Ni sambungan dari pengalaman aku berurusan dengan LHDN di KL untuk bertanya tentang cara-cara isi e-filing (e-BE) bila dah jadi surirumah tapi ada hasil sewa rumah (walaupun hasil tu cukup untuk cover loan rumah je). 

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, berikut adalah senarai penuh jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai:

  • Perniagaan atau profesion
  • Penggajian
  • Dividen
  • Faedah (kecuali faedah deposit bank)
  • Diskaun
  • Pengutipan sewa
  • Royalti
  • Premium
  • Pencen
  • Anuiti
  • Prasyarat, termasuklah tuntutan bil, kad kredit syarikat, pinjaman daripada syarikat, tajaan keahlian kelab, tajaan yuran tusyen kanak-kanak, pemandu peribadi dan sebarang manfaat yang diberikan oleh majikan anda yang boleh ditukarkan kepada bentuk tunai.
(Sumber: imoney.com)

Jadi berdasarkan ni walaupun aku tak bekerja tapi aku masih lagi kena failkan cukai pendapatan dan isytiharkan pendapatan sewa rumah di Bintulu tu.

Mungkin tak ramai yang buat benda ni sebab fikirkan bukan banyak mana pun hasil sewa tapi kalau LHDN check ada income yang tak diisytiharkan, tak pasal-pasal daripada tak dikenakan cukai sekiranya declare kepada kena denda paling kurang RM1000 dan boleh cecah RM10,000 sebab tak declare

Anyway, selepas aku pun pergi ke cawangan LHDN di Menara Olympia, Jalan Raja Chulan aku diberikan jawapan yang diberikan sangat tepat dan terperinci tentang cara-cara declare pendapatan sewa rumah. Aku kongsi di sini untuk rujukan:

Persediaan:

  1. Muat turun borang HK-4 : Butir-butir Harta / Aset dan Jumlah Sewa.
  2. Sediakan segala dokumen berkaitan perbelanjaan ke atas rumah sewa:

    • Penyata pinjaman bank tahun cukai (kalau rumah masih dengan pinjaman bank)
    • Penyata bayaran insurans ke atas rumah (kalau ada ambik insurans berasingan dari masa buat pinjaman rumah)
    • Resit-resit pembayaran cukai taksiran/pintu dan cukai tanah/petak
    • Resit-resit pembayaran membaiki kerosakan rumah
    • Resit-resit pembayaran yuran maintenance rumah


Cara-cara mengisi borang HK-4:

Langkah pertama, kena isi maklumat pembayar cukai dan maklumat rumah yang disewakan termasuk berapa bayaran sewa dikenakan kepada penyewa untuk sepanjang tempoh tahun kena cukai. 
Langkah 1: Isikan maklumat pembayar cukai (tuan rumah) dan senaraikan rumah sewa di sini. Macam aku sebijik je la rumah iaitu rumah di Bintulu. Jumlah sewa ialah keseluruhan kutipan sewa untuk tahun kena cukai

Langkah kedua, masukkan amaun dari halaman pertama tu dekat pendapatan kasar sewa di halaman kedua ni. Lepas tu kena kira perbelanjaan yang dibenarkan. Dekat sini la kena rujuk resit-resit pembayaran dan penyata-penyata bank / insurans.


Cara kira perbelanjaan faedah atas pinjaman ialah dengan menjumlahkan amaun 'profit charged' dalam penyata pinjaman bank

Bila dah dapat jumlah perbelanjaan kesemuanya, tolakkan dari amaun pendapatan kasar sewa.


Langkah ke-2: Isikan keseluruhan perbelanjaan ke atas rumah sewa

Langkah ketiga, pergi ke borang e-BE melalu portal MyTax dan masukkan amaun pendapatan berkanun sewa (B3) dalam borang e-BE:



Borang HK-4 ni tak perlu muat naik ke borang e-BE pun, tapi still kena isi dan simpan dalam fail. Sekiranya LHDN buat audit, kena bawak borang ni dan resit-resit asal pembayaran dan penyata-penyata masa audit.

Haa... dah setel perkara cukai bahagian aku. Lepas ni kena tolong Suami Terchenta pulak buat e-filing dia. Sokmo busy memanjang suami aku tu takut dia terlupa pulak nak buat. Musim income tax ni dengan aku sekali busy kira pengecualian cukai walaupun dah jadi suri rumah. Rugi kalau terlupa masukkan semua pengecualian cukai! 🫣