Sambungan dari siri jalan-jalan di Eropah musim panas ☀️:
- Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Stopover di Istanbul
- Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Welcome back to London!
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London Hari Ke-2
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London/UK Hari Ke-3
- Jalan-Jalan Ke Eropah Musim Panas: London/Paris
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Chateau de Versailles
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris (Bahagian 1)
- Jalan-Jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Paris (Bahagian 2)
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris/Amsterdam
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Amsterdam Hari Pertama
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Jalan-jalan di Zaandam
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Jalan-jalan di Zaanse Schans
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Amsterdam Hari Ketiga
Entry kali ni aku buat ringkasan aktiviti kiteorang sepanjang di Amsterdam yang aku belum cover lagi dalam entry sebelum ni. Sebab aku sendiri pun dah macam - alahai, bila nak habis cerita jalan-jalan ni? 😂
Aktiviti #1: Jalan-jalan di Bloemenmarkt (Floating Flower Market)
Bloemenmarkt ialah satu-satunya pasar bunga terapung di dunia dan terletak di sepanjang terusan Singel. Dekat sini, kita boleh jumpa deretan gerai menjual pelbagai jenis bunga, benih bunga dan cenderahati. Gerai-gerai ni sebenarnya berada atas tongkang (barge) yang dari luar nampak macam kedai sebenar. Floating Flower Market ni dah wujud sejak tahun 1862, masa tu penjual bunga membawa bunga-bunga dari luar bandar ke Amsterdam menggunakan tongkang. Kalau kita datang pada musim bunga boleh la beli bunga tulip hidup dan segar, tapi memandangkan kiteorang pergi pada musim panas, jadi takde rezeki nak tengok bunga tulip hidup. Yang ada dijual di pasar ni ialah benih bunga tulip. Tapi bunga-bunga hidup yang lain ada, dan boleh dibeli di sini.
![]() |
| Jalan menuju ke Bloemenmarkt |
![]() |
| Suasana di Bloemenmarkt |
![]() |
| Terapi mata... |
Aktiviti #2: Jalan-jalan di Albert Cuyp Market
Albert Cuyp Market ni ialah street market terbesar di Amsterdam. Dekat sini kita boleh jumpa makanan tempatan, produk segar (fresh produce) dan cenderahati. Tapi masa kiteorang sampai ni dah lewat dan dan tak banyak gerai yang ada. Jujurnya aku rasa best lagi pergi ke pasar malam dekat Malaysia 😅. Lagi meriah dan happening! Makanan pun lagi sedap kat pasar malam kita. Malaysia kan memang terkenal sebagai syurga makanan? 😜
Aktiviti #3: Mencuba Makanan Viral di Amsterdam
Kalau ke negara Belanda, tak sah la kalau tak cuba stroopwafel sebab ni antara makanan dieorang yang terkenal. Dan dekat Stroopperie ni dieorang siap letak topping lagi dekat stroopwafel. Kalau korang jenis yang tak makan benda manis, mungkin tak suka stroopwafel ni sebab tanpa topping pun dah manis leting dengan filling karamel antara lapisan wafel tu.
Satu lagi street food di Amsterdam yang menjadi tumpuan pelancong di sini ialah friet (kentang goreng) dengan pelbagai pilihan sos. Kentang goreng dekat sini besar-besar tau saiznya. Kiteorang ambik Flemish fries large, lepas tu menyesal sebab tak dapat habiskan 😅. Sedap ke? Erm. Selera masing-masing kot. Bagi aku biasa je, dan sedikit masin.
Oh ya, kalau sampai di Amsterdam Schiphol Airport, jangan lupa beli chocolate chip cookies ni dekat Het Koekemannetje. Biskut dia sedap giler ok! Lebih kurang sama dengan Monster Cookie dekat New Zealand tapi dengan lebih rasa coklat.
![]() |
| Chocolate chip cookies di Het Koekemannetje |
Aktiviti #4: Minum Petang Santai di Tebing Terusan
Kebanyakan pelancong dan orang tempatan di sini suka lepak di kedai-kedai terletak di tebing terusan. Sambil minum kopi / bir (bagi yang bukan Muslim), sambil tu layan view di tebing terusan ni. Suasana yang chillax di sini buatkan kita rasa healing betul dapat minum petang sambil menikmati suasana di sini.
![]() |
| Minum petang di tebing terusan |
Aktiviti #5: Naik Canal Cruise Menikmati Pemandangan Di Sekitar Amsterdam
Aktiviti terakhir di Amsterdam ialah menyelusuri terusan di Amsterdam menaiki bot cruise. Tiket kiteorang dah siap-siap beli online dan cuma kena pergi ke kaunter untuk ambik tiket fizikal.
![]() |
| Kiteorang menggunakan perkhidmatan Lovers Cruise, tapi sebenarnya ada banyak je service provider yang lain |
Sepanjang cruise tu, pemandu pelancong merangkap jurumudi bot akan menerangkan pemandangan atau bangunan di sepanjang terusan. Tapi sebab microphone dia tak berapa jelas sangat ditambah pulak dengan cuaca yang panas berbahang, jadi aku tak fokus sangat dengan penerangan dia.
Tour ni mengambil masa sejam kalau tak silap aku.
Dengan tu tamatlah kisah jalan-jalan di Eropah musim panas! Tak sangka aku dapat menghabiskan siri ni sampai hari terakhir di Amsterdam 🤣. Apapun semoga bermanfaat buat korang yang ada plan nak ke London, Paris atau Amsterdam.
Balik tu, kiteorang naik Malaysia Airlines tapi disebabkan transit di Doha, jadi first leg of the journey tu kiteorang naik penerbangan Qatar Airways (code sharing dengan MAS kot).
Di Doha, kiteorang cuma transit beberapa jam je, kalau tak boleh la explore Doha jugak 😂. Tapi memandangkan masa tu musim panas, suhu di Doha terasa lebih panas dari di Eropah! Keluar dari shuttle bus nak masuk kapal terbang pun dah terasa bahangnya, sedangkan masa tu baru pukul 9 lebih kalau tak silap.
![]() |
| Kapal terbang Qatar Airways |
![]() |
| Hamad International Airport, Doha |
![]() |
| Masa ni dah penat giler, tengah tunggu nak boarding second leg flight MAS DOH-KUL pulak |
Aku rasa ni trip fun dan chillax (walaupun kena berjalan 20k langkah sehari dan kadang-kadang kena berlari-lari nak kejar tren / bas / kapal terbang) 😂. Pengalaman ni mungkin tak boleh nak repeat lagi tapi kalau ada rezeki, Insha Allah aku nak repeat tapi mungkin tempat lain pulak.
TQ to my travel buddies, Jen & Susan sebab buatkan pengalaman ni jadi seronok dan penuh dengan gelak tawa! Dan sanggup teman aku cari tempat solat walaupun kena menapak jauh dalam keadaan masing-masing kepenatan. Korang memang best la! Until next time!
![]() |
| Vacation dah habis! Semua buat muka nangis! 🤣 |


















0 Comments:
Post a Comment
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .