• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, April 29, 2023

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak

Sedar tak sedar, sebenarnya dah 3 tahun aku tak beraya di kampung kelahiran ayah aku dek kerana Covid. Kali terakhir aku beraya di sini ialah tahun 2019. Jadi memang excited la nak balik beraya kali ni. 

Syukur jugak raya jatuh hari Sabtu, adalah masa mengemas rumah dan menyiapkan bahan-bahan masakan untuk Hari Raya. Sementara yang lelaki mengemas rumah, kiteorang yang perempuan pulak sibuk di dapur. Mak buat kari daging, aku kontrak ayam masak merah dan adik ipar aku yang first time beraya di kampung kiteorang pulak buat nasi minyak. Kakak aku macam biasa kontrak potong kek lapis. 

Pagi raya pun tiba. Lepas bersiap-siap pakai baju baru dan menjamah ketupat dan kari daging, kiteorang terus pergi ke masjid untuk solat Aidilfitri. Agak kesal dengan kejadian di masjid pagi raya sebab jemaah perempuan kejap-kejap disuruh solat di bahagian luar masjid lepas tu dipanggil masuk ke dalam pulak. Bukan sekali, tapi 2 kali! 

Kesian acik-acik yang dah lemah lutut dan bertongkat kena ulang-alik naik dan turun tangga masuk, keluar dan masuk balik dalam masjid. Diharapkan pihak pengurusan masjid boleh mengatur pembahagian ruang masjid yang lebih adil supaya jemaah wanita yang datang awal pun boleh merasa keselesaan beribadah dalam ruang masjid yang berhawa dingin dan sesiapa yang lambat tak kira lelaki atau perempuan solat di bahagian luar tanpa mengganggu batas ruang jemaah wanita.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Husnuzon - pagi-pagi raya dapat bersenam turun naik tangga masjid untuk kesihatan!

Balik dari masjid, barulah sesi bersalaman di pagi raya. Masa ni aku terkenangkan kemeriahan keluarga besar kami masa arwah atok (Pakyeng) dan nenek (Makyeng) masih hidup. Sejak dieorang dah takde, tak semua pakcik dan makcik aku balik ke kampung lagi. Rasanya kalau tak kerana Udak aku masih tinggal di kampung, mungkin kiteorang pun pilih beraya di Bintulu je. Kebetulan Pak Usu aku tak dapat balik tahun ni sebab Mak Usu masih dalam pantang. Kalau tak, keluarga Pak Usu dan keluarga kiteorang je la yang temankan Udak di pagi raya (sebenarnya ada jugak saudara-mara sebelah rumah yang rapat dengan Udak macam adik-beradik sendiri, tak la Udak sunyi sangat).


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Mak, kakak dan adik-adik aku (kecuali yang dah kahwin tu termasuk aku) tiap-tiap tahun balik kampung beraya dengan Udak aku yang masih lagi tinggal di kampung ni

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Tahun ni tema maroon ikut kesukaan Khadeeja - last minute lepas exam Suami Terchenta ajak shopping baju raya di KWC, aku apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal hihi...

Raya pertama kiteorang cuma ziarah rumah sebelah dan rumah keluarga Ngah di Mukah je sebab hari panas lit-lit! Panas tu memang tak boleh bawak bincang, sampai aircond kat bahagian atas pun tak rasa apa. Cuma waktu malam je aircond tu ada rasa sejuk.

Raya kedua barulah Bapak dan keluarganya (mak tiri dan adik-adik dengan mak tiri) datang beraya di kampung. Kalau tanya kenapa Mak aku yang lebih rajin balik beraya di kampung bapak, mungkin boleh tengok macamana PS rapat dengan keluarga Dato' Yusof. Mak aku dari dulu rapat dengan arwah nenek dan adik-beradik Bapak terutama Mak Ngah, Udak dan Pak Usu sampai dieorang dah anggap macam kakak kandung.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Raya ke-2 bersama keluarga Bapak dan keluarga Ngah

Mak masak special sebab nak sambut keluarga Mak Ngah, BFF mak tu hehe. Bila tau mak buat laksa Sarawak, sepupu-sepupu aku terus serbu dapur hahaha!


laksa sarawak
Laksa Sarawak mak ni menu popular yang selalu dapat request dari anak-anak buah

Petang tu, kiteorang ikut Mak Ngah beraya di Kampung Brunei di Dalat, iaitu keluarga sebelah Pak Ngah.


Kampung Brunei Dalat
Foto keluarga di jeti sungai

Raya ketiga, sempat menyambut keluarga Pak Long dari Sibu dan keluarga sepupu rapat aku dari Kuching sebelum kiteorang bertolak balik ke Bintulu sebab adik dan adik ipar aku kena balik ke Kuching dari airport Bintulu. Mak masak lontong dan kuah lodeh pulak untuk jamu dieorang:


lontong lodeh
Bestnya balik kampung merasa air tangan mak

Lepas makan, kiteorang beramai-ramai ziarah raya di rumah Nek Usu (adik Pakyeng). Nek Usu satu-satunya adik-beradik Pakyeng yang tinggal. Yang lain semua dah takde.


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Pak Long yang pakai baju Melayu hijau dan belakangnya ialah Nek Usu

Masa nilah berjumpa dengan sepupu aku (anak Pak Long) yang kehilangan anak awal bulan puasa ni. Boleh nampak kesedihan di wajah wife dia walaupun tengah senyum. Allahu... tabah betul dieorang menghadapi ujian kehilangan anak tercinta.

Akhir sekali sebelum meninggalkan kampung, tak lupa singgah ke kubur Makyeng dan Pakyeng. 


Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Makyeng meninggal 8 tahun sebelum Pakyeng menyusul

Hari Raya di Kampung Igan, Sarawak
Kubur arwah Pakyeng

Berbeza dengan adat kampung Suami Terchenta, hari raya ke-2 orang ramai akan berpusu-pusu ke kubur menziarahi sanak-saudara yang dah tiada. Dah macam ada keramaian pulak dengan masing-masing bawak baldi berisi air bunga untuk disiram di kubur. Di kampung aku pulak, amalan ziarah kubur ni lebih sederhana dan ada keluarga yang pilih untuk tak ziarah langsung sebab tak nak bersedih masa hari raya. Cukup sedekahkan Al-Fatihah selepas solat buat keluarga yang dah tiada. Aku pergi pun sebab dah lama tak ziarah kubur Pakyeng dan Makyeng, selain tu nak jugak anak-anak aku kenal arwah moyang dieorang. Bila bawak ke kubur, at least dieorang boleh nampak dan baca sendiri nama moyang kat batu nisan. Harapnya dieorang tak lupa la asal-usul bila dah besar nanti.

Kali ni tak sempat nak merasa suasana acara berlanggar meja iaitu tradisi unik di Kampung Igan dan jugak Pesta Kaul di Mukah. Kalau fly lambat sikit ke Kuching mungkin sempat la perkenalkan tradisi Melanau ni kat anak-anak. Hmm.. Nampaknya takde rezeki tahun ni.

Read more »
on Saturday, April 29, 2023 21
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, April 28, 2023

Persiapan balik kampung beraya

Alhamdulillah, exam hari tu aku rasa ok je soalan-soalannya. Lagipun buat open book, jadi tak de la jenuh nak menghafal akta-akta yang berkaitan. Exam dibuat melalui MS Teams, kena bukak kamera setiap masa. Masa diperuntukkan ialah 3 jam, memang cukup sangat-sangat nak menyiapkan semua soalan yang diberikan dan menyemak semula jawapan sebelum scan kertas jawapan menggunakan aplikasi smartphone dan menghantar kepada pegawai yang menyelia exam melalui email.

Lepas exam, aku sibuk pulak dengan persiapan nak balik ke kampung. Tahun-tahun sebelum ni, kalau aku balik ke kampung aku akan angkut food processor sekali (sebab masa tu boleh drive balik ke kampung jadi angkut la segala macam perkakas selagi muat dalam kereta 😂) untuk memudahkan kerja-kerja di dapur. Tahun ni dah kena naik flight idok ler aku sanggup kang pecah pulak food processor kesayangan tu. Lagipun tak boleh terlebih berat nanti kena bayar excess luggage.

Sudahnya aku pun order je la bawang dan cili kisar ni. Pagi sebelum bertolak order, petang dah sampai. Kat Sarawak susah nak cari supplier yang menyediakan bahan dapur kisar macam ni jadi bawak siap-siap dari KL.


Persiapan balik kampung beraya
Bila ada bawang dan cili kisar, senang je nak masak malam sebelum raya

Bila part kemas beg nak balik kampung ni, aku mengaku bab ni aku memang paling malas nak buat. Setuju tak kalau aku cakap bab packing baju ni cuma mak-mak je yang boleh uruskan? 😅 

Biasanya untuk trip balik kampung beraya 2 minggu aku akan pesan kat anak-anak untuk bawak 2 helai baju tidur, 3 pasang baju / seluar harian dan 3 pasang baju raya. Baju dalam pulak dalam 5 pasang. Biasanya cukup je sebab aku akan membasuh baju setiap selang sehari. Katakan masa aku membasuh baju tu tiba-tiba hujan, ada la sepasang lagi baju back up (sebab tu ada 3 pasang baju). Gitu la tips packing dari seorang ibu yang selalu outstation satu masa dulu 😅.

Sejak anak-anak dah besar, aku dah tak perlu nak kemaskan baju dieorang sebab dieorang memang dah dilatih untuk kemas baju. Dieorang cuma tanya nak kena kemas berapa pasang lepas tu pandai-pandai la pilih sendiri baju yang nak dibawak.


Persiapan balik kampung beraya
Setiap orang kena pilih sendiri baju yang nak dibawa dan letak dalam beg luggage besar ni

Tahun ni aku decide untuk pakai storage bag beli kat Mr. DIY sebab saiz baju masing-masing dah besar tak macam masa dieorang kecik dulu. Bila pakai storage bag ni, boleh jimatkan lagi ruang dalam luggage sebab fungsinya untuk compress baju. Lepas dah masukkan baju masing-masing dalam luggage compression bag, baru ada ruang untuk letak beg toiletries dan benda-benda lain.


Persiapan balik kampung beraya
Setiap seorang ada storage bag sendiri. Beg luggage besar ni boleh muat untuk baju 4 orang
 

Lagipun bila dah sampai ke kampung memang kena kongsi bilik. Jadi nak memudahkan kerja bila bersiap pagi-pagi, masing-masing ambik je storage bag sendiri dan bawak ke mana-mana bilik yang kosong untuk salin baju.

Dah setel kemas beg, baru la lapang sikit dada dan baru la ada vibe balik kampung hehe. Akhir sekali, sebelum balik kampung aku pastikan rumah kemas, lantai dimop, tong sampah kosong dan habiskan stok sayur dalam peti sejuk. Tak lupa jugak kena pastikan makanan dan bekas air Louis diisi penuh, sediakan litter box extra dan tempat Louis kemas dan bersih. 


Louis the chonky cat
Rakaman CCTV hari ke-5 Syawal. Tengoklah dia dah start sepahkan tempat dia, habis tempat cakar tu sampai tertanggal tali... berapa kali sehari agaknya dia mencakar kat situ 🤭

Kesian dia kena tinggal sorang-sorang. Hmm. Semua hotel kucing dah penuh jadi takde pilihan kena tinggalkan dia sorang-sorang jaga rumah 😔. Mujur ada CCTV boleh la pantau keadaan Louis setiap hari. Yang penting air dan makanan dia cukup. Siap test lagi awal bulan ni nak tengok boleh tahan 2 minggu ke bekas air 3L tu. Alhamdulillah, 2 minggu testing masih banyak lagi air jadi takde la risau sangat.

Read more »
on Friday, April 28, 2023 16
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 27, 2023

6 Syawal - Selamat Hari Raya Aidilfitri!

 ucapan raya

Alhamdulillah, masuk hari ke-6 kita semua menyambut Hari Raya Aidilftri. Aku baru berkesempatan nak update ucapan raya tahun ni kat blog hihi. Maklumlah, lepas sibuk mengulangkaji untuk exam, aku sibuk kemas barang balik ke kampung pulak. Dah sampai ke kampung, sibuk pulak dengan persiapan raya mengemas rumah, memasak dan eh eh! Tau-tau blog jadi macam lombong tinggal, berhabuk dan sunyi-sepi je.

Di kesempatan ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf dari rakan-rakan blogger andai ada penulisan dan komen yang menyinggung hati dan perasaan korang sepanjang perkenalan kita di alam maya ni. 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ . Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Read more »
on Thursday, April 27, 2023 18
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 13, 2023

Shopping Tudung di HQ Cloverush di Cyberjaya

Sebenarnya dah lama tak beli tudung Cloverush yang baru. Last sekali aku beli tahun 2018 kot. Masa tu butik Cloverush masih lagi di kawasan Melawati, Ampang. Senang sikit nak pergi ke situ. Memandangkan aku masih menetap di Bintulu masa tu, kalau singgah ke butik aku beli 5-6 helai tudung sekaligus.

Sejak Cloverush pindah ke Cyberjaya aku stop beli tudung Cloverush sebab aku ni sejenis kena pegang dan test pakai dulu baru aku beli. Aku memang tak reti nak beli tudung online. 

Isnin lepas, Suami Terchenta ada urusan di Serdang jadi aku pun ikut sekali. Bila dah selesai urusan, alang-alang dah dekat area situ (dekat la sangat! 😜), aku ambik kesempatan ajak Suami Terchenta ke HQ Cloverush di Cyberjaya sebab nak cari tudung baru untuk aku dan anak-anak.


Tudung instant Cloverush
Pintu masuk ke butik. Dah lain logo Cloverush, dulu daun clover tu je

Tudung instant Cloverush
Orang lain dah lama sampai ke butik HQ Cloverush aku baru nak jejak kaki...

Butik yang baru ni memang nampak cantik dan lebih luas dari sebelum ni. Tapi alahai, kenapa jauh bebenor? Tak macam kedai tudung jenama lain macam tudung itik, TudungP***le, Fa**ra dan lain yang ada butik di mall. Senang sikit nak belek dan cuba sebelum beli.


Tudung instant Cloverush
Dalam butik Cloverush yang luas dan estetik

Tudung instant Cloverush
Baju-baju ni ada sale diskaun RM20 kalau tak silap

Aku borong 4 helai tudung untuk anak-anak (ada jualan penghabisan stok - beli 4 dengan harga RM100), 2 helai tudung dewasa (RM79 untuk 2 helai) dan Suami Terchenta belanja sehelai tudung dari koleksi hari raya ni (RM59). Sweet kan corak dan warna tudung raya ni?


Tudung instant Cloverush
Koleksi tudung raya Cloverush

Satu benda yang best pasal tudung Cloverush ni ialah selain senang dipakai (sarung instant), awning tudung jenis tak licin jadi kalau tak pakai inner tudung pun rambut tak terkeluar. Selain dari tu, warnanya pun tak cepat pudar. 

Cuma design baru ni aku rasa bahagian muka dah ketat sikit. Kalau makan kena sopan sikit bukak mulut, tak boleh gelak kuat sangat. Atau ini petanda aku kena kurus? Huhu...

Korang pulak minat tudung jenama apa? Cuba komen sikit 😉.

Read more »
on Thursday, April 13, 2023 30
Share this!
Tags
Beauty & Fashion, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 12, 2023

Wordless Wednesday - Selamat Ulangtahun buat Suami Terchenta 🎈



Selamat Hari Lahir, Suami Terchenta! ❤️ Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan hidayah, barakah dan rahmat-Nya kepadamu. Semoga dikau sentiasa dalam perlindungan Allah dan dipanjangkan usia supaya kita sama-sama dapat membesarkan anak-anak yang solehah. Ameen Ya Rabbal Alameen... 🤲🏻

P/S: Sorry tahun ni takde buat surprise sebab kita busy nak exam hujung minggu ni 😜.

Read more »
on Wednesday, April 12, 2023 35
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, April 11, 2023

Hari ke-18 - Sedekah Bubur Lambuk dari Masjid

Ahad lepas sehari suntuk ada kelas. Kelas terakhir untuk certification course ni, minggu ni ialah minggu ulangkaji untuk exam minggu depan. Mungkin aku akan kurang update blog lepas ni sebab kena fokus ulangkaji. Rugi pulak bayar kursus mahal kalau tak dapat sijil huhu...

Anyway, lepas habis kelas kiteorang ke bazaar Ramadhan. Aku nak cari nasi kukus yang sedap di bazaar Taman Dato' Senu tapi gerainya takde! Hampa... cuma beli jus tembikai lepas tu kiteorang gerak pulak ke bazaar UTC Sentul yang tak jauh dari rumah.

Lalu di tepi Masjid Madrasah ternampak dari jauh orang masjid melambai-lambai. Rupa-rupanya nak sedekahkan bubur lambuk. Alhamdulillah, rezeki dapat makan bubur lambuk kali kedua.

Sedapnya bubur lambuk ni, ala-ala bubur lambuk Kampung Baru. Makan bubur ni je pun dah kenyang. 


bubur lambuk
Bubur lambuk

Kali kedua ke bazaar UTC Sentul mencari nasi kukus ayam planta tapi masih tak jumpa! 😅 Mungkin memang takde rezeki saya nak makan nasi kukus ayam planta bulan puasa ni, Nohas. Oleh sebab di bazaar UTC Sentul pun takde yang menarik perhatian, end up cuma beli tepung pelita, Milo ais kesukaan Khayla dan sate ayam kesukaan Khadeeja. Simple je buka puasa 18 Ramadhan, yang penting syukur ada makanan untuk berbuka 🥰.

Read more »
on Tuesday, April 11, 2023 22
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, April 10, 2023

Hari ke-17 - Mengidam Pani Puri di Bazaar Sri Rampai

Hari Ahad biasanya aku cuti memasak sebab surirumah pun ada off day aku ada kelas sepanjang hari jadi lepas sehari-suntuk mendengar lecture, otak terus tepu dan takde idea nak memasak 😂. #alasanje

Minggu lepas kebetulan kakak ke bazaar Ramadhan di Sri Rampai, jadi aku pesan beli makanan di bazaar dengan kakak. Dia belikan pani puri viral yang sedap. Sejak dari tu aku memang berniat nak ke bazaar Sri Rampai sebab nak repeat pani puri tu.

Hari Sabtu lepas aku ajak kakak ke bazaar Sri Rampai. Rupa-rupanya tak jauh dari klinik kayangan yang aku pernah pergi tahun lepas. Kiteorang parking depan klinik dan menapak tak jauh ke bazaar tu. 

Sampai-sampai je terus ternampak gerai pani puri viral ni. Aku beli 3 set, punyalah ketagih dengan pani puri ni 😆.


Bazaar Sri Rampai
Terus jumpa gerai pani puri tu

Bazaar Ramadhan Sri Rampai ni luas tempatnya. Mungkin sebab cuaca kurang baik jadi kurang sesak. Selesa berjalan-jalan sambil meninjau juadah berbuka puasa yang ada.


Bazaar Sri Rampai
Kakak singgah beli cempedak goreng sebab minggu lepas tak puas makan

Bazaar Sri Rampai
Suami Terchenta beli kuey teow goreng untuk dikongsi

Kali ni anak-anak join sekali, dieorang ni pantang kalau ke bazaar memang auto rambang mata! Donut je sampai 2 jenis. Lalu gerai jual croffle nak croffle jugak. Nampak sate, nak sate pulak. Padahal sebelum tu dah ingatkan supaya kalau beli mesti kena habiskan. Membazir kan amalan syaitan.


Bazaar Sri Rampai
Khadeeja request meatball

Di tengah-tengah bazaar ada disediakan meja makan dan kerusi untuk sesiapa yang pilih nak beli dan berbuka di situ. Bazaarnya boleh tahan banyak jugak pilihan yang menarik jadi kenalah tahan nafsu sikit hehe.


Bazaar Sri Rampai
Boleh tahan banyak gerai menjual pelbagai jenis juadah berbuka di sini

Selesai pusing satu bazaar hujan renyai-renyai pulak. Cepat-cepat kiteorang balik ke kereta. Dengan nak merempuh jem nak u-turn menghala ke Sentul lagi. Last-last kakak pilih ikut DUKE dan kiteorang sampai ke rumah pukul 7 petang. 

Beli sikit-sikit lama-lama penuh meja hihi. Ni la hasil yang paling lumayan setakat ni.



Pilihan aku - pani puri dan Vietnamese roll.
Pilihan Suami Terchenta - kuey teow goreng.
Pilihan kakak - cempedak goreng dan dimsum.
Pilihan Khayla - donut coklat, donut, cruffle, brownies dan kek batik (takde dalam gambar).
Pilihan Khadeeja - kuih buah melaka, donut pink, meatball dan sate.

Kesimpulannya semuanya sedap. Dalam banyak-banyak juadah ni aku paling suka kuey teow goreng dengan meatball tu. Sampai tenggelam rasa pani puri dek kesedapan kedua-dua menu ni. Vietnamese roll tu pun sedap dan rasa crunchy je. Banyak pulak tu sayurnya. Berbaloi beli juadah berbuka puasa di sini.

Read more »
on Monday, April 10, 2023 30
Share this!
Tags
Bazaar, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, April 09, 2023

Drama Teluh Darah (Blood Curse) - Identiti Pengirim Sihir Terbongkar

Semalam aku dah ready depan TV lepas terawih sebab nak tengok episod terbaru drama Teluh Darah ni. Aku dah teka Harun yang hantar sihir dekat keluarga Pak Ahmad dan Pak Bondan. Nak tengok betul ke tak tekaan aku ni.

Selepas majlis pengkebumian Astuti, Wulan dan Wisnu pulang ke rumah dengan Esa. Wisnu bagitau Wulan dia nak cari Harun untuk balas dendam tapi Wulan berkeras menyuruh Wisnu berhenti ambik dadah. Dieorang pun bergaduh dan Wulan tampar Wisnu. Wisnu ke bilik tidur Astuti dan terpandang pasu bunga dengan bunga layu yang diletakkan oleh Harun. Dia hempas pasu bunga tu dan terhidu bau yang busuk. Rupa-rupanya dalam pasu tu ada disorokkan benda sihir! Haa... betul tekaan aku!


Teluh Darah
Sumber imej: Google


Wisnu turun ke bawah nak tunjuk benda tu dekat Wulan dan Esa tapi terdengar perbualan Wulan yang masih merasakan Wisnu ni tak betul sebab ambik dadah. Dia pun tukar fikiran dan buat keputusan nak cari Harun untuk balas dendam.

Oh ya, sebelum tu ada scene flashback di Kampung Banyuwangi pada tahun 1998. Harun dan abangnya Hassan tengah makan di rumah Hassan sambil bercerita tentang seorang lelaki di kampung mereka dijumpai mati dibunuh dalam keadaan mengerikan. Lepas tu abangnya mintak pinjam kamera tapi tak bagitau untuk apa. Harun ni pun bagi je la. Sebelum Harun pergi, abangnya bagi kalung tasbih yang dipakainya sambil pesan dekat Harun untuk belajar rajin-rajin supaya dalam keluarga dieorang ada seorang kiai (ulama). Tak lama lepas tu, Harun dapat tau dari orang kampung yang Hassan pulak mati dibunuh. Masa ni ada orang kampung berbisik-bisik menuduh Hassan ni depan penduduk kampung mengajar Al-Quran tapi sebenarnya dia pengamal ilmu hitam. Dalam keadaan marah, Harun pun keluar pukul orang tu. Masa ni dia declare dia tak percaya dengan Tuhan dan mencabar Tuhan. Dia bersumpah akan balas dendam dengan pembunuh abangnya.

Back to present time. Rupa-rupanya Harun ni pura-pura baik dengan Pak Ridho sebab nak mendekatinya dan ambik barang kepunyaan Pak Ridho untuk dia hantar sihir (sama macam masa dia hantar sihir dekat Pak Ahmad, dia curi jam Pak Ahmad untuk kirim sihir kepada mangsa). Dia berjaya curi rantai Pak Ridho dan mula buat upacara sihir. Lepas baca jampi serapah, dia belit leher patung yang ada gambar muka Pak Ridho ni untuk cekik Pak Ridho sampai mati. Pak Ridho mula mengalami gangguan tapi tak macam keluarga Pak Bondan dan Pak Ahmad, dia dah dapat agak ada orang hantar sihir kat dia sebab masa dia muntah, keluar lipan dari mulutnya. Pak Ridho bagitau Atik dia nak balik ke kampung Banyuwangi berjumpa kawannya dan mencari punca sihir tu. Atik nak ikut tapi Pak Ridho tak kasi, jadi Atik pun hantar Pak Ridho ke stesen bas je.

Berbalik kepada Wisnu. Dia berjaya jumpa Harun dan senyap-senyap follow Harun balik ke rumah. Wisnu mengintip tingkap Harun dan ternampak Harun tengah buat upacara sihir. Wisnu diam-diam rekod video lepas tu hantar kat Wulan sekali dengan lokasinya. Lepas tu dia masuk rumah Harun dan cuba tikam Harun tapi Harun berjaya mengelak. Dieorang pun bergelut dan Wisnu pura-pura pengsan. Masa ni Harun sambung balik sihir nak bunuh Pak Ridho tapi sekali lagi terhenti sebab Wisnu bangun dan tikam bahu Harun. Masa Wisnu nak lari, Harun pulak tikam kaki Wisnu dan hampir-hampir berjaya bunuh Wisnu tapi tak jadi sebab ada orang kampung yang ternampak dieorang bergelut dan terus kejar Harun. Harun berjaya melarikan diri tapi sempat toleh tengok Atik terbaring dalam pangkuan Pak Ridho.

Disebabkan Wisnu kacau Harun masa dia tengah hantar sihir dekat Pak Ridho, maka Pak Ridho ni pun selamat walaupun awal-awalnya dia dah kena cekik masa on the way ke stesen bas. Masa tu, Pak Ridho tertolak Atik dan Atik terkena renjatan elektrik. Tak tau la Atik selamat ke tak kena tunggu episod seterusnya pulak.

Episod malam tadi dah nampak motif Harun hantar sihir tu tapi belum jelas lagi macamana Pak Ahmad, Pak Bondan, Astuti dan Pak Ridho ni bertanggungjawab ke atas kematian Hassan. Ni yang buat aku tak sabar nak tau cerita antara dieorang ni, apa yang dieorang buat sampai Harun berubah dari seorang pelajar pondok agama kepada seorang pengamal ilmu hitam? Satu lagi, apa kaitan Harun dengan bomoh perempuan? Tunggu minggu depan pulak...


Teluh Darah
Sumber imej: Google

Read more »
on Sunday, April 09, 2023 16
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    48 minutes ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    55 minutes ago
  • Mreneyoo
    1 hour ago
  • mrhanafi.com
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    2 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    2 hours ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • a m m i
    2 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    3 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    4 hours ago
  • Anies♥You
    5 hours ago
  • My Small World
    5 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    5 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    7 hours ago
  • Krabat Kramat
    8 hours ago
  • Aku Sis Lin
    8 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    9 hours ago
  • KakmimDotCom
    9 hours ago
  • Miles of smiles
    10 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    10 hours ago
  • Drawing the Words
    18 hours ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    18 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    20 hours ago
  • Dapur Cik- Nur
    23 hours ago
  • anajingga
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Blog Anamizu™
    6 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.