakang. Last sekali, aku make sure pakaian bersesuaian utk aku & dua beradik ni contohnya aku kena pakai baju yg senang nak selak kalau tetiba adik melalak nak susu, seluar pun kena ada kocek utk letak boarding pass & IC senang tak yah nak selongkar beg nak cari 2 benda tu. Budak-budak pulak aku pakaikan baju tebal sket sebab dlm flight sejuk biasanya.
Kemain lagi kan, preparation nak travel padahal 2 jam je journey. Detailed, sampai ke baju apa yg nak dipakai pun kena fikirkan jugak demi keselesaan masa travel tu nanti. Kalau tak, haru jugak nak melayan dua orang budak kecik yang menangis sebab tak selesa masa dalam flight nanti!
Seperti biasa kakak senang je bila travel ni. Bagi susu, pastu dia 'off' sepanjang flight. Yg leceh sket nak melayan adik sebab dia jenis yg tido-tido ayam je. Masa boarding dia tido, tapi bila nak take off dia bangun dan teruslah berjaga sampai landing. Hmm. Nasib baik takde passenger kat seat sebelah, so aku biarkan je la adik panjat-panjat kerusi ikut suka dia. Tapi aku nak tido tak boleh la sebab kena layan dia. Khadeeja, Khadeeja...
Alhamdulillah masa nak naik flight dan turun dari flight, ada hamba-hamba Allah yang sudi tolong dukung si Khayla naik dan turun tangga AA tu, memandangkan aku kena bawak beg dan dukung Khadeeja. Masa nak naik flight, aku mintak tolong sorang mamat Jepun ni dukung Khayla. Khayla pun tak meragam bila strangers yang dukung dia, sebab dia faham kot aku tak boleh dukung dia. Ada sorang lagi mamat Melayu ni pulak tolong aku tutup stroller sebelum staf ground handling AA masukkan stroller dalam kargo.
Mamat Jepun tu memang baik sungguh, sebab bila dah landing, dia sanggup pergi semula ke seat kami yang kat belakang sekali tanya sama ada aku perlukan pertolongan dukung Khayla turun dari flight. Tapi aku segan la asyik mintak tolong dia je kan, aku cakap, 'It's ok, thank you!'. Lepas tu mintak tolong pramugara AA je.
Masa nak ambik barang-barang kat baggage area pulak, sekali lagi berdepan masalah sket. Ingatkan bapak aku dah sampai airport, boleh la aku pass budak-budak ni kat dia sementara aku collect beg. Tapi rupa-rupanya dia still on the way. Sekali lagi, Alhamdulillah, staf ground operations AA tolong aku angkat beg dan kotak dan letak atas troli. Lepas tu dia tolong tolak troli tu sementara aku tolak stroller.
Tulah kisah perjalanan balik ke kampung hari pertama. Phew! Nanti aku sambung pulak kisah seterusnya ;)