Awal minggu ni, sekolah Khayla hantar Whatsapp bagitau ada ujibakat untuk sebuah rancangan TV kanak-kanak minggu ni. Lepas bincang-bincang dengan Khayla, dia pun setuju nak join. Lepas dah hantar nama, senyap begitu je so kiteorang pun ingat takde benda yang kena prepare dan practice.

Tup2 pagi tadi 15minit lagi nak bertolak ke lokasi ujibakat, dapat Whatsapp kena baca surah lazim (tak pe lagi), bercerita kisah Nabi (oh no!) dan melakonkan reaksi 😱. Masa tu jugak baru dapat borang dan diminta bawak gambar profil Khayla. Apa lagi, kelam-kabut la mak bapak Khayla nak print borang, print gambar, buat skrip cerita semua! 

Kesian Khayla kena hafal skrip dalam kereta! Dari rumah ke Kelana Jaya ambik masa setengah jam, dengan budak tu pulak BM memang tak berapa fasih, agak struggle jugak dia nak menghafal skrip. Sampai perkataan 'sekian, terima kasih' pun asyik tersasul jadi 'sekalian, terima kasih'. Nak gelak mak dia tapi kesian... 😅

Plan asalnya nak breakfast kat Kelana Jaya sementara tunggu sesi ujibakat tapi memandangkan last minute dapat tasks ujibakat ni, plan tu tak menjadi dan Khayla pun tak sempat sarapan di rumah 😔

Sampai di lokasi ujibakat, kiteorang serahkan borang pendaftaran lepas tu diberi nombor giliran. Sementara tunggu giliran, gigih la Khayla menghafal lagi skrip cerita Nabi Sulaiman dan Semut. Sebagai bekas johan Pertandingan Bercerita Kisah Nabi-Nabi peringkat Negeri Sarawak tahun 1994 (sempat lagi kan hahaha 😂!) automatik la aku yang kena jadi coach bagi tips buat gaya-gaya bercerita. 


Khayla tekun menghafal skrip bercerita


Lepas sejam menunggu sambil practice menghafal, nombor Khayla pun dipanggil. Masa ni muka dia cool lagi tapi nampak la raut cemas sikit sebab masih lagi tak dapat hafal skrip cerita. Aku pun nasihatkan dia kalau tak hafal boleh tanya kru penggambaran kalau dia boleh bawak skrip supaya boleh la tengok2 part yang dia tak hafal.


Tunggu masuk bilik ujibakat


Masa ni agaknya dia dah start panik, apa yang aku cakap tu entah-entah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bila dia masuk, suara dia kecik je bagi salam. Aku duduk kat belakang, seboleh-bolehnya taknak kacau masa proses ujibakat ni sebab taknak dia makin risau.


Khayla memperkenalkan diri


Bila dia berdiri depan kamera, tiba-tiba Khayla jadi kaku. Muka dia pucat-lesi, producer tanya umur berapa pun dia tak ingat huhuhu! Lepas tu mata dia asyik pandang ke siling walaupun banyak kali jugak disuruh pandang ke kamera tapi rasanya dia dah 'stage fright' teruk sampai tak boleh proses arahan.


Alamak, ada apa kat siling tu Khayla?


Bila part bercerita pulak, sepatah ayat pun dia tak ingat apa lagi gaya bercerita yang bukan main bersungguh-sungguh dia hafal di luar bilik ujibakat tadi. Semuanya berlalu dibawa angin... Sudahnya dia berdiri sambil membaca dengan suara perlahan, mata memang fokus dekat skrip je la.

Keluar je dari bilik ujibakat tu, nampak sangat muka dia menyesal dan menahan tangis. 

'I panicked, mom.' katanya perlahan. Aku tau ni bukan salah dia, sebab tasks pun diberi lambat jadi dia kurang persediaan.

'It's ok, Khayla. You did a good job trying.' kami bagitau dia sebab dia nampak kecewa sangat.

Tak pe Khayla, yang penting berani mencuba. Mommy & bapak tetap bangga dengan Khayla! 😍

7 Comments

  1. Alahaii cute laa Kaylaa...
    Agaknya dia nebes bila ko tengok dia kot.. patut ko jangan masuk hahahaha.. tapi takpe, mana tau one day ada lagi ujibakat lain.. all the best Kayla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tengok kamera tu terus panik hehe. Takpelah, ada gak la pengalaman pegi ujibakat.

      Delete
  2. Good job Khayla..takpe..at least awak berani sampai ke bilik ujibakat...bukan salah awak pun kan...dapat task last minute what they are expect...apapun tahniah aunty ucapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Aunty SA :) TQ jugak sudi drop by blog kita.

      Delete
  3. Tahniah Khayla.. Walaupun panik, Khayla tetap teguh berdiri.. Takpe.. Nanti boleh cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Aunty Sha :) Insha Allah kalau ada rezeki lagi, harap2nya dapat buat persiapan awal.

      Delete
  4. good job khayla.... takpe insyallah ada rezeki lagi tu!!! Good try!! Pengalaman tu yang penting :)

    psst kita pun tetiba terigt masa kena interview kat RTM pasal blog waakakakaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .