Wedding Day

Salam semua... akhirnya balik semula ke realiti lepas menghabiskan tiga minggu di awang-awangan, jauh dari masalah keja, dan segala perkara yang memeningkan kepala!

Ni ler gambar aku yang tengah disolekkan oleh jeng..jeng.. jeng!! Juruandam profesional dari Miri - kakanda terchenta ku! Aku suka bangat sama solekannya yang au naturale itu... Yalah, sapa la nak macam pelakon opera Cina atau sebarang opera sekalipun dengan makeup tebal satu tan yang mampu membunuh sel2 kulit pada hari berbahagia ini. Aktiviti sukarela ni dilakukan secara free (nama la sukarela kan?) memandangkan akaun sudah defisit oo...

Kos membeli kain utk buat baju nikah (+ free kain utk buat baju Melayu) = RM240 (beli masa promotion)
Kos upah buat baju nikah = RM80 (dibuat oleh seorang tukang jahit berbangsa Cina kat Wangsa Maju)
Tudung = free (hadiah oleh kakanda terchenta)
Selendang = .... (tertinggal di KL, uwaaa!!! Kos selendang, RM70)
Kasut matching = free (hadiah dari ahem2x terchenta)
Kos keseluruhan = RM390 (aduss, terbakar poket!)

Adapun kisahnya, rupa2nya kami dinikahkan secara sukarela pada hari Jumaat. Sungguh berkat sekali hari yang dipilih utk kami tu, iaitu Penghulu segala hari. Vwah2x! Vogue de vast sekali!

Akibatnya, poket aku terbakar sekali lagi sewa baju utk majlis keesokan harinya. Takkan nak pakai baju yg dah berbau achemm kan? Apa? Lepas sejam berpeluh2 menghadap tok kadi korang kata baju tak berbau achemmm?? Hmm.. Rupa2nya bakal suamiku yang terchenta pakai Rexona deodorant. Kalau aku tau awal2, tak payah la nak cari baju spare.

Baju sewa (pakaian tradisional Melanau kerana aku ialah perempuan Melanau sejati) = RM150 (termasuk kasut, aksesori kepala & barang kemas dan selendang putih utk menggantikan selendang aku yang tertinggal di KL)
Nasib baik terbakar sket2 je

Apakah perasaan aku masa diijabkabulkan?
Soklan bonus. Hmm... Aku takde perasaan sangat sebenarnya. Tak de la rasa macam nak melonjak2 ke, nak melompat2 ke atau nak menangis penuh kegembiraan dan dengan anggunnya sekalipun. Cuma rasa sebak bila tengok mak ngan ayah aku menitiskan air mata. Lebih2 lagi mak aku. Baru je melabuhkan punggung atas karpet di belakang ahem2x yg dok atas bantal bersarung baldu tu, dia dah bergenangan air mata. Maka, aku tak sempat la nak melayan emosi sebab nak pujuk mak aku.

Selepas tu?
Lepas tu aku rasa bersyukur sebab dapat kawen dgn kekasih pertama dan terakhir lepas makan mee Cintan selama dua tahun. Dan alhamdulillah, jodoh aku ialah seorang yang memenuhi ciri2 yang aku cari - beriman, tinggi ilmu agama, sederhana, pandai buat lawak, sangat mengasihi aku dan sungguh encem di mata aku (awww...)
Semoga perkahwinan ini diberkati Allah, bahagia berkekalan di dunia dan akhirat.

Sangat memorable kerana...
Majlis kami ialah majlis perkahwinan pertama diadakan di rumah kampung dalam keluarga aku. Sebelum ni, semua anak atok aku (Pak Yeng) termasuk la mak bapak aku kawen di tempat lain. Kuching la, Sibu la, Bintulu la. Maka Pak Yeng dengan murah hatinya menanggung sebahagian dari perbelanjaan majlis manakala sebahagian lagi ditanggung oleh ahem2 yang terchenta. Lembu korban tok sah citer la. Dua ekor korban aqiqah dan seekor je yang dibayar sepenuhnya. Habis tak tinggal tulang, apa lagi ekornya (aku suka sup ekor, selingan semata2).

Paling best sebab dapat pakai baju Melanau, dari Latif Collection di Mukah. So Amy, kalau ko mok pakei baju Melanau hari ko kawen kelak, gi jak rah Mukah ya kat Latif Collection. Murah gik ya (iklan free).

Sangat best jadi orang Sarawak sebab...
Senang giler la isi borang nak kawen. Dah la sekeping je, tanpa interbiu, ujian darah dan air kencing mahupun yang sewaktu dengannya. Dan yang the ultimate la ialah lafaz akad nyer yg sempoi - 'Aku terima nikahnya dengan mahar yang tersebut.'

Maka dengan sahnya aku menjadi kekasihnya seumur hidup.

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .