Hari raya keempat, kiteorang bertolak ke Mukah untuk beraya di rumah makcik aku yang kiteorang panggil Ngah Yah. Perjalanan dari Bintulu ke Mukah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sebenarnya kalau jalan elok tak berombak rindu, aku rasa tak sampai 3 jam pun dah boleh sampai. Tapi kiteorang orang Sarawak dah lali dengan keadaan jalan raya di sini.
Bila nampak jambatan kuning ni, maknanya dah sampai Mukah |
Bila sampai di rumah Ngah Yah, takde orang pun kat rumah. Rupa-rupanya semua berkumpul di lapangan terbang Mukah menghantar adik sepupu aku pulang ke Kuching. Alhamdulillah, sempat la kiteorang jumpa sekejap dengan anak saudara terbaru ni, Baby A. Geram sungguh dengan kemontelan dan pipinya yang gebu tu. Lain kali jumpa lagi tahun depan la most likely, mesti dah pandai berjalan.
Baby A dengan neneknya, Ngah Yah |
Lepas adik sepupu aku dah masuk ke balai pelepasan, barulah semua gerak ke rumah Ngah Yah semula. Di rumah Ngah Yah, bermacam-macam hidangan dah tersedia di atas meja. Alhamdulillah, kenyang kiteorang dijamu oleh makcik aku yang suka memasak.
Agak lama kiteorang lepak di rumah Ngah Yah. Lepas jamak solat Maghrib dan Isyak, barulah kiteorang gerak balik ke Bintulu semula. Tapi sebelum balik, wajib ambik gambar dengan keluarga Ngah Yah dan sepupu aku yang paling rapat, Intan.
Bergambar dengan keluarga di Mukah |
Driving waktu malam melalui jalan kampung kena berhati-hati sebab kebanyakan tempat takde tiang lampu di tepi jalan. Sepanjang perjalanan, 2 kali melalui 2 buah kenderaan yang terpaksa menukar tayar di tepi jalan sebab langgar lubang besar di jalan raya yang rosak. Ada sekali ternampak ular besar melingkar di tengah jalan. Untuk keselamatan, kiteorang tak berhenti dan meneruskan perjalanan sebab banyak kes pemandu kena samun oleh perompak yang konon-kononnya kereta rosak di tengah jalan. Alhamdulillah, pukul 10 malam kiteorang selamat sampai ke hotel di Bintulu. Masing-masing keletihan, lepas mandi terus tidur.
Selamat hari raya aidilfitri maaf Zahir dan batin
ReplyDeleteDah selamat berlalu bulan Syawal hehe. Selamat Hari Raya jugak, maaf zahir & batin ✨
DeleteJauh tu driving 3 hrs utk beraya.tp besttt sbb dpt gathering beramai2 tuu
ReplyDeleteTu la tujuan sebenarnya balik ke Bintulu, nak jumpa saudara-mara di Mukah hehe
Deletepemanduan di Sarawak sgt mencabar sbb tu la rakan2 guru sy di sana ada akai Hilux atau Navara jika perlu ke kawasan pedalaman...
ReplyDeleteBetul tu Abam Kie, kat sini kenderaan pacuan 4 roda memang kenderaan pilihan terutama utk org2 yg duduk di kawasan pedalaman. Walaupun kereta tu Navara atau Triton, org kat Sarawak akan gelar Hilux jugak 🤣
Deletecute baby A kecik2 dh berbaju kurung
ReplyDeleteYe, comel sangat. Skrg ni senang nak cari baju kurung utk baby, dulu susah hehe
DeleteUish…seramnya, ular besar melingkar tengah jalan.
ReplyDeleteKalau jalan gelap ni memang risau kalau ada lubang atau binatang besar tengah jalan.
Kalau takde kereta dari arah bertentangan, memang kena bukak highlight sbb gelap-gelita sepanjang jalan. Lepas tu kena bawak slow2 je sbb ada lubang besar di sesetengah kawasan.
Deletealaa sik tauk kitak beraya di Bintulu...mun sik, nang kamek jemputtt datang rumahhh...boleh bergambar raya bersama...hahahaha!
ReplyDeleteKmk igt ktk agik di Korea hehe. lagipun nang begaut juak kmk org balit bintulu, sik lama. Rumah kawan2 lain pun sik sempat mok dijarah.
Deletebintulu ke mukah ada laluan sungai (naik feri) ke? kalau ada, berapa lama perjalanan? lbh dr 3 jam?
ReplyDeleteDulu masa kiteorg kecik mmg kena naik feri nak ke mukah. Tapi skrg dah ada jambatan so perkhidmatan feri tu pun dah ditamatkan.
DeleteCute baby pakai baju kurung lagi....seronok dapat berjumpa sanak saudara. Kalau bukan musin perayaan lagi payah nak jumpa.
ReplyDeleteTu la sis Ezna, setahun sekali je dapat jumpa.
DeleteMukah hampir dengan hometown kmk....Lama dah Sik berkelana ke sia
ReplyDeleteSik banyak perubahan di Mukah. Pernah berangan-angan polah rumah di rumah untuk bersara tapi rasanya lebih selesa di Bintulu sebab kemudahan perubatan lebih bagus di Bintulu.
DeleteMemang mencabar sikit la drive malam-malam . Lagi kalau hujan lebat lagi kena careful
ReplyDeleteAlhamdulillah masa kiteorg drive tu hujan renyai2 je. Walaupun tak hujan still kena drive perlahan sbb banyak lubang besar dan haiwan liar melintas.
DeleteAisssh ular besar tengah jalan itu seraaaam lah 😱😱. Takut pula dia menghindar dan bergulung di mesin. Agak mirip jalan lintas sumatera di Lampung yaa. Banyak perampok kalo jalan malam. Makanya suami saya tak berani lintas malam kalo ke sana.
ReplyDelete