Firstly, saya mahu ucap terima kasih. Terima kasih Amy, Husna. Kalian berjaya meraih mood saya kembali. Saya sudah kurang depressed. Life still perlu diteruskan.

Ahad lepas. Semalam lah. Kami sama-sama di dapur. Saya tengah chop bawang merah. Chop halus-halus, biar tak dak rasa dah. Bley gitu? Tapi hati masih kepingin tambah bawang. Owh, life is so complicated. En Suami Terchenta sedang memanaskan air. Di tangan beliau separuh bungkus spaghetti bersedia untuk direndam di dalam air panas yang menggelegak. Nasib la kau, spagetti. Pasti spagetti sedang mintak nyawa sebelum diterjunkan di dalam air panas menggelegak.

'Potpetpotpetpotpet...' Kami berborak2. Tentang kerja. Tentang projek side income beliau. Tentang saya dan perasaan meluat dengan kerja.

Sambil tangan saya menghidupkan api, memanaskan kuali, menuang minyak lantas menumis bawang. Tangan dan mulut sama-sama busy di dapur. Tangan mencapai meatball, lalu dicampak ke dalam kuali. Kemudian mencapai daging kisar.

'Kamu lihat ni, sayang? Ini barulah minced meat.' Saya berkata sambil menunjukkan label bungkusan cap Ramly's. Suami Terchenta senyum kambing. Ternyata beliau memang tak tau membezakan minced meat dengan minced chicken. Satu berwarna merah, satu berwarna putih. Malam Khamis, kami makan spagetti minced chicken uols. Lepas tu beliau komplen rasanya tak sama dengan spagetti bolognese. Haih! *tepuk dahi*

Mujurlah sekarang En Suami Terchenta sudah tau rebus spagetti. Sebelum rebus kena letak minyak zaitun sesudu dua, supaya spagetti tak melekat. Maklumlah, spagetti tu berkanji. Next time, saya akan ajar En Suami membuat kuah spagetti ala Italian.

Yes, mintak ampun sebab kami seboks bekerja sekarang, menambah pendapatan rumahtangga. Saya sedang menunggu download trial Microsoft Office 2007 supaya lepas ni saya boleh sambung buat kerja di rumah. En Suami pulak sedang bermeeting di luar tentang projek side income beliau. Tomorrow, lusa dan tulat, saya akan berjauhan dari Suami Terchenta, demi KERJA DAN TAK LAIN TAK BUKAN KERNA KERJA. Oh Tuhanku, bila boleh kami merasa hidup yang free dari beban kerja?

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .