Kat Sini Pun Boleh Ya, Kiera?

Salam Jumaat kawan-kawan,

Kucing rumah ni walaupun tak seaneh kambing yang aneh, tapi kadang-kadang boleh buat aku garu kepala jugak dengan telatah dieorang. Contoh ye, contohhhhh:


Kiera
Tertidur atas kabinet tv

Ada banyak tempat yang lebih selesa dalam rumah ni untuk landing tidur, tapi ruang sempit atas kabinet TV ni jugak la jadi tempat dia nak tidur! 😅

Tengok la kepala tu sampai tersengguk ke bawah sebab tak muat nak letak atas kabinet, tapi tetap la tidur dengan nyenyaknya di situ 🙂‍↔️. Nasib baik tulang kucing ni fleksibel, kalau tak bangun-bangun terus sakit leher ye, Kiera?

P/S: Mesti semua tak sabar nak berhujung minggu kan? Weekend ni dah penutup Syawal, tapi masih ada lagi event raya. Surau kondo kiteorang pun akan buat potluck raya Ahad ni bersamaan 1 Zulkaedah. Aku volunteer nak bawak mac n cheese tapi bila tengok karipap pusing kayangan dekat blog Mamatisya ni, tetiba teringin pulak nak order karipap ni 😬. Tengok la nanti hari kejadian macamana.

Post a Comment

14 Comments

  1. Kucing sik lalek mok tidur siney.bahkan kata orang keja kucing senang jak, makan, tidur dan berak hehehe

    ReplyDelete
  2. Untunglah siapa yang hadiri majlis surau Puan Carneyz boleh rasa karipap pusing kayangan.

    ReplyDelete
  3. Kucing ni kan cecair, tempat sempit la yang dia suka duduk kadang berebut nak duduk tempat sempit, kadang rela berhimpit, hihi. Menarik jugak Mac & cheese tapi karipap pusing pun sedap juga.

    ReplyDelete
  4. asalkan nyenyak tidur hahaah hari ni dh 28 syawal, so esok lah syawal terakhir utk thh ni kan...i tak de jemputan raya pun, cuma ahad ni nak gi hi tea for my ariff's bday tu

    ReplyDelete
  5. kucing yang pemalu.. lansung taknak beramah mesra dia ya... thehehehe

    ReplyDelete
  6. kucing ni memang pelik, ada je perangai pelik dan tidak senonoh dia tu.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Kucing yang pemalu. Takut keduanya lari bila ada ramai orang datang rumah.

    ReplyDelete
  8. tengok Kiera rindunya pada Daisy&Amber..nak ambil kucing lain rasa macam belum terbuka lagi pintu hati,tapi bila tak ada kucing ni rasa sunyi

    ReplyDelete
  9. Kiera jom kawan ngan Brown jom...hahahaah....SA weekend kat Kuantan...xde dah jemputan..eh ada..rumah aunty kami kat Ampang...tapi tu la x dapat join adik beradik dan kazen sebelah suami..SA dah booked hotel kat Kuantan..next week la ada birthday Uncle plak kat Le Meridien KL...

    ReplyDelete
  10. Hihii itu la namanya kucingg
    Sukaa benau pelik2 kan
    Lg sempit lg dia sukaa ha haa
    Umah ciknur dlm almari baju pun jd tmpt tidur

    ReplyDelete
  11. Samalah macam budak2 kat dlm rumah ni.. kalau dah ngantuk tang situ juga diorang tidur hahahahaa

    ReplyDelete
  12. minggu ni pnutup raya tapi still tiada panggilan open house hahaha..

    ReplyDelete
  13. kucing sy dulu pun gitu juga. cari tempat yg sempit spt iron board utk tdo. tp ia dah mati nov lps..

    ReplyDelete
  14. Kucing kitorg suka tidur atas side table, habis bunga² & bekas² kaca dihimpit & ditolak² ke tepi. Dah la mok, nak juga tidur situ 😂

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .