Semalam Suami Terchenta menyambut harijadi yang ke-47. Memandangkan Suami Terchenta selalu je cakap rindu nak berkumpul dengan geng Msjbox (a.k.a. Geng Kamie) macam dulu-dulu, jadi tahun ni aku tunaikanlah hasrat dia sambut birthday dengan geng Msjbox 🥰. Alhamdulillah, majoriti respond bagitau yang dieorang free dan dapat datang sambut birthday Suami Terchenta weekend lepas. Masing-masing excited sebab dah lama tak jumpa. Sayangnya last minute Sislin tak dapat join sekali. Tapi zaman teknologi canggih sekarang ni, apedehal lah! Boleh join sesi live TT dari JB sebab dieorang ni semua ada akaun TT dan rajin buat live 🤭.
 |
| The planning on paper |
Konsep gathering kiteorang ialah potluck raya. Kak Ret datang bawak satay, nasi himpit dan kuah kacang. Shai bawak pulut panggang dan gula-gula. Sodep pulak bawak cheesekut yang sedap dan tak manis sangat. Akhir sekali, Topek datang bawak perut! 🤣
 |
| The Raya table - masa ni cheesekut tak sampai lagi sebab Sodep tengah sangkut dalam jem 🤭 |
 |
| Ada kelupis dan daging masak hitam versi Sarawak air tangan MIL, lemang beli dekat bawah, my rendang ayam, buah oren favourite Amanda anak buah Sodep yang comel, kek lapis Sarawak diterbangkan khas dari Bintulu dan dalam periuk hitam tu ialah spaghetti bolognese sebab takut budak-budak tak makan pedas |
 |
Satay daging dan ayam yang Kak Ret bawak
|
 |
| Kek lapis Sarawak - kek lapis Cadbury tu paling banyak dapat sambutan 😄 |
 |
| Cheesekut yang dibawa oleh Sodep (cilok gambar Kak Ret) |
 |
| Rumah orang Sarawak tak sah kalau takde laksa Sarawak |
 |
| Birthday cake untuk birthday boy |
Sodep sampai je terus buat live TikTok yang kiteorang sambung kat TV supaya senang nak baca komen kawan-kawan Msjbox lain yang tak dapat datang. Kak Siti dan Che Mat tak dapat join sebab tengah jaga cucu. Sislin pulak terpaksa cancel datang join beraya last minute, jadi dia join dekat TT je la.
Dah puas makan-makan, sesi diteruskan dengan main event iaitu sambut birthday Suami Terchenta!
 |
| Happy sungguh dia diraikan hari tu, siap kiteorang nyanyi 3 round lagu birthday dalam versi berlainan 🥳 |
 |
| SS live TT dari h/p Sislin 😁 |
Plan asal nak beli kek dari Secret Recipe tapi tak sempat pulak nak ke SR terdekat. Masa turun beli lemang, singgah kejap di kedai kek terdekat beli kek paling kecik ni buat syarat je. Harga pun tak mahal sangat (RM39). Tapi tak sangka sedap pulak kek coklat dengan fresh cream ni. Amanda siap mintak tambah punyalah dia suka sangat kek ni! 😬
Lepas nyanyi lagu birthday dan tiup lilin, acara seterusnya ialah bertukar-tukar hadiah. Ni idea Kak Ret sebenarnya, saja2 je la for fun 😄:
 |
| Meriah time ni, masing-masing seronok dapat hadiah 😄 |
Akhir sekali, kiteorang turun ke lobi untuk acara photoshoot raya pulak:
 |
| Bergambar untuk kenangan sebab tak tau bila akan dapat buat gathering seterusnya. Harap-harap tahun depan ada lagi 😄 |
Alhamdulillah, selesai aktiviti reunion Msjbox dan sambutan harijadi Suami Terchenta 😃. Tahun depan Sislin kata dia pulak nak buat gathering Msjbox kat JB. Semoga menjadi la plan tu hihi. Lama tak berkumpul dengan geng Msjbox belah selatan dan utara.
Walaupun penatnya terasa sampai hari ni, tapi berbaloi bila tengok senyuman di wajah Suami Terchenta. Sebabnya dia selalu stress dengan kerja, muka pun selalu berkerut macam selfie Uncle Gedek 🤣. Jadi bila dapat buat dia senyum lebar sepanjang hari macam ni, iolls pun tumpang gembira 😘. Happy birthday, Suami Terchenta, love you to the moon and back! ♥️
1 Comments
Itulah puas juga buat jamuan walaupun penat. Kenangan itu yang mahal.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .