Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih untuk beli hadiah raya buat my mom dan MIL. Tahun lepas aku belikan baju Melayu untuk ayah dan adik-beradik lelaki, jadi tahun ni giliran mak dan MIL pulak dapat hadiah.
![]() |
| Kiri - hadiah untuk MIL; kanan - hadiah untuk mak |
Untuk MIL, aku belikan telekung baru sebab masa kiteorang balik kampung bulan Disember lepas, MIL aku bagitau salah satu telekungnya kena kencing tikus dan kesan tu tak boleh hilang pulak. Aku pilih jenama Telekungtea sebab personally, aku suka kainnya yang sejuk dan lembut.
![]() |
| Aku pilih corak Dalia in Vanilla since MIL aku suka telekung warna putih |
Untuk my mom, aku hadiahkan tudung Bokitta dengan corak terbaru since my mom peminat tegar tudung Bokitta. Kemain happy dia bila aku hulur tudung Bokitta tu 🤗:
![]() |
| Aku hadiahkan tudung corak Aqua Tapestry untuk my mom 😊 |
Next, hadiah untuk BFF aku sebab birthday dia jatuh sehari sebelum raya. Kebetulan aku terima email jemputan raya shopping event dari Rituals Malaysia jadi aku decide nak belikan gift set Rituals untuk hadiahkan dekat BFF.
Aku pilih untuk RSVP attendance dekat outlet Rituals KLCC sebab aku prefer staff dekat KLCC berbanding dengan TRX hehe. For info, Rituals ialah produk penjagaan diri dan wangian rumah dan merupakan jenama yang berasal dari Amsterdam. Kalau korang familiar dengan Bath & Body Works, konsep dua jenama ni lebih kurang sama je. Cuma sekarang ni aku tak berapa nak sokong BBW sebab tersenarai dalam BDS list.
My favourite produk dekat Rituals ialah hand mask dan shower gel especially dari koleksi The Ritual of Jing sebab baunya yang relaxing/calming. The Ritual of Sakura pun sedap jugak baunya - floral dan menyegarkan.
![]() |
| Rituals KLCC |
![]() |
| Sampai je kat outlet, terus daftar nama dekat kaunter |
![]() |
| Dapat complimentary gift untuk pelanggan yang daftar RSVP |
Lastly, ni pulak hadiah dari BFF aku 😅. Aku bagi dia hadiah birthday, dia balas pulak dengan hadiah raya 🥰. Siap personalised casing gincu tu letak nickname aku. Pandai dia pilih warna yang memang kena dengan tona kulit aku ❤️.
![]() |
| TQ Donna, hadiahkan gincu YSL 🥰 |
Semoga tahun depan ada rezeki untuk bagi hadiah raya lagi dekat ahli keluarga dan kawan-kawan 🤲🏻. Untuk diri-sendiri pulak, takde ke? Eh, mestilah ada 🤭. Yang tu aku cerita dekat entry lain ye.








18 Comments
wahhh i baru tahu kewujudan brand Rituals tu! agak2 ada dijual kat amsterdam tak hahha :) cute lah lipstick YSL tu, best sgt sbb personalized!! i pun suka telekung tea...i have few pieces jugak...ada yg dpt hadiah dan ada yg i beli ;) sbb kdg2 ada promo sale online/shopee, so beria lah i beli telekung yg i dh aim siap2
ReplyDeleteDefinitely ada. Masa kat Covent Garden di UK pun ada nampak outlet Rituals dekat so home country mesti lagi banyak outlet kat sana 😅
DeleteSA tahun ni xde manis2 untuk diri sendiri sebab manis2 yang staff dapat semua x manis..hahahaha....
ReplyDeleteAlahai... mungkin ada rezeki lebih baik kot SA. Mana tau raya haji ni muncul yg manis2 utk SA hihi
Deletebila baca nama brand Rituals, terfikir ritual lain pula.. hahaha
ReplyDeletelawa lah casing gincu tu..terasa special sangat
Rituals dalam file Epstein ke? 😅 Seram tuuuu...
DeleteTu la, terharu dapat hadiah gincu siap ada engraving nickname kat casing 🥰 semoga murah rezeki BFF saya.
seronoknya ada manis2 raya...telekungtea tu saya aim juga tp belum dapat2 lagi hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok tgk mak & MIL happy dpt hadiah raya 🥰
DeleteApakah hadiah untuk diri sendiri itu?
ReplyDeleteHehe, adalah tuuu 😜
Deleterezeki tu dapat telekung & bokitta. moga murah rezeki selalu. pemberi seronok & penerima pun seronok.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dieorang suka hadiah yg dieorg terima 🥰 saya pun tumpang seronok.
DeleteAlhamdulillah.. Dalam pada memberi turut menerima juga.. Semoga sentiasa murah rezeki.. Aamiin..
ReplyDeleteAlhamdulillah, BFF saya tu mmg baik hati dan pemurah, selalu bagi hadiah kat kawan2 😊
DeleteAiiiih macam mana bisa kena kencing tikus 😅. Tp memang kalau ada tersisa nodanya, macam tak semangat nak pakai lagi kan.
ReplyDeleteBokitta ini semacam shawl ya Karni? Bagus coraknya, tapi kalau shawl, saya kurang pandai pakai 😄.
Samalah, saya pun tak pakai lagi BBW. Masih ada sisa body mist, tp itu Krn dibagi orang. Jadi tetap habiskan dulu.
Baguuuusnya bisa tempah nama juga 😍. Saya belum pernah pakai lipstik YSL. Baru parfume nya saja. Nak coba juga
Rumah di kampung mertua mmg ada masalah tikus 😖 tikus2 ni kadang2 bermain dalam bilik tidur mertua dan kencing berak merata-rata termasuk atas para tempat mertua saya simpan telekungnya.
DeleteBokitta ni hijab instant. Saya pernah cuba pakai tapi tak sesuai dengan muka saya, auto nampak bulat! 🤣
Mujur skrg ada pengganti BBW di Rituals. Jadi rasa tak rugi sangat dah stop beli BBW.
wahhh siap.ada. nama tuuu💄 kalau nk buat mcm tu tak ada extra charge kan?
ReplyDeleteSaya google macam takde, kiranya complimentary service la engrave nama tu 😁
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .