Me Time

Salam Jumaat kawan-kawan,

Aku ni kan, sejenis homebody, maksudnya aku prefer duduk rumah dari keluar rumah haha. Kalau orang tanya aku - tak bosan ke jadi suri rumah? Jawapan aku - tak. Kebanyakan masa aku memang suka habiskan di rumah buat hal sendiri. 

Tapi kadangkala aku akan keluar jugak just to break the monotony. Macam Isnin lepas, aku keluar me-time lepas hantar Khadeeja ke sekolah. Tak jauh pun, dekat Sunway Putra je. Tu pun sebab aku rasa macam nak buat pedicure memandangkan dah lama tak pergi.


pedicure
Pergi masa weekdays best sebab salon selalunya kosong je takde customer lain

Dah setel pedicure, aku pergi cuci mata pulak dekat Kaison, N.A.E Kitchenette, Brands Outlet etc. Dekat Kaison aku jumpa pewangi bilik yang sumpah, sedap giler bau dia! Bau ala-ala lobi hotel / shopping mall:


kaison
Pewangi bilik di Kaison - terus sambar sebotol sebab aku jatuh cinta dengan baunya yang macam di lobi hotel 😍

kaison
Tertarik jugak dengan framed art ni tapi malas nak angkut bawak balik

Dekat N.A.E Kitchenette pulak aku hampir-hampir tergoda nak beli mangkuk kecik yang comel-lote ni tapi mujurlah akal masih waras lagi hahaha!


N.A.E Kitchenette
Mur-mur je tau! Boleh buat mangkuk sup

N.A.E Kitchenette
3 biji RM10 - berbaloi tu.

Tetiba teringat nak beli tuala muka untuk bawak masa jogging / workout di gym. Jadi singgah di Home's Harmony beli tuala muka. Beli satu tuala muka berharga RM5+ je (ada promo). Tak ambik gambar sebab ada salesman kat sebelah, segan pulak sis 😆.

Akhir sekali, singgah di pasaraya Mercato untuk beli - alamak, lupa aku beli apa tapi barang dapur la. 


Mercato
Rambang mata bila lalu bahagian buah-buahan ni

kurma Palestin
Ni saja la aku nak tunjuk kurma dari Palestin - aku dah check memang confirm dari Palestin dan bukan label je Palestin tapi dari ladang kurma Israhell. Aku beli sekotak kecik sebelum 1 Ramadhan lepas memang sedap kurma Medjool ni tapi tak berapa sesuai untuk orang yang nak jaga diet

Keluar dari Sunway Putra hampir-hampir pukul 2.30 petang jadi boleh terus ambik Khayla balik dari sekolah. Berakhirlah me-time aku yang simple tapi fulfilling 😄. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Post a Comment

2 Comments

  1. Menarikkkkk yg room spray tek.. klak carik juak... kaison nang best k cuci mata... mun dpt semua jak mok embak balit tp ya lah sine nk engkah nak? mangkuk ya nang kaccccccc.... sabar sabar.. bln posa oi

    ReplyDelete
  2. seronok jugak me time jalan sorang2 weekdays shopping mall lengang sikit ramai orang bekerja. tak menyesal ke tak borong mangkuk tu. hihihhi. geram nengok tu cantik2.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .