Menginap di AC Hotel Ipoh

Masa kiteorang bercuti ke Ipoh baru-baru ni, kiteorang menginap di hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy iaitu AC Hotel by Marriott Ipoh. Hotel ni baru je dibuka tahun lepas jadi rasa excited pulak nak mencuba hotel baru ni.

First impression bila melangkah ke lobi hotel - ruang lobinya minimalist tapi elegant dan luas. Masuk-masuk je, vibe kat sini tenang dan chill je. Sementara menunggu kiteorang check in di kaunter, anak-anak duduk di sofa yang disediakan. Disebabkan kiteorang sampai awal (pukul 12 tengahari), bilik belum ready lagi tapi kiteorang boleh tinggalkan beg di kaunter. Bila kiteorang balik dari berjalan-jalan di Concubine Lane, staff hotel dah bawak masuk beg kiteorang ke bilik.


AC Hotel Ipoh lobby
Ruang duduk yang selesa dan nampak eksklusif

AC Lounge
AC Lounge

AC Hotel Ipoh lobby
Hiasan estetik di lobi

AC Hotel Ipoh lobby
Perhiasan kaca

Kiteorang ambik bilik dengan katil bersaiz king. Ada sofa bed jugak, jadi aku dan anak-anak tidur di katil king dan Suami Terchenta pulak tidur di sofa bed.


AC Hotel Ipoh deluxe room
Prime Deluxe King Guest Room with Sofa Bed

Biliknya luas dan cukup selesa. Tilam katil king tu agak firm (aku prefer tilam yang empuk) tapi boleh la buat tidur esoknya bangun takde la sakit-sakit badan. Cuma satu je masalah dekat bilik ni - kedudukan aircond tak menghala ke katil jadi tengah malam tu aku kepanasan walaupun dah letak suhu 20℃ 😅. End up aku tidur tak berselimut sebab tak rasa sangat aircond nya.

Selalunya hotel baru ada sediakan mesin kopi dalam bilik tapi AC Hotel Ipoh ni takde mesin kopi pulak. Sebenarnya tak jadi masalah bagi aku pun sebab aku bukanlah peminum kopi tegar cuma tu pemerhatian peribadi aku je la 🤭. 


AC Hotel Ipoh deluxe room
Walaupun takde mesin kopi, tapi ada kopi dan teh dalam paket untuk kita bancuh sendiri

Fasiliti bilik cukup lengkap dengan mini bar, peti sejuk, seterika, pengering rambut dsb. Dari segi servis pulak aku rasa agak cepat sebab kiteorang mintak tikar sejadah melalui aplikasi Marriott Bonvoy, dalam 10 minit staff housekeeping datang hantar ke bilik.


AC Hotel Ipoh deluxe room
Bilik air luas, bersih dan masih ada bau bilik air baru lagi (kata Suami Terchenta)

Sebab utama aku tempah bilik ni ialah nak kumpul bonus points dan jugak kejar ganjaran bonus Elite Night sempena promosi Marriott Bonvoy berakhir 10 Mei ni. Syaratnya ialah kena menginap di jenama hotel berbeza dalam kumpulan hotel Marriott Bonvoy. Setakat ni baru menginap di hotel jenama Fairfield dan AC Hotel. Insha Allah, cuti Hari Pekerja nanti kiteorang akan menginap di Moxy KL Chinatown pulak - tu pun hotel baru jugak. Hopefully aku dapat kumpul 6 Elite Nights sepanjang tempoh promosi ni bila menginap di 3 buah hotel ni. Selebihnya aku akan cari promosi bilik atau tempah staycation masa birthday dan sambut anniversary kiteorang kelak untuk mengumpul 10 Elite Night tahun ni (supaya dapat kekalkan status ahli Silver Elite dan menikmati faedah sebagai ahli Silver Elite).

Post a Comment

2 Comments

  1. Nak ikot.. saya tido kat carpet bawah tu pon jadilah.. thehehe

    ReplyDelete
  2. loyalty berbaloi2 gitu!! dpt byk benefits yer utk ahli silver elite tu? dpt free stay ker?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .