Semalam aku dah ready depan TV lepas terawih sebab nak tengok episod terbaru drama Teluh Darah ni. Aku dah teka Harun yang hantar sihir dekat keluarga Pak Ahmad dan Pak Bondan. Nak tengok betul ke tak tekaan aku ni.

Selepas majlis pengkebumian Astuti, Wulan dan Wisnu pulang ke rumah dengan Esa. Wisnu bagitau Wulan dia nak cari Harun untuk balas dendam tapi Wulan berkeras menyuruh Wisnu berhenti ambik dadah. Dieorang pun bergaduh dan Wulan tampar Wisnu. Wisnu ke bilik tidur Astuti dan terpandang pasu bunga dengan bunga layu yang diletakkan oleh Harun. Dia hempas pasu bunga tu dan terhidu bau yang busuk. Rupa-rupanya dalam pasu tu ada disorokkan benda sihir! Haa... betul tekaan aku!


Teluh Darah
Sumber imej: Google


Wisnu turun ke bawah nak tunjuk benda tu dekat Wulan dan Esa tapi terdengar perbualan Wulan yang masih merasakan Wisnu ni tak betul sebab ambik dadah. Dia pun tukar fikiran dan buat keputusan nak cari Harun untuk balas dendam.

Oh ya, sebelum tu ada scene flashback di Kampung Banyuwangi pada tahun 1998. Harun dan abangnya Hassan tengah makan di rumah Hassan sambil bercerita tentang seorang lelaki di kampung mereka dijumpai mati dibunuh dalam keadaan mengerikan. Lepas tu abangnya mintak pinjam kamera tapi tak bagitau untuk apa. Harun ni pun bagi je la. Sebelum Harun pergi, abangnya bagi kalung tasbih yang dipakainya sambil pesan dekat Harun untuk belajar rajin-rajin supaya dalam keluarga dieorang ada seorang kiai (ulama). Tak lama lepas tu, Harun dapat tau dari orang kampung yang Hassan pulak mati dibunuh. Masa ni ada orang kampung berbisik-bisik menuduh Hassan ni depan penduduk kampung mengajar Al-Quran tapi sebenarnya dia pengamal ilmu hitam. Dalam keadaan marah, Harun pun keluar pukul orang tu. Masa ni dia declare dia tak percaya dengan Tuhan dan mencabar Tuhan. Dia bersumpah akan balas dendam dengan pembunuh abangnya.

Back to present time. Rupa-rupanya Harun ni pura-pura baik dengan Pak Ridho sebab nak mendekatinya dan ambik barang kepunyaan Pak Ridho untuk dia hantar sihir (sama macam masa dia hantar sihir dekat Pak Ahmad, dia curi jam Pak Ahmad untuk kirim sihir kepada mangsa). Dia berjaya curi rantai Pak Ridho dan mula buat upacara sihir. Lepas baca jampi serapah, dia belit leher patung yang ada gambar muka Pak Ridho ni untuk cekik Pak Ridho sampai mati. Pak Ridho mula mengalami gangguan tapi tak macam keluarga Pak Bondan dan Pak Ahmad, dia dah dapat agak ada orang hantar sihir kat dia sebab masa dia muntah, keluar lipan dari mulutnya. Pak Ridho bagitau Atik dia nak balik ke kampung Banyuwangi berjumpa kawannya dan mencari punca sihir tu. Atik nak ikut tapi Pak Ridho tak kasi, jadi Atik pun hantar Pak Ridho ke stesen bas je.

Berbalik kepada Wisnu. Dia berjaya jumpa Harun dan senyap-senyap follow Harun balik ke rumah. Wisnu mengintip tingkap Harun dan ternampak Harun tengah buat upacara sihir. Wisnu diam-diam rekod video lepas tu hantar kat Wulan sekali dengan lokasinya. Lepas tu dia masuk rumah Harun dan cuba tikam Harun tapi Harun berjaya mengelak. Dieorang pun bergelut dan Wisnu pura-pura pengsan. Masa ni Harun sambung balik sihir nak bunuh Pak Ridho tapi sekali lagi terhenti sebab Wisnu bangun dan tikam bahu Harun. Masa Wisnu nak lari, Harun pulak tikam kaki Wisnu dan hampir-hampir berjaya bunuh Wisnu tapi tak jadi sebab ada orang kampung yang ternampak dieorang bergelut dan terus kejar Harun. Harun berjaya melarikan diri tapi sempat toleh tengok Atik terbaring dalam pangkuan Pak Ridho.

Disebabkan Wisnu kacau Harun masa dia tengah hantar sihir dekat Pak Ridho, maka Pak Ridho ni pun selamat walaupun awal-awalnya dia dah kena cekik masa on the way ke stesen bas. Masa tu, Pak Ridho tertolak Atik dan Atik terkena renjatan elektrik. Tak tau la Atik selamat ke tak kena tunggu episod seterusnya pulak.

Episod malam tadi dah nampak motif Harun hantar sihir tu tapi belum jelas lagi macamana Pak Ahmad, Pak Bondan, Astuti dan Pak Ridho ni bertanggungjawab ke atas kematian Hassan. Ni yang buat aku tak sabar nak tau cerita antara dieorang ni, apa yang dieorang buat sampai Harun berubah dari seorang pelajar pondok agama kepada seorang pengamal ilmu hitam? Satu lagi, apa kaitan Harun dengan bomoh perempuan? Tunggu minggu depan pulak...


Teluh Darah
Sumber imej: Google

16 comments:

  1. teruk betul perangai harun ni

    tapi realiti mmg ada org mcm harun ni. nama je sek agama tp perangaiiii nauzubillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas abang dia mati dibunuh tu terus dia murtad, terus jadi pengamal ilmu hitam semata2 sbb nak balas dendam kematian abang huhu

      Delete
  2. lama x tgk citer2 mcm ni.. dah tua2 ni rasa takut plak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe citer ni tak seram mana pun, lebih kepada saspen sbb nak tau sapa yg hantar sihir tu. Geli part dieorang muntah keluar serangga je la huhu

      Delete
  3. fuhhhhh rupanya Harun disebaliknya!

    ReplyDelete
  4. cerita macam ni time2 puasa bagus!

    ReplyDelete
  5. Cite suspen ni ibu takut nak tgk sebab mesti akan menjerit terkejut2 punya. ;)

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan uncle..hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Alamak macma best jer citer ni...nak tengok kat mana ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disney+ Hotstar SA. Kalau tak subscribe cuba tengok dekat Youtube ada ke tak.

      Delete
  8. benda ni memang jd cuma kita yg tak tahu.. ada sebab kenapa berubah dr baik ke pengamal ilmu hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sikit2 drama ni dedahkan sebab Harun ni jadi pengamal ilmu hitam.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .