Bejarah Raya (Ziarah Raya)

Salam semua,

Cerita raya lagi. Lepas ni takde dah haha. 

Setiap tahun, aktiviti bejarah raya (term orang Sarawak) ni memang tak ketinggalan sebab ni la kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim dengan saudara-mara, keluarga dan sahabat-handai. Kalau bukan raya, masing-masing duduk jauh jadi nak melawat dieorang tu memang susah. Kiteorang sendiri tinggal di KL / luar Sarawak dan jarang-jarang balik kampung, jadi ni la masa terbaik untuk berkumpul beramai-ramai.

Raya Pertama

Standard la, raya pertama kena bejarah rumah saudara-mara. Macam biasa, kiteorang akan bejarah ke rumah ayah saudara aku yang tak jauh dari kampung Suami Terchenta. Dieorang jemput datang ke rumah sebab ada buat makan-makan raya - lauk-pauk ni semua wife adik saudara aku yang masak ye. Dia sorang-sorang masak sebab tahun ni adik saudara aku yang perempuan (kakak ipar dia) beraya di Matu.


eid food
Macam-macam lauk ada - daging hitam, rendang ayam, nasi minyak, bihun sup tulang dan spaghetti bolognese untuk budak-budak

raya
Ni la wife adik saudara aku yang handal memasak tu - sekarang tengah sambung PhD di UTM Skudai. Adik saudara aku pulak bekerja di Singapura, jadi dieorang sekeluarga menetap di Johor sekarang

Sebelah petang, family aku pulak datang bejarah raya ke rumah. Sepatutnya dieorang bagitau sebelum gerak, jadi aku ingatkan sempat la nak solat Asar dulu, baru sarung telekung tengok-tengok dieorang dah sampai! 😂 Sebab tu aku pakai telekung dalam gambar ni:


raya di kampung
Family aku bejarah raya di rumah mertua

Sebelah malamnya, kiteorang bejarah raya ke rumah saudara-mara Suami Terchenta di kampung.


raya di kampung
Jalan kaki je sebab jarak rumah semua dekat-dekat 😅

raya
Khadeeja seronok sebab rumah makcik Suami Terchenta ni ada hidang lollipop dan gula-gula 🤭

Raya Kedua

Raya kedua beraya di Kuching sebab dapat jemputan rumah terbuka dari ex-colleague merangkap jiran aku di Bintulu dulu. Rumah kiteorang satu lorong dan aku selalu usik dia bila nak jual rumah sebab sekarang dia menetap di Miri (dia pun sama macam kiteorang - plan nak retire di Bintulu). Satu masa dulu, kiteorang sama-sama single parent di Bintulu sebab wife dia sambung Master dalam bidang O&G (pakar wanita) di KL dan sekarang tengah sambung lagi study di Jakarta. Dia dan wife dia sama-sama hebat - anak sulung dieorang sekarang pun tengah belajar tahfiz di Yemen.


raya
Bejarah rumah ex-colleague

Dari rumah ex-colleague, kiteorang singgah bejarah rumah keluarga adik ipar aku pulak. Buat masa sekarang, adik aku dan wife dia still duduk serumah dengan mertua adik aku sementara tunggu rumah yang dieorang beli tu siap.


raya
Bergambar raya dengan family adik pulak

Lepas tu, adik aku ikut sekali ke rumah seorang lagi ayah saudara aku iaitu sepupu ayah aku di Green Road. Makcik aku ada restoran di Mukah dan dia ni memang terer memasak. Tengok la macam-macam lauk yang ada, semua dia masak sendiri (kecuali sate je dia tempah). Makcik aku pulak jenis yang peramah (orang Sarawak kata, rapeh) bila bertemu dengan adik ipar aku yang sama-sama rapeh haa.. rancak la berbual di meja makan 😆. Adik aku pulak jenis pendiam sampai makcik aku tanya macamana dia ajak wife dia kahwin 🤣. Hmm. Adik aku pendiam dengan keluarga je, tapi dengan kawan-kawan takkk...


eid food
Pakcik aku tengah explain lauk-pauk yang terhidang

raya
Yang kelakarnya kan, makcik dan pakcik aku sebelum ni menyewa dekat kondo kiteorang tapi tak sekalipun pernah bertembung padahal duduk satu blok cuma tingkat lain-lain! 😂 Ni dia dah pindah ke Wangsa Maju, end up jumpa kat Sarawak jugak 

Raya Ketiga 

Tak sah la kalau tak beraya dengan BFF aku yang seorang ni:


BFF
Me & my BFF, Donna

Hari ketiga raya, dia jemput ke rumah sebab ada buat aktiviti makan-makan. Oleh sebab sehari sebelum raya tu birthday dia, aku bawak sekali hadiah birthday untuk my BFF kesayangan ni. Sekali dia balas lagi hadiah aku! Haishhhh pening aku hahaha! Tapi tu la, BFF aku ni memang pemurah dan suka berkongsi rezeki. Sebab tu la hidup dia berjaya, anak-anak pun pandai-pandai 🥰. Next entry aku share apa yang dia bagi dekat aku.

Kali ni family mertua dan adik-adik ipar ikut sekali ke rumah Donna sebab sebelum tu kiteorang ke rumah biras aku di Tanjung Bundung. Kesian adik ipar ak - plan nya nak beraya hari pertama di kampung tapi anak dia demam dan mengamuk-ngamuk sepanjang di rumah kat kampung. End up hari terakhir puasa tu terpaksa adik ipar dan wife dia bawak balik ke rumah dieorang sebab anak saudara aku memang tak berhenti menangis. Oleh sebab dieorang tak dapat beraya di kampung jadi kiteorang la pergi bejarah rumah dieorang. Takde gambar sebab lupa pulak nak ambik gambar 😅.


raya
Keluarga mertua dengan me & my BFF di rumah BFF

Alhamdulillah, seronok dapat jumpa dengan saudara-mara dan kawan-kawan. Panjang umur dan murah rezeki, Insha Allah berjumpa lagi tahun depan.

Post a Comment

26 Comments

  1. First time dengr istilah tu! Ingatkan istilah yang diada- adakan . Heheh


    Salam Aidilfitri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah yg cuma digunakan di Sarawak je hehe. Salam Aidilfitri Cuya!

      Delete
  2. time raya dpt ziarah sedara mara mmg best..sbb bkn slalu dpt jmpa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Tu je la masa terbaik utk berkumpul dan berjumpa dgn dieorg 🥰

      Delete
  3. Tumpang seronok baca berziarah Raya. Memang meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, masih ada rezeki dan kesempatan berjumpa raya tahun ni 🥰

      Delete
  4. Wah rajin bergambar... kmk tahun tok lah kurang bergambar rasanya.. entahlah sedih la juak rami org tua dh xda, bila berjarah raya ngabas org tua lain pn rami juak x sihat.. alu lah berloyar ajak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok pun gambar nok org request ambikkan kmk layan jak. Mun sik kmk pun lupak juak ambik gambar kotan gago berloyar ajak, kadang makanan dlm pinggan pun lupak dimakan 🤣

      Delete
  5. bestnya meriah u beraya merata2 dan mknn pun semua sedap2!! moga2 ada rezeki kita bertemu dgn syawal thn dpn plak aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameennnn 🤲🏻 raya mmg meriah bila dapat jumpa dgn saudara-mara & kawan2 😄 raya MZ pun nampak meriah jugak

      Delete
  6. meriahnya seharian berjalan ke rumah saudara mara dengan macam2 menu ada tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Cie, kat Sarawak mmg boleh tahan bejarah raya ni, sehari boleh cover berbelas2 rumah hehe.

      Delete
  7. dia x nak jumpa kat wangsa maju. jumpa kat sarawak br laa thrill😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu la pasal hehe. 2 tahun dieorg duduk kondo yg sama cuma pernah terserempak sekali je tu pun sbb hantar my mom turun ke lobi sbb makcik dah janji nak jalan2 dgn my mom naik lrt hehe

      Delete
  8. Senang la rumah dekat2... jalan2 sambil eksersais!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelebihan beraya di kampung Uncle hehe. Tapi kat kampung saya tak dapat buat macam ni sbb rumah saudara-mara kat kampung saya jauh2. Kena naik kereta jugak kalau nak bejarah raya sbb mak & makcik2 tak larat dah nak jalan kaki.

      Delete
  9. Alhamdulilah. Ziarah sanak saudara. Mengeratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, baru singah sini, banyak blog menarik dan blog ni juga amat saya suka...Selamat hari raya maaf zahir batin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya cikgu, maaf zahir & batin 😊

      Delete
  11. musim raya..itulah seronoknya...berjarah raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pengisian raya yang paling bermakna ialah berkunjung ke rumah saudara-mara & kawan2 🥰

      Delete
  12. Meriahnya raya. Ada kejadian baju raya 'hilang'?

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya dari cara pengucapan, saya langsung paham, sebab tak jauh dari kata Jiarah kan. Cuma mungkin lebih cepat diucap, jadi bejarah jadinya 😁. Masing2 tempat, pasti ada istilah khusus .

    Saya selalu kagum lah kalau ada orang yg pandai masak, sendiri pula buatnya 😍😍👍👍👍👍👍. Memasak ini rasa2nya passion lah. Kalau tak passion, macam stress dibuat 🤣🤣. Masak banyak jenis pula.

    Kalau dah balik kampung pasti ramai yg dikunjungi. Apalagi yg kampungnya termasuk jauh. Saya memang hanya ke rumah aunty dari pihak Raka di hari pertama, lalu cousin saya. Hari kedua pula cukup ke rumah aunty dr pihak mama saya di Bogor. Trus dah, balik JKT, back to normal 😅😅.

    Saya bilang ke Raka, sebab asisten mudik, jadi saya tak mau terima tamu. Kalau ada yg mau datang, langsung kita bawa ke restoran 😄. Sebab memang saya tak ada masak apapun. JD paling aman ajak makan dan jamu tamu di restoran saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain ya budaya beraya di Malaysia dan Jakarta 😄 klu di sini dah macam wajib pulak hidangkan makanan untuk tetamu di rumah. Tak pernah lagi tetamu datang beraya diajak ke restoran di sini, malah mungkin jadi bahan bualan raya tahun depannya 😅

      Saya pun tak serajin dieorang ni masak macam2 lauk. Paling rajin, 2 jenis hidangan je contohnya rendang+kelupis (macam lemang di Semenanjung) dan laksa Sarawak. Lebih dari tu, saya surrender dan tempah dari luar je 😂

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .