Salam kawan-kawan,
Ingatkan dah takde lagi la entry pasal makanan dekat kampung tapi bila aku check balik galeri gambar dalam phone aku rupa-rupanya ada satu lagi makanan yang aku belum story-mory kat sini ðŸ¤.
![]() |
Nasi lemak dan kuih peneram |
Dulu masa aku bekerja di Bintulu, setiap pagi sebelum hantar anak-anak ke sekolah aku akan singgah di sebuah gerai tak jauh dari kawasan rumah aku untuk membeli sarapan dan bekal untuk anak-anak (kalau aku tak sempat nak prepare bekal dieorang). Aku bawak bekas tupperware siap-siap untuk letak kuih-muih buat bekal anak-anak ke sekolah dan aku akan ambik sebungkus nasi lemak untuk sarapan aku di ofis.
Perbandingan Nasi Lemak di Sarawak dan di Semenanjung
Nasi lemak di Sarawak berbeza sikit dengan nasi lemak di Semenanjung dari segi rasa dan aroma nasinya dan sambalnya. Selalunya nasi lemak dibungkus dalam plastik macam kat dalam gambar ni, dan bukan dalam daun pisang. Lauknya rata-rata sama je - ada sayap ayam goreng, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus dan ikan masin bulu ayam (dekat sini kiteorang gelar ikan gonjeng).
Di Semenanjung, aroma nasi lemaknya semerbak wangi dengan bau santan, dekat tempat aku nasi lemaknya takde aroma dan kurang berlemak. Sambal nasi lemak dekat sana pulak kurang pedas dan manis-manis sikit.
Kalau tanya aku prefer nasi lemak yang mana, aku akan jawab dua-dua versi nasi lemak aku suka. Kebanyakan kawan-kawan asal Semenanjung yang bekerja di Sarawak pulak semestinya lebih suka nasi lemak versi Semenanjung sebab dah terbiasa dengan aroma santan nasi lemak dan sambal yang lebih pedas.
Kuih Peneram vs Kuih Penyaram
Kuih dalam gambar ni mesti korang kenal kan? Kuih peneram ni salah satu kuih favourite aku. Antara kuih peneram dan kuih penyaram gula apong (kuih tradisional Sarawak), aku lebih suka kuih peneram sebab rasanya kurang berminyak. Cara-cara dan bahan-bahan membuat kuih peneram dan kuih penyaram pun lebih kurang sama. Kedua-dua kuih menggunakan tepung beras sebagai salah satu bahannya. Kuih peneram menggunakan gula merah yang direbus dengan air sampai mendidih sebelum ditapis dan dicampurkan ke dalam tepung beras. Kuih penyaram pulak menggunakan gula apong dicampurkan ke dalam adunan tepung beras dan tepung gandum. Kemudian kedua-dua adunan kuih peneram dan kuih penyaram ni perlu direhatkan selama beberapa jam. Adunan kuih peneram akan menjadi keras tapi adunan kuih penyaram agak cair. Kedua-duanya digoreng dalam kuali menggunakan minyak masak. Kesimpulannya asas kedua-dua kuih ni lebih kurang sama iaitu guna tepung beras dan gula nira, sebab tu rasanya pun lebih kurang sama.
Boleh tengok cara-cara membuat kuih peneram dan kuih penyeram dekat video ni:
Resipi kuih peneram:
Resipi kuih penyaram gula apong:
Banyak versi nasi lemak ni berbeza mengikut negeri. Yang mana kena dengan tekak kita tu, yang tu la sedap.
ReplyDeleteSelalunya yg dari negeri sendiri tu yg kena dengan tekak hihi. Tapi saya suka jugak nasi lemak daun pisang dekat sini.
DeleteMun balit bintulu nang wajib kamek meli nasi lemak bungkus tok walopun sekali, jadi lahhh
ReplyDeleteAok sama kita. Nang cun lalu makan dgn ikan gonjeng tok hehe
DeleteKalau kat Kedah, nasi lemak dia warna kuning.
ReplyDeleteaah kan sis. Dulu pelik jugak tgk nasi lemak warna kuning hehe
Deletekat kelantan nasi lemak tak famous mana sbb nasi berlauk mendominasi
ReplyDeleteYe MZ. Teringat dulu masa outstation belah pantai timur mmg tak jumpa nasi lemak kat sana, yg ada nasi dagang, nasi berlauk, mee goreng, mihun goreng 😅
DeleteKadang beli nasi lemak ada juga disertakan ikan buku ayam tu. Mgkn pengaruh dari Sarawak.
ReplyDeleteKuih penyaram tu kami panggil cucur jawa. Dua² kuih ni kepakaran my mom, tapi sis tak pernah belajar buat dgn arwah huhu ..
Oh kat mana PH jumpa yg ada ikan bulu ayam ni? Setakat ni tak jumpa lagi nasi lemak ada ikan bulu ayam kat sini hihi. Mungkin jugak kot.
DeleteBetul tu, kuih penyaram ni ada org panggil cucur jawa.
kuih penyaram gula apong rasanya sy pernah makan sekali... tp tak ingat kat mana... nak cari kat pasar malam rs mcm tak ada je..
ReplyDeleteAda org jual kat sini ye? Klu dekat sarawak mmg guna gula apong je.
Deletekuih peneram ni kalau dapat yg kecik2, pastu crispy tu serious sedap!
ReplyDeleteSetuju!
Deletekeduanya saya suka. menyaram suka peneram pun suka. dan keduanya saya tak pandai buat. haha
ReplyDeleteHaha, kuih yg kena perap beberapa jam ni mmg idok ler nak membuatnya 😜 mmg beli je
DeleteBelum cerik gik nasi lemak semenanjung..biasa makan nasi lemak di Sarawak jak
ReplyDeleteNasi lemak semenanjung wangi dgn bau santan & daun pandan, sambal nya ada macam2 jenis ikut selera kita 😅
DeletePeneram ada tempat panggil kuih telingan ke*ing. dulu msa muda suka juga beli tapi sekarang kenalah pandai jaga2 makan sebab kalau beli sekarang bukan boleh beli 1-2 ketul. dia pakej RM2 sebekas. nak taknak kena makan sampai habis pastu takut sugar spike
ReplyDeleteAah dulu2 selalu dengar org panggil kuih telinga keling tapi taknak letak kat sini sebab nak jaga sensitiviti 😅 Kuih apa2 pun tak boleh makan selalu sejak kena diabetes ni tapi kalau teringin sangat beli utk raso2 je lepas tu yg lain2 bagi anak2 & suami habiskan hehe
DeleteKue peneram itu saya kayaknya pernah coba deh, dikasih Kak Anies waktu di Melaka.
ReplyDeleteNah kalau kue penyaram gula apong, kalo di sini kami sebut kue cucur. Sementara di Malaysia cucur itu beda lagi kan, macam bakwan 😄. Itu yg bikin saya awal2 sempat heran, diajak makan kue cucur di Penang , dalam bayangan saya kue manis macam penyaram. Ternyata mirip bakwan.
Jujur saya tak terlalu suka penyaram atau cucur ini. Sebab manis. Tapi makan 1 masih oke...
Kuih di Malaysia ni semuanya manis2 😅 saya pulak kurang gemar penyaram sebab tekstur nya berminyak (sebab goreng dalam minyak kan). Kuih peneram pulak sebab tekstur doh nya lebih padat jadi kurang serap minyak bila digoreng berbanding kuih penyaram. Tapi apapun saya cuma makan bila teringin je, tu pun ambik satu je buat rasa.
Delete