Sambungan dari:
Esok paginya, seawal jam 7 lagi kiteorang dah dijemput Fanny dan Raka untuk ke destinasi pertama kami iaitu ke daerah Sukabumi. Tujuan utama ke sini ialah nak ke Situ Gunung sebab di situ ada jambatan gantung terpanjang dalam hutan di Asia Tenggara dan jugak ada tarikan yang dipanggil keranjang Sultan. Keranjang Sultan tu apa? Haa... korang kena baca sampai habis ye hehe.
Jujurnya aku rasa kan, kalau kiteorang tau ni trip extreme, mungkin 3-400x kot fikir nak pergi ke tak 🤣. Tengok kat IG dan TikTok macam best je, tak sangka pulak aktiviti ni memerlukan kiteorang hiking dalam hutan.
Perjalanan ke Lembah Purba iaitu lokasi Situ Gunung tu memakan masa 3 jam dengan jalanraya agak sesak di beberapa lokasi. Terima kasih Raka dan Fanny sebab sanggup jadi tour guide bawak kiteorang ke sana 😄.
![]() |
| Road trip ke Sukabumi! |
![]() |
| Sampai jugak akhirnya selepas 3 jam memandu dari Jakarta! |
Sampai je kat sana, dah kena hiking sebab kiteorang park kat bahagian bawah 😅. Aku ni dah la lama tak hiking, pastu hari pertama dotdotdot pulak 😅. Memang low energy sikit la nak buat aktiviti macam ni tapi kugagahi jugak hehe.
Kiteorang terus ke kaunter tiket untuk beli tiket masuk. Ambik pakej VIP sekali dengan guide, harga dalam Rp150,000. Berbaloi sebab guide tu banyak membantu terutama ambik gambar dan video. Ada sekali tu aku tertinggal beg di tempat makan masa kiteorang berhenti rehat dan dia la yang berlari-lari balik ke tempat makan tu untuk ambik beg aku. Baik betul orangnya 😃.
![]() |
| Sebelum mulakan aktiviti kena pakai gelang dulu |
![]() |
| Pakej VIP ni termasuk naik buggy ke tempat tarikan yang pertama iaitu keranjang Sultan. Kalau tak kena hiking lagi naik ke atas 😅 |
Dah sampai situ barulah kiteorang tengok keadaan sebenar tarikan keranjang Sultan tu. Mak aiiii... tingginya! 😵 Untuk pengetahuan korang, keranjang Sultan / keranjang langit ni macam naik kereta kabel tapi instead of korang naik kereta, ni korang naik kerusi rotan menyeberang hutan sejauh 523 meter dari ketinggian yang boleh bikin jantung korang copot-copot ye 😂. Bayangkan kaki korang tergantung di udara dan boleh tengok puncak pokok dari atas, begitulah ketinggiannya. Siapa yang gayat memang tak sesuai naik bendalah ni. Kak Retna terkejut sebab dia ingatkan keranjang Sultan ni yang merentas sungai je dan tak berapa tinggi. Redho aje la kan kena naik yang atas langit ni 🤣.
![]() |
| Muka senyum tapi dalam hati berhuhuhu bila tengok ride yang lebih tinggi dari puncak pokok ni 😅 |
![]() |
| Masing-masing seriau sebenarnya masa ni hahaha! |
![]() |
| Nak ambik gambar pun seriau takut hp terjatuh ke bawah maka wassalam dan tamatlah riwayat hp tu. Nasib baik ada guide yang tolong ambik gambar 🫣 |
Laaa... ingatkan sehala je rupa-rupanya 2 hala ye! Sampai je kat hujung, kena turun dan beratur lagi untuk naik keranjang Sultan tu sekali lagi balik semula ke platform tadi. Maka dengan redho sekali lagi terpaksa naik keranjang Sultan tu 😅,
![]() |
| Selfie dulu sambil tunggu giliran kiteorang untuk naik keranjang Sultan kali kedua |
Actually naik keranjang Sultan tu selamat je cuma aku yang gayat ni rasa ditarik-tarik kaki ni ke bawah setiap kali pandang ke bawah. Jadi aku pandang ke depan je la sepanjang naik bendalah ni. Alhamdulillah selamat sampai ke platform mula-mula naik tadi tanpa sebarang insiden yang mencemaskan.
Next, kiteorang berhenti rehat untuk minum dan makan cemilan (snacking) dulu sebelum meneruskan perjalanan.
![]() |
| Ada welcome drink, ubi dan pisang rebus untuk yang ambik pakej VIP. Kiteorang order jugak pisang goreng, tempe mendoan (tempe goreng tapi bukan versi crispy kat dalam) dan bakwan sayur (cucur sayur) |
![]() |
| Syok betul makan kat sini sambil layan view hutan dari puncak tinggi ni |
Dah selesai mengisi perut, kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu naik Jambatan Gantung Lembah Purba. Jambatan gantung ni ialah jambatan gantung dalam hutan terpanjang di Asia Tenggara. View kat sini memang awesome la! Memang puas kiteorang bergambar di atas jambatan ni.
![]() |
| Wefie atas jambatan dan posing di hujung jambatan |
![]() |
| Ni pulak gambar OOTD sorang-sorang |
Dah sampai kat hujung jambatan, bermulalah aktiviti hiking dalam hutan 🤭. Kiteorang singgah di beberapa tempat untuk ambik gambar pemandangan menarik antaranya tempat bergambar sarang burung dengan pemandangan panorama hutan di belakang dan jugak pemandangan air terjun di Situ Gunung ni.
'![]() |
| Sudut bergambar berbentuk sarang burung |
![]() |
| Gambar di depan air terjun Curug Sawer dengan ketinggian 35 meter di tengah hutan |
Destinasi terakhir kami di sini ialah menaiki keranjang Sultan sekali lagi tapi kali ni merentasi sungai. Yang ini keranjang Sultan kiteorang nak naik sebenarnya, bukan yang tergantung atas langit tu! 😂 Tapi lepas dah naik yang extreme tadi, yang ni rasa macam level budak-budak pulak hihi.
![]() |
| Naik keranjang Sultan lagi tapi versi lalu atas sungai pulak |
![]() |
| Posing last sebelum bergerak balik ke tempat parking kereta |
Dengan tu, berakhirlah wisata kami di Situ Gunung. Masa ni Fanny tanya - larat lagi ke nak hiking balik ke tempat parking? Semestinya la tak! 😂 Kak Ret dengan sakit lututnya, aku dengan hari pertama dotdotdot lagi. Jadi Fanny bagi cadangan alternatif naik ojek, tapi kena bayar Rp50,000 seorang. Tanpa berfikir panjang kiteorang bersetuju sebab malas nak hiking nak balik ke tempat bermula. Dalam fikiran aku masa tu ojek ni buggy yang kiteorang naik tadi la. Oh tidakkkk, meleset sama sekali sangkaan aku! 😂
Terbeliak mata aku bila tengok naik ojek tu sebenarnya kena bonceng naik motorsikal dengan jalan berbatu-batu, berlubang-lubang dan berbukit-bukau tu ye! Lebih serammmm dari naik keranjang Sultan atas langit tadi! 😱😱 Beberapa kali aku rasa nak terjatuh ke belakang, terpaksa la berpaut sekuat-kuat hati sepanjang perjalanan. Aku yang bawak motor ni pun seram tau naik ojek ni, apa lagi Kak Retna yang first time seumur hidupnya naik motor 😅😅. Sampai je kat tempat parking terus aku bagitau Fanny, "Saya kira naik keranjang Sultan tu yang menakutkan, rupa-rupanya naik ojek lagi seram ya." Tu la pengalaman yang tak boleh dilupakan masa kiteorang berada di Sukabumi 🤣.
Seterusnya, kiteorang singgah makan di Sukabumi sebelum meneruskan perjalanan balik ke Jakarta. Kiteorang singgah makan di satu restoran yang agak popular di sana iaitu Ayam Bunut. Ni boleh baca dekat blog Kak Retna ye, cuma korang kena bersabar la baca entry yang bercampur-aduk BM dengan BI tu. Entah kenapa kerasukan laptop Kak Ret sampai dia tulis entry dalam BM tapi keluar ayat dalam BI. Dia tulis entry tu tengah-tengah malam katanya, rajin pulak hantu tu nak translate ke BI hahaha!
Anyway, perjalanan balik ke Jakarta mengambil masa 4 jam lebih sebab macet (jem) sangat! 😱 Kesian pulak dengan Raka kena drive sorang-sorang. Nak offer gilir-gilir drive tak berani sebab motor banyak dan lori-lori besar yang lalu atas jalan kampung yang sempit. Kiteorang sampai hotel dekat tengah malam (bertolak lepas Maghrib). Penat sangat-sangat tapi yang lagi penat of course la driver, si Raka. Terima kasih Raka dan Fanny dah bawak kiteorang road trip ke Sukabumi. Esoknya baru la kiteorang jalan-jalan di Jakarta pulak.
Nota kaki: Lepas ni slow sikit nak update sebab batuk aku makin menjadi-jadi pulak pulang dari Indonesia. Sampai nak terkeluar anak tekak setiap kali batuk 🤧.

















46 Comments
Yang tinggi tu keranjang langit nama nya.. yg kat sungai baru keranjang sultan... agaknya sultan x berani lalu yg tinggi tu hehe
ReplyDeleteBtw x bole lupa naik ojek... amek video pun dah ghope hape je 🤣🤣🤣
Pengalaman sekali seumur hidup kan haha
Oo igt dua2 namanya keranjang Sultan. pape pun yg lebih menyeramkan tu ialah naik ojek! 🤣 seriau kita dibuatnya hahaha
Deletebestnya kak ret... tengok aje gambar kerusi dari keranjang tu dah buat saya kecut perut.
ReplyDeleteMmg sonok sebenar nya yan tp tu la nak seronok kena la berkorban ketakutan tu hahaa
DeleteMmg kecut perut time tu. Taknak tengok bawah sbb rasa macam ditarik2 je kaki ke bawah hehe
Deletebestnya baca kisah travel u!! keranjang langit tu mcm chair lift lah kan :) memang seram kalau tinggi sgt tuuu...naik ojek pun i seram bila imagine apa yg u tulis ni! baik sgt fanny dan raka jd travel guide uolls tu!!!
ReplyDeleteAah MZ macam chair lift. Lupa pulak term nya hehe. Mmg seram giler sbb open je kan, walaupun ada pakai safety harness. Terbayang kalau kabel kerusi tu yg putus, pakai safety harness pun tak guna jugak 😅
Deletetake care carneyz. moga cepat sembuh, shafakillah
ReplyDeleteTerima kasih MZ. Alhamdulillah smlm tido lena lepas makan ubat batuk so hari ni macam dah kurang sikit.
Deletemoga cepat sembuh ya...
ReplyDeletenaik jambatan gantung tu tak gayat ke?? hihihi...
Thanks Linda. Naik jambatan gantung tak gayat, naik keranjang langit tu yg gayat hehehe
DeleteYang baca ni pun turut copot copot jantung ha...baca bab naik ojek tu terus rasa seram sejuk sekali! Ingatkan keranjang langit tu dah cukup ekstrem, rupa-rupanya ada plot twist yang lagi mendebarkan dekat hujung perjalanan ya 😂. Tapi pengalaman macam ni lah yang paling mahal dan takkan lupa sampai bila-bila bila pergi girls' trip. Apa-apa pun, semoga cepat sembuh daripada batuk ya...
ReplyDeleteIye SA... ingatkan dah habis la seram lepas turun dari keranjang langit tu, sekali kau... kena naik ojek turun naik bukit dah la ojek tu bawak macam apa je hahaha! pegang kuat2 takut tercampak jatuh dari motor 🤣 TQ atas doanya ye 😊
DeleteAdventurous betul ye... Kelakar pun ada ye, pasal ojek tu hihi.
ReplyDeleteSyafakillah 🤲🏻
TQ sis. Ye, tak sangka pulak trip ni adventure. Ingatkan santai2 menikmati pemandangan alam 🤣 dari awal sampai ke hujung la jantung tu copot2 dibuatnya hahaha!
DeleteTerima Kasih atas perkongsiannya. Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteTQ Shai...
Deleteya allah, saya masih gelaaaak kalau ingat masalah ojek ini hahahahahahahahaha... memang lah jadi core memory kalian yaaaa ;p . tapi kan saya jd noted, kalau nanti kalian ke sini lagi, dah lah memang saya akan pilih wisata yg santai saja hahahaha... kalau dah pakai ojek, apalagi di tempat wisata alam, saya coret langsung ;p
ReplyDeletetapi best lah yg keranjang langit tuh ;p. saya pun first time naik, kaki memang dah macam ubur2 hihihihihi.. lemaaaas kan... nasib baik hp saya dipegang raka... kalau tak memang tremor ;p
saya pikir kan kalian dah tahu ojek itu apa... krn saya ingat di grub ada bilang, jangan pakai rok yaa.. sebab nanti naik ojek.. susah pula hahahahahah.. apalagi kita ada liat beberapa video dari tiktok... krn rata2 naik ojek motor ke atas, saya assume kalian dah tahu hihihihii
at least kan, jarang orang malaysia main ke situ gunung :D... rata2 hanya sampai bogor :D
Emang nya kakak tau ojek itu motor cuma tidak sangka kelajuan ojek serta jalanan securam itu hahahaha.. itu kalau org yg kenal mmg ku peluk sudah hahaha tkut tercixir plak tiba² kan. Pat kan yg bawa itu tidak kenal jd terpaksa la pegang bahunya kuat².. rsnya mau mereka blk rumah bahu lebam² dipicit kami hahaha
DeleteBarangkali saya seorang je yang tak tau ojek tu sebenarnya motor. Saya fikir buggy yg kita naik mula2 tu pun ojek jugak hahaha! Jadi bila Fanny kata naik ojek balik saya terus igt akan naik kenderaan yg sama balik ke tempat parking. Sekali nohhh... ternganga bila tengok ojek tu serupa apa. Apapun pengalaman manis yang tak boleh dilupakan sebab kelakar! 🤣
Deletebtw, cepat sembuh batuknya Karniiii :) . banyak minum air hangat :)
ReplyDeleteTQ Fanny!
DeleteMenarik penuh pengalaman
ReplyDeleteKita membacanya ni terasaaa seram sejuk jga
Kalu ciknur dah tau cerita memang rela tak pegi tmpt camni he heee
Apapunnn berani la girls ni syabassss.
Hahhaha! Memang tak sangka jugak trip ni kena hiking, naik keranjang langit dan naik ojek! 🤣 kalau tau awal2 dah request aktiviti lain cik nur 🤣
DeleteAduh seram betul tu. Macam nak gugur jantung. Tapi seronok la kan pengalaman baru.
ReplyDeleteYe Cie, memang copot2 jantung kiteorg kat Sukabumi ni hehe
DeleteKalau part gantung2 tu... tak kira la buai ke, jambatan ke.... terima kasih saja lah... hahahahaa
ReplyDeleteHahaha! Saya ingatkan ni trip santai2 aje sekali kauuuu... 🤣
DeleteHahahaha boleh di banggakan diri sendiri sebab berjaya naik keranjang langit tu weyyy.. Sis orang yang takut pun jadi berani naik itu hahahahaha tapi ojek tu tak sangka pulak seram macamtu, maybe sebab jalannya tu laa naik turunbukit berbatu.. kalau amsa gi Bromo memang naik ojek tapi jalan rata.. adeiii tak sempat asjudt bontot dah jalan, nasib baik tak tertinggal belakang hahahahah
ReplyDeleteKeranjang langit tu tak seseram naik ojek kan Sislin? Hahaha!
DeleteKagum dengan Fanny, hari tu baru jer dia bawa Uncle Gedek. Adui, kalau kita dah tak larat la buat benda2 cenggini, Carneyz.
ReplyDeleteDia suka bawak geng2 blogger jalan2 kat tempat dia SK hehe
DeleteMmg adventures tu... Mmg seram kalo tempat tgi nk snap gmbr kN hp jatuh.. tp view cantik cuma kalo yg gayat rsnya gigil juga nk naik keranjang tu
ReplyDeleteYe kak, gigil tangan nak ambik gambar tu hihi
DeleteBest nya, next time lah ke Sukabumi ni. Keranjang Sultan memang asalnya seriau nak naik, tapi kalau tak naik, takkan nak menapak sorang2, ada ke jalannya. How lah nak ke seberang sana kan 😍😍
ReplyDeleteMacam tu la Kak Mulan hahaha! Tak naik tapi sayang dah jauh2 datang takkan taknak merasa naik keranjang langit tu hihi
DeleteWow!..dapat sentuhan seorang sahabat blogger Indonesia..tak rugi lah ke Jakarta kan..ada Fenny Nila yang amat baik hati..happy melihat kamu semua,..nampak sangat bahagia..alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah, dipertemukan dengan kawan2 blogger yg baik2 🥰
Deletehehe bila lagi nak rasa advanture walaupun sekadar naik ojek je😁😁
ReplyDeleteselagi boleh naik je lg pun kat sini rasanya mcm x de je keranjang sultan tu
Aah kat Malaysia belum ada benda2 cam ni kan. Naik je la dah la nak ke sini makan masa jugak haha!
Deletejauh gak ye 3 jam perjalanan dari jakarta. tapi tempatnya memang cantik! gayat pun iyee hahaha.
ReplyDeletesorryla, saya gelak baca pengalaman akak naik ojek tu sebab dah boleh bayang. ojek sana memang bawak macam kerasukan sikit hahaha
Tempatnya mmg cantik, Mazni. Terkejut masa tengok keranjang langit tu tinggi rupa2nya hehe. Ye, bila otak dah penat sangat terbayangkan ojek tu buggy yg kiteorg naik mula2 sekali kauuuuuu! Ameekkkkk! Keras kejung kat belakang tu hahaha!
DeleteCantik, next time Insyaa Allah. Memang elok beli pass VIP sebab cepat kan.
ReplyDeleteBetul kak. Pass VIP siap ada guide sekali 😄
Deletenaik pulak ojek dengan org yang kita tak kenal kan...memanglah lagi patah pinggang. Teringat dulu pernah "terpaksa" naik motor dengan abg despatch office sbb nak kejar train. Kita kejungggg je atas motor sampai lenguh pinggang
ReplyDeleteCer Ammi bayangkan jalan tu pulak berbukit-bukau, tanah tak rata dan berlubang2 😆 bayangkan kita ni duduk di hujung2 seat sambil berpaut takut terpelanting ke belakang masa part naik bukit tu hahaha!
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .