Showing posts with label Travel Stories. Show all posts
Showing posts with label Travel Stories. Show all posts

Jalan-Jalan Kuching (Part 2)

Bersambung dari sini:

Esok paginya, cuaca elok walaupun mendung. Jadi boleh la meneruskan agenda dalam itinerary aku.


Kuching
Selamat pagi Kuching!

Destinasi #4: Mee Sapi Hj Salleh @ Sepinang Sari

Selepas Subuh, aku dan Suami Terchenta terus pergi ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant untuk bersarapan mee sapi Hj Salleh. Kafe ni dibuka dari pukul 6 pagi dan kalau lambat memang lama la tercongok menunggu meja kosong. Anak-anak taknak ikut sebab masih syok bergulung dalam selimut. Lagi la senang nak dapat meja bila pergi berdua je hihi. Tapi hampir-hampir nak jegil mata jugak bila ada pakcik ni yang baru datang tiba-tiba nak tarik kerusi dekat meja yang kiteorang tengah tunggu untuk dikemas. Nasib baik pekerja kafe tu bagitau pakcik tu yang meja tu kiteorang dah tunggu. Terus pakcik tu tak jadi makan kat situ, dia bungkus bawak balik je. Agaknya dia malas nak menunggu tak pun dia termalu dekat kiteorang hehe. 

Pukul 6.30 pagi lagi kafe dah penuh dan orang mula beratur menunggu meja kosong. Kalau hujung minggu lagi la panjang barisan. Tips aku kalau nak ke sini, kena datang sesudah Subuh, Insha Allah tak perlu beratur.


Sepinang Sari
Done craving mee sapi Hj Salleh! Macam biasa aku pilih daging + tendon dan Suami Terchenta pulak pilih mee sapi daging je

Lepas sarapan, kiteorang balik semula ke hotel dan Suami Terchenta sambung join meeting (cuti pun kena join meeting 😮‍💨). Mujur kiteorang dapat late check out pukul 2 petang. Jadi sempat la solat jamak dulu di hotel sebelum check out.

Tengahari lepas check out, kiteorang jalan-jalan cari makan di restoran yang terletak tak jauh dari hotel.

Destinasi #5: Ceylonese Restaurant

Ni pun salah satu restoran yang popular di Kuching. Specialty dekat sini ialah banana leaf briyani dan jugak cheese naan dengan cheese melimpah-ruah!


Ceylonese Restaurant
Pemilik restoran ni orang Sri Lanka tapi menetap di Kuching dan membuka restoran makanan dari Sri Lanka / India

banana leaf briyani lamb shank
Banana leaf briyani lamb shank (RM30). Bila tengok harga, ingatkan portion besar jadi pesan satu je. Sekali sampai, sikit je rupa-rupanya. Rasa briyani ni sedap dan ada aroma daun pisang. Disajikan dengan condiment yang unik dan berbeza dari briyani Pakistan / India

best cheese naan in Kuching
Nasib baik pesan cheese naan triple extra extra tarik naan (RM28) ni jugak. Roti naan nya besar! Memang tarik cheese tu tak putus-putus. Cheese melimpah-ruah dan portion besar, kalau pesan ni kena kongsi beramai-ramai nak habiskan. Kiteorang berempat makan pun tak habis dan kena bungkus bawak balik.

Seterusnya ialah agenda jalan-jalan di Kuching Waterfront pulak. Memandangkan parking di tepi waterfront penuh, kiteorang pun parking dekat Sarawak Plaza dan berjalan kaki ke Waterfront. Tengah menapak tu, eh eh! Boleh pulak aku kena berak burung! Terpaksa la singgah di tandas awam cuci tudung yang terkena najis burung tu. Hmm... redha je la!

Destinasi #6: Kuching Waterfront

Tak sah jalan-jalan di Kuching kalau tak ke Waterfront. Umpama pergi ke KL tapi tak singgah ke Menara Berkembar PETRONAS. Haa gitu la 😅.

Sebenarnya sebelah malam tempat ni lagi cantik dan happening tapi kiteorang tak sempat nak stay sampai ke malam sebab nak gerak balik ke kampung Suami Terchenta. Jalan-jalan siang hari pun ok jugak cuma tak dapat la nak tengok pertunjukan musical fountain dekat sini.


Kuching Waterfront
Bangunan Astana iaitu kediaman rasmi YDP Negeri Sarawak. Ia dibina pada tahun 1870 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua sebagai hadiah perkahwinan untuk isterinya

DUN Sarawak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Rekabentuk bumbung bangunan ni diinspirasikan dari rekabentuk terendak Melanau 

Jambatan Darul Hana
Pemandangan dari jambatan Darul Hana yang merentasi Sungai Sarawak

Kuching Waterfront
Pangkalan Sapi

Perahu tambang
Balik tu, kiteorang saja bawak anak-anak naik perahu merasai pengalaman menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi ke Pangkalan Batu di seberang

Destinasi #7: Minum Petang di Commons Cafe & Restaurant

Tak jauh dari Kuching Waterfront, ada sebuah bangunan lama yang dulunya dikenali sebagai the old court house (bangunan mahkamah lama) pada zaman penjajahan Rajah Brooke. Sekarang ni, ia menempatkan kafe, restoran, bar dan Muzium Ranee, menjadikannya tempat yang mesti dikunjungi untuk penggemar sejarah dan penggemar makanan.


Commons Cafe & Restaurant
Dah puas berjalan, jadi singgah untuk minum petang di sini

Commons Cafe & Restaurant
Dekorasi dalam kafe mengekalkan ciri-ciri klasik dari zaman Inggeris dulu

Kiteorang cuma pesan sepotong kek vanilla with salted caramel cream (kalau tak silap) sebab masing-masing masih kenyang lagi. Kafe ni memang popular dengan kek yang sedap. Adik ipar aku kata spaghetti kat sini pun sedap. Mungkin lain kali boleh cuba.


Commons Cafe & Restaurant
Minum petang di Commons

Lepas minum petang di sini, barulah kiteorang bergerak balik ke kampung Suami Terchenta. Kalau dah sampai di kampung, nak ke Kuching lagi tu agak tipis la peluangnya 🤭. Tapi hujung minggu tu tiba-tiba sepupu aku mesej tanya nak jalan-jalan ke? Maka... bersambung di entry seterusnya iaitu kisah menjadi pelancong di negeri sendiri 😆. Stay tuned!

Jalan-jalan Kuching (Part 1)

Salam Khamis kawan-kawan!

I'm back! Ada yang rindu tak? Hehe. Sebenarnya hari Selasa lepas dah sampai rumah tapi biasalah sokseksoksek unpacking, cuci baju kotor bawak balik blablabla last-last tangguh dulu la update blog ni. Setel kan dulu apa-apa yang patut disetel, barulah senang hati nak duduk ngadap laptop update tentang kisah cuti balik kampung ni.

Done celoteh, marilah meneruskan penceritaan kisah balik kampung ni. Kiteorang bertolak hari Selasa 2 Disember, naik Batik Air KUL-KCH pukul 7.20 pagi. Memandangkan flight awal pagi dan kiteorang akan berada di Sarawak selama seminggu, kiteorang pun buat perbandingan sama ada nak naik Grab dari rumah atau drive ke: 1. Putrajaya Sentral dan naik KLIA transit; 2. parking di LTCP (Long Term Car Park) KLIA.

Akhirnya kiteorang decide untuk drive sendiri ke parking LTCP di KLIA sebab itulah option yang paling murah dan senang (RM108). Kalau naik Grab, sehala je dah RM70+. Kalau park dekat Putrajaya Sentral Park & Ride (total 7 hari RM106), kena beli tiket KLIA transit pulak (tambah lagi RM20+). Dari LTCP, kiteorang naik bas perantara percuma ke bangunan terminal KLIA1 dan KLIA2.

Sampai di KLIA pukul 6 pagi dan kiteorang terus masuk ke balai berlepas untuk menunaikan solat Subuh dekat dalam departure hall. Selesai kewajipan, kiteorang sempat mengalas perut makan nasi lemak bungkus sebelum ke pintu perlepasan. Pukul 7 pagi, boarding dan berlepas.

Dalam Batik Air tak disediakan makanan kecuali untuk penumpang yang dah membuat tempahan makanan. Memandangkan kiteorang memang plan nak tidur sepanjang flight, jadi takde la beli makanan dan tak boleh la review makanan Batik Air 😅.


Batik Air Malaysia
The journey begins!


Flight kiteorang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching on time. Setakat ni aku berpuas hati naik Batik Air Malaysia sebab selalu on time, jarang-jarang la delayed. Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kiteorang tunggu suami sepupu aku datang hantar kereta. Kebetulan suami sepupu tu pun nak travel esoknya, jadi dia bagi je kiteorang guna kereta dia untuk jalan-jalan di Kuching dan bawak balik ke kampung Suami Terchenta di Samarahan sampai dia pulang dari outstation.

Destinasi pertama kiteorang sepatutnya ialah ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant untuk mee sapi Haji Salleh, tapi masa nak set Waze ke sana, rupa-rupanya kafe tu tutup setiap hari Selasa! Lorhhh... Lupa nak check part yang tu. Takpelah, kita set lokasi ke Mom's Laksa je la pagi tu, esoknya baru la sarapan mee sapi Haji Salleh. No hal punyalah!

Destinasi #1: Kafe Mom's Laksa


Mom's Laksa
Mom's Laksa

Dah lama aku tak jejak kaki ke Mom's Laksa. Rupa-rupanya dah banyak berubah! Dah ada kuih, dessert dan pastri!


Mom's Laksa
Mata anak-anak terus bersinar-sinar tengok pelbagai jenis pastri dan kuih di Mom's Laksa

Kafe Mom's Laksa ni memang tak asing lagi di kalangan orang Kuching dan jugak pelancong. Yang pasti, kalau ke sini jangan lupa memesan hidangan popular di sini iaitu laksa Sarawak dan jugak nasi aruk ikan terubok masin. Portion kedua-dua hidangan ni agak besar bagi aku. Aku suka kuah laksanya yang pekat dan sambal laksa pun sedap jugak. Kalau ada daun ketumbar, then perfect la laksa tu bagi aku (tapi laksa kat sini takde letak hirisan daun ketumbar, mungkin sebab daun ketumbar susah nak dapat dekat Sarawak).


laksa Sarawak
Nasi aruk ikan terubok masin dan laksa Sarawak

Destinasi #2: Borneo Cultures Museum


Borneo Cultures Museum
Borneo Cultures Museum

Kiteorang dah berjanji dengan Khayla sebelum ni yang kiteorang akan bawak dieorang ke Borneo Cultures Museum sebab kali pertama pergi dulu, dieorang tak sempat habis melawat ke semua pameran dalam muzium (muzium tutup pukul 5 petang dan kiteorang pulak sampai pukul 3 petang masa tu). Kalau ke sini, korang wajib allocate setengah hari dalam muzium ni je sebab muzium ni ada 5 tingkat! Dah la besar, setiap pameran tu pulak interaktif jadi pengunjung bukan setakat baca penerangan yang terpampang tapi boleh dengar audio, tengok wayang dan berinteraksi dengan pameran yang menggunakan teknologi sensor. Kalau bawak budak-budak, memang dieorang akan seronok belajar sejarah tentang Borneo di sini sebab boleh tengok, pegang, dengar dan berinteraksi. 

Memandangkan aku dah pernah pergi ke British Museum, Natural History Museum di London dan Van Gogh Museum di Amsterdam, aku boleh katakan Borneo Cultures Museum ni setanding atau mungkin lebih canggih dari muzium kat luar negara 😄. Walaupun korang mungkin bukan peminat muzium, tapi pendapat aku, korang pun akan rasa Borneo Cultures Museum ni menarik untuk dilawati. Boleh baca lebih lanjut tentang muzium ni dekat entry aku sebelum ni.


Borneo Cultures Museum
Antara replika asal / tiruan yang dipamerkan di Borneo Cultures Museum. Tengkorak manusia (gambar atas hujung kanan) tu kalau tak silap, tengkorak sebenar ye.

Destinasi #3: Top Spot Seafood Food Court

Selesai jalan-jalan di Borneo Cultures Museum, kiteorang check in di hotel Pullman. Malam tu pulak aku dah berjanji dengan adik dan sepupu-sepupu aku untuk makan malam di Top Spot.


Top Spot Seafood Food Court
Top Spot Seafood Food Court

Top Spot terletak di tingkat 6 bangunan UTC Kuching. Dari hotel Pullman, kiteorang berjalan kaki je sebab jaraknya tak sampai 5 minit dah sampai. Tempat ni popular dengan pelbagai gerai menjual makanan laut segar dan makanan yang terkenal di Sarawak seperti sayur midin belacan, oyster omelette, linut, ayam pansuh dan lain-lain lagi.


Sarawak cuisine
Lauk-pauk yang kiteorang pesan malam tu - sayur cangkuk manis (pucuk manis) telur, sotong salted egg, udang butter, oyster omelette, ketam masak sweet & sour, ikan siakap kukus berkicap dan sayur midin belacan 

Total semuanya RM289.30. Not bad la. Minuman pulak aku tak tau berapa sebab sepupu aku yang belanja.


cousins
Aku dan sepupu-sepupu (muka pun dah dekat-dekat seiras kan? 😅)

Top Spot Seafood Food Court
Happy tummy, happy family hihi. Alhamdulillah licin semua yang dipesan, rasa tak membazir bila semua makanan habis dimakan


Alhamdulillah, ada rezeki berkumpul dengan sepupu-sepupu trip kali ni. Selalunya tak sempat nak jumpa sebelum aku balik ke kampung Suami Terchenta. 

Good food. Great company. With that, we retired to bed happy. Bersambung kisah jalan-jalan Kuching esoknya di entry yang lain pulak 😄

Replika Kedai Lama di Stesen LRT Masjid Jamek

Hari Isnin lepas nak ke Perpustakaan KL dengan anak-anak, tapi terlupa pulak perpustakaan di KL ni tutup setiap hari Isnin 🤦🏻‍♀️. Makanya kiteorang patah balik ke stesen LRT nak balik ke rumah. Masa lalu dekat laluan bawah tanah ni, aku ternampak ada replika kedai-kedai lama yang masih lagi "dalam pembinaan" (dieorang tak habis cat lagi).


Masjid Jamek LRT station
Replika Restoran Hong Ngek - restoran makanan Hokkien yang dah bertapak di KL sejak tahun 1940an


Masjid Jamek LRT station
Replika restoran Lakshmi Vilas - satu lagi restoran "legend" di kalangan masyarakat India dan peminat makanan vegetarian

Ada 2 lagi replika tapi masih tengah dibina masa aku lalu kat sini jadi tak nampak nama kedai tu. Bagus ada inisiatif memperkenalkan sejarah KL yang mana kedai-kedai ni dah bertahan sejak zaman sebelum merdeka lagi dan masih beroperasi sampai sekarang.

Ada tak orang KL yang membesar di KL? Apa kedai legend yang korang pernah masuk dan masih wujud sampai sekarang?

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Amsterdam Hari Pertama

Salam Isnin kawan-kawan,

Bersambung cerita jalan-jalan ni dari sini:


Trip ke Amsterdam ni sebenarnya tak de dalam perancangan awal kiteorang tapi disebabkan tiket penerbangan dari Amsterdam ke KL lebih murah dari tiket penerbangan London - KL, maka Amsterdam ni pun menjadi salah satu destinasi yang dilawati. And it was worth it! Sebelum ni aku ingatkan Amsterdam ni tak de apa-apa yang menarik tapi sangkaan aku meleset sama-sekali. Amsterdam ialah bandar yang sangat cantik, dan vibe nya pun tak macam London dan Paris. 

Di Amsterdam, orang tempatan dan pelancong tak tergesa-gesa nak ke mana-mana (kecuali bila naik basikal je dieorang suka bawak laju2 haha), dan waktu lunch kebiasaannya dieorang beli lunch dan duduk lepak di tebing terusan. Dekat sini kiteorang merasai suasana yang lebih santai berbanding di London dan Paris.


Canals of Amsterdam
Pemandangan orang lepak di tebing terusan ni sambil menikmati makan tengahari dan melihat angsa berenang ialah sesuatu yang biasa di Amsterdam

Pemandangan yang menarik di Amsterdam semestinyalah pemandangan terusan di sekitar Amsterdam. Ke mana-mana kiteorang pergi pasti disajikan dengan pemandangan ni:


Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #1 (Canals of Amsterdam)

Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #2

Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #3

Bak kata kawan aku Susan, "Kita akan tengok canal hari-hari sampai nak termuntah!" 😂. Sebabnya kat mana-mana je akan jumpa jambatan 😅. Oh ya, Amsterdam ialah bandar yang mesra pejalan kaki. Jadi kiteorang jarang-jarang naik metro / tram. Sudahnya dekat Amsterdam ni kiteorang berjalan lebih dari 20 ribu langkah setiap hari. Kalau dekat Malaysia pun macam ni confirm kurus dah tahun depan 😜.


Amsterdam
Laluan pejalan kaki yang luas memudahkan kita berjalan kaki ke mana-mana

Tapi kalau malas jalan kaki, boleh je sewa basikal cuma kiteorang malas sebab: A, kiteorang geli-geleman tengok orang kat sini bawak basikal laju-laju; B, takut basikal kena curi dan kena bayar ganti rugi; C, susah nak tengok map kalau bawak basikal.


Amsterdam
Aku snap gambar basikal ni sebab comel dihiasi dengan kepingan Lego

OK, sambung cerita dari entry sebelum ni. Sementara tunggu bilik kiteorang ready, kiteorang pergi cari tempat makan yang terdekat. Kiteorang singgah makan di St. Paul's sebab ada diskaun dekat aplikasi TheFork. 


St. Paul's
St. Paul's. Aku pesan vegetarian food dekat sini


Lepas makan, kiteorang bersiar-siar di sepanjang terusan Amsterdam. Terusan Amsterdam (Canals of Amsterdam) tersenarai dalam salah satu tapak warisan UNESCO pada tahun 2010. Ianya dibina pada Zaman Keemasan Belanda (Dutch Golden Age) 400 tahun dulu. Dekat Amsterdam ni ada 100 buah terusan dan 1500 jambatan. Sebab tu la Susan kata by the time kiteorang balik, kiteorang akan naik muak tengok terusan dan jambatan sebab itu je la pemandangan trademark Amsterdam! 😂 

Pukul 3 petang hotel mesej bagitau bilik dah siap. Kiteorang balik ke hotel untuk angkut beg naik ke bilik dan aku pulak nak solat jamak. Lepas tu sepatutnya sambung jalan-jalan ke tempat yang jauh sikit dari hotel tapi end up kawan-kawan aku je yang pergi sebab aku penat dan mengantuk giler, jadi aku buat keputusan tinggal di bilik untuk berehat sementara kawan-kawan aku pulak keluar bersiar-siar.

Bila bangun dari tidur, aku tengok kawan-kawan aku masih belum pulang. Memandangkan hari masih terang lagi, aku pun buat keputusan keluar sorang-sorang bersiar-siar menikmati pemandangan bandar Amsterdam. Masa ni aku banyak ambik gambar bangunan-bangunan menarik dan bersejarah di sekitar Amsterdam, antaranya:


Amsterdam
Posthoornkerk. Asalnya dibina sebagai sebuah gereja yang penting di Amsterdam pada abad ke-19 dengan rekabentuk neo-gothic oleh arkitek Pierre Cuypers, orang yang sama mereka Rijksmuseum dan Amsterdam Central Station, kini ianya diubah menjadi sebuah bangunan untuk mengadakan event / exhibition

Amsterdam
Westerkerkchurch - sebuah gereja Protestan yang dibina pada abad ke-17. Menara gereja ni ialah menara gereja tertinggi di Amsterdam dengan ketinggian 87 meter.

Magna Plaza
Magna Plaza - asalnya ialah sebuah ibu pejabat Pos Amsterdam, ianya sekarang menempatkan pusat membeli-belah

Amsterdam Tulip Museum
Amsterdam Tulip Museum yang mempamerkan pelbagai jenis bunga tulip untuk peminat-peminat tulip


tram track
Pemandangan bandar Amsterdam

Masa aku tengah berjalan-jalan tu, ternampak sebuah restoran Indonesia, iaitu Long Pura. Aku pun tanyalah pekerja kat situ sama ada restoran ni halal, dia kata ya. Jadi aku pun decide untuk makan malam di restoran tu sebelum balik ke hotel. 

indonesian restaurant
Ada macam-macam lauk yang aku dah tak ingat nama, tapi yang atas sekali tu ialah sate ayam dengan kuah kacang yang sedap.  Total dinner aku ialah €31.

Itu je la cerita jalan-jalan di Amsterdam hari pertama. Hari kedua kiteorang keluar dari bandar Amsterdam untuk ke beberapa lokasi menarik. Stay tuned!

Ngopi Kat Hat Yai, Yokk!! (Bahagian 4@Akhir)

Untuk bahagian 1-3, boleh baca kat sini:

Sambung cerita hari kedua. 

Shopping di 7-Eleven Hat Yai


7-Eleven Hat Yai
Ajommm shopping di 7-Eleven pulak! 😂

Kiteorang singgah di 7-Eleven sebelum balik ke hotel. Aku selalu dengar orang kata kalau ke Thailand wajib singgah di 7-Eleven kat sana. Bila aku masuk 7-Eleven kat Hat Yai baru aku faham kenapa. Kat at sana ada banyak produk yang unik dan harga pun murah! Jom tengok apa yang ada di 7-Eleven di Hat Yai:


7-Eleven Hat Yai
Atas: Produk penjagaan diri yang dijual dalam bentuk paket mesra travel
Bawah (kiri): Sabun kolagen + vitamin C ni menarik perhatian aku
Bawah (kanan): Susu pisang dijual dalam bungkusan menarik dan unik

7-Eleven Hat Yai
Korang wajib cuba Thai milk tea dekat 7-Eleven ni tapi kena letak ais dulu tau kalau tak harganya lebih mahal dan manis leting!

7-Eleven Hat Yai
Ada bahagian terpampang perkataan 'HALAL' memudahkan kita nak cari makanan halal. Banyak makanan sedia untuk dimakan dijual di 7-Eleven kat sana

7-Eleven Hat Yai
Kalau nak jimat duit makan boleh cari sosej ni dekat 7-Eleven di Hat Yai. Nanti masa bayar boleh mintak cashier tolong panaskan dalam microwave

Burger CP halal
Burger instant ni antara produk yang paling diminati oleh pelancong Malaysia sebab harga kat sini lebih murah dari di Malaysia. Rasa pun not bad, sedap. Ramai orang borong burger ni sebelum balik

7-Eleven Hat Yai
Burger ni ada dijual dalam paket besar jugak tapi kalau nak pelbagaikan perisa kena beli asing-asing

Kiteorang pun ambik kesempatan borong burger jugak 🤣:


7-Eleven Hat Yai
Masing-masing sibuk kira total harga burger yang nak diborong 😅

7-Eleven Hat Yai
Penuh troli dengan burger 🤭

Dah setel menyopping di 7-Eleven, kiteorang pun jalan kaki balik ke hotel.


Hari Ketiga (5 Oktober, Ahad): Sarapan di Khaled. Shopping Lagi di Kim Yong. Check out hotel. Naik ETS balik ke KL

Hari ketiga aku malas nak ambik gambar 😅. Kiteorang sarapan di Khaled. Aku ambik nasi lemak ayam goreng kali ni. Yang lain pun sama jugak rasanya. Lepas sarapan, kiteorang berjalan kaki ke Kim Yong untuk membeli apa-apa yang patut dan tak cukup masa pergi hari sebelumnya. Lepas tu, balik semula ke hotel dan kemas beg untuk pulang. Alhamdulillah, beg aku tak beranak-pinak tapi makin gemuk! 😂 Pengajarannya lain kali bawak tote bag kecik atau luggage besar sikit, tapi tu la kononnya tak nak shopping nak JJCM je tapi bila yang lain memborong, aku pun terhasut sekali memborong jugak 😝. 


Hat Yai
Bergambar depan hotel sementara tunggu van sampai

Lepas check out dari hotel, kiteorang tunggu van datang untuk hantar ke Padang Besar semula. Part ni penat sikit sebab kena turun naik van bawak luggage dekat checkpoint tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Di stesen Padang Besar, kiteorang lepak di kafe dalam stesen sementara menunggu pukul 1.50 petang. Kali ni kiteorang naik kelas ekonomi tapi ok je sebab dah kenyang makan kat kafe sementara tunggu ETS sampai. Kiteorang sampai ke KL dalam pukul 7 petang. 

Dengan tu berakhir la cerita ngopi di Hat Yai (tapi takde pulak kiteorang pergi mengopi, lebih kepada mengeteh dan menyopping je 😝). Tajuk tu aku cilok dari tajuk group chat kiteorang dekat Whatsapp hehe. Apapun, best travel dengan geng gegurl lagi-lagi jenis sekepala dan kaki foodie macam aku 😜. Harap-harap boleh repeat trip gegurl lagi tapi lain kali nak pergi tempat lain pulak. Jakarta ke... Ehhhhhhh??? 🤭


Central Festival Mall
Terima kasih Geng Kamie, bawak aku jalan-jalan dan makan-makan di Hat Yai 🫶🏻

Kalau korang nak merancang trip ke Hat Yai, boleh la follow itinerari yang Kak Retna rancang ni. Confirm seronok!


Itinerary Hat Yai
Itinerary 3 hari 2 malam di Hat Yai (kredit: Kak Retna)

Nota kaki: Cerita Hat Yai dah habis, cerita jalan-jalan di Eropah tak habis lagi. Hadoi la, bila nak datang mood rajin ni? 😜