Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Jalan-Jalan Kuching (Part 2)

Bersambung dari sini:

Esok paginya, cuaca elok walaupun mendung. Jadi boleh la meneruskan agenda dalam itinerary aku.


Kuching
Selamat pagi Kuching!

Destinasi #4: Mee Sapi Hj Salleh @ Sepinang Sari

Selepas Subuh, aku dan Suami Terchenta terus pergi ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant untuk bersarapan mee sapi Hj Salleh. Kafe ni dibuka dari pukul 6 pagi dan kalau lambat memang lama la tercongok menunggu meja kosong. Anak-anak taknak ikut sebab masih syok bergulung dalam selimut. Lagi la senang nak dapat meja bila pergi berdua je hihi. Tapi hampir-hampir nak jegil mata jugak bila ada pakcik ni yang baru datang tiba-tiba nak tarik kerusi dekat meja yang kiteorang tengah tunggu untuk dikemas. Nasib baik pekerja kafe tu bagitau pakcik tu yang meja tu kiteorang dah tunggu. Terus pakcik tu tak jadi makan kat situ, dia bungkus bawak balik je. Agaknya dia malas nak menunggu tak pun dia termalu dekat kiteorang hehe. 

Pukul 6.30 pagi lagi kafe dah penuh dan orang mula beratur menunggu meja kosong. Kalau hujung minggu lagi la panjang barisan. Tips aku kalau nak ke sini, kena datang sesudah Subuh, Insha Allah tak perlu beratur.


Sepinang Sari
Done craving mee sapi Hj Salleh! Macam biasa aku pilih daging + tendon dan Suami Terchenta pulak pilih mee sapi daging je

Lepas sarapan, kiteorang balik semula ke hotel dan Suami Terchenta sambung join meeting (cuti pun kena join meeting 😮‍💨). Mujur kiteorang dapat late check out pukul 2 petang. Jadi sempat la solat jamak dulu di hotel sebelum check out.

Tengahari lepas check out, kiteorang jalan-jalan cari makan di restoran yang terletak tak jauh dari hotel.

Destinasi #5: Ceylonese Restaurant

Ni pun salah satu restoran yang popular di Kuching. Specialty dekat sini ialah banana leaf briyani dan jugak cheese naan dengan cheese melimpah-ruah!


Ceylonese Restaurant
Pemilik restoran ni orang Sri Lanka tapi menetap di Kuching dan membuka restoran makanan dari Sri Lanka / India

banana leaf briyani lamb shank
Banana leaf briyani lamb shank (RM30). Bila tengok harga, ingatkan portion besar jadi pesan satu je. Sekali sampai, sikit je rupa-rupanya. Rasa briyani ni sedap dan ada aroma daun pisang. Disajikan dengan condiment yang unik dan berbeza dari briyani Pakistan / India

best cheese naan in Kuching
Nasib baik pesan cheese naan triple extra extra tarik naan (RM28) ni jugak. Roti naan nya besar! Memang tarik cheese tu tak putus-putus. Cheese melimpah-ruah dan portion besar, kalau pesan ni kena kongsi beramai-ramai nak habiskan. Kiteorang berempat makan pun tak habis dan kena bungkus bawak balik.

Seterusnya ialah agenda jalan-jalan di Kuching Waterfront pulak. Memandangkan parking di tepi waterfront penuh, kiteorang pun parking dekat Sarawak Plaza dan berjalan kaki ke Waterfront. Tengah menapak tu, eh eh! Boleh pulak aku kena berak burung! Terpaksa la singgah di tandas awam cuci tudung yang terkena najis burung tu. Hmm... redha je la!

Destinasi #6: Kuching Waterfront

Tak sah jalan-jalan di Kuching kalau tak ke Waterfront. Umpama pergi ke KL tapi tak singgah ke Menara Berkembar PETRONAS. Haa gitu la 😅.

Sebenarnya sebelah malam tempat ni lagi cantik dan happening tapi kiteorang tak sempat nak stay sampai ke malam sebab nak gerak balik ke kampung Suami Terchenta. Jalan-jalan siang hari pun ok jugak cuma tak dapat la nak tengok pertunjukan musical fountain dekat sini.


Kuching Waterfront
Bangunan Astana iaitu kediaman rasmi YDP Negeri Sarawak. Ia dibina pada tahun 1870 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua sebagai hadiah perkahwinan untuk isterinya

DUN Sarawak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Rekabentuk bumbung bangunan ni diinspirasikan dari rekabentuk terendak Melanau 

Jambatan Darul Hana
Pemandangan dari jambatan Darul Hana yang merentasi Sungai Sarawak

Kuching Waterfront
Pangkalan Sapi

Perahu tambang
Balik tu, kiteorang saja bawak anak-anak naik perahu merasai pengalaman menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi ke Pangkalan Batu di seberang

Destinasi #7: Minum Petang di Commons Cafe & Restaurant

Tak jauh dari Kuching Waterfront, ada sebuah bangunan lama yang dulunya dikenali sebagai the old court house (bangunan mahkamah lama) pada zaman penjajahan Rajah Brooke. Sekarang ni, ia menempatkan kafe, restoran, bar dan Muzium Ranee, menjadikannya tempat yang mesti dikunjungi untuk penggemar sejarah dan penggemar makanan.


Commons Cafe & Restaurant
Dah puas berjalan, jadi singgah untuk minum petang di sini

Commons Cafe & Restaurant
Dekorasi dalam kafe mengekalkan ciri-ciri klasik dari zaman Inggeris dulu

Kiteorang cuma pesan sepotong kek vanilla with salted caramel cream (kalau tak silap) sebab masing-masing masih kenyang lagi. Kafe ni memang popular dengan kek yang sedap. Adik ipar aku kata spaghetti kat sini pun sedap. Mungkin lain kali boleh cuba.


Commons Cafe & Restaurant
Minum petang di Commons

Lepas minum petang di sini, barulah kiteorang bergerak balik ke kampung Suami Terchenta. Kalau dah sampai di kampung, nak ke Kuching lagi tu agak tipis la peluangnya 🤭. Tapi hujung minggu tu tiba-tiba sepupu aku mesej tanya nak jalan-jalan ke? Maka... bersambung di entry seterusnya iaitu kisah menjadi pelancong di negeri sendiri 😆. Stay tuned!

Jalan-jalan Kuching (Part 1)

Salam Khamis kawan-kawan!

I'm back! Ada yang rindu tak? Hehe. Sebenarnya hari Selasa lepas dah sampai rumah tapi biasalah sokseksoksek unpacking, cuci baju kotor bawak balik blablabla last-last tangguh dulu la update blog ni. Setel kan dulu apa-apa yang patut disetel, barulah senang hati nak duduk ngadap laptop update tentang kisah cuti balik kampung ni.

Done celoteh, marilah meneruskan penceritaan kisah balik kampung ni. Kiteorang bertolak hari Selasa 2 Disember, naik Batik Air KUL-KCH pukul 7.20 pagi. Memandangkan flight awal pagi dan kiteorang akan berada di Sarawak selama seminggu, kiteorang pun buat perbandingan sama ada nak naik Grab dari rumah atau drive ke: 1. Putrajaya Sentral dan naik KLIA transit; 2. parking di LTCP (Long Term Car Park) KLIA.

Akhirnya kiteorang decide untuk drive sendiri ke parking LTCP di KLIA sebab itulah option yang paling murah dan senang (RM108). Kalau naik Grab, sehala je dah RM70+. Kalau park dekat Putrajaya Sentral Park & Ride (total 7 hari RM106), kena beli tiket KLIA transit pulak (tambah lagi RM20+). Dari LTCP, kiteorang naik bas perantara percuma ke bangunan terminal KLIA1 dan KLIA2.

Sampai di KLIA pukul 6 pagi dan kiteorang terus masuk ke balai berlepas untuk menunaikan solat Subuh dekat dalam departure hall. Selesai kewajipan, kiteorang sempat mengalas perut makan nasi lemak bungkus sebelum ke pintu perlepasan. Pukul 7 pagi, boarding dan berlepas.

Dalam Batik Air tak disediakan makanan kecuali untuk penumpang yang dah membuat tempahan makanan. Memandangkan kiteorang memang plan nak tidur sepanjang flight, jadi takde la beli makanan dan tak boleh la review makanan Batik Air 😅.


Batik Air Malaysia
The journey begins!


Flight kiteorang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching on time. Setakat ni aku berpuas hati naik Batik Air Malaysia sebab selalu on time, jarang-jarang la delayed. Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kiteorang tunggu suami sepupu aku datang hantar kereta. Kebetulan suami sepupu tu pun nak travel esoknya, jadi dia bagi je kiteorang guna kereta dia untuk jalan-jalan di Kuching dan bawak balik ke kampung Suami Terchenta di Samarahan sampai dia pulang dari outstation.

Destinasi pertama kiteorang sepatutnya ialah ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant untuk mee sapi Haji Salleh, tapi masa nak set Waze ke sana, rupa-rupanya kafe tu tutup setiap hari Selasa! Lorhhh... Lupa nak check part yang tu. Takpelah, kita set lokasi ke Mom's Laksa je la pagi tu, esoknya baru la sarapan mee sapi Haji Salleh. No hal punyalah!

Destinasi #1: Kafe Mom's Laksa


Mom's Laksa
Mom's Laksa

Dah lama aku tak jejak kaki ke Mom's Laksa. Rupa-rupanya dah banyak berubah! Dah ada kuih, dessert dan pastri!


Mom's Laksa
Mata anak-anak terus bersinar-sinar tengok pelbagai jenis pastri dan kuih di Mom's Laksa

Kafe Mom's Laksa ni memang tak asing lagi di kalangan orang Kuching dan jugak pelancong. Yang pasti, kalau ke sini jangan lupa memesan hidangan popular di sini iaitu laksa Sarawak dan jugak nasi aruk ikan terubok masin. Portion kedua-dua hidangan ni agak besar bagi aku. Aku suka kuah laksanya yang pekat dan sambal laksa pun sedap jugak. Kalau ada daun ketumbar, then perfect la laksa tu bagi aku (tapi laksa kat sini takde letak hirisan daun ketumbar, mungkin sebab daun ketumbar susah nak dapat dekat Sarawak).


laksa Sarawak
Nasi aruk ikan terubok masin dan laksa Sarawak

Destinasi #2: Borneo Cultures Museum


Borneo Cultures Museum
Borneo Cultures Museum

Kiteorang dah berjanji dengan Khayla sebelum ni yang kiteorang akan bawak dieorang ke Borneo Cultures Museum sebab kali pertama pergi dulu, dieorang tak sempat habis melawat ke semua pameran dalam muzium (muzium tutup pukul 5 petang dan kiteorang pulak sampai pukul 3 petang masa tu). Kalau ke sini, korang wajib allocate setengah hari dalam muzium ni je sebab muzium ni ada 5 tingkat! Dah la besar, setiap pameran tu pulak interaktif jadi pengunjung bukan setakat baca penerangan yang terpampang tapi boleh dengar audio, tengok wayang dan berinteraksi dengan pameran yang menggunakan teknologi sensor. Kalau bawak budak-budak, memang dieorang akan seronok belajar sejarah tentang Borneo di sini sebab boleh tengok, pegang, dengar dan berinteraksi. 

Memandangkan aku dah pernah pergi ke British Museum, Natural History Museum di London dan Van Gogh Museum di Amsterdam, aku boleh katakan Borneo Cultures Museum ni setanding atau mungkin lebih canggih dari muzium kat luar negara 😄. Walaupun korang mungkin bukan peminat muzium, tapi pendapat aku, korang pun akan rasa Borneo Cultures Museum ni menarik untuk dilawati. Boleh baca lebih lanjut tentang muzium ni dekat entry aku sebelum ni.


Borneo Cultures Museum
Antara replika asal / tiruan yang dipamerkan di Borneo Cultures Museum. Tengkorak manusia (gambar atas hujung kanan) tu kalau tak silap, tengkorak sebenar ye.

Destinasi #3: Top Spot Seafood Food Court

Selesai jalan-jalan di Borneo Cultures Museum, kiteorang check in di hotel Pullman. Malam tu pulak aku dah berjanji dengan adik dan sepupu-sepupu aku untuk makan malam di Top Spot.


Top Spot Seafood Food Court
Top Spot Seafood Food Court

Top Spot terletak di tingkat 6 bangunan UTC Kuching. Dari hotel Pullman, kiteorang berjalan kaki je sebab jaraknya tak sampai 5 minit dah sampai. Tempat ni popular dengan pelbagai gerai menjual makanan laut segar dan makanan yang terkenal di Sarawak seperti sayur midin belacan, oyster omelette, linut, ayam pansuh dan lain-lain lagi.


Sarawak cuisine
Lauk-pauk yang kiteorang pesan malam tu - sayur cangkuk manis (pucuk manis) telur, sotong salted egg, udang butter, oyster omelette, ketam masak sweet & sour, ikan siakap kukus berkicap dan sayur midin belacan 

Total semuanya RM289.30. Not bad la. Minuman pulak aku tak tau berapa sebab sepupu aku yang belanja.


cousins
Aku dan sepupu-sepupu (muka pun dah dekat-dekat seiras kan? 😅)

Top Spot Seafood Food Court
Happy tummy, happy family hihi. Alhamdulillah licin semua yang dipesan, rasa tak membazir bila semua makanan habis dimakan


Alhamdulillah, ada rezeki berkumpul dengan sepupu-sepupu trip kali ni. Selalunya tak sempat nak jumpa sebelum aku balik ke kampung Suami Terchenta. 

Good food. Great company. With that, we retired to bed happy. Bersambung kisah jalan-jalan Kuching esoknya di entry yang lain pulak 😄

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Jalan-jalan di Zaandam (Bahagian 1)

Kita kembali dengan siri jalan-jalan ke Eropah Musim Panas ☀️.

Sebelum tu boleh follow siri ni dari awal dekat entri sebelum ni:


Hari kedua di Amsterdam dihabiskan dengan bersiar-siar di luar bandar Amsterdam. Dari Amsterdam Central, kiteorang menaiki tren ke Zaandam. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 12 minit dan harga tiket tren pulak ialah €3 sehala.

Sedikit later belakang tentang Zaandam. Ia ialah sebuah bandar di Belanda yang terkenal dengan seni binanya yang unik, yang sering menyerupai "bandar Lego kehidupan sebenar," dan berdekatan dengan Amsterdam. Ia adalah bandar utama perbandaran Zaanstad di wilayah Holland Utara, yang terletak di sungai Zaan, dan merupakan destinasi lawatan sehari yang popular kerana lokasinya boleh diakses dengan menaiki tren. Tarikan utama termasuk kawasan Zaanse Schans yang bersejarah, yang menampilkan kincir angin dan rumah bersejarah, dan Hotel Inntel, yang terkenal dengan reka bentuk yang bertindan dan berwarna-warni.

OK jom aku bawak korang jalan-jalan di Zaandam 😄:


Zaandam
Keluar dari stesen tren Zaandam terus nampak tulisan besar ni

Zaandam
Bangunan di sini betul-betul macam bangunan LEGO 😅

Zaandam
Bangunan rumah canal di sepanjang terusan di sini

Bandar ni terkenal dengan seni bina modennya, dengan banyak bangunan yang mempunyai rupa yang tersendiri, berwarna-warni dan seperti mainan Lego sehingga mendapat jolokan sebagai “real life LEGO City”. Setiap sudut tempat ni memang cantik kalau nak ambik gambar estetik.


Zaandam
Tingkap atas bumbung yang berwarna-warni

Zaandam
Kalau dah sampai sini wajib la ber posing bagai 🤭

Zaandam
Posing dengan kasut clog iaitu kasut tradisional masyarakat di negara Belanda ni

Dalam banyak-banyak bangunan di sini, bangunan yang paling unik ialah Hotel Inntel yang terkenal dengan reka bentuk yang bertindan dan berwarna-warni.


Zaandam
Hotel Inntel. Harga semalam boleh tahan mahal jugak la, lepas campur cukai dan caj lain, harganya mencecah RM600+ semalam. Tapi kalau setakat nak merasa pengalaman duduk di hotel ni boleh je cuba

Zaandam
Hotel ni sengaja direka bentuk seakan-akan bangunan rumah yang disusun bertindan. Mengingatkan aku dengan Howl’s Moving Castle 😄

Zaandam
Pemandangan hotel ni dari dekat

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Zaanse Schans, kiteorang singgah bersarapan pagi di Bagels & Beans, tak jauh dari stesen tren Zaandam.


Zaandam
Kafe Bagel & Beans

Bagel & Beans
Aku pesan hot chocolate (€3.75) dengan whipped cream (+€0.50) dan Mozzarella di Bufala vegan bagel (€7.75)

Kafe ni menawarkan beberapa jenis roti bagel (white, sesame, whole wheat, tomato-raisin, vegan dan everything). Cream cheese tu pun boleh pilih jugak (plain, chives, Thai sweet chili, walnut-honey, pesto & sundried tomatoes) dan kesemuanya ialah vegan cheese. Total sarapan pagi di sini ialah €12.

Dah setel isi perut, moh ler kita gerak ke destinasi seterusnya. Ke manakah? Tunggu next entry ye 🤭

Cuti-cuti Balik Kampung!

Insha Allah esok kiteorang akan balik kampung seminggu menghabiskan cuti tahunan Suami Terchenta 🤭. Walaupun sekolah dah tak buat aktiviti pembelajaran lagi, aku tetap buat surat tak hadir ke sekolah memaklumkan guru kelas yang kiteorang bercuti balik kampung untuk direkodkan dalam rekod kehadiran pelajar. Kadang-kadang kesian dengan cikgu kelas kena tagih alasan tak hadir dalam group whatsapp sebab segelintir mak ayah senyap je tak maklumkan ketidakhadiran anak-anak ke sekolah. Sepatutnya mak ayah kena cakna dengan peraturan sekolah iaitu kalau anak-anak tak dapat hadir ke sekolah, kena buat surat atau serahkan MC kalau anak tak sihat. Bukannya senyap gitu je.

Eh, terbebel pulak kat sini 😝.

Sambung cerita balik kampung. Sebelum balik ke rumah mertua di kampung, kiteorang nak staycation semalam di Kuching sebab Khayla dah lama teringin nak melawat Borneo Cultures Museum. Masa kiteorang pergi ke muzium ni tahun 2023, kiteorang tak sempat melawat pameran di tingkat 4 dan 5 gara-gara kesuntukan masa. Jadi kalau korang ada kesempatan ke muzium ni, aku sarankan korang rancang masa sehari suntuk di muzium ni.

Dan tentulah kalau di Kuching wajib la singgah JJCM (jalan-jalan cari makan)! Dah berangan-angan nak breakfast mi sapi Haji Salleh di Sepinang Sari, malamnya pulak makan seafood di Topspot dan esok pagi sebelum gerak ke kampung, singgah makan laksa Sarawak di Mom's Laksa!


Tripit
Itinerari staycation di Kuching dalam aplikasi TripIt

Kakmim, kat mana lagi tempat makan yang boleh selitkan dalam itinerari ni? Cer share sekejap 😄. Kalau sempat dan ada kelapangan, boleh la berjumpa jugak (tapi kalau tak dapat pun, aku faham sebab hari bekerja kan).

Nota kaki: Harap-harap ofis Suami Terchenta tak buat meeting mengejut, menangis tak berlagu pulak nanti sebab tiket dan hotel semua dah dibayar 🥹.

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Amsterdam Hari Pertama

Salam Isnin kawan-kawan,

Bersambung cerita jalan-jalan ni dari sini:


Trip ke Amsterdam ni sebenarnya tak de dalam perancangan awal kiteorang tapi disebabkan tiket penerbangan dari Amsterdam ke KL lebih murah dari tiket penerbangan London - KL, maka Amsterdam ni pun menjadi salah satu destinasi yang dilawati. And it was worth it! Sebelum ni aku ingatkan Amsterdam ni tak de apa-apa yang menarik tapi sangkaan aku meleset sama-sekali. Amsterdam ialah bandar yang sangat cantik, dan vibe nya pun tak macam London dan Paris. 

Di Amsterdam, orang tempatan dan pelancong tak tergesa-gesa nak ke mana-mana (kecuali bila naik basikal je dieorang suka bawak laju2 haha), dan waktu lunch kebiasaannya dieorang beli lunch dan duduk lepak di tebing terusan. Dekat sini kiteorang merasai suasana yang lebih santai berbanding di London dan Paris.


Canals of Amsterdam
Pemandangan orang lepak di tebing terusan ni sambil menikmati makan tengahari dan melihat angsa berenang ialah sesuatu yang biasa di Amsterdam

Pemandangan yang menarik di Amsterdam semestinyalah pemandangan terusan di sekitar Amsterdam. Ke mana-mana kiteorang pergi pasti disajikan dengan pemandangan ni:


Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #1 (Canals of Amsterdam)

Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #2

Canals of Amsterdam
Pemandangan terusan Amsterdam #3

Bak kata kawan aku Susan, "Kita akan tengok canal hari-hari sampai nak termuntah!" 😂. Sebabnya kat mana-mana je akan jumpa jambatan 😅. Oh ya, Amsterdam ialah bandar yang mesra pejalan kaki. Jadi kiteorang jarang-jarang naik metro / tram. Sudahnya dekat Amsterdam ni kiteorang berjalan lebih dari 20 ribu langkah setiap hari. Kalau dekat Malaysia pun macam ni confirm kurus dah tahun depan 😜.


Amsterdam
Laluan pejalan kaki yang luas memudahkan kita berjalan kaki ke mana-mana

Tapi kalau malas jalan kaki, boleh je sewa basikal cuma kiteorang malas sebab: A, kiteorang geli-geleman tengok orang kat sini bawak basikal laju-laju; B, takut basikal kena curi dan kena bayar ganti rugi; C, susah nak tengok map kalau bawak basikal.


Amsterdam
Aku snap gambar basikal ni sebab comel dihiasi dengan kepingan Lego

OK, sambung cerita dari entry sebelum ni. Sementara tunggu bilik kiteorang ready, kiteorang pergi cari tempat makan yang terdekat. Kiteorang singgah makan di St. Paul's sebab ada diskaun dekat aplikasi TheFork. 


St. Paul's
St. Paul's. Aku pesan vegetarian food dekat sini


Lepas makan, kiteorang bersiar-siar di sepanjang terusan Amsterdam. Terusan Amsterdam (Canals of Amsterdam) tersenarai dalam salah satu tapak warisan UNESCO pada tahun 2010. Ianya dibina pada Zaman Keemasan Belanda (Dutch Golden Age) 400 tahun dulu. Dekat Amsterdam ni ada 100 buah terusan dan 1500 jambatan. Sebab tu la Susan kata by the time kiteorang balik, kiteorang akan naik muak tengok terusan dan jambatan sebab itu je la pemandangan trademark Amsterdam! 😂 

Pukul 3 petang hotel mesej bagitau bilik dah siap. Kiteorang balik ke hotel untuk angkut beg naik ke bilik dan aku pulak nak solat jamak. Lepas tu sepatutnya sambung jalan-jalan ke tempat yang jauh sikit dari hotel tapi end up kawan-kawan aku je yang pergi sebab aku penat dan mengantuk giler, jadi aku buat keputusan tinggal di bilik untuk berehat sementara kawan-kawan aku pulak keluar bersiar-siar.

Bila bangun dari tidur, aku tengok kawan-kawan aku masih belum pulang. Memandangkan hari masih terang lagi, aku pun buat keputusan keluar sorang-sorang bersiar-siar menikmati pemandangan bandar Amsterdam. Masa ni aku banyak ambik gambar bangunan-bangunan menarik dan bersejarah di sekitar Amsterdam, antaranya:


Amsterdam
Posthoornkerk. Asalnya dibina sebagai sebuah gereja yang penting di Amsterdam pada abad ke-19 dengan rekabentuk neo-gothic oleh arkitek Pierre Cuypers, orang yang sama mereka Rijksmuseum dan Amsterdam Central Station, kini ianya diubah menjadi sebuah bangunan untuk mengadakan event / exhibition

Amsterdam
Westerkerkchurch - sebuah gereja Protestan yang dibina pada abad ke-17. Menara gereja ni ialah menara gereja tertinggi di Amsterdam dengan ketinggian 87 meter.

Magna Plaza
Magna Plaza - asalnya ialah sebuah ibu pejabat Pos Amsterdam, ianya sekarang menempatkan pusat membeli-belah

Amsterdam Tulip Museum
Amsterdam Tulip Museum yang mempamerkan pelbagai jenis bunga tulip untuk peminat-peminat tulip


tram track
Pemandangan bandar Amsterdam

Masa aku tengah berjalan-jalan tu, ternampak sebuah restoran Indonesia, iaitu Long Pura. Aku pun tanyalah pekerja kat situ sama ada restoran ni halal, dia kata ya. Jadi aku pun decide untuk makan malam di restoran tu sebelum balik ke hotel. 

indonesian restaurant
Ada macam-macam lauk yang aku dah tak ingat nama, tapi yang atas sekali tu ialah sate ayam dengan kuah kacang yang sedap.  Total dinner aku ialah €31.

Itu je la cerita jalan-jalan di Amsterdam hari pertama. Hari kedua kiteorang keluar dari bandar Amsterdam untuk ke beberapa lokasi menarik. Stay tuned!

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris/Amsterdam

Kita kembali dengan siri jalan-jalan ke Eropah musim panas!

Sambungan dari sini:


Mula-mula sekali, aku nak minta maaf la ye sebab entry kali ni memang banjir dengan gambar-gambar 😅. Sila jangan muntah hijau tau korang hihi.


Day 7 - Amsterdam.

Kiteorang ke Amsterdam menaiki tren Eurostar. Sebelum check out dari tempat penginapan, kiteorang singgah di Maison Bayat tak jauh dari apartment kiteorang untuk membeli pastri buat alas perut dalam tren. Maison Bayat ni ialah bakery yang terkenal di kalangan pelancong Muslim sebab makanan kat sini halal. 


Maison Bayat
Maison Bayat

Paris
Last pemandangan Paris sebelum bertolak ke Amsterdam

Paris
Harap-harap dapat jejakkan kaki ke Paris lagi

Gare du Nord
Posing dulu depan tren Eurostar yang kiteorang naik ke Amsterdam

Tren Eurostar ke Amsterdam berlepas dari stesen Gare du Nord pada pukul 8.05 pagi. Harga tiket tren ni dalam RM336 seorang. Dari pengalaman aku, better naik tren dari naik flight sebab tak payah nak beratur untuk pemeriksaan imigresen dan cop passport. Rasa lebih seamless travel dalam Eropah berbanding di Asia.


Eurostar
Dalam tren

Paris
Hasil memborong di Maison Bayat. Pastri di Paris kat mana-mana pun sedap 😋

Eurostar
Aku beli hot chocolate dekat kafe dalam Eurostar ni, siap dapat coklat

Perjalanan dari Paris ke Amsterdam mengambil masa hampir 4 jam. Sepanjang perjalanan tu, aku ambik peluang untuk tidur sebab rasa tak cukup tidur sepanjang trip ni 😅. 

Finallyyyyy sampai jugak ke Amsterdam Centraal, stesen keretapi utama di Amsterdam. Lebih kurang KL Sentral kita la, cuma bangunannya klasik European architecture. Lawa uolss!


Amsterdam Centraal
Amsterdam Centraal

Amsterdam Centraal
Dalam bangunan Amsterdam Centraal

Amsterdam ialah bandar yang sangat cantik. Nama Amsterdam berasal dari perkataan sungai "Amstel" dan perkataan "dam" empangan. Asalnya, Amsterdam ialah sebuah kampung nelayan yang terletak di kawasan berpaya. Kampung ni selalu dilanda banjir disebabkan kedudukannya di muara Sungai Amstel. Disebabkan kerap banjir, jadi penduduk di situ pun buat empangan atas sungai ni pada kurun ke-13. Akhirnya nama Amsterdam tu pun melekat sampai sekarang.


Amsterdam
Kagum dengan kecantikan bandar Amsterdam sebaik je keluar dari Amsterdam Centraal

Basilica of Saint Nicholas
Ni ialah laluan tram. Di Amsterdam, mod pengangkutan yang popular ialah basikal (fiets), tram, metro dan feri (boleh naik secara percuma!)

Basilica of Saint Nicholas
Basilica of Saint Nicholas di belakang kafe & restoran Loetje 

Dari Amsterdam Centraal, kiteorang berjalan kaki ke hotel sebab jarak hotel dalam 700 meter je dari stesen keretapi. Dekat Amsterdam, korang kena berwaspada dan sentiasa peka dengan sekeliling sebab orang-orang kat sini bawak basikal laju giler! Kita pejalan kaki kena alert dengan bunyi loceng basikal. Dekat sini, basikal lebih banyak dari orang ye 😂. Penduduk Amsterdam memang lebih suka berbasikal ke mana-mana dari bawak kereta.


Amsterdam
Pemandangan ikonik di Amsterdam - terusan, bot, cathedral dan bangunan canal house atau grachtenpanden

Sepanjang di Amsterdam, kiteorang menginap di Quentin Arrive Hotel. Harga untuk 4 malam ialah RM559 seorang. Murah kan? Tapi kenapa murah? Sebab takde lif! 😂 Kalau korang bawak luggage besar dan berat, bersedia la kena mengangkut beg naik tangga yang sempit. Tu la yang terjadi dengan dua orang member aku tu. Memang kena bekerjasama angkut beg naik.

Tapi dari segi bilik ok je. Kiteorang ambik bilik untuk 3 orang, jadi dapat katil seorang satu. Bilik air dia besar dan ada water heater. Dan paling best, ada kipas meja! Kalau tak azab weyh, berkicap dalam bilik tu! 🥵 Dekat Eropah susah nak cari hotel / penginapan yang ada aircond melainkan duduk di hotel yang mahal.


Amsterdam
Bilik hotel Quentin Arrive untuk 3 orang (kredit foto: Jen)

Disebabkan kiteorang sampai lebih awal dari waktu check-in, jadi kiteorang kena tinggalkan luggage dekat luggage storage room dulu sementara tunggu bilik kiteorang ready. Sementara tu, kiteorang keluar jalan-jalan cari makan dulu.


Amsterdam
Lorong kecil di sebelah hotel kiteorang

Bersambung di entry seterusnya...