Kisah dua minggu lepas.
Sebelum ke perpustakaan untuk pulangkan buku, Suami Terchenta ajak makan tengahari di Sunway Putra dulu. Tapi kebetulan minggu tu ada event apa entah, jadi banyak la kereta yang beratur nak masuk ke Sunway Putra. Aku pun suggest tukar lokasi ke Bukit Tunku untuk makan tengahari di situ. Asalnya nak ke Kenny Hills Baker, tapi bila kiteorang sampai di Bukit Tunku, ternampak ada restoran baru di sebelah Kenny Hills Baker:
 |
| Restoran Turks |
 |
| Menu nampak menarik, marilah kita cuba... |
 |
| Tempat duduk luar dan dalam yang bercirikan perhiasan Turki |
 |
| Dalam restoran Turks |
Kali terakhir makan makanan Turki ialah masa kiteorang bercuti ke Istanbul 3 tahun lepas. Jadi semua agak excited la nak menikmati makanan Turki lagi.
Untuk appetiser, kiteorang pesan mixed appetisers yang dihidangkan dengan roti flatbread (lavaş):
 |
| Mixed appetisers (RM36) dengan 5 jenis dips - hummus, babaganoush, patlican soslu (terung dengan tomato), spicy tomato dan caramelised onion & yogurt. Dihidangkan dengan roti flatbread panas-panas lagi |
Seterusnya kiteorang pesan pide, iaitu sejenis pizza tradisional berasal dari Anatolia. Rasanya sebijik macam pizza cuma bentuknya menyerupai bot. Topping pide ni, anak-anak request nak beef pepperoni with cheese.
 |
| Pide (RM34.90) |
Suami Terchenta nak makan nasi jadi kiteorang pesan jugak lamb mandy shank ni.
 |
| Lamb mandy shank (RM52.90) |
Akhir sekali untuk dessert, anak-anak pesan seorang satu tapi kiteorang kongsi la jugak:
 |
| Künefe (RM25.90) |
 |
| Pistachio baklava long slice with ice-cream (RM27.90) |
 |
| Minuman dihidang dalam cawan bentuk ni. Comel kan? |
 |
| Lukisan yang sangat 'deep' |
Overall, makanan kat sini sedap semuanya, alhamdulillah. Kiteorang suka semua makanan yang dipesan tu. Portion pun just nice untuk dikongsi berempat. My favourite ialah pistachio baklava tu. Sedap yakmat 😍. Makanan semua aku bagi rating 4 atau 5/5 sebab semua kena dengan tekak aku 🤭.
Turks KL
Unit A2, Block A, Jalan Langgak Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 8 pagi - 10 malam
5 Comments
Menarik semuanya, seronok bila makan semuanya sesuai selera kita.
ReplyDeleteFuh..harga lukisan tu 😅
Ya, mujur makanannya semua kena dengan selera kami Kak Ujie. Kalau tak mesti rasa membazir sebab harga pun boleh tahan jugak tu 🤭
Deletemenarik tgk pistachio baklava ..tmpt pn cantik..ptt la tgk view mcm kt area kenny hills baker bukit tunku rupanya cafe ni sekitar situ
ReplyDeleteSedap baklava tu kak. Kalau ke sini lagi Insha Allah akan order lagi 😄 ye tempat ni sebelah kenny hills baker bukit tunku.
DeleteMenarik ni, thanks for sharing Carneyz
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .