Disebabkan penerbangan KUL-IST asyik bertukar-tukar je, sudahnya kiteorang sampai sehari awal ke Istanbul. Menggagau la aku nak mencari tempat bermalam sehari yang tak mahal sangat. Mula-mula ingat nak duduk di hotel dan tempah di Agoda.com tapi aku saja-saja la check jugak dekat Airbnb kot-kot ada tempat penginapan yang lebih murah. Alhamdulillah, terjumpa Blue Mansiot Flat di kawasan Fatih ni dengan harga RM253+ semalam. Murah kan?

Apartmen ni memang sesuai untuk 4 orang tetamu. Kelengkapan semua ada - mesin basuh, rak penyidai, peti sejuk, peralatan memasak, cerek elektrik, meja makan, seterika semua ada lah. Apartmen ni bagi aku agak luas dan selesa. Puas hati jumpa apartmen dengan harga macam ni.


Blue Mansion Flat Fatih
Ruang tamu


Blue Mansion Flat Fatih
Kawasan dapur

Blue Mansion Flat Fatih
Meja makan

Apartmen ni mempunyai satu bilik dengan katil saiz Queen dan almari. Tilam takde la tahap tilam di hotel lima bintang tapi bila dah penat berjalan tu, letak kepala kat bantal dah terus lena di alam mimpi.


Blue Mansion Flat Fatih
Aku dah Suami Terchenta tidur di bilik tidur ni

Blue Mansion Flat Fatih
Almari bilik ni lawa betul

Memandangkan masa kiteorang sampai tu musim sejuk, jadi keutamaan kiteorang kenalah ada bilik air yang menyediakan mandian air panas. Dan apartmen ni memang tak mengecewakan sebab air panasnya betul-betul panas! 😂 Dah la lawa macam bilik air hotel lima bintang. Yang penting tandas dekat Istanbul ni ada bidet air untuk membersihkan diri hehe.


Blue Mansion Flat Fatih
Bilik air Blue Mansion Flat

Blue Mansion Flat Fatih
Siap ada rainshower lagi. Barangan mandi pun disediakan (kecuali berus gigi dan ubat gigi - yang tu bawak sendiri la ye)

So kalau kiteorang tidur dekat bilik tidur, anak-anak tidur dekat mana? Jeng.. jeng.. jeng...! Sebenarnya di ruang makan tu ada katil Murphy yang boleh ditarik ke bawah pada waktu tidur. Kalau tak tidur, simpan balik supaya takde la semak ruang kat sini.


murphy bed
Anak-anak suka sangat konsep katil Murphy ni

Cuma satu je la - kat sini takde lift ye. Jadi kena angkut beg naik tangga. Nasib baik satu tingkat je dan owner baik hati tolong angkut beg aku dan anak-anak hehe.

Sesiapa yang nak ke Istanbul, aku memang recommend duduk di Blue Mansion Flat ni sebab selesa dan lokasi pun strategik. Harga tu depend dengan musim, kalau musim bunga atau musim panas mungkin harga mahal sebab masa tu pelancong ramai. Tapi musim sejuk harga murah.

33 comments:

  1. bagi sy tampak sangat mewahhh... tapiii x de lift tu aduiiii faham.sgt daaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kebanyakan tempat penginapan kat sini takde lif. Kalau cari tempat stay kena baca betul2 description ada lift ke tak hehe.

      Delete
  2. entah kenapa bla baca entry ni otak sy terus teringat cite istanbul aku datang🤭🤭

    ReplyDelete
  3. Waaaa nice la dan harga sgt ok..err doakan i dpt ke turkey thn ni dgn mr hubby ya...tgh usha2 pakej ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA... semoga tercapai plan MZ nak ke Istanbul tahun ni dgn Mr Hubby 🤲🏻

      Delete
    2. err ada change of plan la plak..mr hubby kata tak mau pergi turkey tapi nak gi tmpt lain..hrp2 jadik laaa...baru nak renew passport mr hubby ni..lps tu baru boleh usha2 tiket flight

      Delete
    3. Ye ke... Janji dapat celebrate anniversary ke-20 kat tempat yg best kan 😊

      Delete
  4. Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan Allah. Dapatlah berehat dengan selesa untuk kembalikan tenaga selepas menempuh perjalanan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie, yang penting dapat berehat dengan selesa dan harga pun berpatutan.

      Delete
  5. Wow! premium ni....
    Kalau kat Malaysia istilah 'flat' ni lain keadaannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Eropah, dieorang tak guna istilah apartment... dieorg panggil rumah dekat bangunan bertingkat tu flat hehe

      Delete
  6. alhamdulillah rezeki juga dpt tempat menginap yang selesa dan nmpk mewah macamni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang rezeki jumpa airbnb dgn harga mesra poket tapi nampak mewah dan serba-serbi lengkap. Lokasi pun strategik.

      Delete
  7. Comel la apartment tu..ok juga katil tersembunyi kat dinding. Selalu tengok drama atau filem turki kebanyakkan rumah bertingkat takde lift..kalau dapat tingkat 4..jenuh naik tangga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sesuai sangat utk rumah kecik atau rumah yg sekali-sekala je ada tetamu yg datang menumpang tidur. Aah kat sini tak semua bangunan ada lift. Sebab tu orang Turki ni fit dan kuat stamina sebab jalan dieorg pun berbukit dan curam dekat certain areas.

      Delete
  8. Menarik katil tersembunyi tu.. sangat menjimatkan ruang.
    Sakit pinggang dan tangan nak angkut barang naik atas sebab tak de lift.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, jimat ruang. Nasib baik owner yg tolong angkutkan beg kiteorg hehe.

      Delete
  9. Kalau harga macam tu dapat plak penginapan yang nampak mewah cukup segala, dah kira lebih dari baik tu Carneyz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rezeki kiteorg jumpa airbnb yg murah tapi lokasi boleh jalan kaki dari tempat menarik, serba-serbi lengkap dan selesa.

      Delete
  10. mana2 negara kalau musim sejuk mmg murah.. huhu. cantikkk ya amat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab tu kiteorg selalunya travel musim sejuk hihi.

      Delete
  11. Alhamdulillah.. Dipermudahkan urusan pencarian..
    Apartmennya pun memenuhi kehendak.. cukup semuanya.. cantik pula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang rezeki dapat apartment yg serba-serbi lengkap dan dekat dengan pengangkutan awam dengan harga macam tu 😊

      Delete
  12. uish... kacak eh... mewah ada jak rupa.. xda lif xpa... janji puas hati nyaman tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, kacak apartment tok berbaloi dgn harga semalam. Yang penting dekat dgn public transport, tourist spots & senang cari makan hehe.

      Delete
  13. dulu slalu tengok kat pinterest rekaan bilik tidur camni utk ank2...katil yg jenis bila taknak pakai lipat masuk. tp bila memikirkan kos kita simpan jelah hasrat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la... ada gak terfikir nak buat katil lipat masuk ni dekat bilik study utk tetamu yg dtg menumpang tidur kat rumah tapi masalahnya bilik study ni kecik sangat tak muat nak letak katil lipat ni sbb dah ada meja study dgn rak buku 4 pintu.

      Delete
  14. cantikkk...lengkap dgn facility...ok rate dia RM200++ semlm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, utk 4 orang memang selesa sangat2 👍🏻

      Delete
  15. Nampak selesa dan cantik rumahnya. Harga pun agak murah.
    Ooo.. patutlah rak di meja makan tu ada bantal di atas. Katil Murphy rupanya. Nice! Selalu tengok kat tv je, jenis tiny house selalu ada katil jenis ni.

    ReplyDelete
  16. Kalo pergi dengan suami, dan durasinya lama, saya pun LBH suka stay di apartm, Krn bisa basuh baju sebab ada mesin cuci kan. JD tak payah bawa baju banyak sangat

    Baca tentang tak ada lift, langsung ketawa mengungat perngalaman kami kemarin di Belarus. Apartmn nya di aplikasi tertulis ada lift. Fajtanyabtak ada 🤣🤣🤣. Dan kami stay di tingkat 5. Memang durjana sangat harus membawa koper berat ke atas 🤣🤣. Suhu Belarus -17 pas kami tiba, tapi badan kami semua langsung panas habis gotong koper 😂😂

    ReplyDelete
  17. Give Dad a present from our fathers day sale to express your gratitude! Find incredible discounts on premium brands and unusual items that he will like. Discover everything you need to make his day extra special at pricing you'll love, whether it's gadgets, outdoor gear, or personalised presents!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .