Cuti-cuti Pulau Pangkor
Percutian kami di Pulau Pangkor 2 minggu lepas - ya, sangat fantastic. Hasilnya, kami pulang dengan hati gumbira dan juga kulit yang terbakar. Tapi tak apa. Yang penting kami tangkap byk gambar:

Cuti-cuti Pulau Pangkor
Ni di depan jeti Lumut. Kami tengah berpusing-pusing cari tempat parking. Sebenarnya ada kemudahan parking bertingkat yang sangat bagus dan caj pun berpatutan. Dari tempat parking ke jeti, ada disediakan laluan pejalan kaki berbumbung. Very good kerajaan Perak.

Cuti-cuti Pulau Pangkor

Pemandangan bangunan jeti. Penjual tiket feri macam penjual tiket bas di Pudu. Kami sampai sahaja dah dikerumuni macam semut. 'RM10 saja, bang!' 'Apa? RM10? Bagi 18!' Haha. Aku dah melalut. Mana ada beli 18 tiket, itu 6 kali trip pergi-balik ke Pulau Pangkor. Gila apa.

Cuti-cuti Pulau Pangkor
Sedang menuju ke arah feri. Suasana dalam feri memang selesa, ada aircond dan jaket keselamatan. Sampai di Pulau Pangkor, kami naik teksi van 'pink' dan sempat tanya mana nak sewa motorsikal. Apek yang baik hati tu offer hantar orang sewa motorsikal ke resort dan caj sehari cuma RM20. Apek, semoga bisnes kamu semakin maju!

Cuti-cuti Pulau Pangkor
This is our Cute Little Khemah (CLK)! Hahaha! Kami sampai dan check in agak lambat. Mujur bawak internet bergerak, sempat lagi Google cari resort yang menawarkan tapak khemah. Tuan punya resort pun sangat baik hati. Sebenarnya kami kena sewa tapak dengan khemah yang dah dipacak (khemah biru di belakang). RM40 sehari. Tapi kami buat muka kesian. Datang dari jauh, bawak khemah sendiri dan kehujanan. Jadi kami dapat sewa tapak dengan harga RM20 sehari. Pakcik, semoga bisnes kamu jugak semakin maju!

Sebenarnya malam tu hujan renyai2. Tapi bila kami balik dari makan, hujan dah berhenti. Kami masuk khemah dan baring2. Malangnya tak dapat tido sebab sesi karaoke sedang berjalan. Kami pun borak2.

Saya: Harap2 malam ni hujan lagi. Boleh la tido sambil dengar bunyi hujan.
Suami Terchenta: Tapi khemah kita ni bukan kalis air sangat pun. Lama2 air meresap masuk, kita tido basah kuyup.
Saya: Oo. Susahla macam tu. Malam-malam kita ketuk pintu bilik akak (isteri Pakcik) - 'Kak, bilik satu!'
Suami Terchenta: Mesti akak tu bengang - 'Tadi eksyen sangat, taknak bilik.'
(Saya dan Suami Terchenta tergelak berguling2 sampai khemah bergoyang. Apa nak buat, tv takde. Terpaksa buat rancangan lawak sendiri).
*...bersambung

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .