Cerekarama penglipur lara:

‘Siapa yang abang lebih sayang? Saya atau janggut abang?’

Suami terchenta terkedu tak bersuara. Apa punya soalan cepu emas yang tiba-tiba muncul dari mulut isteri terchentanya. Kerana suami terchenta tidak boleh memberikan jawapan, isteri terchenta berasa kechiwa lalu mengambil keputusan masuk gear ‘Reverse’ dan lari dari tempat kejadian. Lari, lari ke Paris ! Mengubat hati dan jiwa yang lara dek kerana suami terchenta lebih sayang bidadari-bidadari yang bergayutan di janggut nya itu.

Siapa yang lebih kesian ? Suami atau isteri terchenta ?

Jatuh bedebuk ! macam nangka busuk ke dunia realiti:

Semalam aku amik cuti. Sakit perut. Tandas menjadi tempat faveret sepanjang hari. Doktor kata aku keracunan makanan. Maka aku diberi cuti sebab aku terlalu sayang untuk meninggalkan tandas di rumah kesepian takde penghuni. Nasib baik doktor yang baik hati tak cucuk aku dengan jarum macam nasib yang menimpa Chik. Makaceh Doktor ! Tapi ubat dia kasi, sikit punya banyak oo. Ubat sakit perut, ubat cirit, ubat angin, air garam. Semua aku kena telan macam gula-gula. Nyam, nyam! Burppp! TAK SUKA MAKAN UBAT!

Pagi ni, aku masih sakit perut tapi dah boleh pergi kerja. Tak macam semalam, dah on the way pergi ofis, tiba-tiba perut memulas-mulas macam nak terberanak. Sebelum aku melahirkan anak berketul2, cepat-cepat aku bagitau suami terchenta untuk patah balik ke rumah. Suami terchenta pusing stereng 360 darjah (mesti tergezut Sang Kancil di belakang kami) dan memecut balik. Huhu..! Besar sungguh pengorbanan suami terchenta ku.

Pagi ni aku asyik mengeluarkan aura. Aura angin dari dalam perut. Burrrppp ! Adoi la, sakit perut. Bila la nak reda ni ?

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .