superior twin room |
Seronok pulak jelajah blog kawan-kawan dan baca pengalaman raya terkejut masing-masing.
Pengalaman aku pulak, raya kami tak terkejut sangat. Sebabnya, tahun ni kiteorang balik kampung seminggu awal memandangkan tiket flight lebih murah dan jugak taknak bersesak-sesak di airport bila balik last minute. Jadi sempatlah mengemas rumah, buat biskut dan kek serta pasang pelita di depan rumah 2 hari sebelum raya diumumkan. Mak mertua memang biasanya akan buat kelupis minggu sebelum raya, lepas tu simpan dalam freezer. Pagi raya dia keluarkan kelupis tu dan kukus balik.
Tugas adik-adik ipar ialah mencuci balang-balang kaca dan bekas kek lapis sebelum aktiviti mengisi biskut raya, sotong merah, kekacang dan kudapan dalam balang raya. Kek pulak biasanya kiteorang potong pada pagi raya.
Bukan orang Sarawak kalau hari raya tak hidangkan kek lapis. Jenuh pujuk Suami Terchenta buat kek lapis India, sehari sebelum raya barulah dia buat. Aku tolong susun-susun coklat je 😜 |
Mak pun nak menyibuk sama main bunga api dengan anak-anak 😂 |
Malam pengumuman raya dibuat, kiteorang kat masjid sedang menunggu solat terawih. Bila takbir raya berkumandang, jemaah perempuan terus bangun sambil ada yang panik sebab ayam masih dalam freezer lagi. Sampai rumah terus keluarkan ayam dan daging dari peti sejuk. Mak mertua pun panik sekejap takut daging tak sempat empuk sebab masih beku lagi tapi aku teringat mak mertua ada pressure cooker yang dibelinya bertahun-tahun dulu. Rupa-rupanya dia tak pernah pun pakai lagi pressure cooker tu sebab tak reti nak pakai. Apa lagi, Suami Terchenta terus cari kat stor dan cuci untuk kami rasmikan pada malam raya terkejut tahun ni. Tak sampai 2 jam, terus empuk daging masak hitam mak mertuaku! 😂
Pagi raya lepas solat raya di masjid, kiteorang makan-makan dulu sebelum acara 'family photo' diikuti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya.
Foto keluarga di pagi raya menggunakan kamera Go Pro. Tema kiteorang caca-merba je macam biasa |
Keluarga kecil kami |
Lepas tu barulah kiteorang ziarah raya di rumah keluarga terdekat je sampai tengahari. Petangnya kami balik ke rumah sebab taknak mengganggu orang lain yang kepenatan tak tidur semalaman menyiapkan juadah raya dan mengemas rumah sampai ke pagi.
Esok harinya iaitu raya ke-2 barulah raya kami bermula.
Pagi 2 Syawal, setiap tahun bapak mertua akan ajak kiteorang ziarah kubur sanak-saudara. Di kampung mertua, aktiviti ziarah kubur ni boleh tahan meriah, sampai anggota RELA terpaksa bertugas mengawal lalulintas kenderaan para pengunjung kawasan tanah perkuburan ni. Mana taknya, kawasan ni menempatkan tanah perkuburan tiga buah kampung yang berhampiran.
Aku teringat kali terakhir kami ziarah kubur di sini, aku terdengar seorang anak kecik bertanya dengan maknya, 'Mak, kita buat apa kat sini.' Mak dia jawab, 'Kita ziarah kubur keluarga la.' Anak kecik bertanya lagi, 'Kubur mak kat mana?' Terus maknya naik angin, 'Ish ko ni, mak kan belum mati lagi!' 😆
Ahli keluarga dan sanak-saudara tak putus-putus menziarahi kubur pada hari raya kedua |
Walaupun SOP dah dilonggarkan, tapi masing-masing tetap pakai face mask sebab keadaan agak sesak di tanah kubur |
Ni kubur nenek Suami Terchenta. Sebenarnya ada kisah sedikit lucu which is bapak mertua tersalah kubur sebab dia lupa nama maknya (mak bapak mertua meninggal masa dia kecil) |
Redup je tanah perkuburan di sini dikelilingi rumpunan buluh. Tapi sebelum ke sini, haruslah sembur mosquito repellent seluruh badan sebab nyamuk boleh tahan jugak berpesta di sini! |
Selesai ziarah kubur, kiteorang balik ke rumah barulah mandi dan basuh pakaian. Lepas tu bersiap-siap untuk berkunjung raya pulak. Dari pagi sampai ke malam kami berkunjung ke rumah kawan-kawan dan ahli keluarga. Part ni memang anak-anak letih sikit tunggu kiteorang bersembang. Ye la kan dah lama tak jumpa, banyak la benda yang nak catch up. Sebuah rumah sampai 2-3 jam jugak la dieorang kena tunggu!
Rumah pertama - jiran lama masa kecik dulu dan bekas blogger, Amy Maria. Kali terakhir jumpa Amy masa Khayla umur 2 tahun dan Khadeeja masih baby lagi |
Rumah kedua - dengan my ex-boss |
Rumah ketiga - jiran di Bintulu dan ex-colleague |
Rumah keempat - pakcik saudara dan sepupu-sepupu |
Rumah kelima - sepupu dan anak-anak buah |
Rumah keenam - sepupu-sepupu |
Salam Jumaat semua,
Korang tau tak Google pun ada penanda kiblat (Qiblat Finder)? Mesti ramai tak tau, kan? Jadi kat sini aku nak share semoga bermanfaat untuk semua.
Penanda arah kiblat Google ni tak perlu install apps pun. Cuma pergi ke URL Qibla Finder dan ikut arahan-arahan seterusnya:
Taip URL qiblafinder.withgoogle.com |
Google akan minta akses kamera dengan lokasi |
Nampak tak bulatan putih tu? Halakan bulatan tu ke dalam bulatan ikon Kaabah |
Sikit lagi, bulatan pun makin membesar |
Ok, dah menghadap ke arah kiblat |
Aku dah check dengan aplikasi carian arah kiblat yang aku install di telefon (Iman apps), Insha Allah penanda arah kiblat Google ni sama dengan arah kiblat dari apps Iman.
. |
Kredit: mkn.gov.my |
Tadi nampak my mom post dekat IG ucapan 'Selamat Hari Jururawat Sedunia'. Maka dengan ni, aku pun nak ucapkan 'Selamat Hari Jururawat Sedunia' kepada para jururawat dan bekas jururawat semua.
Actually, my mom pernah menyandang jawatan jururawat di Hospital Umum Kuching sebelum dia berkahwin. My mom bercerita, dulu di sekolah dia selalu dapat keputusan peperiksaan yang bagus dan pernah ditawarkan biasiswa sambung pelajaran di sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia. Tapi disebabkan masa tu orang-orang tua masih lagi berfikiran 'anak perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi / bersekolah jauh-jauh' maka tawaran tu ditolak oleh orang tua. Disebabkan tu, cuma adik lelaki my mom je yang dapat pergi ke sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia sehingga berjaya ke universiti dan bekerja dengan syarikat besar.
Tapi my mom tak berputus asa. Lepas habis MCE (Malaysian Certificate Exam atau sekarang SPM), dia memohon pulak kursus kejururawatan dalam Sarawak je. Mungkin sebab kursus ni diberikan elaun, maka orang tua pun bersetuju melepaskan my mom belajar ke Kuching Sarawak (my mom berasal dari Bekenu, Miri. Masa tu Kuching pun dikira agak jauh tapi masih lagi setanah jadi kurang sikit tentangan dari orang tua).
My mom selalu bercerita tentang pengalamannya sepanjang jadi jururawat pelatih dan juga jururawat. Macamana dia ditempatkan di hospital sakit jiwa (Hospital Sentosa) di Batu 7 dan pernah dikejar oleh pesakit mental di sana.
Macamana dia pernah assist jururawat di wad beranak (ye, zaman tu jururawat bengis-bengis tak macam sekarang. Kalau meraung sebab sakit beranak, memang kena sebijik dengan jururawat masa tu). Pernah ada seorang perempuan datang ke hospital dari kawasan pedalaman untuk beranak. Lepas lahir je anak, dia mengadu sakit perut lagi dan tiba-tiba melahirkan anak kedua. Kelam-kabut jugak wad dibuatnya sebab perut si ibu yang kecik jadi tak siapa sangka ada bayi kedua. Macamana dia pernah bekerja syif malam dan diganggu (lif tiba-tiba berhenti di basement walaupun dia seorang je dalam lif tu).
My mom bagitau, perkara yang paling diingati ialah pengalaman menguruskan pesakit yang meninggal dunia. Kalau pesakit berbangsa Cina yang meninggal dunia, maka berebut-rebut la jururawat bertugas nak menguruskan simati sebab keluarga Cina akan menghadiahkan duit saguhati tanda terima kasih. Kalau keluarga yang kaya, sampai beratus-ratus jugak dieorang hulur kat jururawat yang menguruskan simati. Mungkin zaman sekarang dah berubah dan takde lagi praktis macam ni dibenarkan di hospital.
My mom sampai sekarang masih lagi contact rakan-rakan jururawat yang lain. Kebanyakan dah pencen, tapi ada juga yang masih lagi bekerja sebagai matron. Hubungan dieorang masih rapat sampai sekarang. Aku selalu tanya dengan mak, dia menyesal tak berhenti kerja dari jadi jururawat?
Mak jawab, 'Kadang-kadang, tapi bila tengok wajah anak-anak masa kecil dulu, mak tak menyesal.' Begitulah pengorbanan seorang mak untuk membesarkan sendiri anak-anak di depan mata.
Buat my mom dan seluruh jururawat - kalian memang tabah dan selayaknya diraikan pada hari ni. Selamat Hari Jururawat Sedunia, terima kasih atas khidmat dan pengorbanan kalian semua!
Bersama dengan bekas jururawat Hospital Umum Kuching (my mom) |
- They can help to increase focus, concentration, and memory.
- They can help us to be more present in day-to-day activities.
- While it doesn’t appear that brain games can prevent age-related cognitive decline and dementia, growing research indicates that they may slow or delay them.
Games that can help to increase focus, concentration, and memory
Games that help us to be more present in day-to-day activities
Yeay, made it to safety! |
Source: solitaire.org |
Masjid Jamek Negeri Sarawak |
|
Bahagian luar |
Pintu masuk |
Ruang solat |
Masjid dengan banyak kubah |
Senibina Islam |
|
Ruang luar |
Pemandangan waktu malam |
Subhanallah... Cantik betul masjid rasmi negeri Sarawak ni. Ni la first time jejak kaki ke masjid ni yang serba gah ni. Mata aku tak lepas-lepas memandang kubah-kubah kecil dalam masjid ni. Memang terpersona habis! Kalau korang jalan-jalan ke Kuching, jangan lupa singgah di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Rata-rata pelancong cuma singgah di Masjid India atau masjid terapung di tepi waterfront Kuching bersebelahan Jambatan Darul Hana. Masjid India pun cantik juga, tapi Masjid Jamek Negeri Sarawak lebih menawan hati aku.
Masjid India atau Masjid Terapung Kuching |
Adab masuk ke masjid, disunatkan mengerjakan solat dua rakat iaitu solat sunat tahiyatul masjid sejajar dengan hadis Nabi SAW:
Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”— Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim
Suasana bawah pokok |
Titi |
Parit air |
Bunga merah |
Bunga ros |
Bunga kantan |
Sukanya dapat menikmati angin pagi segar di kampung. Suami Terchenta layan je la wife request nak jalan-jalan kat kampung sambil dia bercerita - ha, ni la tempat terjun sungai dulu... dulu tempat ni anak sungai sekarang dah jadi parit je... dulu sungai penuh dengan budak-budak kampung balik sekolah terjun sungai tapi sekarang ni semua tak berani sebab selalu nampak buaya berenang-renang kat sini...
Tengah bersiar-siar, terserempak dengan jiran sebelah tengah petik bunga kantan. Sekali boleh pulak dia bagi 2 kuntum. Rezeki pagi namanya hehe. Plan nak buat nasi goreng bunga kantan tapi bapak mertua tak suka bunga kantan la pulak...
Kepada semua rakan-rakan blogger, di kesempatan ni saya menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andai ada tulisan dan kata-kata saya yang mengguris hati kalian. Moga Raya tahun ni disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan...
p/s: para ibu jangan stress2 di dapur... kita buat semampu yang boleh. Aku memang dah bersedia dengan pes kari instant je malam tadi, tinggal keluarkan ayam dari freezer dan defrost. Besok dan hari-hari seterusnya sepanjang Aidilftri ni Insha Allah masih ada masa lagi nak masak ikut resipi sendiri. Lauk raya kami hari ni kari ayam (kari Mak Nyonya memang yang paling sedap bagi aku) dan daging masak hitam MIL dimasak dalam pressure cooker sebab nak cepat masak (dan paling senang jugak). Dah bertahun-tahun MIL beli pressure cooker baru first time pakai malam tadi, lepas kiteorang ajar macamana nak pakai. Ada hikmah jugak di sebalik raya terkejut ni 😅