Cuti-cuti Raya Haji, kami tak mampu nak balik ke Sarawak. Kerana keadaan kewangan yang goyang2 membuatkan kami terperangkap di Semenanjung Malaysia sahaja. Jauh dari keluarga terchenta. Huhu.

Therefore, kami cuti2 Malaysia di Melaka untuk mengambil bro ipar a.k.a. adik Suami Terchenta dan mencari baju yang sesuai untuk Away Day department saya yang bertemakan Zaman Kesultanan Melayu Melaka! *wink*

Dengan penuh semangat bercuti, kami mengerahkan Sang Kancil kami berlari-lari ke Melaka pada awal pagi semalam. Suami Terchenta tak berapa sihat, jadi terpaksalah saya menjadi pemandu pelancong semalam!

Secara sinopsis nya, percutian ke Melaka kami amatlah tidak memberangsangkan. Beberapa tempat menarik sangat tidak terjaga dan lebih sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem hantu daripada tarikan pelancong! Siyes sungguh menakutkan! Silap2 bercuti bertiga, tapi balik berempat! *Ayat apakah ini?*

Ceritera #1: Melaka Bandaraya Bersejarah Traffic Light!

Haruslah saya memasukkan elemen traffic light di dalam entri ini memandangkan di Melaka, tak sampai 5 minit akan jumpa traffic light! Baru si CLK nak berlari2 dengan gumbira, dah terpaksa berhenti lagi bagi memberikan laluan kepada orang lain:

Traffic light lagi! Yeaah!

Memandangkan traffic light di mana2 saja di Melaka, kereta2 terpaksa beratur panjang. Lalu datang pulak beberapa kereta bernombor plat bermula dengan 'Mxx...' dengan senang hatinya memotong barisan sesuka hati mereka. Maklumlah, This is My Territory! Kami sebagai pelancong memberikan jalan dengan hati yang tidak berapa gumbira.

Ceritera #2: Taman Mini Malaysia / Asean a.k.a. Taman Semuanya Tak Boleh!


Boleh bayar tapi tak boleh naik! (Siap manggakan pintu tak kasi naik)

Perhentian pertama kami ialah di Taman Mini Malaysia / Asean. Lepas menjamu selera, kami dengan terujanya masuk ke Taman ni dengan bayaran RM12 sekepala. Malangnya, tak semua rumah boleh dinaiki:

Tak boleh naik 1: Penggambaran sedang dijalankan di Rumah Sarawak

Tak boleh naik 2: Tapi Suami Terchenta & adik naik jugak! (Melawan arahan pihak berkuasa!)

Tak boleh naik 3: Kalau berani, naiklah! Kompem ada makhluk lain yang akan ikut balik ke KL!

Bayar RM12 untuk tengok sahaja, ya!

Ceritera #3: Melaka Bandar Sesak-raya!



Semalam jugak, saya berpeluang buat senaman kaki. Kaki kiri, tekan klac. Kaki kanan, tekan minyak, tekan brek (ulang selama beberapa jam). Masalahnya, bukan memandu di KL atau di highway, tapi dalam bandar Melaka sahaja! Cuaca hujan menyebabkan kami terpaksa melancong di dalam CLK sahaja:

Mula2, set kan halatuju...

Tuan2 & puan2, di sebelah kiri anda ialah Muzium Belia Malaysia... Khas untuk belia2 sahaja, ya.

Di sebelah kiri anda, ialah Stadhuys.

Langkah2 mengelakkan banjir: bina kincir air di tengah-tengah bandar.

Kalau banjir jugak, kita naik kapal!

... atau boleh pergi ke tempat2 yang tinggi seperti Eye on Malaysia atau Menara Taming Sari!

... Tak pun, naik sahaja ke Fort A'Famosa.

Ini pun tutup jugak semalam, pada hari cuti umum di mana semua pelancong dari seluruh pelusuk dunia tanahair berebut2 nak ke Melaka.

Akhirnya, kami cuma berjalan2 di dalam shopping mall di Dataran Pahlawan untuk mencari baju yang sesuai. Nasib baik saya jumpa baju ittew, kalau tidak... bertambah lagi la list ketidak-seronok-an berjalan2 di Melaka.

Jalan2 di Heritage Gallery...

Mungkin saya terlalu tegas menilai Melaka, tapi memandangkan saya ialah seorang warganegara Malaysia yang prihatin maka saya menilai Melaka menggunakan standard antarabangsa, bukan standard kaki lima saja. Melaka perlu upgrade perkhidmatan pelancongan mereka sebagai salah satu tarikan pelancong paling popular di Malaysia.

... Tak pun, jadikan Taman Mini Malaysia macam Universal Studio untuk tarik pengarah2 filem seram di Asia buat penggambaran di sana!

:p

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .