Bersambung dari sini:
Esok paginya, cuaca elok walaupun mendung. Jadi boleh la meneruskan agenda dalam itinerary aku.
![]() |
| Selamat pagi Kuching! |
Destinasi #4: Mee Sapi Hj Salleh @ Sepinang Sari
Selepas Subuh, aku dan Suami Terchenta terus pergi ke Sepinang Sari Cafe & Restaurant untuk bersarapan mee sapi Hj Salleh. Kafe ni dibuka dari pukul 6 pagi dan kalau lambat memang lama la tercongok menunggu meja kosong. Anak-anak taknak ikut sebab masih syok bergulung dalam selimut. Lagi la senang nak dapat meja bila pergi berdua je hihi. Tapi hampir-hampir nak jegil mata jugak bila ada pakcik ni yang baru datang tiba-tiba nak tarik kerusi dekat meja yang kiteorang tengah tunggu untuk dikemas. Nasib baik pekerja kafe tu bagitau pakcik tu yang meja tu kiteorang dah tunggu. Terus pakcik tu tak jadi makan kat situ, dia bungkus bawak balik je. Agaknya dia malas nak menunggu tak pun dia termalu dekat kiteorang hehe.
Pukul 6.30 pagi lagi kafe dah penuh dan orang mula beratur menunggu meja kosong. Kalau hujung minggu lagi la panjang barisan. Tips aku kalau nak ke sini, kena datang sesudah Subuh, Insha Allah tak perlu beratur.
![]() |
| Done craving mee sapi Hj Salleh! Macam biasa aku pilih daging + tendon dan Suami Terchenta pulak pilih mee sapi daging je |
Lepas sarapan, kiteorang balik semula ke hotel dan Suami Terchenta sambung join meeting (cuti pun kena join meeting 😮💨). Mujur kiteorang dapat late check out pukul 2 petang. Jadi sempat la solat jamak dulu di hotel sebelum check out.
Tengahari lepas check out, kiteorang jalan-jalan cari makan di restoran yang terletak tak jauh dari hotel.
Destinasi #5: Ceylonese Restaurant
Ni pun salah satu restoran yang popular di Kuching. Specialty dekat sini ialah banana leaf briyani dan jugak cheese naan dengan cheese melimpah-ruah!
![]() |
| Pemilik restoran ni orang Sri Lanka tapi menetap di Kuching dan membuka restoran makanan dari Sri Lanka / India |
Seterusnya ialah agenda jalan-jalan di Kuching Waterfront pulak. Memandangkan parking di tepi waterfront penuh, kiteorang pun parking dekat Sarawak Plaza dan berjalan kaki ke Waterfront. Tengah menapak tu, eh eh! Boleh pulak aku kena berak burung! Terpaksa la singgah di tandas awam cuci tudung yang terkena najis burung tu. Hmm... redha je la!
Destinasi #6: Kuching Waterfront
Tak sah jalan-jalan di Kuching kalau tak ke Waterfront. Umpama pergi ke KL tapi tak singgah ke Menara Berkembar PETRONAS. Haa gitu la 😅.
Sebenarnya sebelah malam tempat ni lagi cantik dan happening tapi kiteorang tak sempat nak stay sampai ke malam sebab nak gerak balik ke kampung Suami Terchenta. Jalan-jalan siang hari pun ok jugak cuma tak dapat la nak tengok pertunjukan musical fountain dekat sini.
![]() |
| Bangunan Astana iaitu kediaman rasmi YDP Negeri Sarawak. Ia dibina pada tahun 1870 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua sebagai hadiah perkahwinan untuk isterinya |
![]() |
| Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Rekabentuk bumbung bangunan ni diinspirasikan dari rekabentuk terendak Melanau |
![]() |
| Pemandangan dari jambatan Darul Hana yang merentasi Sungai Sarawak |
![]() |
| Pangkalan Sapi |
![]() |
| Balik tu, kiteorang saja bawak anak-anak naik perahu merasai pengalaman menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi ke Pangkalan Batu di seberang |
Destinasi #7: Minum Petang di Commons Cafe & Restaurant
Tak jauh dari Kuching Waterfront, ada sebuah bangunan lama yang dulunya dikenali sebagai the old court house (bangunan mahkamah lama) pada zaman penjajahan Rajah Brooke. Sekarang ni, ia menempatkan kafe, restoran, bar dan Muzium Ranee, menjadikannya tempat yang mesti dikunjungi untuk penggemar sejarah dan penggemar makanan.
![]() |
| Dah puas berjalan, jadi singgah untuk minum petang di sini |
![]() |
| Dekorasi dalam kafe mengekalkan ciri-ciri klasik dari zaman Inggeris dulu |
Kiteorang cuma pesan sepotong kek vanilla with salted caramel cream (kalau tak silap) sebab masing-masing masih kenyang lagi. Kafe ni memang popular dengan kek yang sedap. Adik ipar aku kata spaghetti kat sini pun sedap. Mungkin lain kali boleh cuba.
![]() |
| Minum petang di Commons |
Lepas minum petang di sini, barulah kiteorang bergerak balik ke kampung Suami Terchenta. Kalau dah sampai di kampung, nak ke Kuching lagi tu agak tipis la peluangnya 🤭. Tapi hujung minggu tu tiba-tiba sepupu aku mesej tanya nak jalan-jalan ke? Maka... bersambung di entry seterusnya iaitu kisah menjadi pelancong di negeri sendiri 😆. Stay tuned!













20 Comments
semoga ada rezeki dapat menjejak kaki ke Kuching jugak nanti ni. Sabah & Sarawak belum sampai lagi.
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 klu ada promo boleh dapat tiket flight harga murah, tapi kena rajin tilik socmed AirAsia hehe
Deletemee sapi tendon tu nampak sedap! best jugak jln2 mcm tourist wpun kat negeri sendiri hehehhe
ReplyDeleteSedap, kenyal2 je rasa tendon tu 🤭 my husband tak suka, dia kata tendon tu lemak padahal bukan & kaya dgn kolagen tu 😄
DeleteBurung tu rindu dgn sis kot hihi 🤭
ReplyDeleteBest la playing tourist gini... Kami ni balik kg tak sempat nak JJCM huhu
Tak memasal kena berak burung huhu. Balik rumah kampung terus cuci tudung tu hihi.
DeleteSelalunya tak sempat nak JJCM di Kuching kalau balik kampung masa raya sebab banyak tempat makan yg tutup sebab cuti raya. Ni kira balas dendam la sebab tak boleh JJCM balik raya hari tu hehe
Bestnya jalan-jalan Kuching. Geram tengok daging dengan lelemaks dalam mee sapi, tambah geram tengok anak dara tu kemahen ek, bagi kita terliur tengok cheese dia tak putus.
ReplyDeleteTu bukan lelemak SK 🤭 tu tendon sapi, sedap & kaya dgn kolagen. Cheese naan kat Ceylonese mmg terbaik!
DeleteBangunan DUN tu yang anak kakMim pergi lawatan hari tu ye? banyak lah kafe/ kedai makan sedap2 nie
ReplyDeleteAah Linda. Dekat je dengan Jambatan Darul Hana. Kat Kuching mmg food heaven!
Deletewaahhh Mee Kolok Hj Salleh! teringat sewaktu PKP dulu ada teks ucapan Tan Sri Muhidin Yassin sebut tentang Mee Kolok Hj Salleh hehehee
ReplyDeleteKena repeat trip Kuching sebab awal tahun ni hujan dan tak sempat ke beberapa tempat. Thanks for sharing Carneyz, lagi banyak tempat makan best ni.
ReplyDeleteAlhamdulilah makanan semua nampak menyelerakan. Moga satu hari Cuya berpeluang terbang ke sana hehe
ReplyDeletePanjangnya cheese dia tak putus2... macam tali gitar!
ReplyDeleteEh terasa lama nya x pergi kuching... dulu² b4 kampung ku dikorea, kuching jgk pernah jadi kampung angkat kita hhaha🤣
ReplyDeleteSetiap tahun mesti balik kuching, penangan mee kolok goreng kat
Food court Tun Jugah.. tp rs skrg dah xde kot kedai tu
i singgah sini jap on weekend, kot2 ada entry baru kat blog u heheh
ReplyDeleteMi sapi Hj salleh itu saya dah beberapa kali baca dari tulisan atau stories Karni, dan memang tiap lihat drooling 🤤, sangaaaaaat 🤣❤️❤️❤️😅. Potongan dagingnya, mantaaap yaaa. Kebayang aroma dagingnya 🤩.
ReplyDeleteAgaknya memang berat saya akan naik kalo traveling seminggu di sana 🤣😅😅
SA memang idamkan sanagt Mee Kolok Hj Salleh ni tapi tu la..dulu bujang bleh la buat kerja gila terbang ke Kuching Hari Jumaat dan balik Ahad...zaman tu dah berlalu..hahahha...macam SA cakap la..insyaallah nanti lepas bulan 7 nak bawak suami pi sana
ReplyDeleteHebatnya perkongsian..jauhnya berjalan..banyak pemandangan indah..kena makan laksa sarawak lah jika ke Sarawak..cubalah trya..
ReplyDeleteShare lah makan laksa sarawak..heheh mengarah pula..happy2 ya
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .