Salam kawan-kawan,
Ingatkan dah takde lagi la entry pasal makanan dekat kampung tapi bila aku check balik galeri gambar dalam phone aku rupa-rupanya ada satu lagi makanan yang aku belum story-mory kat sini ðŸ¤.
![]() |
Nasi lemak dan kuih peneram |
Dulu masa aku bekerja di Bintulu, setiap pagi sebelum hantar anak-anak ke sekolah aku akan singgah di sebuah gerai tak jauh dari kawasan rumah aku untuk membeli sarapan dan bekal untuk anak-anak (kalau aku tak sempat nak prepare bekal dieorang). Aku bawak bekas tupperware siap-siap untuk letak kuih-muih buat bekal anak-anak ke sekolah dan aku akan ambik sebungkus nasi lemak untuk sarapan aku di ofis.
Perbandingan Nasi Lemak di Sarawak dan di Semenanjung
Nasi lemak di Sarawak berbeza sikit dengan nasi lemak di Semenanjung dari segi rasa dan aroma nasinya dan sambalnya. Selalunya nasi lemak dibungkus dalam plastik macam kat dalam gambar ni, dan bukan dalam daun pisang. Lauknya rata-rata sama je - ada sayap ayam goreng, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus dan ikan masin bulu ayam (dekat sini kiteorang gelar ikan gonjeng).
Di Semenanjung, aroma nasi lemaknya semerbak wangi dengan bau santan, dekat tempat aku nasi lemaknya takde aroma dan kurang berlemak. Sambal nasi lemak dekat sana pulak kurang pedas dan manis-manis sikit.
Kalau tanya aku prefer nasi lemak yang mana, aku akan jawab dua-dua versi nasi lemak aku suka. Kebanyakan kawan-kawan asal Semenanjung yang bekerja di Sarawak pulak semestinya lebih suka nasi lemak versi Semenanjung sebab dah terbiasa dengan aroma santan nasi lemak dan sambal yang lebih pedas.
Kuih Peneram vs Kuih Penyaram
Kuih dalam gambar ni mesti korang kenal kan? Kuih peneram ni salah satu kuih favourite aku. Antara kuih peneram dan kuih penyaram gula apong (kuih tradisional Sarawak), aku lebih suka kuih peneram sebab rasanya kurang berminyak. Cara-cara dan bahan-bahan membuat kuih peneram dan kuih penyaram pun lebih kurang sama. Kedua-dua kuih menggunakan tepung beras sebagai salah satu bahannya. Kuih peneram menggunakan gula merah yang direbus dengan air sampai mendidih sebelum ditapis dan dicampurkan ke dalam tepung beras. Kuih penyaram pulak menggunakan gula apong dicampurkan ke dalam adunan tepung beras dan tepung gandum. Kemudian kedua-dua adunan kuih peneram dan kuih penyaram ni perlu direhatkan selama beberapa jam. Adunan kuih peneram akan menjadi keras tapi adunan kuih penyaram agak cair. Kedua-duanya digoreng dalam kuali menggunakan minyak masak. Kesimpulannya asas kedua-dua kuih ni lebih kurang sama iaitu guna tepung beras dan gula nira, sebab tu rasanya pun lebih kurang sama.
Boleh tengok cara-cara membuat kuih peneram dan kuih penyeram dekat video ni:
Resipi kuih peneram:
Resipi kuih penyaram gula apong:
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .