Balik-balik je dari staycation terus flu... adeh. Nampak tak Covid ni jahat? Dulu aku ambik vaksin influenza 2 tahun tak kena flu tapi sejak kena Covid walaupun dah ambik vaksin pun tetap kena jugak. Cumanya alhamdulillah tak seteruk sebelum ambik vaksin influenza buat pertama kali. Yes, aku ni memang mudah kena flu dan bila kena je demam dan batuk berhari-hari, sakit kepala, bersin sampai rasa nak tercabut hidung... Tu sebelum vaksin la. Lepas vaksin simptom-simptom tu cuma hidung berair, sakit tekak dan batuk sikit-sikit, demam-demam manja je la habis cerita. Kesimpulannya jagalah kesihatan musim hujan ni. Kalau ada plan nak bercuti di negara musim sejuk, ambik flu shot sebagai langkah berjaga-jaga.
Eh, melalut pulak. Anyway ni throwback je tau. Sebab tak sihat, duduk je la diam-diam kat rumah. Tapi still kena update blog jugak hehe. Nak tulis panjang-panjang pasal staycation anniversary + birthday belum ada mood lagi.
Aku terjumpa kafe ni Kooky Plate ni secara tak sengaja 3 minggu lepas masa berjalan-jalan di kawasan Chow Kit. Nama pun dah menarik so automatik kaki aku pun melangkah masuk ke dalam meninjau apa yang ada.
|
Bangunan kafe dari luar |
Dalam kafe ni comel dan minimalis. Bila masuk, terasa vibe chillax macam kafe kat Korea dan Jepun gituh. Suasana santai dan sesuai la kalau nak outing berdua dgn BFF sambil catch up on life's update masing-masing sebab kafe ni tak bising. Tapi aku rasa nak ajak BFF aku Nurul ke sini mungkin kurang sesuai sebab dia havoc orangnya hahaha! Tempat ni lebih sesuai kalau buat life reflection dengan BFF Zura yang jenis chillax je tu.
As a cafe, tempat wajib singgah dan tengok ialah kaunter kek dan pastries. Aku tengok tak banyak sangat option yang ada, lebih kepada cheese cake dengan pelbagai perisa. Bila aku Google, rupa-rupanya menu kat sini lebih fokus kepada makanan berat (main courses) berbanding pencuci mulut.
|
Antara pilihan kek yang ada |
Kooky Plate ni sebenarnya ialah
spin-off dari Kooky Cream Bakery di Bangsar. Kek dan pastries di kafe ni sama dengan apa yang dijual oleh Kooky Cream Bakery. Boleh tengok jenis kek dan harganya kat
sini.
End up bungkus Korean strawberry shortcake untuk Khadeeja peminat strawberry dan Biscoff cheesecake untuk Khayla peminat biskut Biscoff. Aku pun tumpang rasa kek dieorang, boleh tahan la. Dari segi harga, bagi aku agak mahal. Total RM33+ untuk 2 potong kek ni. Korang rasa berbaloi ke nak repeat ke sini dan cuba makanan berat dieorang?
Kooky Plate16, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur.
Tutup Isnin
Selasa - Jumaat (11AM – 10PM)
Sabtu & Ahad (8.30AM – 10PM)