Lama betul terkurung dalam rumah masa kuarantin, bila dah sembuh ni gatal je kaki nak berjalan-jalan lagi hahaha!

Sepanjang tempoh kuarantin tu, kiteorang muhasabah diri cuba ingat balik apa yang kiteorang lupa nak buat sampai boleh terkena jangkitan. Antaranya ialah berkunjung ke tempat sesak dan kurang disiplin i.e. balik rumah tak terus mandi dan tukar pakaian, tapi sempat lagi lepak2, duduk2 dulu baru pergi mandi! Jadi lepas ni tak mau lagi buat perangai ni sebab tak best tau kuarantin ni walaupun kat rumah sendiri huhu...

OK, taknak dah citer pasal Covid19 ni, tapi nak citer pasal tempat breakfast pagi tadi. Kebetulan mak ada kat KL sebab dia follow up dekat Pantai Hospital baru-baru ni (alhamdulillah doktor bagitau dia semua ok dan dah takde detect sel kanser lagi). So pagi tadi aku ajak dia bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa (jalan-jalan kat taman pun kiteorang pakai face mask setiap masa kecuali tempat yang takde orang). Jauh jugak kiteorang menapak, dalam 3km lebih. So tak heran la lepas tu perut masing-masing berkeroncong.

Aku memang dah set minda nak breakfast dekat Kalico Coffee sebab tak jauh dari Taman Tasik ni. Kafe ni terletak di Jalan Chan Chin Mooi, nak pergi sini memang senang korang cari je banglo setingkat warna putih ada nombor 8 dekat pagar.

Kiteorang sampai pukul 10 lebih, dalam hati - alamak, parking penuh ke? Ingatkan tempat ni tak famous so tak ramai orang, tapi kat KL ni memang ko jangan harap la jumpa kafe hipster yang tak penuh ye. Nasib baik ada kereta yang keluar tapi mencabar jugak la nak masuk parking.

Lepas dah scan MySejahtera dan imbas suhu badan, mata terus melilau tengok keliling kafe ni. Rekabentuk kafe ni mungkin kebanyakan memang design awal rumah ni sebab nampak simple dan retro. Cuma perabot je nampak moden. Keliling kafe ni dihias dengan pokok daun hijau supaya nampak natural gituh. 

Kalico Coffee
Ruang utama kafe

Kalico Coffee, Titiwangsa
Ruang tengah dipisahkan dengan dinding 'breeze blocks' 

Asalnya nak duduk di ruang tengah jauh sikit dari pelanggan lain. Tapi memandangkan meja ni dah dipotong sebab dieorang nak letak pokok pisang ni dekat tengah-tengah meja, takut tak muat pulak bila makanan sampai. So kiteorang pun tukar ke meja panjang di ruang utama.

Kalico Coffee, Titiwangsa
Menu dessert dan pastries di Kalico Coffee

Kat sini menu dia ada makanan local dan Western. Memandangkan kiteorang datang masa breakfast, so aku pun teringin nak cuba Nasi Lemak Ayam Kapitan (RM19) dan mak order Nasi Lemak Ikan Bilis (RM10). Mak request sambal asing sebab takut pedas. Budak-budak pulak request nak makan croissant je (RM8).

Kalico Coffee, Titiwangsa
Nasi Lemak Ayam Kapitan

Aku admit harga makanan sini memang mahal, standard kafe hipster KL. Kalau nak pergi hari-hari memang tak mampu lerrr. Tapi tak dinafikan jugak nasi lemak dia sedap, ayam kapitan tu ada iras rendang pun ya sebab ada daun kunyit.

Mak memang berselera je makan nasi lemak dan dia paling suka sambal tu sebab sedang-sedang pedas yang tekak dia boleh terima. Budak-budak pun bagitau croissant tu lembut gebu dan sedap. Jadi kesimpulannya makanan yang kiteorang try kat sini memang sedap.

Kalau korang nak cuba boleh la carik IG Kalico Coffee. Next month boleh singgah lagi order benda lain pulak hehe.

2 Comments

  1. Memang nampak menyelerakan nasi lemak tu.. kat JB ni pun dah merata bukak Cafe, tak terkejo nak pi semata nak buat content kadang hahahahaha pergi jika lapar jerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu lerr, kat KL ni pun merata2 jugak kafe hipster harga mahal pun org sanggup redah.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .