Salam Jumaat kawan-kawan,

Tak sangka hari ni dah Jumaat. Rasa baru je balik ke KL hari Selasa lepas. Rabu memang aku flat la. Setiap kali bali dari travel, esoknya mesti aku ambik masa recharge dan betul-betul berehat. Maklumlah dah umur 40an 😜.

Rasanya dah habis cerita pasal trip balik kampung. Kali ni nak sambung cerita pasal girls' trip ke Eropah musim panas lepas. Sambungan dari siri jalan-jalan musim panas di Eropah:


Selepas melawat Chateau de Versailles, itinerary aku berbeza dengan dengan kawan-kawan sebab dieorang nak melawat muzium Louvre, tapi aku pulak nak ke Grande Mosquée de Paris (Masjid Besar Paris). Jadi kiteorang pun berpisah - dieorang turun dekat stesen Musée d'Orsay. dan aku meneruskan perjalanan ke stesen Gare d'Austerlitz.

Masjid Besar Paris ni pun sebenarnya salah satu tarikan pelancong di Paris tapi tujuan utama aku ke sini ialah untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Dari stesen Gare d'Austerlitz ni, aku naik bas tapi lupa laluan bas tu. Satu benda yang aku masih confuse bila naik bas di Eropah ialah bas ni kadang-kadang tak sampai ke destinasi yang tertera dalam map, tiba-tiba separuh jalan bas tu berhenti dan terminate journey kat salah satu stop.  Itulah yang terjadi bila tiba-tiba bas tu berhenti tak jauh dari Jardin des Plantes, sebuah taman botani. End up aku pun menapak la dari Jardin des Plantes tu ke masjid ni dalam keadaan panas lit-lit. Tapi aku tak risau pun sebab ramai je orang lain yang berjalan kaki di sepanjang laluan. Sambil tu aku boleh tengok bangunan-bangunan di sepanjang jalan.

Lepas 15 minit berjalan kaki, akhirnya sampai jugak ke Masjid Besar Paris.


Masjid Besar Paris
Grande Mosquée de Paris

Sejarah penubuhan Masjid Besar Paris

Masjid Besar Paris ditubuhkan pada abad ke-19 bagi mengenang jasa 100 ribu perajurit Muslim yang gugur di medan perang mempertahankan Perancis dari serangan tentara Jerman semasa Perang Dunia Pertama di Verdun. Kebanyakan perajurit Muslim ni datang dari tanah jajahan Perancis di benua Afrika Utara iaitu Algeria, Morocco dan lain-lain.


Grande Mosquée de Paris
Pintu masuk utama ke masjid

Fakta Menarik tentang Masjid Besar Paris

Selepas penubuhan Masjid Besar Paris, ianya berfungsi bukan setakat menjadi pusat ibadah, malah pusat intelektual di mana dialog-dialog antara kepercayaan diadakan, pusat dakwah, pusat pengajian Islam yang dianggap maju dan paling advanced di Eropah masa tu dan pembangunan hubungan diplomasi dengan gereja-gereja Kristian.

Semasa Perancis ditakluk oleh Jerman pada tahun 1940-1944, masjid ni yang mempunyai laluan bawah tanah ke Sungai Bievre, pernah menjadi tempat perlindungan pejuang pemberontak Yahudi termasuk keluarga mereka. Masjid ni jugak mengeluarkan sijil palsu status Muslim untuk melindungi orang Yahudi yang menjadi sasaran tentera Jerman. 

Akhir sekali, Masjid Besar Paris ni tersenarai dalam Guide Michelin Voyage & Cultures selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2024 dan 2025. Untuk pelancong yang ingin melawat kawasan masjid, bayaran sebanyak €3 dikenakan. Tapi kalau kita nak solat, takde bayaran yang dikenakan cuma tak boleh masuk ke beberapa kawasan seperti kawasan taman masjid, Cour d'Honneur.


Grande Mosquée de Paris
Masjid Besar Paris tersenarai dalam Michelin Guide's Voyage & Cultures 2025, iaitu salah satu tempat yang recommended untuk dilawati 

Sebenarnya kalau dibandingkan dengan masjid-masjid di Malaysia dan Indonesia, Masjid Besar Paris ni tak la terlalu besar. Ruang solat dalam masjid ni mampu menampung seramai seribu jemaah pada satu-satu masa berbanding Masjid Negara di KL yang boleh menampung 15 kali ganda jumlah jemaah.

Reka bentuk masjid ni banyak menerapkan rekabentuk Morocco dalam penggunaan jubin dan bentuk arch kubah dalam ruang masjid ni. Direka oleh arkitek Perancis iaitu Maurice Tranchant de Lunel, ia dibina dalam gaya Hispano-Moor yang diilhamkan oleh tradisi seni bina Alhambra di Granada dan masjid-masjid di Fez.

Sebuah halaman marmar yang luas, Grand Patio yang terletak di tengah-tengah masjid mempamerkan elemen lambang seni hiasan Islam. Mozek, yang dipanggil "zellige", stuko, dan seramik, hasil karya artis dan craftmen yang bekerja dengan tangan, menghiasi dindingnya. Bumbungnya pulak diperbuat daripada kayu dan jubin zamrud. Manakala dalam ruang solat lelaki, dihiasi dengan chandelier besar dan mimbar yang dihadiahkan oleh Sultan Fuad I iaitu Raja kerajaan Mesir.


Grande Mosquée de Paris
The Grand Patio dan ruang solat lelaki

Manakala ruang solat wanita terletak di tingkat bawah dan jauh dari ruang solat lelaki. Walaupun masjid ni kecik, tapi dihidupkan dengan aktiviti-aktiviti seperti ceramah agama, pembelajaran Al-Quran dan majlis zikir. Masa aku datang ke masjid ni, dieorang tengah buat tadarrus Al-Quran. Kebanyakan jemaah yang datang ialah berbangsa Arab.

Dalam pekarangan masjid ni ada satu courtyard yang dipenuhi dengan pokok. Suasana di sini aman dan tenteram je. Best duduk dekat luar ni sambil menikmati angin sejuk dalam cuaca panas terik musim panas. 


Grande Mosquée de Paris
Courtyard masjid

Tarikan utama di Masjid Besar Paris ialah taman masjid ni.


Grande Mosquée de Paris
Taman Masjid Besar Paris (Cour d'Honneur)

Cour d'Honneur ni ialah sebuah taman indah yang terletak dalam laman masjid. Di sebelah timur laman, terdapat galeri yang menuju ke makam Kaddour Ben Ghabrit, pengarah pertama Masjid Agung Paris (1926-1954), dan jugak ke dua buah plak marmar memperingati pengorbanan tentera Islam semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Di selatan laman, terdapat Pintu Es-Salam ("Pintu Keamanan") yang diatasnya diukir dengan ayat-ayat Al-Quran yang diukir dalam batu, dalam salah satu gaya kaligrafi Islam yang tertua.

Pada musim bunga, taman ni sangatlah cantik dihiasi dengan bunga-bunga wisteria. Tapi memandangkan aku pergi musim panas, jadi tak berpeluang nak tengok bunga-bunga wisteria yang mekar di taman ni.



Ok la tu je pengalaman aku melawat Masjid Besar Paris. Next entry aku sambung kisah jalan-jalan di Paris seorang diri sementara tunggu kawan-kawan aku melawat Mona Lisa di Louvre.

Oh ya, satu je pesanan aku kalau korang jenis macam aku ni yang tak kisah lone venture jalan-jalan kat luar negara. Kena sentiasa waspada dengan orang sekeliling. Sebabnya lepas aku keluar dari masjid ni, aku dihampiri oleh seorang lelaki rupa macam orang Arab yang menegur aku dengan memberi salam. Katanya dia dah beberapa hari tak makan dan dia mintak aku belanja dia makan dekat sebuah restoran tak jauh dari masjid ni. Mula-mula aku rasa simpati dan hampir nak ikut dia ke restoran tu tapi lepas tu firasat aku mengatakan jangan ikut orang asing sembarangan takut kena rompak. Jadi aku pun pura-pura tak faham dia cakap apa dan cepat-cepat jalan ke arah yang bertentangan. Mamat ni naik berang dan mula-mula dia ikut aku sambil merayu lepas tu bila dia tengok aku tak nak layan, dia jerit panggil aku ni hipokrit la, munafik la, dan macam-macam lagi. Dia berhenti mengekori aku bila aku dah berada di kawasan yang lebih ramai orang lalu-lalang.

Mungkin dia tau rakyat Malaysia / Indonesia ni kebanyakannya baik hati, cepat rasa kesian dan rasa nak membantu tu bertambah kuat lagi-lagi sesama ummah Islam. Sebab tu dia approach aku kot. Kesimpulannya, jangan cepat terpedaya dengan cerita simpati orang asing lagi-lagi kalau dia nak bawak kita ke tempat lain. Buatnya dia bawak ke tempat yang sunyi lepas tu dirompaknya kita ni huhu. Apapun, setiap kali ke luar rumah / hotel, bacalah doa keluar rumah agar keselamatan kita dan harta-benda sentiasa dalam perlindungan Allah, Insha Allah.


Kredit imej: https://zayan.syok.my/

11 comments:

  1. Berani Carneyz gerak solo naik bas, atau dah pernah pergi masjid ni masa trip pertama dulu?

    Walaupun katanya masjid ni tak begitu luas, tapi seni binanya cukup gah! Siap ada taman cantik pulak tu. Seronok lepak sini.

    Kalau tak silap, baru je baca berita pasal ada pihak yang letak kepala babi di masjid Paris. Tak pastilah masjid yang mana satu.

    Syukurlah dapat larikan diri dari orang yang mencurigakan tu. Memang kena ingat sentiasa - jangan layan sesiapa bila kita di tempat asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau siang hari saya ok je nak explore tempat baru seorang diri, sebab Paris ni boleh dianggap agak selamat cuma beberapa tempat je yg mungkin kena berjaga-jaga dari penyeluk saku.

      Delete
  2. antara insan power kerana sanggup travel sana-sini....itulah rezeki masing-masing dan pasti dapat banyak pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan duit semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, berjalan2 melihat bumi Allah sambil tengok budaya di tempat lain. Kamek rasa bersyukur dilahirkan di Malaysia bila dah tengok keadaan di negara orang 😊

      Delete
  3. Dulu kan...sblom kahwin..lepas SA sensorang ke sana ke sini...tapi ni dah lama x buat...hahaha..x tau la ada lagi ke tak keberanian tu...salute ngan Carneyz berani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca doa keluar rumah Insha Allah selamat SA. Yang penting kena pilih tempat yang ramai orang dan berwaspada dengan persekitaran sekeliling kita.

      Delete
  4. itinerary berbeza ye..berani sorang2 tu...cantik taman dkt masjid paris tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, sebab dieorang nak tengok potret Mona Lisa tapi saya malas sbb dah pernah pergi dulu 😅 Lagipun kena jamak solat di masjid, dieorg berdua takpelah hehe.

      Delete
  5. Best jalan2 musim panas, ambil gambar pun cantik. Tapi, boleh pulak tu dia berpisah2 ya dengan geng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, jujurnya lepas ni taknak dah pergi musim panas sbb panasnya tak boleh bawak bincang! 🥵 Bab jalan-jalan sorang2 tu saya ok je selagi tempat tu rasa selamat bagi saya 😄

      Delete
  6. Masyaa Allah cantiknya taman dalam masjid besar Paris ni Dik, Alhamdulillah mercu tanda agama Islam terjaga dengan baik di bumi Perancis

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .