Bersambung kisah staycation Hari Pekerja. Petang tu kiteorang keluar mencari tempat makan di sekitar kawasan hotel. Malas nak pergi jauh-jauh sebab petang tu hujan renyai-renyai. Kalau boleh nak makan terus balik ke hotel. Khayla tak nak ikut sebab dia masih mengantuk, jadi kiteorang pergi bertiga je.
Bila ternampak Piccadilly Cafe ni, terus teringat Piccadilly Circus di London 😅. Kafe pun nampak menarik dan lokasi memang tak sampai 10 minit dari hotel.
 |
| Design kafe macam kat London. Marilah kita cuba... |
Ruang dalam kafe ni nampak estetik, kombinasi rekabentuk moden dan lama sebab lantainya masih lagi mengekalkan jubin asal. Kafe ni ada dua tingkat dan kiteorang pilih untuk duduk di tingkat atas (sebab aku curious nak tengok bahagian atas hihi).
 |
| Ruang makan di tingkat bawah |
Ternyata tak sia-sia gigih menaiki tangga ke atas sebab bahagian atas lebih lawa dan vibe kafe di London. Ada dua bahagian kat ruang atas ni yang dipisahkan oleh archway dinding bata kelabu tapi ruang belah dalam tu tak bukak.
 |
| Ruang makan yang elegant dengan lantai kayu, meja kayu, kerusi rotan vintage dan lampu bebola besar seakan-akan bulan penuh |
Menu kat sini lebih kepada makanan barat tapi ada jugak menu lokal iaitu ayam rendang dan ayam penyet. Tapi kebanyakan menunya ialah hidangan luar negara.
Aku decide nak pesan risotto, Suami Terchenta pulak nak makan blackpepper chicken dan Khadeeja pilih menu fish & chips. Ternampak tiramisu jugak dalam menu ni so aku order jugak tiramisu (aku suka sampling tiramisu dan bandingkan tiramisu mana yang paling sedap). Untuk minuman pulak, aku pesan niki neko matcha latte yang menjadi kegilaan budak-budak gen Z sekarang ni, manakala Suami Terchenta pesan honey lemon panas dan Khadeeja pesan chocolate frappe.
Ni gambar makanan dan minuman yang kiteorang pesan:
 |
| Niki neko matcha latte (RM14), honey lemon (RM10) dan chocolate frappe (RM16) |
 |
| Italiano truffle mushrooms risotto dengan scallop (RM44.90). Risotto ni nampak je macam muntah kucing tapi sedap ye! 😂 |
 |
| Fish & Chips (RM29.90). Portion tak besar, just nice |
 |
| Blackpepper chicken (RM26.90). Sos blackpepper tu sedap. |
 |
| Tiramisu deluxe (RM21). Rasa klasik tiramisu, light dan tak terlalu manis. Approved 👍🏻 |
 |
| Takeaway beef lasagna untuk Khayla (RM26.90) |
Kafe ni jugak ada pelbagai jenis pastri dan kek yang nampak sedap tapi tak cuba sebab dah kenyang. Mungkin lain kali boleh datang mencuba pastri kat sini jugak.
 |
| Pastri dan kek di kafe ni |
Overall makanan kat sini menepati citarasa aku tapi harganya agak keras 🤪. Mungkin harga lepas convert dari GBP kot! 🤣 Dinner kiteorang malam tu lebih dari RM200 (hidangan risotto tu paling mahal!). Sekali-sekala boleh la, tapi kalau kerap sangat bankrap Suami Terchenta dibuatnya huhu. Semoga rezeki Suami Terchenta melimpah-ruah boleh selalu belanja makan kat tempat-tempat macam ni, Ameen YRA 🤲🏻.
Piccadilly Cafe
Alamat: 62&64, Jalan Tun Perak, City Centre, 50500 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam (setiap hari)
4 Comments
Tengok rupa kedai dari luaran pun dah boleh faham harganya.
ReplyDeleteTapi ok je bayar mahal sebab semuanya memuaskan hati.
Tiramisu tu menggoda sungguhlah.
Kita kalau suka satu-satu makanan tu, kalau jumpa mesti rasa wajib beli. Teringat-ingat pulak kalau tak cuba 😄
Rissoto tu macam seram nak makan Carneyz....hahaha...kalau fish and chips tu ok....interior dalam ni nampak lawa la.
ReplyDeleteCantiknya dekorasi Piccadilly Cafe ni, patutlah teringat London, vibe dia memang sebijik! Walaupun harga dia agak 'keras' sikit, tapi kalau makanan semua sedap dan kena dengan selera, memang berbaloi sekali-sekala belanja keluarga. Tiramisu dia pun nampak menggoda betul. Semoga murah rezeki Suami Carneyz selalu belanja makan kan...
ReplyDeletebole feel2 kt london la mkn kt cafe ni..terliur tgk tiramisu tu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .