Tukar Ubat Lagi...

Nampaknya dah terlalu lama blog ni dibiarkan sepi. Kemalasan, kesibukan dan perasaan kurang sihat semuanya jadi penyumbang kepada blog ni jadi lombong tinggal. Beberapa job yang datang untuk buat paid review pun terpaksa aku tolak sebab buat masa sekarang aku tengah fokus untuk memperbaiki kesihatan diri-sendiri dulu.

Bercakap tentang kesihatan, hari ni aku pergi temujanji susulan lagi dengan endocrinologist. Aku rasakan ubat yang diberikan belum cukup serasi atau kurang sesuai dengan badan aku sebab tekanan darah aku masih lagi tinggi. Kali pertama Dr Sakinah ambik bacaan lepas aku duduk depan dia, terus dia komen, "Cuti sekolah ni wad kosong kalau bacaan awak macam ni (182/102)." Aku gelak nervous je, mujur bacaan kedua dan ketiga turun sikit, cuma masih tinggi (150/95). Aku pun dah tak tau nak buat apa sebab aku dah turun 4kg, jaga makan dan berpuasa dan kerapkan pergi bersenam di gym dengan harapan bacaan tekanan darah aku makin menurun tapi masih lagi tak terkawal. 

Jadi hari ni dia bagi aku ubat lain pulak. Harapnya ubat yang baru ni lebih sesuai. Tak sangka nak kawal tekanan darah lebih susah dari kawal gula dalam darah. Alhamdulillah setakat ni bacaan gula dalam darah aku masih elok. Nak jaga tekanan darah tu je yang masih lagi fail. Rasa seriau mengenangkan risiko tekanan darah tinggi ni sebab baru-baru ni dalam group kawan-kawan uni aku ada kawan yang share tentang 2 orang kawan sekelas kiteorang yang dah meninggal dunia, salah seorangnya asbab strok. Umur awal 40-an. Jadi no choice, nak sihat memang kena ubah lifestyle

Aku doakan kawan-kawan yang lain sihat walafiat semuanya. Pesanan penaja buat adik-adik yang masih muda umur 20-an dan 30-an tu, start jaga makan dan kawal stress dari sekarang ye. Jaga kesihatan dari awal sebab bila dah sampai umur 40-an, akan mula nampak kesannya bila tak jaga makan dan tak kawal stress. 


Jenuh menunggu giliran setiap kali ada appointment dengan Dr Sakinah

Kisah Handphone Jatuh dan Sarapan Pagi di Breakfast Spot

My mom baru sampai dari Sarawak Sabtu lepas jadi pagi semalam kakak aku ajak keluar sarapan. Mula-mula kiteorang plan nak pergi ke Restoran Haslam di Jalan Pahang. Anak-anak tak nak ikut jadi aku dan Suami Terchenta decide naik motor sebab kat situ susah nak parking.

Perangai aku sejenis yang tak suka bawak handbag jadi handphone aku sumbat dalam poket je. Tak sedar bila jatuh tapi nampaknya jodoh aku dengan handphone tu panjang lagi sebab bila kiteorang dah dekat nak sampai, ada van ambulans kat belakang yang dok hon-hon kiteorang. Ingatkan sebab nak suruh bagi laluan tapi rupa-rupanya pemandu ambulans tu ternampak handphone aku jatuh dan dia tolong kutip dan kejar kiteorang untuk pulangkan handphone tu. Alhamdulillah, syukur sangat 💕.

Sampai di Restoran Haslam, penuh pulak. Jadi kiteorang pun tukar plan - kali ni ke Breakfast Spot sebab dah lama tak ke sana. 

Mula-mula ingatkan Breakfast Spot pun penuh tapi nasib baik dekat tingkat atas kosong jadi kiteorang duduk dekat tingkat atas. Yang best nya, takde orang lain yang duduk di tingkat atas. Sambil kiteorang tunggu pesanan makanan, ada persembahan live lagi. Betul-betul rasa chillax je sambil breakfast sambil layan persembahan lagu-lagu lama (mak la yang beriya-iya request lagu Beautiful Sunday, Yesterday oleh kumpulan Beatles, Suatu Masa dari M. Nasir dan Getaran Jiwa oleh P Ramlee).


Breakfast Spot KL
Layan persembahan live sambil bersarapan

Breakfast Spot KL
Hari Ahad yang chillax

Breakfast Spot KL
Sarapan aku - French omelette, salad, baked beans, smoked salmon, mushroom ragout dan sourdough toast

Breakfast Spot KL
Sarapan Suami Terchenta - seafood chowder

Lepas sarapan, Suami Terchenta hantar aku balik sebelum dia turun ofis sebab boss panggil masuk ofis hujung minggu tu. Hmm. Jadi pekerja IT macam tu la, weekend pun kadang-kadang kena bekerja.  Weekend korang pulak macamana?

London (Day 4) - Perjalanan ke London Luton Airport

Sambungan dari:



Hari terakhir di London. Pagi tu kiteorang bangun awal walaupun flight pukul 2.30 petang, sebab dapat alert yang a few train services will be disrupted disebabkan pekerja railway services tengah buat mogok. Malam tu aku tanya host Airbnb macamana nak ke London Luton Airport, katanya kena naik metro dari London Bridge station dan tukar platform ke Luton Airport.

Nasib baik kiteorang keluar awal sebab dekat stesen London Bridge tu pun kiteorang dah sesat barat. Dekat Google Maps lain pulak cadangannya, kena naik tube ke St Pancras International dan naik Luton Airport Express ke London Parkway station. Disebabkan tak jumpa platform ke Luton Airport kiteorang pun decide ikut cadangan Google Maps je takut tak sempat sampai ke Luton Airport.


St Pancras International
Masa ni tengah sesat cari platform ke London Luton Airport

Dari King's Cross kiteorang pergi ke St Pancras International dan kena beli tiket tren dari mesin tiket. Kalau tak silap aku, dalam 17.30 pound seorang. Sia-sia je topup kad Oyster huhu. Lepas beli tiket tren, baru kiteorang perasan tren akan berlepas dalam 10 minit lagi. Dah satu hal pulak nak berkejar ke platform dekat tingkat atas, dengan lif rosak lagi. Mak ai, aku rasa nak pecah jantung masa ni berlari sebab tren seterusnya kena tunggu setengah jam! Memang tak sempat la ke airport sebab naik tren pun dalam 45 minit kalau tak silap.


Christmas decoration
Gambar selingan je - rak buku yang disusun macam pokok Krismas

Memang betul-betul rasa macam dalam movie Mission Impossible sebab kena berlari sekuat-kuat hati nak kejar tren, lari sampai rasa nak pecah paru-paru! Aku dah tak sempat toleh kiri kanan dengan harapan anak-anak dan Suami Terchenta tak berjalan lenggang-kangkung kat belakang, terus naik tren dan berjalan ke gerabak ekonomi. Dalam seminit lepas tu, terus tren gerak. Baru aku toleh ke belakang nak tengok anak-anak dan Suami Terchenta sempat ke tak naik tren 😆. Alhamdulillah semua sempat naik walaupun termengah-mengah jugak la dengan pakai jaket tebalnya lagi!


Thameslink
Tiket ke Luton Airport
 

Walaupun bukan waktu puncak, tapi tren penuh giler sampai kiteorang terpaksa berdiri di gerabak kafe. Nasib baik tak bawak beg besar gedabak, kalau tak lagi rasa macam dalam tin sardin. Bila sampai di Luton DART Parkway station, kiteorang kena tukar tren naik DART tren pulak ke London Luton Airport.


Luton DART Parkway
Masa ni baru sempat ambik gambar hehe

Luton DART Parkway
Barrier gate nak naik tren DART pulak

Luton DART Parkway
Tren ni memang berdiri je, takde seat sebab 4 minit je pun jarak dari stesen ni ke London Luton Airport

Luton DART Parkway
Dah sampai kena menapak pulak ke airport

Luton DART Parkway
Naik escalator dan sampai ke airport

Sampai di Luton Airport, kiteorang terus ke kaunter daftar masuk. Untuk penumpang dari luar Eropah, lepas dapat tiket kena pergi ke kaunter lain untuk pemeriksaan passport. Dah setel urusan di kaunter, barulah gerak ke barisan pemeriksaan beg yang panjang giler. Ada dekat 20 minit kot kena beratur. Nasib baik ada banyak masa lagi. 

First thing kiteorang buat ialah cari surau. Surau dekat situ kecik je, ruang solat lelaki dengan perempuan tutup dengan room divider yang kecik. Ruang solat perempuan muat seorang je jadi kena gilir-gilir solat. Lepas tu tempat ambik wuduk pulak takde air, kena cari tandas untuk ambik wuduk. Tapi itulah pengalaman unik di negara orang kan. Kita kena bersyukur dekat Malaysia surau kita luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan berwuduk.

Alhamdulillah kali ni flight kiteorang tak delay. Disebabkan perbezaan zon waktu, kiteorang sampai di Istanbul pukul 9.30 malam. Dari Istanbul Airport, Suami Terchenta book Uber ke Sisli iaitu tempat penginapan kiteorang yang seterusnya. Dalam RM50+ harga Uber tapi dapat teksi besar dan selesa so berbaloi la.