Dating di Original Penang Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral

Throwback masa Hari Pekerja 1 Mei lepas. Macam biasa, anak-anak time cuti memang lebih suka bergulung dalam selimut dari keluar rumah. Jadi mak pak dieorang pun ambik kesempatan ni untuk keluar dating berdua. Dah tua-tua gini kita dating tempat biasa-biasa je laaaa... since dua-dua rasa nak makan nasi kandar, apa lagi hidupkan motor terus menuju ke Original Penang Kayu Nasi Kandar di Nu Sentral 🤭.


Uniqlo
Merasmikan baju dan seluar jeans Uniqlo ni masa keluar dating dengan Suami Terchenta 😜

Sampai di kedai makan, tukar fikiran nak nasi briyani pulak. Lama dah tak makan nasi briyani berlaukkan kari kambing 😅. Pastu tetiba tamak haloba nak ayam goreng jugak sebab aku suka ayam goreng kedai mamak. Eh eh, bhai ni terus letak telur rebus sebijik atas nasi aku padahal tak mintak pun huhu. End up terlebih protein pulak pagi tu. Takpe la kan, sekali-sekala 🤪.


original Penang kayu nasi kandar
Begini la kejadian akhirnya.

Suami Terchenta stick dengan niat makan nasi kandar. Tengok tu, surr betul kuah nasi kandar atas pinggan beliau! Macam biasa, ayam bawang jadi pilihan Suami Terchenta sebagai penggemar ayam bawang.


Berselera betul dia menikmati nasi kandar 😋

Nama je dating, tapi bila dah menghadap nasi depan mata memang tak bercakap sebab sibuk mengunyah 🤣. Dah habis makan baru la berborak. Biasanya topik kiteorang pasal anak-anak la, apa lagi.

Sebelum balik, tapau cheese naan untuk anak-anak di rumah. Memang gitu-gitu je la aktiviti dating kiteorang dari dulu sampai sekarang. Takde nak dress up, berhias, bagi bunga bagai. Cukup belanja makan je pun wifey is happy!

Post a Comment

4 Comments

  1. Betul² lebih energy ni. Macam tu la dating laki bini, makan dia tengokkk. Zaman dating belum kahwin sanggup makan nugget jer (kita la tu) 😆😆😆

    ReplyDelete
  2. Kita sama la Carneyz..zaman nak lawa2 keluar rumah hari minggu ke hari cuti tu macam dah xde, dah x kisah...hahahaha...tempat lepak SA ni sesekali makan roti canai harga kayangan...hehehehehe...yang penting sedap kan..harga tolak tepi...

    ReplyDelete
  3. Unik betul penyajian nasi kandarnya, disimpan di atas daun pisang. Jadi terasa seperti hawa-hawa di pedesaan, hihihi.
    Dekat rumah saya pun ada nasi kandar, tapi sampai sekarang belum kesampaian tuk mencoba, heuheuheu

    ReplyDelete
  4. nice la ur OOTD! nampak fresh dan muda!!! memang u masih muda punnn!!! syok dpt dating berdua!! i dating ie mkn2 berdua sepanjang2 kat amsterdam tu hahahhhaah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .