Progress Larian #4

Hari ni rajin pulak nak buat 2 entry hihi.  Entry kali ni nak update progress larian dalam bulan puasa ni. Sebenarnya takde progress sangat pun, sekadar nak memastikan stamina aku maintain jangan KO pulak lepas bulan puasa.

Aku tak terus mula berlari sebab badan aku ambik masa jugak nak adjust dengan puasa ni. Hari ke 6 berpuasa baru aku rasa ada tenaga sikit nak turun ke gym. Hari ke-4 berpuasa aku mula dengan strength training ikut video senaman kat YouTube. Oh ya, aku subscribe channel seorang pempengaruh ni - Chloe Ting nama dia. Senaman dia ringkas dan sesuai untuk beginners dan orang-orang yang sakit lutut macam aku hehe. Cuma korang kena tahan mata sikit la sebab pakaian dia seksi sikit 🫣 (PT perempuan memang selalunya seksi agaknya sebab nak bagi motivasi dekat kita untuk dapatkan figure badan macam dia kot hihi).

Biasanya aku pergi berlari selepas aku siap memasak untuk berbuka puasa dan sebelum masuk waktu Maghrib. Aku akan pastikan aku habis memasak pukul 5.30 petang lepas tu terus tukar baju dan turun ke gym dekat bawah.

Sebab apa aku pilih waktu ni? Alasan aku ialah lepas workout dah hampir waktu berbuka puasa. Lepas tu bila azan Maghrib berkumandang je, terus boleh teguk air. Selalunya aku akan teguk air kosong sejuk. Fuuhhh... nikmat betul! Boleh habis setengah liter air sebelum menjamah makanan. Secara tak langsung, boleh kawal portion makan jugak.

Con pulak - waktu ni memang kena lawan habis-habisan rasa lemah tak bermaya tu sebab tenaga dah mula dropped. Tapi bila dah buat warm up, rasa lemah tak bermaya tu auto hilang.

Aku buat saranan Anies iaitu buat warm up kaki agak lama iaitu 30 minit (berjalan atas treadmill dengan inclination 12 - setting paling tinggi). Alhamdulillah, setakat ni ok lagi buat solat terawih tak sakit lutut. Shin splint tu pun towards the end of the run baru terasa.


workout
24 Februari - larian pertama bulan puasa ni

30 minit berjalan kaki selalunya cover jarak 1km. Lepas heart rate dah naik, aku akan tukar mod berlari pulak. Aku lari santai-santai je atau dalam terma sekarang, lari leha-leha. Pace larian aku tak selaju hari-hari biasa, sebab aku taknak la sampai terpitam pulak. Tapi aku make sure aku dapat 3km baru stop. Walaupun 3km je tapi lencun jugak ye tuala muka dengan tudung aku haha.


workout
25 Februari - larian kedua, pace naik sikit tapi maintain 3km

workout
26 Februari - larian ketiga, ada tenaga sikit jadi tambah la 100m

Ada orang pilih buat workout selepas berbuka puasa (sebelum / selepas solat terawih). Tapi jadual aku kurang praktikal nak workout waktu ni sebab biasanya lepas berbuka dan solat Maghrib, aku dan Suami Terchenta akan turun ke surau kondo untuk solat Isyak dan terawih. Lepas terawih, aku kena supervise dan tolong anak-anak buat kerja rumah pulak. Jadi tak dan aku nak turun ke gym lepas solat terawih. Orang yang masih single atau belum ada anak boleh la kot buat cara ni, sebab korang akan dapat bakar kalori makanan masa berbuka puasa tu.


terawih
Turun berdua sebab weekdays anak-anak ada online tuition jadi dieorang akan solat Isyak dan terawih di rumah je

Ada member komen - wah, kurus la lepas puasa nanti. Aku cuma aminkan je haha. Sebab aku ni ada PCOS jadi metabolisme badan aku susah nak naik. Ibarat makan sebiji nasi menjadi sepulau lemak 🤣. Alhamdulillah ada la jugak penurunan tapi tak sebanyak orang yang metabolisme nya sihat. Sebab tu aku taknak letak harapan tinggi sangat akan kurus masa raya nanti 🤭. Fokus kekalkan stamina, tu je dalam otak aku sekarang.

Semoga kawan-kawan yang lain pun dipermudahkan usaha menjalani gaya hidup sihat! Caiyok! 💪🏻

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .