Jalan-Jalan Kuching (Part 2)

Bersambung dari sini:

Esok paginya, cuaca elok walaupun mendung. Jadi boleh la meneruskan agenda dalam itinerary aku.


Kuching
Selamat pagi Kuching!

Destinasi #4: Mee Sapi Hj Salleh @ Sepinang Sari

Selepas Subuh, aku dan Suami Terchenta terus pergi ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant untuk bersarapan mee sapi Hj Salleh. Kafe ni dibuka dari pukul 6 pagi dan kalau lambat memang lama la tercongok menunggu meja kosong. Anak-anak taknak ikut sebab masih syok bergulung dalam selimut. Lagi la senang nak dapat meja bila pergi berdua je hihi. Tapi hampir-hampir nak jegil mata jugak bila ada pakcik ni yang baru datang tiba-tiba nak tarik kerusi dekat meja yang kiteorang tengah tunggu untuk dikemas. Nasib baik pekerja kafe tu bagitau pakcik tu yang meja tu kiteorang dah tunggu. Terus pakcik tu tak jadi makan kat situ, dia bungkus bawak balik je. Agaknya dia malas nak menunggu tak pun dia termalu dekat kiteorang hehe. 

Pukul 6.30 pagi lagi kafe dah penuh dan orang mula beratur menunggu meja kosong. Kalau hujung minggu lagi la panjang barisan. Tips aku kalau nak ke sini, kena datang sesudah Subuh, Insha Allah tak perlu beratur.


Sepinang Sari
Done craving mee sapi Hj Salleh! Macam biasa aku pilih daging + tendon dan Suami Terchenta pulak pilih mee sapi daging je

Lepas sarapan, kiteorang balik semula ke hotel dan Suami Terchenta sambung join meeting (cuti pun kena join meeting 😮‍💨). Mujur kiteorang dapat late check out pukul 2 petang. Jadi sempat la solat jamak dulu di hotel sebelum check out.

Tengahari tu lepas check out, kiteorang jalan-jalan cari makan tengahari di restoran yang terletak tak jauh dari hotel.

Destinasi #5: Ceylonese Restaurant

Ni pun salah satu restoran yang popular di Kuching. Specialty dekat sini ialah banana leaf briyani dan jugak cheese naan dengan cheese melimpah-ruah!


Ceylonese Restaurant
Pemilik restoran ni orang Sri Lanka tapi menetap di Kuching dan membuka restoran makanan dari Sri Lanka / India

banana leaf briyani lamb shank
Banana leaf briyani lamb shank (RM30). Bila tengok harga, ingatkan portion besar jadi pesan satu je. Sekali sampai, sikit je rupa-rupanya. Rasa briyani ni sedap dan ada aroma daun pisang. Disajikan dengan condiment yang unik dan berbeza dari briyani Pakistan / India

best cheese naan in Kuching
Nasib baik pesan cheese naan triple extra extra tarik naan (RM28) ni jugak. Roti naan nya besar! Memang tarik cheese tu tak putus-putus. Cheese melimpah-ruah dan portion besar, kalau pesan ni kena kongsi beramai-ramai nak habiskan. Kiteorang berempat makan pun tak habis dan kena bungkus bawak balik.

Seterusnya ialah agenda jalan-jalan di Kuching Waterfront pulak. Memandangkan parking di tepi waterfront penuh, kiteorang pun parking dekat Sarawak Plaza dan berjalan kaki ke Waterfront. Tengah menapak tu, eh eh! Boleh pulak aku kena berak burung! Terpaksa la singgah di tandas awam cuci tudung yang terkena najis burung tu. Hmm... redha je la!

Destinasi #6: Kuching Waterfront

Tak sah jalan-jalan di Kuching kalau tak ke Waterfront. Umpama pergi ke KL tapi tak singgah ke Menara Berkembar PETRONAS. Haa gitu la 😅.

Sebenarnya sebelah malam tempat ni lagi cantik dan happening tapi kiteorang tak sempat nak stay sampai ke malam sebab nak gerak balik ke kampung Suami Terchenta. Jalan-jalan siang hari pun ok jugak cuma tak dapat la nak tengok pertunjukan musical fountain dekat sini.


Kuching Waterfront
Bangunan Astana iaitu kediaman rasmi YDP Negeri Sarawak. Ia dibina pada tahun 1870 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua sebagai hadiah perkahwinan untuk isterinya

DUN Sarawak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Rekabentuk bumbung bangunan ni diinspirasikan dari rekabentuk terendak Melanau 

Jambatan Darul Hana
Pemandangan dari jambatan Darul Hana yang merentasi Sungai Sarawak

Kuching Waterfront
Pangkalan Sapi

Perahu tambang
Balik tu, kiteorang saja bawak anak-anak naik perahu merasai pengalaman menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi ke Pangkalan Batu di seberang

Destinasi #7: Minum Petang di Commons Cafe & Restaurant

Tak jauh dari Kuching Waterfront, ada sebuah bangunan lama yang dulunya dikenali sebagai the old court house (bangunan mahkamah lama) pada zaman penjajahan Rajah Brooke. Sekarang ni, ia menempatkan kafe, restoran, bar dan Muzium Ranee, menjadikannya tempat yang mesti dikunjungi untuk penggemar sejarah dan penggemar makanan.


Commons Cafe & Restaurant
Dah puas berjalan, jadi singgah untuk minum petang di sini

Commons Cafe & Restaurant
Dekorasi dalam kafe mengekalkan ciri-ciri klasik dari zaman Inggeris dulu

Kiteorang cuma pesan sepotong kek vanilla with salted caramel cream (kalau tak silap) sebab masing-masing masih kenyang lagi. Kafe ni memang popular dengan kek yang sedap. Adik ipar aku kata spaghetti kat sini pun sedap. Mungkin lain kali boleh cuba.


Commons Cafe & Restaurant
Minum petang di Commons

Lepas minum petang di sini, barulah kiteorang bergerak balik ke kampung Suami Terchenta. Kalau dah sampai di kampung, nak ke Kuching lagi tu agak tipis la peluangnya 🤭. Tapi hujung minggu tu tiba-tiba sepupu aku mesej tanya nak jalan-jalan ke? Maka... bersambung di entry seterusnya iaitu kisah menjadi pelancong di negeri sendiri 😆. Stay tuned!

0 Comments:

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .