Kuala Lumpur: Selepas 36 tahun beroperasi, cawangan pertama Habib yang dibuka di pusat beli-belah Semua House, di sini, pada 1986, menutup tirai bilik pameran itu bermula 30 September ini.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata, bilik pameran Habib di pusat beli-belah itu mempunyai seribu satu cerita perjalanan Habib dalam perniagaan barangan kemas sehingga melakarkan kejayaan dan dikenali hari ini.
"Selepas ini kami akan beroperasi di cawangan Habib di Jalan Bunus (Jalan Palestin) yang terletak hanya satu kilometer dari Semua House.
"Kami akan membina bangunan sendiri di sana dan ia akan bermula sebelum akhir tahun ini dan dijangka akan dibuka sepenuhnya menjelang dua tahun akan datang," katanya.
Kunjungi Habib Semua House sehingga 30 September 2022 sempena Jualan Penutupan Semua House dan miliki koleksi emas, berlian dan batu permata dengan tawaran potongan harga yang hebat sehingga 70 peratus dan dari RM15 hingga RM30 segram untuk barang kemas 916 serta 999.
Baca artikel penuh di Harian Metro
Nota kaki:
Alamak, sedihnya... ni la tempat kami pergi beli cincin tunang dan cincin kahwin 15 tahun dulu. Masih aku ingat Suami Terchenta dan aku singgah di Habib Jewel Semua House ni lepas balik dari kerja. Mula-mula beli cincin tunang, cincin belah rotan lebih kurang macam ni la design nya:
Harganya dalam lingkungan RM400, tapi disebabkan aku langkah bendul menurut adat kiteorang Suami Terchenta kena belikan sepasang cincin - sebentuk cincin untuk bakal tunang dan sebentuk cincin lagi untuk kakak bakal tunang sebagai 'pampasan' mendahului kakak yang belum berkahwin 😅. Nasib baik ada seorang je kakak kalau ada 3-4 orang kat atas aku, masak la Suami Terchenta nak beli 3-4 bentuk cincin.
Itulah kenangan kami di Habib Semua House. Bagi aku Habib ni boleh dipercayai untuk membeli barang kemas emas yang tulen. Aku belum lagi berani nak beli emas online sebab dah dengar macam-macam cerita emas tiruan, emas sadur dan sebagainya. Buat bakal-bakal pengantin yang tengah mencari cincin kahwin, boleh la ambik kesempatan sebelum akhir bulan ni berkunjung ke Jualan Penutupan Semua House. Esok je lagi tau, so jangan tunggu lama-lama.
Sebenarnya dah lama aku usha nak cuba restoran baru di Sunway Putra ni. Restoran Bananabro ni berkonsepkan makanan South Indian yang dihidang atas daun pisang dengan pelbagai lauk dan beberapa jenis kuah kari. Lebih kurang macam nasi kandar jugak cuma nasi kandar lauknya berbeza sikit.
Minggu lepas baru kami berkesempatan singgah makan di sini.
Restoran Bananabro ni terletak di tingkat 3 Sunway Putra |
Anak-anak tak berminat mencuba makanan baru sebab takut pedas. Dieorang ni memang cerewet bab makan, selalunya kami kena mengalah dan pergi ke tempat yang dieorang boleh terima contohnya Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Sushi King etc. Tapi kali ni kami kata kena ikut selera kami pulak, lepas ni boleh la tapau makanan di kedai kesukaan masing-masing (tapi akhirnya dieorang tumpang makan nasi putih dengan papadom jugak, cuma lauk dieorang tak sentuh).
Jadi Suami Terchenta suruh ambik Family Combo untuk 2 orang supaya tak membazir.
Macam ni la cara-cara nak memesan makanan di sini. Mula-mula pilih Craving Set (sama ada nasi putih atau nasi perang), kemudian pilih lauk tambahan dan minuman kalau nak. Yang bagusnya, kita boleh mintak tambah nasi atau sayur, kuah kari, rasam dan yogurt, percuma tanpa bayaran tambahan.
Macam ni la rupa set craving tu. Pekerja restoran tanya aku nak kuah apa, jadi aku suruh je dia letak semua. Sayur pulak ada sayur kobis, timun goreng dan acar timun. Walaupun nampak ringkas, aku jatuh cinta dengan kuah karinya terutama kuah kari ikan 💋
Papadom takde dalam gambar sebab anak-anak dah ambik dulu |
Ni pulak lauk tambahan dalam Family Combo tu - sotong dengan ayam goreng. Sayangnya ada sedikit kekeliruan di pihak pekerja restoran dan lauk kami sampai lambat. Kami pun dah bertambah nasi dua kali (serius sedap!) jadi bila lauk sampai akhirnya tak dapat habiskan sebab kekenyangan. Sayangnya.
Bagi aku puas hati jugak la datang ke sini sebab karinya sedap dan boleh tambah percuma. Aku ni pulak peminat nasi kandar dan yang sewaktu dengannya, jadi bagi aku memang kena dengan anak tekak.
Bananabro ni ada banyak cawangan lain, boleh layari laman web dieorang untuk tengok cawangan-cawangan lain >> bananabro.com.my. Yang menariknya, Bananabro ni ada jugak cawangan di Australia. Hebat kan? Aku dah check, restoran ni ada sijil Halal JAKIM, jadi jangan ragu-ragu makan di sini.
Boleh tengok cara-caranya dalam video ni:
ID rumah |
Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah. Selepas beberapa bulan menunggu akhirnya rumah kami 70% dah siap. Kalau dibandingkan dengan ideabook yang aku buat sebelum ni, memang jauh berbeza dengan rekabentuk dalaman idaman sebab kekangan bajet. Malah bilik anak-anak cuma ada katil, almari terpaksa tumpang dulu almari bilik kami. Kata Suami Terchenta, kalau ada bajet lagi boleh la panggil kontraktor untuk buat built-in wardrobe dan meja belajar di bilik anak-anak. Takpe, pokok pangkalnya rumah dah pasang lampu, aircond dan kipas so dah boleh la kami duduk di sini dengan selesa.
Lagipun kami pun nak cepat pindah masuk supaya tak terbeban membayar sewa rumah dan jugak bulanan rumah baru ni, jadi buat setakat termampu dulu. Yang penting banyak ruang menyimpan barang-barang supaya takde la semak mata memandang. Aku memang sukakan konsep minimalis - senang untuk mengemas dan menjaga.
Barang-barang kami dah mula angkut sedikit demi sedikit - minggu lepas kami sewa perkhidmatan Lalamove untuk mengangkut barang-barang besar. Jadi sekarang rumah sewa dah nampak lapang, takde lagi kotak-kotak memenuhi ruang tamu dan bilik tidur. Hujung minggu ni Insha Allah sambung lagi mengangkut barang-barang kecik lain.
Barang-barang di dapur, mesin basuh dan TV kami plan upah khidmat mover sebab Lalamove takde perkhidmatan membungkus dan menyediakan kotak-kotak untuk pindah. Aku dah pun survey khidmat-khidmat yang ditawarkan di luar sana, ada satu ni yang agak berpatutan harganya. Berpindah ni pun satu kos yang agak besar jugak, jadi kami cuba untuk berjimat dengan angkut sendiri barang-barang kecik yang boleh disumbat dalam kereta Exora kami. Insha Allah, 7 Oktober ni kami akan pindah sepenuhnya ke rumah baru, ada la seminggu masa untuk membaiki apa-apa kerosakan di rumah sewa dan mencuci apa yang patut sebelum serahkan balik kunci kepada tuan rumah.
Sekarang tinggal kontraktor dapur je lagi belum siapkan dapur. Nampaknya lepas pindah masuk ni kami kena makan di luar selama 3 minggu. OK jugak, tak payah masak hihi #thinkpositive
Selalu dengar lagu ni kat video Tiktok, tunenya memang catchy tapi liriknya aku tak pernah ambik pusing sebelum ni. Sekadar seronok melayan iramanya yang rancak.
Kemudian aku menonton video di IG Reels, POV seorang isteri bila dapat tau suaminya bermain mata dengan perempuan lain. Barulah aku tergerak nak cari maksud lirik lagu ni.
Jom layan:
Alhamdulillah, Insha Allah bulan ni hasil Google Adsense mencapai USD3. Mungkin tak banyak mana kalau dibandingkan blog-blog lain yang lebih berpengaruh - tapi masih cukup buat aku rasa bersyukur sebab melepasi sasaran aku iaitu sebanyak USD1. Bulan lepas pendapatan blog aku meraih USD1, bulan ni dijangka mencecah USD3 bersamaan RM13.80.
Bulan ni jugak, Google Search Impact naik dari 1.5k ke 3.5k. Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk menulis supaya terus mendapat tempat dalam carian Google.
Inspirasi aku semestinya datang dari blogger-blogger lain yang berjaya meraih pageview berjuta dan berpuluh juta. Impian aku jugak ialah semoga satu hari nanti aku jugak dapat jemputan untuk membuat review di blog seperti blogger-blogger lain.
Terima kasih buat sahabat-sahabat alam maya yang sudi berkunjung ke blog ni. Sekiranya ada kekurangan harap boleh bagi maklum balas untuk penambahbaikan blog ni 😘
Tengah clear kan gambar-gambar dalam phone, baru perasan aku belum post lagi pasal makan-makan di Tok Wan's Grill ni.
Sebelum mak pulang, mak ajak kami jalan-jalan di Taman Saujana Hijau Putrajaya. Balik dari berjalan-jalan di taman, kami singgah makan malam di Tok Wan's Grill Putrajaya yang terletak di Presint 11. Restoran ni terletak di deret bangunan kedai jadi tak susah nak cari parking.
Bahagian dalam kedai |
Kami melangkah masuk ke dalam dan terus dapat tempat duduk. Pekerja restoran lap meja sejurus lepas kami duduk. Serta-merta hidung kami diasak dengan bau yang kurang menyenangkan dari kain lap yang entah berapa lama tak bercuci huhu...
Tapi dah alang-alang duduk, kami teruskan jugak pesan makanan. Nak order kena imbas kod QR dan lepas tu akan keluar la menu dan seterusnya kaedah pembayaran. Semuanya agak efisyen.
OK lah, jom tengok apa yang kami makan malam tu:
Mak order fish & chips. Rasanya sedap dan standard macam kat Manhattan Fish Market |
Adik order lamb chop rasanya. Tak pasti la sedap ke tak |
Aku order aglio olio. Boleh tahan jugak rasanya. |
Anak-anak kongsi mushroom steak, rasanya ok je. |
Keseluruhannya makanan kat sini memenuhi citarasa kiteorang. Harga pun agak berpatutan. Dari segi servis, masa menunggu tu boleh kira agak cepat jugak. Cuma itulah, bila kau makan atas meja berbau tu terbantut sikit selera.
Akhir-akhir ni aku gemar menonton video YouTube iaitu review makanan. Antaranya ialah Youtuber i-Ching yang berasal dari Jepun tapi suka mencuba makanan Malaysia.
I-Ching mencuba roti canai Fawwaz di Subang Jaya. Bukan main lagi mimik mukanya membayangkan kesedapan tak terkata roti canai di sana. Hasilnya, aku pun terpengaruh jugak nak mencuba roti canai crispy Fawwaz ni walaupun lokasinya jauh dari rumah kami hahaha!
Menurut i-Ching, gerai roti canai Fawwaz ni menjadi tumpuan penduduk-penduduk di Subang Jaya yang gemarkan roti canainya yang rangup dan kuah dhal yang sedap. Dulunya beliau memiliki restoran sendiri tapi disebabkan pandemik, beliau menutup restorannya. Sekarang beliau cuma bukak gerai roti canai dengan dibantu isteri dan anak-anak.
Bila kami sampai di situ, keadaan kedai memang penuh dengan pelanggan tapi nasib kami baik sebab ada meja kosong. Lepas dah dapat meja, kami berdiri di tepi gerai untuk buat pesanan. Anak Pakcik Fawwaz sendiri yang ambil pesanan, katanya kami kena tunggu lama sikit memandangkan ramai pelanggan pagi tu.
Pakcik Fawwaz sedang menyiapkan pesanan roti canai |
Memang tak menang tangan pesanan yang masuk bertalu-talu |
Ni la roti canai crispy yang menjadi kesukaan penduduk di sini |
Rotinya rangup, sedikit masin dan sedap jugaklah cuma bagi aku agak nipis |
Sama macam pengalaman aku beratur 40 minit untuk merasa roti canai kayu arang di Melaka, bagi aku 40 minit menunggu tu tak berbaloi sebenarnya. Lebih baik aku makan roti canai di kedai mamak dekat dengan rumah. Jimat minyak kereta, perut pun kenyang dan masa tak terbuang.