Pengalaman Ambik Darah di Klinik Kesihatan

Hujung tahun lepas aku decide nak jumpa doktor di klinik kesihatan je instead of teruskan jumpa pakar di hospital swasta. Masa tu doktor bagi tarikh untuk ambik darah bulan April dan untuk jumpa dengan pengurusan diabetes bulan Mei.

Pungpangpungpang, akhirnya tibalah masa pergi ke klinik kesihatan sekali lagi untuk ambik darah. Sepatutnya kena ambik minggu lepas tapi aku mintak tukar tarikh ke minggu ni memandangkan minggu lepas aku masih lagi berpuasa enam.


klinik kesihatan KL
Pandangan sisi bangunan klinik kesihatan KL

Macam sebelum ni, perkara pertama lepas sampai ialah beratur untuk ambik nombor giliran. Pagi tadi ramai betul orang agaknya sebab aku pergi pukul 8.30 pagi memang peak hour.  Aku tunjuk kad temujanji klinik dan staff bertugas terus bagi nombor giliran di kaunter daftar ambik darah. Actually part ni aku confuse sikit sebab aku ingatkan kena bayar dekat kaunter tapi ambik darah tak payah bayar rupa-rupanya. Kalau pergi hospital swasta, ambik sampel darah dan air kencing je dah melayang dekat RM200 😬. 


Nombor giliran aku pagi tadi. Masa aku dapat nombor ni, baru sampai giliran 0018V yang dipanggil. Makanya duduk la aku menunggu di ruang yang disediakan selama sejam (nasib baik ruang menunggu ni selesa, ada aircond dan banyak tempat duduk 👍🏻)

Ada dua kaunter untuk ambik darah

Bila nombor giliran aku naik, aku pergi ke kaunter dan serahkan kad temujanji doktor. Tu je. Takde mintak IC bagai. Mintak IC masa aku daftar as pesakit luar bulan Disember lepas je. Lepas tu staff di kaunter suruh pergi ke unit pengambilan darah. Di kaunter unit pengambilan darah, serahkan kad temujanji dekat nurse yang bertugas dan tunggu lagi nombor giliran untuk masuk ke bilik ambik darah.

Alhamdulillah kali ni takde la kena menunggu sampai sejam lagi. Dalam 10 minit dah dipanggil nama dan diberikan kad nombor giliran ke bilik ambik darah.

Masa ambik darah tu, nervous jugak sebab aku dah lama tak ambik darah. Kali terakhir aku buat ujian darah ialah pada bulan Mei tahun lepas so dah dekat setahun la tak ambik darah! Masa menunggu giliran tu, aku asyik teringat pengalaman kena cucuk jarum oleh doktor pelatih di HKL. Cucuk sana, cucuk sini tak berjaya jugak jumpa uratnya sampai bengkak tangan aku beberapa minggu 😵‍💫. Bila sampai giliran aku, rasa lega sebab yang ambik darah kali ni ialah nurse. Tu pun cucuk lengan sebelah kiri tak berjaya draw blood (maka bersabarlah aku bila dia alih jarum tu beberapa kali sebab nak cuba jugak tarik darah keluar tapi masih tak berjaya). Last-last aku offer tukar lengan kanan pulak (alhamdulillah, berjaya kena dekat urat!). Kalau dia suruh cucuk belakang tapak tangan, awal-awal aku reject sebab urat belakang tapak tangan aku halus bebenor, cuma doktor pakar je yang terer jumpa vein dekat belakang tapak tangan aku setakat ni.


Luar bilik ada kerusi menunggu jugak tapi syukur tak perlu tunggu lama sangat sebelum nombor giliran dipanggil

Dah setel ambik darah, kena ambik sampel air kencing pulak. Mula-mula kena pergi ke kaunter di bahagian belakang untuk ambik botol sampel lepas tu pergi ke toilet. Bila dah selesai, tinggalkan botol tu dalam peti besi dekat toilet tu. Senang, tak payah bawak ke kaunter.

Akhirnya selesai la proses ambik sampel darah dan air kencing. Next visit minggu depan baru result keluar dan jumpa doktor sekali. Berdebar rasanya nak tau result HbA1c aku yang latest, maklumlah lepas raya dah melantak macam-macam huhu. Harapnya kidney function aku tak merosot dari result sebelum ni 🤲🏻. Ish, risaunya!

Macam sebelum ni jugak, aku berpuas hati dengan perkhidmatan di Klinik Kesihatan KL sebab fasiliti cukup baik, banyak tempat duduk di ruang menunggu dan staff semuanya baik, profesional dan mesra 🫰🏻. Cuma kena menunggu lama sikit je la. Kat hospital swasta pun sama jugak sebenarnya, kena menunggu giliran. Cuma result boleh terus dapat hari yang sama, tu je bezanya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Laaa boleh sama plakk ekk update Sis untuk harini cerita pengalaman pi klinik kesihatan hehehehe.. yang penting tujuan kita sama Karni.. moga sihat selalu

    ReplyDelete
  2. moga baik baik je resultnya nanti

    ReplyDelete
  3. saya paling tak suka bab cucuk2 ni huhu. dulu pernah ambil darah sekali je seumur hidup, eh tau2 tercolapse pulak. pastu kena marah dgn nurse hahaha.
    saya cepat pening bila ambil darah xD

    ReplyDelete
  4. Dah tiba masa utk check up ye.... adoi sama la giliran kita hari jumaat ni.. debo plak kali ni kena stress test lagi. Rs badan mcm menaik je ni haha berat nak jalan :D ghisau itwr....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .